Buat wanita berhijab, ia adalah satu perkara yang ditakuti jika tudung atau hijab yang dipakai menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Terutama jika tidak sempat iron tudung baru dan terpaksa memakai tudung yang sebelumnya.Masalah ini sering berlaku di kalangan wanita yang berhijab terutama sekali ketika musim atau cuaca panas atau lembap.
Hijabista kongsikan kepada anda tip untuk mengelakkan tudung berbau yang boleh menyebabkan orang di sebelah rasa tidak selesa.
1. Berikan udara
Ini adalah salah satu solusi yang paling mudah dan cepat. Apa yang anda patut lakukan adalah sesekali berikan sedikit pengudaraan di bahagian dalam hijab serta kibas untuk pengudaraan yang lebih sempurna.
Ads
2. Gantung menggunakan penyangkut baju
Biarkan tudung anda digantung menggunakan penyangkut baju dan anginkannya dengan udara segar serta haruman gerobok baju semalaman untuk menghilangkan bau hapak. Atau yang sudah dibasuh dilipat cantik dan disusun kemas.
Ads
3. Sembur minyak wangi
Dengan sekali semburan sudah cukup dan memadai untuk pastikan tudung dalam keadaan yang harum segar.
4. Sabun buku
Dengan air sejuk, bilas tudung bersama sabun buku. Kemudian, perah air yang berlebihan pada tudung dan biarkan tudung anda mengering.
Ads
5. Serbuk Penaik
Untuk mengatasi masalah bau tudung yang sangat kuat, cuba taburkan serbuk penaik di atas tudung sehingga menutupinya secara menyeluruh supaya serbuk penaik tersebut boleh menyerap bau hapak yang ada pada tudung. Anda disyorkan untuk meletakkan tudung dan serbuk penaik di dalam sekeping beg plastik dan biarkan ia sehari.
6. Minyak Essential
Ambil sebuah kotak kosong dan titikkan beberapa titik minyak essential ke dalamnya. Simpan tudung di dalam kotak tersebut dan biarkan tudung anda menyerap bau harum dari minyak essential tersebut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ibu bapa adalah antara figura yang paling risau sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada anak-anak mereka. Malah, bukti cinta dan kasihnya kedua orang tua, ada diantara ibu bapa sanggup mahu menggantikan kesakitan yang dihidapi sang anak sekiranya diizinkan Allah.
Begitu juga dengan pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ayah ini, Adi Saifullizam Abdul Sani yang sanggup ‘berkhemah’ di dalam kenderaan hanya kerana mahu sentiasa ‘dekat’ dengan si anak yang kini terlantar di hospital kerana diuji menghidapi tumor otak.
Bapa Pacak Khemah Belakang Kereta Tunggu Perkembangan Anak
Baru-baru ini sebuah portal infortainment, memaklunkan tentang kisah pengorbanan Adi, 40 tahun yang sanggup bermalam dan tidur di dalam kereta di tempat parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak, bagi memudahkan urusan isterinya yang memantau keadaan anak bongsunya mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu.
Tular di media sosial beberapa keping foto menunjukkan kereta Proton Satria yang dipasang khemah pada bahagian belakang kenderaan itu yang setia menanti di tempat parkir Hospital.
“Anak bongsu saya, Muhammad Afeef Mikhail, 8, sedang mendapat rawatan di hospital, setelah doktor mengesahkan dia menghidap tumor otak.
Bagaimanapun, Adi berkata setelah anaknya itu menjalani pembedahan untuk tujuan pengambilan sampel sel pada Sabtu lalu, keadannya semakin stabil. Tetapi masih perlu dirawat dan dipantau di HRPB ditemani isterinya.
“Alhamdulillah, setakat petang tadi anak saya dalam keadaan stabil. Kami sedang menunggu sama ada anak akan menjalanikemoterapi, radioterapi atau pembedahan susulan,” katanya.
Kewangan Kritikal, Tak Mampu Sewa Homestay Terpaksa Berjimat Untuk Kos Rawatan Anak
Mengulas lanjut berhubung tindakkanya itu, ini respon yang diberikan oleh Adi.
“Saya ambil keputusan untuk bermalam dalam kereta di ruang parkir hospital kerana mahu sentiasa dekat dengan anak dan isteri serta standby pada bila-bila masa.
“Nak tinggal di homestay, pun perlu banyak kos. Masa hari pertama saya datang ke hospital cuma ada RM250 di tangan.
“Jadi, saya perlu berjimat. Lebih mengutamakan makan dan minum. Apa yang lebih penting, saya sentiasa dekat dengan anak,” ujar bapa kepada tiga anak itu.
Ini demikian kerana, menurut Adi, buat masa ini dia masih belum dimaklumkan oleh Doktor apakah langkah susulan yang bakal diambil terhadap kondisi kesihatan anaknya. Justeru, jumlah kos sebenar rawatan juga masih belum dapat diputuskan lagi.
Sekadar info, adi yang membanting tulang empat kerat sebagai operator kilang dan isterinya yang tidak bekerja mengakui perlu berjimat dengan mencatu kewangan sedia ada.
Jelasnya lagi, buat masa ini dia mengambil cuti tanpa gaji khusus untuk memantau perkembangan kesihatan anaknya, serta memudahkan urusan isterinya kerana jarak rumahnya yang berada di Trolak agak jauh jika ingin berulang ke hospital.
Sehubungan itu, Adi menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas keprihatinan rakyat Malaysia yang banyak membantu dia dan keluarga untuk keluar dari kemelut kewangan itu.
“Syukur Alhamdulillah juga hari ini ada seorang hamba Allah yang sudi membantu saya membiayai tempat menginap di bilik di sebuah rumah inap berdekatan dengan hospital.
“Sangat dekat, saya berjalan kaki antara 300 dan 500 meter ke hospital bertemu anak dan isteri,” katanya sambil menambah dua lagi anaknya dijaga oleh keluarga terdekat buat sementara waktu.
Hijabista mendoakan agar adik Muhammad Afeef Mikhail diberikan kesembuhan segera, serta tiada kesakitan selepasnya dan semoga segala urusan ayahnya, Adi Saifullizam Abdul Sani sekeluarga dipermudahkan oleh Allah SWT.
Pernah tak anda lihat di sosial media, tidak kira Tiktok mahupun Youtube, di mana pernah tular tren minum air yang di panggil sebagai ‘Thick water‘. Tapi apakah itu ‘Thick water‘?
Menurut Carewell, terdapat seramai 13 juta penduduk di Amerika yang mengalami kondisi kesukaran untuk menelan. Wujudnya ‘Air Pekat’ atau Thick water adalah untuk memberikan penghidap kondisi ini kekal hidrat.
Apakah itu ‘Thick water’?
‘Thick water‘ adalah air yang di cipta khusus untuk penghidap disfagia (kesukaran menelan). Air ini boleh di beli secara terus di kedai ataupun boleh juga di buat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan pemekat.
Kenapa perlu pekat dan likat? Hal ini kerana dengan menambah kelikatan pada cecair normal, seperti air minuman, ia akan lebih memudahkan bagi proses menelan.
Bagi orang yang semakin meningkat usia, deria muntah mereka akan menjadi lebih sensitif atau mempunyai masalah dari segi neurologi di mana mereka mengalami kesukaran untuk makan dan minum. Thick water membantu mereka untuk kekal hidrat serta menghalang cecair daripada memasuki trakea (saluran udara ke paru-paru) serta melancarkan proses pencernaan.
Tidak semua orang memerlukan Thick water ini kerana ia di buat khusus untuk mereka yang mengalami kondisi sukar untuk menelan. Kondisi ini di diagnosis oleh ahli patologi pertuturan bahasa.
Bagi mengenal pasti sama ada ahli keluarga kita menghidap kondisi ini, pakar akan menilai struktur muka dan mulut mereka ketika sedang minum dan makan. Jika dari pemerhatian itu tidak memberikan banyak informasi, mereka akan menggunakan endoskopik (FEES) atau menelan barium yang di ubah suai (MBS) untuk membuat penilaian.
Kebiasaannya, kondisi yang menyebabkan kesukaran untuk menelan adalah juga termasuk:-
Refluks asid dan GERD
Keradangan pada esofagus (esophagitis)
Nodul tiroid
Strok
Kecederaan pada saraf tunjang
Ada juga yang mengalami kesukaran untuk menelan jika mereka menghidap penyakit dari aspek neurologi seperti Parkinson, Alzheimer, atau Demensia.
Apakah rasa Thick water itu?
Rasa Thick water hampir sahaja sama dengan air biasa yang kita minum. Cuma perbezaannya yang jelas adalah melalui konsistensinya. Ramai yang membandungkan kelikatan air Thick water ini umpana gel aloe vera.
Jika anda tuang Thick water, ia mudah sahaja tetapi bila ia di dalam mulut, rasanya lebih pekat. Di sebabkan kelikatan yang berganda berbanding air biasa, ramai orang menjadi kenyang lebih cepat daripada biasa. Untuk membuat air biasa kepada likat juga mudah kerana terdapat beberapa bahan yang membantu untuk melikatkan air.
Bagaimana hendak buat Thick water di rumah?
Thick water ini mempunyai beberapa jenis kandungan yang membuatkan lagi airnya menjadi likat. Oleh sebab itu, ia terbahagi kepada dua kategori yang berbeza seperti:-
Pemekat berasakan kanji
Kanji adalah serbuk putih yang mempunyai rasa yang tawar namun ia cepat larut ke dalam pelbagai cecair. Walaupun ia mudah untuk di bancuh tetapi ia memerlukan penggunaan dengan kadar segera. Jika di biarkan ia akan menjadi lebih likat dan sukar untuk di telan.
Pemekat berasakan getah
Sumber gambar dari Sinful eyes via Foter.com
Bukan getah yang sering kita gunakan untuk mengikat bungkusan makanan tetapi getah yang diperbuat dari produk semula jadi seperti Xanthan, iaitu sejenis gula yang telah di tapai. Berbeza dari kanji, ia mempunyai kebarangkalian untuk bergumpal, jadi sangat penting untuk peka dalam membancuh.
Konsistensinya akan kekal sama dari semasa ke semasa, jadi anda boleh sahaja menyejukkan atau menyimpannya untuk di gunakan kemudian.
Walapun begitu, jika anda ingin cuba untuk menggunakan salah satu pemekat cecair ini, anda perlu cuba satu demi satu. Ini membolehkan anda kenal pasti campuran mana yang bersesuaian.
Panggilan atau memanggil kepada orang tersayang dalam Islam dengan penuh kehormatan, kasih sayang dan kelembutan memang digalakkan.
Membiasakan diri memanggil pasangan dengan panggilan sayang (Humairaa) merupakan hal yang lumrah dan dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Ini kerana baginda jika memanggil isterinya selalu dengan memakai panggilan ‘Ya Humairaa’ yang ertinya ‘Sayangku’.
Selain memberikan rasa senang pada pasangan, memanggil pasangan dengan panggilan sayang tentu akan membuatkan perasaan cinta dan kasih sayang semakin melekat dan utuh.
Sudah biasa kita mendengar atau menggunakan panggilan sayang terhadap pasangan kita. Bermacam-macam panggilan sayang yang kita berikan seperti ‘Honey’, ‘Hubby’, ‘Sayang’, ‘Cinta’, dan berbagai panggilan yang lainnya.
Panggilan sayang itu untuk menunjukkan rasa sayang dari tiap pasangan. Sering juga digunakan panggilang sayang yang islami oleh pasangan suami isteri, seperti’Abi’ dan ‘Ummi’.
Tapi ternyata, panggilan ‘Abi’ dan ‘Ummi’ itu sebenarnya diharamkan dalam Islam. Maksud dan tujuan sebenarnya baik, tetapi jika asal pakai tanpa mengetahui erti dan asal usulnya maka akan menjadikan ini haram.
Dalam kitab Ar-Raudhatul Murbi’ Syarah Zadul Mustaqni’ juz 3/195, dijelaskan tentang hal memanggil pasangan “Dan dibenci memanggil salah satu di antara pasangan suami istri dengan panggilan khusus yang ada hubungannya dengan mahram, seperti istri memanggil suaminya dengan panggilan ‘Abi’ (ayahku) dan suami memanggil istrinya dengan panggilan ‘Ummi’ (ibuku).”
Ada baiknya jika belum memiliki panggilan sayang, jangan digunakan panggilan tersebut. Namun jika sudah terlanjur, ada baiknya untuk menggantinya. Perlahan-lahan pasti akan terbiasa walaupun awalnya tidak.
Memang masih banyak yang memakai panggilan pasangan seperti ini, terutama di rumah keluarga islam. Ini kerana kita sudah tahu, sebaiknya hindari panggilan sayang seperti ini.
SUMBER: airsoya.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...