Sebut sahaja De Fam pasti kenal dengan salah seorang anggotanya iaitu Nur Shazwani Shamsuddin atau lebih mesra disapa sebagai Cik Manggis yang dilihat semakin manis apabila berhijah mengenakan hijab sejak tiga tahun lalu.
Sejak tampil dengan imej lebih muslimah dan sopan, stail dan penampilan Cik Manggis sentiasa menjadi sorotan para peminatnya kerana beliau sering kelihatan ‘On Point’ dalam setiap stail yang digayakannya.
Malah, sejak berhijab Cik Manggis tidak melihat ianya sebagai halangan untuk menjadi diri sendiri dan melakukan sebarang aktiviti lasak sebagai seorang hijabi. Justeru, imej dirinya yang optimis ini sering menerima pujian dari netizen.
Berhijab Tak Halang Cik Manggis Ikuti Trend ‘Skateboarding’
Terbaharu, Cik Manggis sekali lagi menjadi perhatian dan sorotan ramai apabila penyanyi berbakat besar ini juga mempunyai kemahiran dan kebolehan bermain skateboard.
Rata-rata wargamaya akui terkedu melihat ‘performance’ Cik Manggis yang lincah meluncur diatas papas selaju (Skateboard)
Mana tidaknya, menerusi sebuah video yang tular di laman sosial memaparkan, Cik Manggis yang menaiki papan selaju seperti seorang proffesional, lantas membuatkan netizen membanjiri ruangan komen hantaran berkenaan dengan pelbagai maklum balas berserta puji-pujian.
“Aku rasa Cik Manggis ni kau bagi la apa pun.. Semua dia boleh.
Ads
“Salute.. Even muslimah sekarang but u in trend sis🥰..
“Akak ni tapau semua. Semua akak boleh. Love sangat energy akak. Stay safe kak. Jangan injured lagi tau 🥰
Malah, ada juga peminat yang menyatakan bahawa Cik Manggis adalah anak seni yang serba boleh, kerana jika berikan apa sahaja kepada selebriti ini tentu dia boleh melakukannya.
Ads
Hijabista mendapati video berdurasi pendek yang dikongsikan dilaman sosial, memaparkan Cik Manggis sedang bermain skateboard itu telah menerima ribuan tanda suka dan menimbulkan rasa kagum dikalangan netizen.
Hari Jumaat merupakan penghulu kepada segala hari. Selain itu hari Jumaat juga merupakan hari yang agung disebabkan ia mempunyai banyak kelebihan, keistimewaan dan kemuliaan berbanding hari-hari yang lain. Maka banyak-banyaklah berselawat dan berdoa pada hari Jumaat yang mulia ini.
Doa diertikan sebagai memohon dengan sepenuh hati kepada Allah SWT dengan permohonan yang mengharapkan kebaikan di sisi-Nya, memohon dengan rendah diri supaya apa yang diminta itu diperkenankan dan cita-cita termakbul.
Anjuran Dan Perintah Memperbanyakkan Doa
Doa menurut Imam al-Khattabi adalah permohonan hamba kepada Tuhannya dengan mengharapkan pertolongan-Nya dan juga bantuan daripada-Nya.
Firman Allah SWT:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: ‘Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.’”
Ayat ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa Allah SWT menuntut para hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tiada khilaf dalam kalangan orang Islam.
Dalam agama Islam, doa bukanlah sesuatu perkara yang remeh tetapi mempunyai peranannya yang besar. Oleh sebab itu, ia sendiri dianggap sebagai ibadah. Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada al-Nu‘man bin Basyir bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:
الدُّعَاءُ هُوَ العِبَادَةُ
Maksudnya: “Doa itu merupakan ibadah.”
Selain itu, kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan bimbingan sang Penciptanya dalam setiap keadaan. Tambahan lagi, banyak doa-doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kita untuk digunakan dalam kehidupan seharian.
Allah SWT berfirman:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Menurut Imam al-Qurtubi, ayat di atas menunjukkan bahawa Allah SWT bukan sahaja memerintahkan kepada para hamba-Nya untuk beribadah bahkan Dia juga memberikan jaminan bahawa doa tersebut akan dimustajabkan.
Kata Khalid al-Rib’ie: Sangat ajaib buat umat ini, dikatakan kepada mereka: “Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan mustajabkan.” Allah memerintahkan kepada mereka untuk berdoa, serta menjanjikan kepada mereka kemustajaban tanpa ada sebarang syarat antara keduanya.
Kemudian Allah SWT berfirman dalam ayat yang sama:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Ibn ‘Asyur di dalam tafsirnya menyatakan bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa Allah SWT menuntut hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tidak mempunyai khilaf dalam kalangan umat Islam sendiri
Antara kelebihan dan fadhilat hari Jumaat, terdapatnya waktu di mana doa adalah mustajab. Hal ini berdasarkan hadith, Nabi SAW menyebut tentang hari Jumaat, sabdanya:
Maksudnya: “Pada hari tersebut ada satu ketika jika bertepatan seseorang Muslim yang mendirikan solat Jumaat memohon sesuatu kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT memperkenankannya.”
Sambil bersabda, Baginda mengisyaratkan ketika yang sedikit itu dengan tangannya.
Waktu Mustajab Untuk Berdoa
Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith yang sahih berkaitan hal tersebut. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga imam Muslim di dalam sahihnya dengan lafaz yang sedikit berbeza:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperkenankan permintaanya itu.”
Melihat kepada hadis di atas, kita memahami bahawa Allah SWT telah meletakkan satu tempoh masa yang sangat istimewa pada hari Jumaat iaitu setiap permintaan hamba-hambanya akan dikabulkan pada waktu tersebut.
Dalam masalah ini, terdapat beberapa pendapat yang dinyatakan oleh para ulama’ sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Nawawi berdasarkan pendapat al-Qadhi ketika mensyarahkan hadis ini di dalam sahih Muslim, antaranya:
Pertama: Waktunya adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat.Pendapat ini disokong dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.
Kedua: Waktunya adalah selepas asar sehingga terbenamnya matahari.
Ketiga: Waktunya adalah ketika solat didirikan sehingga ia selesai.
Keempat: Waktunya apabila imam keluar sehingga selesainya solat.
Pernahkah anda mengalami kekeringan kulit, terasa ketat, merengsa, gatal-gatal atau kemerahan? Sekiranya anda mengalami semua ini, kemungkinan anda mempunyai kulit sensitif.
Kulit sensitif boleh disebabkan oleh faktor luaran seperti cuaca, pencemaran udara dan pendedahan kepada sinaran UV yang berlebihan. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor dalaman seperti tekanan, alahan dan perubahan hormon. Apa pun puncanya, kami dapat membantu dengan rangkaian Hada Labo+ Sensitive Hydrating yang baru.
Hada Labo+ Sensitive Hydrating terdiri daripada Pembersih Wajah, Losyen, Susu dan Krim – semuanya diformulasikan dengan formula perlindungan yang menenangkan untuk menguatkan dan memulihkan keseimbangan dalam kulit anda. Dengan formula perlindungan tiga kali untuk keberkesanan tiga ciri di bawah:
Melindungi
Mengandungi Lesitin, Squalene dan Shea Butter yang membentuk kristal cair bionik yang tidak kelihatan sebagai lapisan pelindung untuk melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar dan tekanan dalam mengekalkan kesihatan kulit.
Menguatkan dan Merawat
Mengandungi Phytosterols dan Ceramide yang membantu untuk melicinkan, melembutkan dan juga menguatkan serta merawat perintang kulit.
Melegakan Kemerahan
Mengandungi Alpha Bisabolol dan Gingerol untuk menenangkan serta melegakan kerengsaan dan kemerahan pada kulit.
Dalam ujian pengguna menggunakan Krim Hada Labo+ Sensitive Hydrating pada kulit yang sensitif dengan kemerahan kulit, pengurangan yang amat ketara dalam melegakan kemerahan dan kerengsaan dilihat dalam tempoh hanya 4 jam selepas dipakai. Hasilnya menunjukkan keberkesanan krim dalam menenangkan kemerahan dan menguatkan perintang kulit.
Seperti semua produk Hada Labo, rangkaian Hada Labo + Sensitivity Hydrating juga mengandungi ramuan terkenal iaitu Hyaluronic Acid yang menembusi jauh ke dalam kulit untuk menghidratkan dan mengembalikan kelembapan kulit. Ia adalah pH seimbang dan bebas daripada wangian, pewarna, alkohol dan minyak mineral.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Isu pemakaian purdah tidak pernah lapuk dek zaman, ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang kurang senang dengan hal ini. Terbaru dalam temubual bersama personaliti TV, Amin Idris, Dato’ Dr Asri atau lebih popular dengan gelaran Dr Maza menerangkan tentang isu berpudah ini dengan jelas. Yang penting isu ini dikupas sebaik mungkin tanpa menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
Jawab Dr Maza apabila di soal tentang isu ini, “Memakai purdah ini adalah hak individu, seperti mana dia berhak memilih memakai tudung labuh, tudung bulat, atau apa pun warna tudung itu adalah pilihan mereka selagi mana ia tidak mengganggu orang lain dan selagi mana mereka tidak menuduh orang lain kurang iman kerana tidak memakainya dan sebagainya.
“Purdah bukan tuntutan agama, bahkan kalau kita lihat dalam semua mazhab-mazhab Islam dari Mazhab Abu Hanifah, Imam Malik, Syafie dan Hambali semua menegaskan bahawa muka dan tangan wanita itu bukan aurat.
“Pada yang memakai purdah saya hargai, kerana saya percaya mereka memakai kerana ingin mengamalkan agama yang sebaik yang mereka percaya. Dan saya rasa tiada siapa pun yang berhak mengeji mereka ataupun mengutuk mereka kerana pilihan itu kebanyakan menyangka itulah jalan yang disuruh oleh agama.
“Cumanya pada sisi pandangan saya sama seperti mazhab jumhur iaitu agama tidaklah mewajibkan kita memakainya. Bahkan kalau kita mengelakknya untuk memberi persepsi positif bahawa Islam bukan agama yang membebankan itu adalah lebih baik.
Namun begitu pilihan peribadi seseorang tiada sesiapa yang boleh mempertikaikannya ataupun menyalahkannya selagi mana ia tidak membebankan orang lain.
“Kalau ada yang menyatakan sebab hendak menguatkan agama, mungkin apa yang patut dilakukan adalah kita kuatkan ibadah, tahajud, zikir, solat, sedekah, budi bahasa kita dan amalan-amalan yang lain. Maka itu mungkin lebih baik daripada kita menambah hal-hal yang tidaklah menjadi kewajipan untuk kita.”
***P/S- Penulis suka dengan jawapan yang diberikan oleh Dr Maza kerana ia menerangkan dengan baik tentang isu ini. Supaya selepas ini tiada lagi kekeliruan dan mengatakan bahawa purdah tuntutan agama sebaliknya lebih kepada pilihan sendiri. Namun jangan pula kita memandang pilihan orang dengan negatif. Semuanya pilihan masing-masing dan kita raikan kebebasan untuk memilih ini dengan baik.
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...