Jenama yang lebih dikenali dengan membawakan gagasan fesyen sopan untuk semua golongan status. Dengan tumpuan kepada fesyen sopan untuk wanita kontemporari yang digelar #lilitwoman, keutamaan kepada usaha untuk menunaikan kemahuan dan keperluan mereka yang mahukan kesederhanaan.
LILIT bersedia untuk menaikkan seri penampilan anda dengan fesyen pakaian yang bergaya dan sesuai untuk apa jua acara, baik koleksi klasik mahupun fesyen terkini dengan gaya menarik dan menceriakan. Tidak perlu pilih jenama lain LILIT semuanya ada. Menarik bukan?
Jenama bergaya ini terkenal kerana ia menawarkan penyelesaian yang mudah dan mesra untuk wanita kontemporari. LILIT. memberikan keyakinan diri menerusi pelbagai pilihan gaya yang berlainan. Koleksinya merangkumi pakaian dalam asas, skarf dan pakaian, serta kategori sopan menarik yang diperlukan oleh semua koleksi pakaian untuk ibu mengandung, pakaian aktif serta pakaian renang. Baru-baru ini LILIT. juga berkongsi komitmennya kepada kelestarian alam sekitar dengan memperkenalkan koleksi RE:LIT. yang diperbuat daripada koleksi LILIT. lama yang telah dikembalikan sebagai pakaian kreatif baharu.
Dengan butik dan laman web baharu yang dibuka tahun ini, LILIT. sudah bersedia untuk membolehkan semua wanita mengangkat fesyen sopan tetapi menarik. Dengan LILIT, begitu mudah untuk memperlihatkan gaya tersendiri anda!
Menurut Shasha Sekharan, Pengurus Pemasaran LILIT, selepas 2 tahun, dengan bangganya melancarkan butik ketiga dan meluaskan kehadiran jenama ini sebagai perniagaan fesyen dengan usaha mengukuhkan lagi platform digital serta laman web baharu LILIT (lilitstore.com) pada bulan Julai. Usaha ini diikuti dengan pelancaran aplikasi LILIT. tidak lama lagi. Banyak rancangan yang telah dirancangkan untuk 2022 bila keadaan pulih secara perlahan-lahan.
“Kami menghargai sokongan yang kami terima selama ini dan kami tekad untuk memberi manfaat dan penyelesaian oleh LILIT. yang dikenali selama ini. Dengan itu, kami telah merancangkan perkembangan seterusnya dengan pembukaan butik kami di dalam dan di luar negara.” ujar Pengurus Pemasaran LILIT.
Di butik LILIT., produk dan pakaian dipamerkan mengikut kategori tertentu (dari pakaian untuk ibu mengandung, pakaian aktif, pakaian renang, pakaian dalaman, dan lain-lain) untuk menikmati pengalaman LILIT. yang menyeluruh. Butik ini mempunyai ruangan seperti muzium, di mana orang ramai boleh meneroka setiap sudut dengan mudah.
Dengan menggunakan tiang dan reka bentuk lengkung, butik LILIT. mempertingkatkan ruang dengan mencipta laluan dan aliran yang berbeza, membolehkan anda meneroka butik itu dengan masa anda yang tersendiri.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee