Kecantikan

“Limit Berat Sampai 45kg Je, Kalau Lebih Mira Akan Puasa” AMYRA ROSLI Dedah Rahsia Langsing

Share

Cantik dan tak jemu mata memandang. Pelakon dan pengacara jelita, Amyra Rosli punya daya tarikan tersendiri selain lemah lembut orangnya.

Kredit Foto: aamyrarosli

Bila melihat susuk tubuhnya yang kekal langsing sejak dulu memang makan hati. Macam anak dara! Menurut Amyra, dia bukanah seorang yang obses dengan amalan diet.

Biarpun menggemari makanan manis, Amyra tetap memantau pemakanannya terutama pengambilan gula.

MANIS BERHIJAB
Sejak bertudung pada 2019, Amyra yang lebih mesra dengan panggilan Myra dilihat semakin cantik dan berseri-seri biarpun berstatus isteri serta ibu kepada sepasang cahaya mata.

Pernah satu ketika, nama pelakon drama Nur ini sepi dari radar dunia hiburan.

Amyra dalam satu kenyataannya kepada media sebelum ini menyebut bahawa dia segan untuk mencanang perubahan imejnya itu kepada umum.

Kata Amyra yang wajahnya persis pelakon sinetron Nia Ramadhani, selama berhijab rezekinya dalam bidang lakonan sentiasa ada dan masih berpeluang memegang watak sebagai heroin.

Biarpun masih dilingkari populariti, artis berusia 32 tahun ini kekal istiqamah dengan imejnya yang menutup aurat.

REZEKI MELIMPAH RUAH
Rezeki pemilik nama penuh Nur Amira Izzati Rosli ini juga kian mencurah-curah bukan hanya dalam dunia lakonan bahkan pengacaraan.

Tidak hanya dari segi lakonan, rezekinya sebagai duta produk juga melimpah ruah sejak berhijab.

BACA JUGA: Macam Tu Je Allah ‘Jentik’ Hati! Lima Tahun Istiqamah Berhijab, Ini Pendedahan Amyra Rosli

Ternyata, isteri kepada pelakon kacak Amar Baharin ini memiliki kelasnya yang tersendiri sebagai seorang public figure.

Untuk info, Amyra dan Amar Baharin mendirikan rumahtangga pada 11 November 2016.

Hasil perkongsian hidu, pasangan sejiwa ini dikurniakan sepasang cahaya mata yang sangat comel iaitu Aqeef Anaqi Amar dan Ayra Aryssa.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

 

Published by
Amy Mohd