Kening Cantik. Siapa yang tidak menginginkannya bukan? Apatah lagi kening merupakan salah satu bahagian penting untuk tatarias wajah. Bentuk kening cantik dan sempurna sempurna boleh membuatkan penampilan para hijabi nampak lebih menarik.

Berikut lima trik yang boleh anda praktik untuk membuatkan kening anda nampak lebih cantik dan kemas.

Pastikan Bentuk Kening Sesuai Dengan Karakter Wajah Anda
*Jika sebelum ini anda sama sekali tidak pernah merapikan kening anda, ada baiknya anda meminta mekap artis atau pakar kecantikan melakukannya.Selepas itu barulah anda boleh melakukan proses penjagaan setelah merapikannya.

*Setentangkan penggaris plastik pada bahagian luar hidung. Berikan tanda pada hujung bahagian dalam kening yang seharusnya berada pada garis di luar hidung anda.

*Gerakkan penggaris ke arah garis rambut dan temukan titik paling hujung daripada penggaris

IKLAN

*Cabut kening yang berada di luar kawasan yang sudah anda temui tadi. Agar tidak terlalu nipis, cabut kening hanya pada bahagian bawah sahaja.

Gunting Kening
Selain mencabut kening, anda juga boleh mengunting atau trimming kening untuk merapikannya. Sikat dengan berus maskara yang sudah tidak digunakan lagi dan trim bulu-bulu kening yang panjangnya melebihi kawasan kening dengan menggunakan gunting kecil.

IKLAN

Jangan Cukur Terlalu Banyak
Kening yang paling cantik adalah kening yang kelihatan penuh dan semulajadi. Ramai wanita yang merapikan keningnya dengan cara mencukur kening sehingga ‘togel’ dan susah untuk tumbuh semula.

IKLAN

Warna Kening
Jika anda mewarnakan rambut, anda perlu perhatikan warna kening anda. Pastikan agar warna kening tidak lebih terang atau lebih gelap daripada warna rambut anda.

Pilih Alat Solek Yang Tepat
Anda boleh menggunakan pensil kening untuk mencipta bentuk kening yang menarik walaupun hanya untuk sementara waktu.Pilihlah yang mudah untuk digunakan dan pastikan anda tidak mengaplikasikannya terlalu tebal sehingga membuatkan kening anda kelihatan tidak natural dan menyatu dengan keseluruhan solekan wajah anda.

Sumber kredit: Wom.my

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI