Gaya anggun aktres dan pengacara terkenal, Lisa Surihani berhijab memang mencuri perhatian ramai. Semua yang melihatnya pasti akan berasa cair dengan pesonanya yang memang memukau.
Tidak kiralah apa jua gaya tudung yang dikenakannya, semuanya tetap on point!
Sesetengah wanita mungkin berasa tidak yakin apabila memakai tudung bawal sebegitu namun Lisa telah membuktikan bahawa kalau kita yakin pastinya kita akan kelihatan cantik walau apa jua yang kita pakai.Tweet dari sis @NazninAlias
ini mendapat perhatian netizen terutama sekali kaum Hawa. Betullah apa yang dikatakannya. Penulis pun sebelum ini rasa kurang yakin nak menggayakan tudung seperti itu!