Mungkin ada yang masih samar-samar akan waktu yang betul pengambilan teh hijau bagi memastikan ia benar-benar berkesan untuk tubuh. Bagi mereka yang sedang dalam proses berdiet untuk menguruskan badan, pengambilan teh hijau ini dapat membantu usaha menurunkan berat badan.
Faedah teh hijau untuk kesihatan sememangnya sudah diketahui ramai. Selain ia bertindak sebagai antioksidan, minum teh hijau secara rutin boleh menurunkan berat badan ia juga memecahkan kolesterol dan lemak buruk bagi memperbaiki kesihatan badan secara keseluruhan.
Tetapi adakah anda tahu bahawa minum teh hijau pada masa yang salah membuatkan anda tidak mendapat faedah? Menerusi kajian dari magforwomen.com, ini lima masa yang tepat untuk minum teh hijau.
MINUM TEH HIJAU KETIKA MAKAN JIKA PERTAMA KALI MINUM TEH HIJAU
Jika ini adalah kali pertama anda mencuba teh hijau, disarankan agar anda minum semasa makan. Minum teh hijau ketika perut kosong boleh menimbulkan ketidakselesaan perut bagi sesetengah orang (perut berangin).
SELEPAS SARAPAN PAGI
Elakkan minum teh hijau sebelum sarapan pagi. Sekurang-kurangnya minum teh hijau 30 minit selepas sarapan. Seeloknya minum teh hijau 30 hingga 35 minit sebelum atau selepas sarapan pagi.
SELEPAS MAKAN
Teh hijau boleh memberikan manfaat terbaik jika anda minum selepas makan. Terutamanya jika anda menambah jus lemon dalam teh hijau. Ia membantu mempercepatkan proses pencernaan. Elakkan minum teh hijau ketika sedang makan kerana ia boleh mengurangkan penyerapan thiamin (vitamin B1).
PADA SEBELAH PETANG HARI
Walaupun baik untuk kesihatan, tetapi jangan minum teh hijau pada waktu malam. Kerana ia boleh mengganggu corak tidur anda kerana kandungan kafein di dalamnya. Minum teh hijau pada waktu petang lebih sesuai. Pastinya jangan sesekali dicampur gula ya!
TIDAK MINUM DALAM KEADAAN PERUT KOSONG
Jangan sekali-kali minum teh hijau apabila perut anda kosong. Kerana ia sebenarnya boleh membahayakan kesihatan pencernaan anda.