Yatie Sendayu Tinggi bukanlah nama asing dalam dunia perniagaan. Kakak sulung kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ini seorang yang sangat ligat berniaga.
Selain menguruskan Sendayu Tinggi, Yatie turut memiliki rangkaian perniagaannya sendiri iaitu The Hijab Co dan The Skin & Co.
Ternyata, pemilik nama penuh Noor Hayati Kamarzaman ini mewarisi minat dan bakat berniaga sama seperti ibunya, Rozita Ibrahim yang merupakan usahawan tersohor di Malaysia.
Dilahirkan sebagai anak sulung dalam keluarga yang susah telah menjadikan Yatie seorang wanita cekal dan berdikari sejak kecil.
Berkat pengorbanan dan kesungguhan, keluarga Bonda Rozita ini bukan hanya terkenal bahkan kini bergelar jutawan!
SUKA BERGAYA
Bergelar usahawan fesyen dan kecantikan, Yatie dilihat sangat pandai bergaya biarpun usianya kini mencecah 39 tahun.
Menjengah ke Instagram peribadinya, Yatie sering berkongsi foto OOTD bersama dua anak perempuannya, Uzma dan Aleya.
Kedua-dua anak daranya itu kini berusia belasan tahun. Makin manis dan pandai bergaya pula tu, macam ibu mereka. Sekali pandang macam kakak dan adik!
Ke mana tidak tumpahya kuah kalau tidak ke nasi, kan? Sudah tentulah anak-anak pun terinspirasi dengan ibu mereka yang hebat dalam bergaya dan solekan.
Jom sis layan foto OOTD Yatie dan anak-anak daranya ni.
Kredit Foto: Instagram Yatie Kamarzaman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengasas Tudung People Kini Bergelar Ibu, Pilih Nama Seth Umar Buat Anaknya
Pada 2 Jun yang lalu, pengasas jenama tudung terkenal, Tudung People iaitu Fazrena Aziz telah selamat melahirkan anak sulungnya yang diberi nama Seth Umar.
Meluahkan rasa syukurnya, dia juga rasa begitu terharu dan mencoretkan ucapan khas buat suaminya, Bakri Hafiz yang telah dinikahi sejak enam tahun lalu kerana telah melakukan segala-galanya buat dirinya sepanjang proses kehamilan ini.
View this post on InstagramA post shared by Fazrena Aziz (@fazrenaaziz) on
Kepada lelaki yang selalu berada dengan saya di setiap langkah. Terima kasih.
Dia melakukan segalanya untuk saya sepanjang kehamilan ini. Dia membawa saya ke maha sahaja. Dia memberikan saya doktor terbaik yang dia mampu, walaupun industri perkahwinan terjejas sewaktu PKP.
Saya tak pernah lagi menukar lampin Seth dan jarang sekali menyusukannya menggunakan botol. Kerana kata Bak, saya sudah mengandungkan Seth selama sembilan bulan. Ini sahaja yang dia mampu lakukan untuk membalasnya.
Emosi saya tidak stabil selepas melahirkan. Seth selalu lapar dan dia tidak menyusu dengan betul. Ia memberikan saya kesakitan dan berdarah. Ia langsung tidak mudah tetapi Bak sentiasa ada menyokong saya. Jadi, terima kasih. Semoga Allah SWT memberikan syurga buatmu kerana saya tidak mampu membalas segala yang awak telah lakukan untuk saya.
View this post on InstagramA post shared by Fazrena Aziz (@fazrenaaziz) on
Alhamdulillah, beruntung Fazrena kerana dikurniakan seorang suami yang cukup menghargai pengorbanan isterinya. Moga mereka sama-sama dapat membesarkan Seth dengan penuh kasih sayang dan menjadi insan yang soleh. Amin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bercuti Dengan ‘Girl Gang’ Di Sabah? Ini 5 Lokasi Hotspot Untuk Hijabi Basahkan Tekak Pilihan Hijabista!
Sekejap betul masa berlalu, sedar tak sedar kini kita sudah pun berada di bulan terakhir bagi tahun 2024! Bila dah masuk hujung-hujung tahun ni, aktiviti WAJIB mestilah menghabiskan cuti hujung tahun dengan bercuti bersama rakan-rakan Hijabi, Girl Gang Travel gitu.
Seronoknya bila dapat luangkan masa bersama rakan-rakan perempuan, berswafoto di lokasi percutian yang menarik, membeli belah, bergossip dan ‘catch up session’. Perempuan bila dah berborak, memang tak cukup sejam sis!
Jadi, bagi Hijabi yang sudahpun merancang menghabiskan cuti tahunan bersama gegadis, di negeri bawah bayu Sabah, di sini Hijabista senaraikan lima tempat yang sesuai untuk anda lepak, sambil membasahkan tekak kering lepas bergossip bersama all the girls!
CoolBlog
Jenama minuman yang satu ini sememangnya amat sinonim dengan golongan muda di Malaysia! Malah, ia merupakan jenama minuman tempatan di negara kita yang memperkenalkan variasi minuman yang berasaskan teh susu mutiara (Boba Tea)
Sebut sahaja Coolblog pasti Hijabi terbayang pelbagai jenis minuman yang menarik dan enak!
Justeru, ia merupakan pilihan yang tepat bagi Hijabi untuk menghilangkan dahaga ketika melawat ke Sabah bersama Girls Gang anda! Dah penat berjalan dan bergossip sedap juga jika anda hilangkan dahaga dengan minuman ice blended dan smoothie yang sedap dan digemari ramai ni sis!
Lebih menarik lagi, pada 21 September yang lalu Coolblog, telahpun berjaya merasmikan pembukaan cawangan mereka yang kelima. Coolblog berharap dapat terus menawarkan minuman berkualiti tinggi kepada komuniti setempat di Emart Lintas Jaya, Kota Kinabalu Sabah.
Kafe Promenade
Terletak di dalam Promenade Hotel, Kafe Promenade bukan sahaja menyajikan sarapan, makan tengah hari dan makan malam, tetapi juga minum petang!
Jadi bolehlah hijabi membasahkan tekak bersama rakan-rakan pada waktu ‘tea time’ sambil menikmati percutian dalam persekitaran mesra dan kondusif bersama rakan tersayang!
Kafe Hanakoya Flower
Tahukah hijabi bahawa Hanakoya merupakan sebuah kedai hadiah dan bunga yang premium? Sehingga kini, mereka masih menawarkan gubahan bunga dan hadiah yang boleh dipilih mengikut citarasa anda, sebelum mereka akhirnya mencerap idea untuk membuka sebuah kafe kedai bunga yang pertama di Sabah! Uniknya.
Di Kafe Bunga Hanakoya, hijabi dan girl gang anda boleh menikmati hidangan pencuci mulut yang manis yang lazat, termasuk menikmati set minum petang mereka membasahkan tekak bersama gegadis, cool kan?
Artikel berkaitan: Basahkan Tekak Setelah Berbuka, Nikmati ‘Puding Fruit Cocktail’ Yang Menyegarkan!
5° Celsius Gelato
View this post on Instagram
A post shared by 𝟱° 𝗖𝗲𝗹𝘀𝗶𝘂𝘀 | 𝗚𝗲𝗹𝗮𝘁𝗼 | 𝗪𝗮𝗳𝗳𝗹𝗲 | 𝗖𝗼𝗳𝗳𝗲𝗲 (@5ivedegreescelsius)
Selain menikmati minuman, hijabi juga boleh membasahkan tekak anda di Gelato 5° Celsius yang merupakan pembuat ais krim (gelato) dari Itali! Seronok juga lepak bersama kawan-kawan sambil menikmati ais krim yang sejuk di tekak, selain ais krim mereka juga ada menghidangkan kek dan kopi.
Karamell Almondo
Siapa sangka, Karamell Almondo ialah jenama aiskrim tempatan yang telah wujud di Sabah sejak tahun 2009 yang menghasilkan aiskrim lembut dengan menggunakan resipi buatan sendiri yang kurang manis dan lebih sihat!
Wow, hijabi dapat menikmati dessert tanpa perlu risau berat naik! Ini kerana, Karamell Almondo menggunakan serbuk susu premium dan bahan-bahan semulajadi untuk setiap hidangan aiskrim mereka! Setakat ini, Karamell Almondo mempunyai lebih daripada 10 cawangan di seluruh Sabah, dan semakin berkembang maju!
Haa.. Sekarang dah tahu kan port mana yang sesuai untuk hijabi hilangkan dahaga semasa bercuti bersama ‘girlfriend’, selamat mencuba!
Artikel berkaitan: Berbuka Puasa Dengan Teh Ais? Boring! Jom Buat ‘Almond Cloud Milk Tea’ Yang Estetik Ni
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Coolblog, Kafe Promenade, Kafe Hanakoya Flower, 5° Celsius Gelato & Karamell Almondo
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gerhana Bulan Penuh Hari Ini, JAWI Galakkan Solat Sunat Dan Khutbah
Di khabarkan hari ini, 8 November, akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Penuh pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu dengan jarak 404,923km. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di negara Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan serta pada sebahagian utara dan timur Eropah.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyeru semua masjid dan surau di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk mengadakan jemaah solat sunat dan khubah gerhana bersempena fenomena hari ini. Kenyataan itu dimuat naik di laman rasmi Twitter sekaligus memaklumkan gerhana bulan penuh akan berlaku pada jam 6.45 petang hingga 8.49 malam.
Artikel berkaitan: Solat Sunat Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengisi Malam Lailatul Qadar
Fenomena gerhana bulan penuh terlihat pada beberapa kawasan sahaja
Perkongsian mengenai gerhana bulan penuh ini telah dimuat naik di laman sesawang Agensi Angkasa Malaysia – MYSA, fenomena ini berlaku apabila cakera Bulan berpaksi pada bayang umbra bumi yang berada di pertengahan bayang itu. Keadaan ini juga pernah berlaku dua kali pada tahun 2018.
Malaysia juga tidak terlepas untuk menyaksikan fenomena ini. Ia akan mula terlihat pada jam 4.02 petang dan akan berakhir pada jam 9.56 malam mengikut waktu tempatan. Namun, kita tidak dapat menyaksikan permulaan fasa gerhana penumbra dan separa yang berlaku apabila Bulan berada di bawah ufuk.
Jangan risau! Masyarakat di Malaysia juga berpeluang untuk menyaksikan fenomena ini apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak. Bagi mereka yang duduk di kawasan Semenanjung Malaysia, fenomena tersebut hanya akan mula terlihat sewaktu fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 9.56 malam.
Adakan solat sunat serta khutbah sanjungi kekuasaan Allah SWT
Sudah menjadi kepastian untuk umat Islam mengerti kekuasaan Allah SWT yang mencipta sekalian alam. Maka, ini merupakan salah satu tanda fenomena yang mengukuhkan lagi Allah SWT menguasai segala-galanya.
Usaha dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengajak hampir seluruh masjid dan surau di kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk adakan solat sunat dan khutbah gerhana bulan penuh. Ia bagi mengimarahkan orang ramai untuk mensyukuri serta mengagungkan kekuasaan Allah SWT.
Susulan Fenomena Gerhana Bulan Penuh yang dijangka berlaku pada 8 November 2022 (Selasa) jam 6.54 petang hingga 8.49 malam, JAWI menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melaksanakan solat sunat serta Khutbah Gerhana pic.twitter.com/t0PJ4jf3q0
— JAWI Official (@myJAWIKL) November 7, 2022
Di fahamkan lagi, solat sunat dan khutbah Gerhana Bulan Penuh ini dilakukan seusai solat Maghrib untuk di Semenanjung. Manakala bagi Wilayah Persekutuan Labuan pula perlu melaksanakan selepas solat Isya’ pada hari ini. Ada juga di selitkan cara melakukan solat sunat ini pada laman sosial media Twitter.
Cara Solat Sunat Gerhana Bulan
1.Niat & Takbiratul Ihram
2.Baca Al-Fatihah & Surah Lain
3.Ruku’ Yang Panjang
4.Iktidal, Baca Al-Fatihah & Surah Lain
5.Ruku’ Yang Panjang & Iktidal
6.Sujud Yang Panjang
7.Duduk Antara 2 Sujud(Bersambung di thread) pic.twitter.com/VQ4W7g7L98
— JAWI Official (@myJAWIKL) November 8, 2022
Artikel berkaitan: Tiap Hari Bangun Sebelum Subuh Untuk Solat Sunat, Neelofa Kongsi Caranya Bagi Memperbaiki Diri
Jelas di sebut tentang kebesaran serta kekuasaan Allah SWT yang meliputi segalah aspek kehidupan Manusia. Mengikut Firman-Nya yang di sebut dalam al-Quran:
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللَّـهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ ﴿١٦٤﴾
Maksudnya : “ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kekuasan Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”
(Surah Al-Baqarah : ayat 164)
Sumber: Twitter JAWI dan MYSA
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI