Pelakon yang juga seorang usahawan berjaya, Syatilla Melvin baru-baru ini telah berkolaborasi bersama LB Creuset bagi mempromosikan hidangan daripada syarikat tersebut yang diberi nama Nasi Daging Telentang.
Menurut Syatilla yang mesra disapa Tilla, dia sangat teruja dengan kerjasama ini apatah lagi hidangan daripada utara tersebut kian mendapat tempat di hati pencinta makanan.
Menariknya, kolaborasi LB Creuset X Syatilla Melvin ini bukanlah seperti kebiasaannya kerana mereka ada niat tersendiri disebalik usaha sama ini.
“Bila mereka melamar Tilla, terus Tilla terfikir. Tilla bukan nak ambil keuntungan semata-mata sebab Tilla sudah ada sumber pendapatan yang lain iaitu perniagaan Tilla sendiri. Tapi, bila ada peluang begini yang hadir, Tilla mahu gunakannya untuk orang lain, bukan untuk Tilla je.
Ads
“Kiranya saya buka platform untuk orang ramai dapat sama-sama kumpul pahala. Dalam masa yang sama, kita dapat pahala begitu juga dengan mereka yang membeli,” jelasnya lagi.
Tak mahu sia-siakan peluang yang ada, Tilla berharap misi yang dibawa mereka ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam tahun 2021 ini.
Ads
“Mengenai masjid di Sungai Siput, Perak ini, Tilla dapat tahu yang salah seorang ahli keluarga Tilla merupakan penuntut di sana dan keadaan tempat tersebut teramatlah sederhana.
“Suraunya sangat kecil jadi tak mampu untuk menampung budak-budak tahfiz di sana dan orang-orang kampung yang nak sembahyang berjemaah juga tak muat.
“Jadi, bila mereka ada niat untuk bangunkan masjid dan sudah siap suku prosesnya, dana pula tiada. Mereka sudah cuba iklankan merata tempat namun tidak berhasil. Jadi bila kita dengar perkara itu kita fikir yang kita mampu menolong mereka. ‘Orang kenal aku. Kenapa aku tak gunakannya untuk tolong orang lain?’
Ads
“InsyaAllah, lillahi ta’ala saya tak ambil langsung satu sen pun duit itu. Bukan duit saya tapi duit orang- orang yang sepatutnya jadi hak Tilla tapi Tilla serahkan 100% kepada masjid tersebut supaya tahun ini kita harapkan masjid itu dapat siap sepenuhnya,” tambah isteri kepada pelakon, Shaheizy Sam ini.
Pada majlis pelancaran tersebut, LB Creuset telah melancarkan edisi istimewa kotak pembungkusan makanannya bersempena dengan bulan Ramadhan.
Menariknya mengenai ‘Nasi Daging Telentang’ ini, ia merupakan hasil air tangan pengasasnya sendiri iaitu YM Syed Haniff dan Leon Puung. Untuk merasainya, anda bolehlah membuat tempahan melalui agen-agen mereka di laman instagram @lbcreuset.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap daripada kita pastinya pernah melakukan dosa. Sama ada dosa besar mahupun kecil, kita sebagai manusia biasa tidak pernah lari daripada melakukan dosa dan kesilapan. Meskipun kita sudah nekad untuk tidak mengulangi dosa yang dilakukan, namun godaan syaitan itu kadang-kala melemahkan iman dan akhirnya mengajak kita untuk melakukan dosa.
Sesungguhnya ALLAH SWT itu Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani. Setiap hambanya yangmelakukan dosa diwajibkan untuk bertaubat kepada-Nya supaya dapat dihapuskan segala dosa yang telah dilakukan. Kendatipun dosa yang kita lakukan itu besar, tetapi percayalag bahawa ALLAH SWT akan sentiasa mengampuni hamba-hambanya.
Pengakhiran yang baik adalah objektif utama kita sebagai umat Islam. Oleh itu, ayuhlah kita bersama-sama mengamalkan solat taubat dan doa taubat ini supaya diberi peluang untuk menjadi hambanya yang soleh!
Dalam Alquran surat an-Nisa’ ayat 17 menjelaskan tentang taubat yang akan diterima Allah SWT.
“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya, dan Allah Mahamengetahui lagi Mahabijaksana.”
“Hingga bila Firaun itu telah hampir tenggelam, berkatalah dia, ‘saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Rabb Yang dipercayai oleh Bani Israil dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).”(QS Yunus: 90)
Allah berfirman, “dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan” yaitu kemaksiatan-kemaksiatan selain kekufuran, “hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan, sesungguhnya saya bertaubat sekarang, dan tidak pula (diterima taubatnya) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran bagi orang-orang itu telah kami sediakan siksa yang pedih.”
Doa Taubat:
Ya Allah, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia, kebaikan diakhirat dan lindungilah kami daripada seksa api neraka.
Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, berilah petunjuk kepada ku selamatkanlah aku dan berilah aku rezeki.
Ya Allah, perbaikilah agamaku yang menjadi perkara paling penting padaku. Perbaikilah akhiratku yang menjadi perkara paling penting padaku, perbaikilah duniaku yang menjadi kehidupanku. Perbaikilah akhiratku yang menjadi tempat aku kembali. Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan segala kebaikan bagiku. Jadikanlah kematian itu sebagai istirahatku daripada segala kejahatan.
Ya Allah, sungguh aku banyak menganiayai diriku sendiri. Tiada lain yang dapat mengampuni dosa-dosaku, kecuali engkau, ya Allah. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang langsung datang daripada Mu. Kasihanilah aku, ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, kebodohanku, dan keterlampauanku dalam apa yang aku kerjakan, dan apa sahaja yang Engkau lebih ketahui daripada diriku sendiri.
Ya Allah,ampunilah segala kesalahanku yang datang daripada kesungguhanku dan daripada senda gurauku, dan daripada apa yang aku tidak sengaja dan daripada sengajaku dan segala sesuatu yang datang daripadaku.
Ya Allah, ampunilah kesalahan-kesalahanku yang lalu, dan yang akan datang, yang aku rahsiakan dan yang aku pamerkan dan segala sesuatu yang engkau lebih ketahui daripada diriku sendiri. Engkaulah yang maha mendahulukan dan maha mengakhirkan dan Engkau maha berkuasa atas segala-galanya.
Ya Allah, kepada Mu kuserahkan diriku, kepada-Mu aku beriman, kepadaMu aku serahkan segala urusan ku, dengan bantuan Mu aku berjuang, kepada Mu aku merujuk berkaitan hukum-hakam. Maka ampunilah kesalahan-kesalahanku yang lalu dan yang akan datang, yang aku rahsiakan dan yang aku pamerkan. Engkau yang maha mendahulukan dan maha mengakhirkan, tiada Tuhan melainkan engkau. Tiada upaya, melainkan dengan pertolongan allah.
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu sebaik-baik yang diminta oleh Nabi Muhammad. Dan lindungi aku daripada apa yang Nabi Muhammad minta perlindungan daripada Mu. Engkaulah tempat meminta bantuan dan engkaulah yang memberikan kecukupan. Dan tiada daya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, segala yang mendatangkan rahmat daripada-Mu, segala yang menyebabkan pengampunan-Mu, yang menyebabkan terselamat dari semua dosa, yang menyebabkan mendapatnya semua kebaikan, berbahagianya dengan syurga dan terselamatnya dari api neraka.
Semoga ALLAH SWT membuka pintu hati kita untuk bertaubat dan menerima taubat yang kita lakukan supaya dapat memasuki syurga-Nya. InsyaAllah Amin YRB. Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Diam tak diam sudah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Inilah malam paling ditunggu-tunggu sekalian umat Islam. Malam lailatul qadar yang lebih baik daripada malam-malam sebelumnya
Sepatutnya malam inilah kita berteleku di tikar sejadah sambil melakukan pelbagai amalan ibadah dengan membaca Quran, berzikir dan mengerjakan amalan solat sunat.
Namun senario sekarang apa yang kita perhatikan, 10 malam terakhir inilah bagaikan lubuk rezeki kepada peniaga di Bazar Ramadan. Mana taknya, jualan barangan raya lebih murah daripada biasa dan Bazar Ramadan akan dibuka hingga dinihari. Seakan pesta apabila ada yang lelong pakaian ataupun kuih raya pada harga sangat murah.
Bukan itu sahaja, malah peniaga online juga tidak kurang sibuknya menjual baju raya di saat akhir. Semua blogger dan peniaga kecil bersaing menampilkan rekaan terkini. Malah untuk lebih senang ada yang menjual pakaian secara pakej sekeluarga.
Pelbagai strategi digunakan dan ada yang lebih awal mempromosi di laman sosial hingga kemudiannya timbul isu ciplak hasil rekaan orang lain. Isu yang bukan sekali dua timbul namun setiap kali raya, pasti ianya berbangkit kembali. Namun begitu, bagi peniaga bagai sudah set di minda ‘Tak kesah lah tiru ke tak? Janji laku, janji masyuk’.
Walau bagamanapun, bagi mereka yang mementingkan kualiti dan rekaan eksklusif tetap dengan memilih rekaan dari pereka terkenal. Rekaan lebih asli dan berkualiti, bagi mereka yang ‘bajet’ utuh dengan pendirian pilih yang ciplak rekaan seakan-akan janji menang memakai.
Persoalannya admin ingin katakan disini dalam kita sibuk menjayakan misi ciplak-menciplak ni bagaimana pula misi dalam merebut 10 malam terakhir Ramadan. Sepatutnya di sepertiga 10 mlam akhir ini kita umat Islam bersedia dalam meningkatkan ibadah puasa dalam merebut syafaat 10 malam lailatul qadar.
Daripada kita asyik mempersoalkan isu ini, ayuh kongsi tip menjelang 10 malam terakir ini.
1. Muliakan niat, bersihkan hati yang tulus dengan memaksimakan ibadah.
2. Bacalah tafsir Al Quran dan fahami isi kandungannya.
3. Jangan menunggu sehingga ke malam 27 seharusnya bangun setiap malam 10 terakhir lakukan ibadah. “Barangsiapa yang terjaga (tidak tidur) di malam lailatul qadar dengan iman dan harapan dosa-dosanya akan diampunkan”. Insya-Allah.
5. Hafalkan doa malam lailatul qadar ‘Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni (Ya Allah kau maha pengampun, maka ampunilah aku.)
6. Pakailah pakaian yang indah dan wangi-wangian ketika beribadah.
7. Bukan malam pasang status di laman sosial contohnya: (alhamdulilah nikmatnya dapat bermunajat ….)
8. Sabar menahan segala dugaan di 10 malam terakhir.
9. Yang paling penting Husnudhzon lah kepada Allah. Ketika bermunajat, ingatlah kita sedang meminta kapadaNya yang maha mencipta janganlah ragu-ragu dengan ketentuannya, yakin dengan sepenuh hati.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mengerjakan umrah di masa sekarang tidak seperti zaman atuk dan nenek kita. Apatah lagi dari segi kemudahan dan pengangkutan juga berlainan dan amat berbeza. Jikalau dahulu kapal laut menjadi pengangkutan rasmi para jemaah, tetapi kini pelbagai syarikat penerbangan menawarkan perkhimatan pengangkutan unuk Jemaah yang berkunjung di tanah suci.
Hujung tahun antara fasa yang menarik menjadi kunjungan para Jemaah ke tanah suci Mekah dan Madinah. Meskipun kemudahan sudah bertambah mode nada juga perubahan yang ketara apabila mengunjungi tanah suci. Ramai para Jemaah mengerjakan umrah berkongsi bahawa cuaca di hujung tahun lebih sejuk dari biasa.
Ikuti perkongsian Hadayah Ahmad persediaan awal Jemaah untuk mengerjakan umrah hujung tahun di dalan entri facebook.
Alhamdulillah! Genap sebulan kami pulang dari Haramain. Pun masih rindu!
Khabarnya cuaca di Mekah kini mencapai 13 darjah celcius dan Madinah sekarang berada pada 8 darjah celcius. Lebih-lebih lagi bila waktu malam dan subuh. Sejuknya sampai ke tulang! Sampai kecut jari jemari! Semakin hari semakin sejuk sehingga Mac 2020 ini.
Betullah tu, apa-apa pun nikmat Allah. Rezeki buat kita juga yang belum Allah rezekikan merasa musim sejuk kat negara 4 musim yang lain, untuk dapat rasa musim sejuk kat Haramain. Kan?
Asbab perihatin pada sahabat-sahabat yang akan mengerjakan umrah pada musim sejuk ni, berikut adalah senarai barang-barang yang saya cadangkan mesti bawa dalam beg masing-masing untuk kesihatan, keselesaan dan keselamatan kita sepanjang di Haramain.
1. Baju sejuk.
Bawa dan pakai baju sejuk yang tebal yang ada kat rumah tu. Usah ‘under estimate’ musim sejuk dekat Arab Saudi ni. Walaupun kita maklum ia lebih dikenali sebagai tempat yang panas sebab ia negara padang pasir, tapi bila musim sejuk, dengan siap berangin lagi, sejuknya memang tak boleh bawa bincang! Menggigil!
Jadi, macam mana tebal pun kulit kita kat Malaysia ni tolonglah! Masa di Haramain waktu musim sejuk ni, tolong pakai baju sejuk untuk kesihatan diri. Bimbang kat sana kita kuatkan diri ok. Balik nanti, macam-macam penyakit boleh dapat. Tambah pulak dengan keadaan kita letih musafir, usaha pulun ibadah dan tak cukup tidur kan?
Ada satu lagi tip. Untuk yang ada bajet lebih lah ni. Kalau tak nak pakai baju sejuk tebal, boleh usha kat kedai sukan untuk beli ‘thermal clothes’. Ia boleh bantu panaskan badan kita. Kita ikhtiar je mana yang mampu.
2. Bawa dan pakai sarung tangan.
Yang paling bagus yang Thermal Glove juga. Tak cukup bajet? Takpe. Tak wajib pun beli yang mahal. Beli yang tebal kat Daiso RM 5 pun dah ok. Bila angin dingin kat sana bertiup nanti, baru kita tahu macam mana sejuknya cuaca kat sana. Rasa beku tangan dan kaki.
Tidur pun sebaiknya pakailah stokin tebal walaupun berselimut.
3. Hand warmer.
Ini ilmu baru saya belajar daripada ibu jemaah saya. Terima kasih banyak-banyak.
Dua kali dapat ihsan pek ‘hand warmer’ daripada mereka. Best! Dapat bantu saya panaskan tangan dan muka. Beli di Daiso juga katanya. Rugi saya tahu lewat tentang ‘hand warmer’ ni. Rasa nak balik Malaysia je gi beli banyak-banyak untuk kongsi dengan jemaah lain. Hmm takpe. Benda ni akan masuk senarai ‘gajet wajib bawak’ untuk trip umrah musim sejuk kami tahun-tahun akan datang! Lain kali bukan setakat hand warmer, body warmer pun saya beli nanti
4. Stoking tawaf dan saie.
Serius! Dalam cuaca sejuk macam ni, nak pijak lantai masjid pun rasa ngeri bila hanya pakai stokin biasa. Lebih-lebih lagi pada kawasan yang berhawa dingin! Sejukkk!
Jadi, pakailah stokin tawaf dan saie yang tapaknya lebih tebal dan ‘anti slip’ untuk keselesaan kaki kita yang nak pakai banyak tenaganya.
5. Pencuci & pelembab muka
Ini penting untuk pelihara kebersihan & kelembapan kulit muka kita. Tidak kira waktu musim sejuk macam sekarang atau pun musim panas di Haramain. Dua ni memang bff saya sewaktu kerjakan haji (musim panas tahun 2017) dan setiap kali pergi umrah.
Bila muka kena angin sejuk tu, kulit muka kita akan terdedah dengan habuk, kotoran dan pasir halus yang lekat di muka. Ia juga jadi lebih mudah kering. Rasa tegang sangat kulit muka. Sakit rasanya bila kita biarkan tanpa beri dia perlindungan! So cuci sebersihnya dan spray pelembap muka dengan kerap ya! Boleh cari di ‘drugstore’ ikut bajet dan pilihan anda.
6. Pelembap bibir.
Ini pun wajib bawa. Bibir kita akan mudah kering sepanjang kita di Haramain. Tak kiralah waktu musim sejuk atau pun panas. Nak cakap pun payah. Jika tidak diberi perlindungan, kulit bibir boleh terkopek dan akhirnya berdarah. Sakit tu!
Jenama yang orang selalu beli ialah vaseline. Ikutlah selera dan bajet masing-masing juga.
Pilihan saya? Lipmoist Rosella Naturel Kiss. Bebas bahan toksik! Selamat Insyaallah!
7. Losyen badan
Ha yang ni pun wajib bawak tak kira musim juga.
Bila musim panas, kulit kita akan mudah kering, rasa tegang dan jadi macam bersisik. Sakit rasanya.
Bila musim sejuk macam baru ni, kulit lebih mudah kering, rasa tegang dan muncul pulak bintik-bintik merah kat kaki.
Paling tak tahan, bila kita pakai stoking kaki dan tangan warna hitam, kita buka je stoking, kita akan dapat lihat ada bintik-bintik putih kat stokin kita. Ingatkan apa. Rupanya itulah cebisan kulit mati yang tanggal sendiri daripada kaki kita. Bila kita gosok je tangan kat kaki atau tangan, uish kulit tu boleh tanggal dengan sendiri tau.
So bayangkan jika kita tak pakai langsung losyen? Jadi buatlah pilihan bijak.
Rasanya itu saja dulu perkongsian kali ini. Insyaallah lain kali kita kongsi-kongsi lagi. Semoga bermanfaat untuk semua.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...