Liang Pori Sebesar Kawah Bulan? Ini Tiga Cara Hijabi Mengecilkannya!

Share

Pori-pori wajah yang besar seringkali membuat kita kurang keyakinan diri, kerana hal ini mengganggu penampilan hijabi dengan mempamerkan kulit yang teksturnya tidak rata dan memberikan kesan seolah kulit wajah kotor dan tidak sihat.

Selalunya, pori pada wajah yang kian membesar adalah berpunca dari kotoran atau debu yang menyumbat ke dalam liang kulit. Selain itu, saiz pori-pori juga sering ditentukan oleh faktor genetik sehingga membuat kita merasa malu.

Justeru, Hijabista menyenaraikan beberapa tips agar hijabi boleh megecilkan liang pori wajah agar lebih halus dan bersih. Jom semak 3 cara mengecilkan liang pori wajah di bawah ini!

Lakukan Double Cleansing

Teknik mencuci wajah yang satu ini sememangya tidak asing lagi bagi hijabi yang mementingkan kebersihan. Jika anda belum mencubanya, Hijabista mencadangkan agar anda mula melakukan teknik double cleansing mulai sekarang sebagai salah satu cara mengecilkan liang pori pada wajah.

Double cleansing adalah teknik membersihkan kulit dengan 2 langkah, iaitu menggunakan produk pembersih, seperti micellar water, cleansing oil, cleansing balm, atau cleansing gel, kemudian cuci muka dengan menggunakan pembersih wajah.

Dua tahap tersebut diterapkan untuk memastikan tiada lagi kotoran yang menyumbat pori dan membersihkan wajah pada kadar maksima.

Pastikan Kulit Terhidrat Dengan Baik

Kulit yang kekurangan air akan memberikan impak buruk kepada liang pori anda. Dengan keadaan kulit yang kurang air, pori-pori akan kelihatan semakin besar sekaligus membuatkan tekstur kulita anda semakin kasar.

Untuk mengatasinya, anda boleh menjadikan rutin melembapkan kulit atau memberikan penghidratan ekstra pada kulit. Caranya, dengan menggunakan pelembab dan produk skincare yang mempunyai fokus kepada fungsi menghidrat atau “Hydrating”.

Mulai dari toner, essence hinggalah kepada face oil yang anda gunakan. Tapi anda perlu memastikan bahawa produk hydrating yang digunapakai sesuai dengan jenis kulit, ya!

Artikel berkaitan: Jom ‘DIY’ Masker Yoghurt Di Rumah & Peroleh 3 Manfaat Ini Untuk Kulit Anda! 

Jangan Culas Gunakan Sunscreen

Cara menyamarkan pori-pori wajah seterusnya adalah dengan menggunakan sunscreen. Meskipun kelihatan mudah, tetapi ramai wanita di Malaysia yang culas memakai sunscreen walhal ia amat penting!

Kerana, secara ringkasnya pancaran sinar matahari akan memecah kolagen dan mengendurkan keanjalan kulit yang membuat liang pori semakin membesar.

Tidak kira samada ketika anda berada di dalam maupun diluar rumah, anda perlu menggunakan sunscreen untuk melindungi kulit wajah dari sinaran UV. Selain primer, sunscreen juga wajib digunakan sebelum makeup untuk mengelakkan liang pori menjadi besar!

Setelah memakai sunscreen, pilihlah produk makeup yang bersifat matte supaya wajah anda tidak berminyak. Kerana kulit yang berminyak bakal membuatkan liang pori terbuka lebih luas.

Jangan lupa aplikasikan 3 cara untuk mengecilkan lianh pori pada wajah ini agar kulit hijabi lebih halus dan bersih! Selamat mencuba.

Artikel berkaitan: Malunya Nak Senyum.. Gigi Kuning Penuh ‘Karang’, Jom Atasinya Dengan Satu Bahan Ni! 

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir