Siapa sangka dari hanya bertanding sebagai pemain wildcard, dia akhirnya merangkul gelaran Juara Skuasy Terbuka Malaysia 2021 mengikut jejak pemain hebat negara terdahulu seperti Datuk Nicol Ann David.
Dengan kemenangannya ini, dia menjadi pemain kelima negara yang menjuarai Skuasy Terbuka Malaysia kategori wanita. Aifa Azman, 20, membuktikan yang walaupun dia berada di kedudukan ke-69 dalam ranking dunia, ia bukan satu penghalang untuk berjaya memenangi sesebuah kejohanan besar.
Dalam pusingan akhir yang berlangsung semalam, dia mengalahkan pemain nombor lapan dunia, Salma Hany dengan kutipan mata 12-10, 11-8 dan 11-4. Atlet kelahiran Kedah ini menguasai keseluruhan set permainan lantas berjaya mendapat gelaran sulung di kejohanan berstatus gangsa dalam jelajah dunia PSA ini.
Sebelum berjaya melangkah ke peringkat akhir, gadis yang manis berhijab ini terlebih dahulu mengejutkan ramai apabila dia berjaya mengetepikan tiga pesaing dari Mesir yang nyata menduduki ranking lebih tinggi daripadanya.
Ketika ditemui wartawan sejurus dinobatkan sebagai juara, Aifa berkongsi rasa, “Saya rasa luar biasa di atas kemenangan ini terutama selepas status saya selaku pemain wildcard dan apa lebih menarik, saya berjaya menewaskan seorang daripada pemain yang berada dalam kelompok terbaik dunia.”
Menjadikan Datuk Nicol Ann David sebagai idolanya, gadis manis ini mahu terus berlatih dan berusaha memperbaiki kedudukannya dalam randing dunia. Dia juga dalam masa yang sama mahu fokus membantu rakan sepasukannya di Kejohanan Berpasukan Asia yang dijadual berlangsung dari 30 November hingga 4 Disember akan datang di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.
Sejurus kemenangan ini, mengikut catatan di profil Instagramnya, Aifa kini berada dalam ranking ke-57 dunia. Syabas!
Sumber: Bernama
Kredit Foto: Bernama & Instagram Aifa Azman
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI