Jenama yang lebih dikenali dengan membawakan gagasan fesyen sopan untuk semua golongan status. Dengan tumpuan kepada fesyen sopan untuk wanita kontemporari yang digelar #lilitwoman, keutamaan kepada usaha untuk menunaikan kemahuan dan keperluan mereka yang mahukan kesederhanaan.
LILIT bersedia untuk menaikkan seri penampilan anda dengan fesyen pakaian yang bergaya dan sesuai untuk apa jua acara, baik koleksi klasik mahupun fesyen terkini dengan gaya menarik dan menceriakan. Tidak perlu pilih jenama lain LILIT semuanya ada. Menarik bukan?
Jenama bergaya ini terkenal kerana ia menawarkan penyelesaian yang mudah dan mesra untuk wanita kontemporari. LILIT. memberikan keyakinan diri menerusi pelbagai pilihan gaya yang berlainan. Koleksinya merangkumi pakaian dalam asas, skarf dan pakaian, serta kategori sopan menarik yang diperlukan oleh semua koleksi pakaian untuk ibu mengandung, pakaian aktif serta pakaian renang. Baru-baru ini LILIT. juga berkongsi komitmennya kepada kelestarian alam sekitar dengan memperkenalkan koleksi RE:LIT. yang diperbuat daripada koleksi LILIT. lama yang telah dikembalikan sebagai pakaian kreatif baharu.
Kekalkan imej sopan dalam setiap rekaan
Dengan butik dan laman web baharu yang dibuka tahun ini, LILIT. sudah bersedia untuk membolehkan semua wanita mengangkat fesyen sopan tetapi menarik. Dengan LILIT, begitu mudah untuk memperlihatkan gaya tersendiri anda!
Ads
Menurut Shasha Sekharan, Pengurus Pemasaran LILIT, selepas 2 tahun, dengan bangganya melancarkan butik ketiga dan meluaskan kehadiran jenama ini sebagai perniagaan fesyen dengan usaha mengukuhkan lagi platform digital serta laman web baharu LILIT (lilitstore.com) pada bulan Julai. Usaha ini diikuti dengan pelancaran aplikasi LILIT. tidak lama lagi. Banyak rancangan yang telah dirancangkan untuk 2022 bila keadaan pulih secara perlahan-lahan.
Ads
“Kami menghargai sokongan yang kami terima selama ini dan kami tekad untuk memberi manfaat dan penyelesaian oleh LILIT. yang dikenali selama ini. Dengan itu, kami telah merancangkan perkembangan seterusnya dengan pembukaan butik kami di dalam dan di luar negara.” ujar Pengurus Pemasaran LILIT.
Setiap ketegori tersusun rapi
Di butik LILIT., produk dan pakaian dipamerkan mengikut kategori tertentu (dari pakaian untuk ibu mengandung, pakaian aktif, pakaian renang, pakaian dalaman, dan lain-lain) untuk menikmati pengalaman LILIT. yang menyeluruh. Butik ini mempunyai ruangan seperti muzium, di mana orang ramai boleh meneroka setiap sudut dengan mudah.
Ads
Dengan menggunakan tiang dan reka bentuk lengkung, butik LILIT. mempertingkatkan ruang dengan mencipta laluan dan aliran yang berbeza, membolehkan anda meneroka butik itu dengan masa anda yang tersendiri.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa sahaja yang tidak menggunakan rangkaian skincare? Bukan hanya kaum hawa sahaja, malah kaum adam jua juga memiliki rangkaian perawatan kulit wajahnya tersendiri. Memang skincare berperanan cukup penting dalam menjaga kesihatan kulit wajah serta menghindari kulit dari pelbagai masalah.
Dalam menggunakan skincare, beberapa perkara harus diperhatikan. Dari mula perhatikan bahan yang terkandung di dalam skincare, cara penggunaan sehingga beberapa mitos skincare yang kerap didengari. Supaya anda tidak keliru, jom kita siasat beberapa mitos tersebut. Benar atau tidak?
1. Sering mencuci wajah dapat menghilangkan jerawat
Mungkin beberapa dari anda sering mendengar mitos sekitar skincare yang satu ini. Ya! masalah kulit seperti jerawat dan jeragat memang disebabkan oleh pertumbuhan bakteria yang bercampur dengan kotoran. Dan memang benar bahawa mencuci wajah merupakan salah satu tipnya, namun cuci wajah cukup 2 kali dalam sehari sahaja. Jika dilakukan sering dilakukan, malah dapat menyebabkan kulit menjadi dehidrasi dan merangsang kelenjar minyak yang menyebabkan jerawat malah bertambah banyak.
2. Guna banyak rangkaian skincare agar kulit lebih halus
Menggunakan banyak rangkaian skincare merupakan teknik perawatan Korea yang sangat terkenal dan menjadi tren. Kerana menggunakan rangkaian skincare dipercaya lebih dapat menutrisi kulit wajah dengan maksima. Tetapi adakah rutin tersebut benar-benar berfungsi?
Menggunakan banyak rangkaian skincare memang berfungsi untuk sesetengah orang, namun sesetengah orang lainnya mengatakan bahawa perkara tersebut merupakan salah satu mitos mengenai skincare ya! Tak harus menggunakan banyak skincare, sebaiknya gunakan jumlah skincare sesuai dengan keperluan kulit sahaja.
3. Moisturizer hanya diperlukan untuk kulit kering
Moisturizer memang terkenal sebagai produk yang dapat menghidrasi kulit wajah, namun moisturizer hanya diperlukan untuk kulit kering sahaja menjadi salah satu mitos mengenai skincare. Faktanya, kulit berminyak dan cenderung berjerawat pun juga sangat memerlukan peranan skincare untuk menjaga kulit wajah tetap sihat. Pilih moisturizer yang sesuai dengan jenis kulit wajahnya ya Sis!
4. Gunakan sunscreen apabila keluar sahaja
Siapa yang masih beranggapan bahawa menggunakan sunscreen hanya ketika hendak keluar sahaja? Salah satu mitos skincare yang wajib diabaikan. Kulit anda memerlukan perlindungan tidak hanya ketika terdedah sinar matahari secara langsung sahaja, tetapi di rumah pun anda harus melindungi kulit dari sinar lampu atau cahaya matahari yang masuk melalui tingkap.
5. Mencuci wajah menggunakan air hangat baik untuk kulit
Pernah mendengar mitos skincare yang satu ini iaitu mencuci wajah dengan menggunakan air hangat agar kulit menjadi lebih bersih? Padahal, suhu hangat dapat membuka pori-pori wajah dan bukan semua jenis kulit boleh mencuci wajah dengan air hangat kerana dapat menyebabkan jerawat.
6. Seseorang yang lahir dengan kulit gelap dapat menjadi putih hanya menggunakan krim pemutih
Siapa ya yang tak ingin memiliki kulit putih yang cerah? Hampir semua perempuan pasti memiliki kulit impian. Namun, kerana tak semuanya lahir dengan kulit yang cerah, pasti sebahagian dari mereka memerlukan produk pencerah yang diyakini dapat membuat kulit yang gelap menjadi putih. Padahal perkara tersebut hanyalah mitos skincare ya! Beberapa produk yang dijual bebas hanya dapat membuat kulit menjadi bersih sehingga tampak sedikit lebih cerah, namun tidak dapat merubah warna kulit kecuali menggunakan cara dari dalam.
7. Produk anti-aging digunakan ketika berumur 40-an
Mitos skincare yang ini cukup terkenal, mungkin banyak orang yang menganggap bahawa rangkaian produk anti-aging hanya digunakan oleh seseorang yang sudah berumur 40 tahun ke atas. Padahal hal tersebut tidak benar, beberapa ahli kecantikan mengatakan bahawa seseorang yang mulai menganjak usia 25 tahun sudah boleh menggunakan rangkaian produk anti-aging untuk mencegah pelbagai tanda-tanda penuaan pada wajah.
Ternyata banyak perkara yang dikira fakta adalah mitos mengenaiskincare. Tentu saja perlu untuk anda ketahui agar tidak salah langkah ketika menggunakan rangkaian skincare.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bercerita mengenai sambutan Syawal tahun ini, pastinya setiap orang memiliki kisah tersendiri tentang persiapan raya yang sudah lama tidak disambut meriah. Pengacara yang semakin dikenali ramai, Farahanim Razak berkongsi cerita mengenai kemeriahan raya yang disambut bersama keluarga tercinta, eksklusif dalam The Hijabista Show.
Menurut Farahanim, sambutan raya kali ini bersifat sederhana dan lebih menumpukan kepada anak-anaknya serta suami.
“Bila usia semakin meningkat, saya lebihkan kepada anak-anak untuk beri mereka rasa seronok menyambut Aidilfitri. Persiapannya raya kali ini saya utamakan suami dan anak-anak terlebih dahulu,” ujarnya.
Tambahnya lagi, apabila memiliki anak kembar, Amina Raissa dan Amira Raissa, dia mahukan pemilihan busana rayanya sama konsep dengan anak-anaknya itu untuk lebih kelihatan meriah dan ceria. Biarpun kedua-dua anaknya itu memiliki personaliti yang berbeza, namun untuk busana raya, dia lebih suka untuk memilih konsep dan gaya yang sama.
“Bila memiliki anak kembar, saya lebih suka untuk memilih padanan busana raya yang sama konsep dengan saya. Kalau baju saya bersulam, jadi anak-anak pun bersulam bajunya.
Suami pula beri kebebasan kepada saya untuk memilih baju rayanya dan anak-anak. Apa yang saya pilih, dia akan pakai sahaja. Jadi lebih mudah.
Selalunya persiapan baju raya akan dilakukan lebih awal supaya kami sekeluarga boleh memberi fokus pada bulan Ramadan yang banyak kebaikannya,” ulasnya lanjut.
Bergaya over ketika beraya?
Berbicara mengenai gaya sakan ketika beraya, Farahanim menyatakan bahawa ia terpulang kepada individu tersebut. Jika berkemampuan untuk meraikan hari raya serba mewah dan meriah, itu pilihan mereka sendiri.
“Bersederhana ataupun over apabila beraya, itu semua bergantung kepada diri sendiri. Jika ingin cantik dan nampak menawan di hari raya, tidak salah untuk berbelanja tapi biarlah berpada-pada.
Apa yang penting, kita bergaya untuk diri sendiri, dan bukan untuk orang lain,” komen Farahanim.
Amalan dan cara pemakanan dalam Islam dikenali sebagai sunnah. Makanan sunnah disebut di dalam Al-Quran, mengikut cara pemakanan dan etika pemakanan Nabi Muhammad SAW.
Rujukan Hadis:
Dari Yousuf bin Abdullah menyatakan “aku terlihat Nabi Muhammad SAW mengambil sebahagian roti barli dan meletakkan kurma di atasnya dan menyatakan bahawasanya ianya adalah sayur kepada roti tersebut (salan).
(Abu Dawood)
Pemakanan mengikut sunnah ialah bagi memastikan kesihatan umat Islam terjaga dengan baik, iaitu secara fizikal, mental, emosi dan rohani. Sunnah mendorong umat Islam untuk makan dan minum agar menjadi sihat, dan bukan hanya untuk rasa kenyang atau untuk kepuasan semata. Dengan mengikut pemakanan sunnah, umat Islam dapat menjaga kesihatan dengan baik, sekaligus dapat menyembah Allah SWT.
Ciri-Ciri Makanan Sunnah
Makanan sunnah mengandungi khasiat serta serat yang tinggi. Makanan yang dirujuk secara Positif di dalam Al-Quran dan Hadis seperti kurma, anggur, susu, zaitun (termasuk minyak zaitun) dan madu ialah antara makanan yang kerap dikaitkan dengan sunnah dan sering disebutkan di dalam Al-Quran juga Hadis. Antara makanan sunnah yang lain termasuklah labu, cuka, timun, cendawan, tembikai, daging dan biji jintan jitam (Habbatussauda).
Satu-satunya Bijirin Sunnah
Bijirin kegemaran Nabi Muhammad SAW ialah barli. Baginda gemar menjamu barli sebagai roti, bubur, serbuk barli (satto) dan juga sebagai minuman. Walaupun beras dan tepung gandum yang diperbuat daripada gandum merupakan antara bijian pilihan di Malaysia, tetapi barli merupakan alternatif yang lebih sihat.
Secara tempatan, kebanyakan barli diambil di dalam bentuk air, iaitu air barli; walaubagaimanapun, terdapat pelbagai cara lain untuk menggunakan barli di dalam pemakanan harian anda untuk kesihatan dan nilai pemakanannya.
Roti yang biasa dimakan oleh Nabi Muhammad SAW merupakan roti yang tidak beragi dan mungkin bukan seperti roti yang kebiasaannya dijamu masyarakat kini. Roti barli buatan sendiri atau yang didapati di kedai-kedai mempunyai manfaat pemakanan yang sama, malah merupakan lebih sihat daripada roti putih biasa.
Manfaat pemakanan Barli
Menurut para hadis, barli adalah sangat berkhasiat dan dapat memberikan tenaga kepada tubuh badan. Kajian saintifik telah membuktikan bahawa barli mempunyai nilai pemakanan yang tinggi apabila diambil kesemuanya. Barli sangat kaya dengan vitamin, mineral dan sebatian tumbuhan bermanfaat yang lain. Barli mutiara yang telah digilap adalah kurang berkhasiat oleh kerana lapisan dedaknya yang telah hilang.
Barli mempunyai tekstur yang kenyal dan rasa kekacang yang membuatkannya serba boleh dan enak. Pn Nur Hayati Azmi, Pakar Pemakanan (Dietitian) kongsikan lapan faktor sains berkaitan nutrisi barli yang menjadikannya bijirin sunnah Nabi Muhammad SAW.
Apabila diambil sebagai gandum penuh, barli secara khususnya kaya dengan serat, molybdenum, mangan dan juga selenium. Ia juga mempunya nilai kuprum, vitamin B1, kromium, fosforus, magnesium dan niasin. Barli secara rendam dan bercambah juga dapat meningkatkan kadar vitamin, mineral, protein dan antioksidan. Barli yang ditaburkan boleh dimasak dan ditambahkan ke dalam makanan atau dikeringkan dan digiling menjadi tepung untuk digunakan dalam proses baking.
2. Membantu dalam Proses Penurunan Berat Badan
Barli mengandungi serat larut yang dapat mengurangkan rasa lapar dan juga mempercepatkan rasa kenyang. Ia juga dapat membantu dalam penurunan berat badan. Serat larut yang juga dikenali sebagai beta-glukan sangat membantu di mana beta-glukan ini membentukkan bahan seperti gel dalam usus anda berfungsi untuk memperlahankan proses penghadaman dan juga penyerapan nutrient oleh itu mengawal selera anda dan mempercepatkan rasa kenyang. Serat larut juga dapat mensasarkan lemak perut yang boleh berkait dengan masalah penyakit metabolik.
3. Memperbaiki kesihatan usus dan penghadaman
Nilai serat yang tinggi di dalam barli dalam membantu makanan bergerak di dalam usus dan meningkatkan keseimbangan bakteria di dalam usus yang memainkan peranan yang sangat penting dalam proses penghadaman. Nilai serat yang tinggi sekali lagi merupakan punca, khususnya serat yang tidak larut. Penambahannya didalam najis bantu mempercepatkan pergerakan usus dan mengurangkan risiko mengalami sembelit. Serat larut di dalam Barli bantu menyediakan makanan kepada bakteria baik dia dalam usus, oleh itu menghasilkan lemak asid lemak rantai pendek (SCFA). Kajian menunjukkan bahawa SCFA bantu memberikan makanan kepada sel usus, mengurangkan keradangan dan mebaiki gejala-gejala masalah usus seperti sindrom iritasi usus (IBS), penyaking Crohn, dan juga kolitis ulseratif
4. Mencegah Batu Karang Hempedu dan mengurangkan risiko pembedahan hempedu.
Jenis serat yang didapati di dalam barli dapat mencegah pembentukan batu karang dan mengurangkan risiko pembedahan. Batu karang merupakan zarah pepejal yang boleh terbentuk secara spontan di pundi hempedu, sebuah organ kecil yang terletak di bahagian hati.
5. Mengurangkan tahap kolesterol
Beta-glukan, sejenis serat yang dijumpai didalam barli didapati dapat mengurangkan tahap kolesterol dengan cara menghalang pembentukannya dan meningkatkan perkumuhan melalui tinja. Beta-glukan yang terdapat di barli terbukti dapat mengurangkan kolesterol LDL “jahat” dengan mengikat asid hempedu.
6. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Menambahkan barli kedalam pemakanan anda mungkin dapat mengurangkan risiko masalah penyakit jantung seperti darah tinggi dan juga juga kolesterol jahal.
7. Magnesium dan serat larut dapat melindungi dir daripada penyakit Diabetes.
Gandum penuh di dalam barli mungkin dapat memperbaiki pembentukan insulin dan meningkatkan pengeluaran insulin juga mengurangkan kadar gula di dalam darah, di mana kedua-duanya dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit jenis 2 diabetes. Ini juga oleh sebab kekayaan kandungan magnesium di dalam barli – sejenis mineral yang memainkan peranan penting dalam pembentukan insulin dan penggunaan gula di dalam badan anda. Barli juga kaya dengan serat larut, di mana ia mengikat dengan air berama molekul-molekul lain ketika bergerak melalui saluran penghadaman anda, memprelahankan penyerapan gula di dalam saluran darah. Kajian menunjukkan bahawa sarapan barli memberikan kenaikan kadar gula darah dan insulin maksimum yang lebih rendah berbanding sarapan yang terdiri daripada bijirin-bijirn lain, seperti oat.
8. Barli serba boleh dan mudah untuk ditambahkan di dalam pemakanan.
Barli adalah berpatutan dan mudah dimasukkan kedalam pemakanan anda. Contohnya anda boleh makan barli rebus selain daripada nasi, dimasukkan ke dalam sup, rebusan, salad, roti atau dimakan sebagai sarapan bijirin yang panas. Ataupun anda juga boleh membuat atau membeli roti yang mengandungi barli.
Maklumat Nutrisi Barli:
Satu setengah cawan (100 gram) barli belum dimasak dan belum dilapisi mengandungi nutrisi yang berikut:
Kalori: 354
Karbohidrat:5 gra
Serat: 3 gram
Protein: 5 gram
Lemak:3 gram
Tiamin: 43% daripada Rujukan Pengambilan Harian (RPH)
Riboflavin:17% daripada RPH
Niasin: 23% daripada RPH
Vitamin B6:16% daripada RPH
Folat:5% daripada RPH
Zat Besi: 20% daripada RPH
Magnesium: 33% daripada RPH
Fosforus:26% daripada RPH
Potasium:13% daripada RPH
Zinc: 18% daripada RPH
Copper:25% daripada RPH
Mangan:97% daripada RPH
Selenium:54% daripada RPH
SUMBER: Pn Nur Hayati Azmi, Pakar Pemakanan (Dietitian)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...