Kecantikan dan wanita sememangnya perkara yang amat sinonim dan tidak terpisahkan. Malah, trend kecantikan di zaman moden ini berubah pantas seiring perkembangan teknologi semasa, selari dengan perekembangan dan peredaran zaman yang semakin canggih.
Jika dahulu, wanita mengekalkan kecantikan dengan cara tradisional seperti mengikuti petua nenek moyang dan sebagainya. Namun, dizaman moden ini petua nenek moyang sudah semakin tidak relevan dan jarang diguna pakai kerana dengan teknologi moden, setiap produk kecantikan dan penjagaan kulit wajah telah dinaik taraf dari segi keberkesanan produk dengan menggunakan cara paling minimalis.
Hada Labo merupakan jenama penjagaan kulit dari Jepun yang mengamalkan prinsip minimalis, mengandungi ramuan selamat dan terbukti berkesan dan telah diuji secara klinikal tidak mengandungi alkohol, sumber haiwan, perwarna, pewangi dan minyak mineral
Terbaharu, trend kecantikan serum penggalak (Booster Serum Trend) telah menjadi fenomena dan kegilaan wanita di Jepun. Umum sedia maklum, wanita di negara matahari terbit ini, amat menitikberatkan soal kecantikan. Terutamanya dalam penjagaan kulit agar bebas cela, mulus dan menawan. Sekaligus, mencerminkan kejelitaan sebenar wanita Asia. Di, sini HIJABISTA kongsikan produk yang ‘In-Trend’ ini sebagai rujukan Hijabi!
Hanya, Perlu Lakukan Dua Langkah Untuk Kulit ‘Glowing’ Dan Remaja!
Trend kecantikkan yang popular di kalangan wanita Jepun dan sedang menjadi kegilaan masa kini bermula dengan penggunaan dua jenis serum dari jenama penjagaan kulit yang sememangnya diyakini dan terkemuka dikalangan wanita Asia, iaitu Hada Labo.
Menariknya, kombinasi dua Serum Penggalak (Vita + Retin) keluaran Hada Labo ini bertindak menyelesaikan masalah kulit dengan lebih cepat berbanding serum biasa di pasaran. Malah, langkah pengaplikasian produk ini lebih mudah, ringkas, tidak berlebihan mahupun memakan masa yang lama.
Hijabi hanya perlukan masa 10 minit untuk mengaplikasikan Serum Penggalak (Vita + Retin) ini pada wajah, iaitu 5 minit pada waktu pagi dan 5 minit pada waktu malam. Mudah je kan? Cuma dua langkah, dan dua produk sehari. Poof! Kulit anda akan kekal sihat, berseri dan remaja.
Ads
Kenapa Dua Serum, Apa Fungsinya?
Mesti hijabi tak sabar nak tahu apakah fungsi dan keberkesanan kedua-dua serum hebat keluaran Hada Labo ni kan? Untuk pengetahuan anda kedua-dua serum ini mengandungi formula suntikan tanpa bahan tambahan yang boleh merosakkan dan memudaratkan kulit. Sebaliknya, memberikan kesan kulit sihat berseri serta awet muda (Radiant & Youthful Looking Skin).
Okay, jom kita tengok lebih mendalam apa yang best sangat tentang dua Serum Penggalak (Vita + Retin) ni!
H.A. Supreme Vita Brightening Booster Serum (Guna Waktu Pagi)
HA Supreme Vita Brightening Booster Serum ialah serum pencerah yang telah dinaiktaraf, berfungsi menyelesaikan masalah kulit lebih cepat berbanding serum biasa yang lain. Ini demikian kerana, ramuan khasnya memberi kesan keberkesanan penembusan ke dalam kulit yang tinggi, ia mengandungi formula suntikan pemutihan yang boleh mencerahkan kulit dengan sangat efektif.
Ads
Mengandungi 5 peratus Niacinamide, Vitamin B12 dan diformulasi dengan 4 jenis asid Hyaluronik yang bertindak menembusi setiap lapisan epidermis kulit hingga ke dasarnya! Malah, serum ini membantu mengurangkan masalah bintik-bintik gelap dan kesan jerawat yang dihadapi Hijabi sehingga 48 peratus tau. Tambahan pula, tekstur ringan serum ini memudahkan ia diserap kulit dengan cepat.
Sekaligus, menjadikan kulit anda bercahaya sehingga terbentuknya ‘glasskin’ idaman para gadis. Lagi best, serum keluaran Hada Labo ini selamat tau! Ia bebas alkohol, pewangi, minyak mineral dan pewarna, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit.
H.A. Supreme Retin Lifting Booster Serum (Guna Waktu Malam)
HA Supreme Retin Lifting Booster Serum merupakan serum terbaharu dalam rangkaian serum keluaran Hada Labo! Ia juga telah diformulasi dengan lebih baik untuk melambatkan proses anti-penuaan yang sering merunsingkan kaum hawa.
Justeru, dengan kandungan Kompleks Peptida dan juga Retinol yang terkandung dalam serum ini, ia membantu memudarkan garis muka, menegangkan kulit wajah yang kendur dan kontur untuk meremajakan lagi wajah agar Hijabi kelihatan sentiasa muda.
Ads
Selain itu, serum ini juga mampu menyelesaikan masalah kulit dengan lebih cepat berbanding serum lain, kerana diformulasi menggunakan ramuan yang terbukti berkesanan untuk menembus jauh kedalam lapisan kulit serta mengandungi 4 jenis Asid Hyaluronik yang bertindak menghidrat kulit dan mengunci lembapan di bawah lapisan kulit. Teksturnya yang ringan mudah diserap kulit lebih pantas serta sesuai digunakan oleh setiap jenis kulit.
Haa.. Dah faham kan, bertapa berkesanya kedua-dua serum ini dan hasil yang amat mengujakan pada kulit anda, jika kombinasi dua Serum Penggalak (Vita + Retin) digunakan Hijabi secara konsisten!
Oleh itu, jangan berlengah lagi sis! Cepat-cepat layari website Hada Labo Malaysia atau kunjungi Facebook MY Hada Labo untuk mengetahui lebih lanjut tentang serum ini dan mencuba combo serum penggalak Vita & Retin sekarang! Bagi mendapatkan kulit yang berseri, awet muda!
Hijabista jamin, anda tidak akan menyesal selepas mencuba combo serum penggalak (Vita + Retin) keluaran Hada Labo ni. Ia memang berbaloi! Bila dah cuba, jangan lupa kongsikan pengalaman anda dengan hashtag #HadaLaboMalaysia #HadaLabo #HLBoosterSerum #HLRadiantAndYouthfulCombo agar lebih ramai wanita terima manfaat sama!
Tular perkongsian trailer video filem ‘PULAU’ yang mempamerkan sedikit babak lucah sehingga mencetuskan diskusi di rata-rata sosial media.
Ekoran hal itu, pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun mengutarakan pendapatnya tentang filem tersebut. Tambahan lagi, cara promosi mereka juga kurang sesuai untuk umum.
Filem Seram Atau Sebaliknya?
Ustazah Asma’ Harun membuat hantaran di Instagram dengan menasihati cara mereka promosi dan elemen yang digunakan. TKatanya juga, penerapan budaya asing juga tidak menghormati masyarakat di Malaysia.
“Sungguh, saya runsing memikirkan tentang trailer filem Pulau yang secara terang-terangan mempromosikan babak ‘soft porn’ dan mempamerkan nilai budaya barat dan langsung tidak menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia,
“Ia jelas menunjukkan filem ini berselindung di sebalik genre seram tetapi mempromosikan babak-babak panas yang memualkan.” katanya.
Pendakwah bebas itu juga memberikan nasihat serta beberapa hadis Nabi yang menolak perbuatan sedemikian. Ini juga satu peringatan buat penggiat seni lebih peka apabila berkarya, terutama sekali menjaga sensitiviti budaya dan agama dalam kalangan masyarakat.
“Perlu diketahui menonton atau melakonkan watak yang berunsur lucah adalah haram dan ia tergolong dalam sesuatu yang dikeji dan tercela, sama ada yang ringan atau berat,
Maksudnya: “Seseorang yang beriman itu bukanlah daripada golongan yang suka mengaibkan orang lain, bukan daripada golongan yang melaknat orang lain, bukan daripada golongan yang suka mencarut, dan bukan juga daripada golongan yang suka berkata-kata keji dan buruk.” (HR Tirmidzi, hadis sahih)
“Bukan semudah itu kita hanya pejam mata, tolong lihat sudut pandang yang lebih luas kerana industri filem ini di tonton oleh semua lapisan masyarakat,
“Buat para penggiat seni, saya nasihatkan jika kalian ingin berjaya dalam industri ini, hidangkan karya yang menjaga sensitiviti budaya dan agama serta sarat dengan mesej yang baik kepada masyarakat,
“Sungguh, kalian bukan sahaja berjaya membawa perubahan ke dalam jiwa orang ramai bahkan turut didoakan dan mendapat pahala yang mengalir sampai bila-bila. SubhanAllah, besarnya ganjaran orang yang mempunyai kesedaran tentang perkara ini.” ujarnya lagi.
Tiffany Werner ialah seorang ibu berusia 42 tahun dari McHenry, Mississippi, yang melancong ke Malaysia selama enam hari pada awal bulan Jun lalu.
Pada 4 Jun, Werner sedang melawat sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia, apabila dia merakam dan menyiarkan video di mana dia boleh didengari berkata, “Untuk semua orang saya di Amerika yang menganggap saya berada di dunia ketiga. negara, adakah ini kelihatan dunia ketiga kepada anda?”
Werner kemudian menyorot kamera dari wajahnya untuk mendedahkan bahagian dalam pusat beli-belah, yang mempunyai berbilang tingkat dan satu siri eskalator melata dalam corak zig-zag di antaranya. Werner kemudian berkata dalam video itu, “Negara kami tidak mempunyai apa-apa seperti ini.”
TikTok menjadi tular, menerima 2.4 juta tontonan, dan ia kini menjadi video paling banyak ditonton di akaun Werner, di mana dia biasanya menyiarkan video pendek yang mendokumentasikan perjalanannya yang kerap ke seluruh dunia bersama keluarganya. Video itu bertujuan untuk menunjukkan kepada orang ramai apa yang sebenarnya disukai oleh Malaysia.
Tiffany Werner bersama keluarganya. Tiffany Werner melalui TikTok
Wanita ini menggunakan frasa “dunia ketiga,” kerana rakannya dari Mississippi telah menggunakan istilah itu untuk menerangkan tempat yang dia pergi, walaupun dia berkata dia tidak begitu menyukai istilah itu. Frasa “dunia ketiga” berasal semasa Perang Dingin sebagai cara untuk menggambarkan negara yang tidak sejajar dengan Kesatuan Soviet atau AS, dan kemudian berkembang menjadi istilah yang digunakan untuk menggambarkan negara bukan Barat.
Ramai ahli sejarah kontemporari percaya bahawa istilah itu sudah lapuk, dan ada yang memilih untuk menggantikannya dengan frasa “negara membangun,” walaupun beberapa cawangan telah melaporkan bahawa terdapat perselisihan pendapat di kalangan ahli akademik tentang istilah ini, terutamanya kerana beberapa negara bukan Barat mempunyai KDNK yang lebih tinggi berbanding negara di Eropah.
“Saya rasa seperti ramai orang Amerika, sekurang-kurangnya orang yang berdekatan dengan saya, benar-benar tidak tahu bagaimana orang di negara lain hidup,” katanya sambil menjelaskan bahawa dia membuat video itu untuk menunjukkan kepada orang yang mungkin tidak pernah mengembara.
Pada 2019, Forbes melaporkan bahawa dalam tinjauan terhadap 2,000 rakyat Amerika, 40% mengatakan mereka tidak pernah meninggalkan negara itu. Pelbagai cawangan juga melaporkan bahawa rakyat Amerika kurang berkemungkinan melancong ke luar negara berbanding rakyat di kebanyakan negara lain. Ia adalah sebahagian daripada siri TikToks yang menunjukkan semua perkara yang mengejutkannya tentang Malaysia.
Tiffany mula mengembara bersama suami dan dua anaknya tahun lepas dan sejak itu telah menarik anak-anaknya keluar dari sekolah supaya mereka boleh melawat dan mengetahui lebih lanjut tentang negara lain. Empat sekeluarga itu berakhir di Malaysia pada awal Jun, kerana mereka sedang mencari tempat untuk tinggal sebentar sambil cuba memperbaharui visa mereka ke Thailand, tempat mereka menginap sebelum ini.
Dia memaklumkan tahu serba sedikit tentang Malaysia sebelum dia mendarat di sana dan merakam lebih daripada 20 video dirinya semasa dia melawat tempat dan mencuba masakan baharu di Kuala Lumpur. Kandungannya yang difilemkan di Malaysia kini mempunyai lebih daripada 3 juta tontonan. Dalam perjalanannya, Werner amat kagum dengan pusat membeli-belah yang dilihatnya di Kuala Lumpur.
Malaysia terkenal dengan “budaya pusat beli-belah,” dan terdapat lebih 20 pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, menurut laman web pelancongan WonderfulMalaysia.com. Walaupun Werner melawat pusat beli-belah di AS, dia merasakan pusat membeli-belah direka dengan cara yang lebih baik di Malaysia berbanding di banyak bahagian di Amerika.
“Saya akan berjalan ke pusat membeli-belah dan hanya menggigil seluruh badan saya kerana penampilannya. Saya berasa sangat teruja,” katanya dalam temubual bersama Insider.
Tiffany juga berkata bahawa pusat beli-belah Malaysia, yang kadangkala terdapat peta digital yang menyediakan laluan tepat tentang cara untuk pergi dari lokasi semasa anda ke kedai tertentu, amat mengagumkan berbanding dengan banyak pusat beli-belah Amerika.
“Teknologi baharu yang Malaysia aplikasikan, auh mengatasi imaginasi saya,” katanya, sambil menambah, “Ia mewah dan hebat. Maksud saya, kelas pertama.”
Beberapa pusat membeli-belah mempunyai taman permainan dalaman yang besar untuk kanak-kanak dan salah satu mempunyai rollercoaster dalaman, kata Tiffany.
Pengalaman melawat Times Square Mall di Kuala Lumpur “terpesona” dengan fakta bahawa terdapat taman hiburan dalaman, termasuk rollercoaster yang berpusing di sekitar bahagian dalam pusat membeli-belah itu. Dia membeli dua tiket untuk anak-anaknya menaikinya dan berkata ia adalah pengalaman yang berbeza secara drastik bagi mereka, kerana tidak banyak aktiviti mesra kanak-kanak untuk mereka lakukan di bandar kecil di McHenry, Mississippi.
“Jika anda pergi ke Google Earth dan mencari tempat asal saya, anda dapat melihat betapa terlindungnya anak-anak saya dan betapa lebih baiknya semua perkara yang menyeronokkan di sini berada di hujung jari mereka,” katanya.
Di pusat beli-belah lain, Tiffany menemui lubang pasir gergasi, lubang bola dan istana tiruan tempat kanak-kanak tempatan bermain dan merakamnya di TikTok. “Jika saya seorang kanak-kanak, saya akan menjadi gila,” katanya dalam video itu.
Malaysia makan memang mudah..
Terdapat banyak medan selera dalam dan terbuka di Malaysia, tempat penjual menyediakan gerai untuk menjual hidangan dan masakan yang berbeza.Ketika melawat medan selera Pasar Besar di Kuala Lumpur, dia berkata, “Saya kagum dengan fakta bahawa anda boleh mendapatkan apa sahaja yang anda mahukan.”
“Jika anda mahukan makanan India, makanan Itali, makanan Cina, semuanya ada,” tambahnya. Dia merasakan terdapat lebih banyak restoran di sekitar bandar daripada yang biasa dilihatnya, dengan kebanyakan daripadanya terus dibuka 24 jam sehari.
“Ia seperti kami tidak boleh makan dengan cukup,” katanya.
Malaysia mempunyai perkhidmatan penghantaran makanan yang serupa dengan Uber, yang Werner tidak tahu sebelum ini.
Grab ialah perkhidmatan penghantaran makanan dan pelancongan yang diasaskan di Malaysia. Tiffany Werner melalui TikTok.
Sebelum Werner pergi ke Bangkok, dia tidak sedar bahawa Thailand, dan beberapa negara lain di Asia Tenggara, mempunyai perkhidmatan penghantaran dan kereta yang dipanggil Grab, yang berfungsi dengan cara yang sama seperti Uber dan Uber Eats, dan diasaskan di Malaysia pada 2012 .
Tiffany memesan pelbagai hidangan makanan melalui penghantaran Grab dan berkelah bersama keluarganya, merakamnya dan menyemak perkhidmatan di TikTok. Di kampung halamannya, Werner tidak selalu mempunyai akses kepada Uber atau perkhidmatan teksi yang boleh menghantar makanan dan dia berkata apabila dia memesan Grab di Malaysia, dia kagum kerana makanan itu tiba dalam masa 30 minit dan dihantar terus kepadanya pintu, walaupun dia tinggal di bangunan tinggi.
“Ia benar-benar menunjukkan bahawa mereka bekerja sangat keras dan meletakkan begitu banyak perhatian ke dalamnya. Maksud saya, pesanannya dibungkus dengan baik,” katanya, sambil menambah bahawa ia mengejutkannya kerana dia sudah biasa berasa seperti “separuh kok anda akan berada di mana-mana dan kentang goreng akan menjadi sejuk apabila pesanan sampai kepada anda.”
Sejarah negara
Sebelum tiba di Malaysia, Werner berkata dia membayangkan kebanyakan orang akan beragama Buddha, sama seperti Thailand, jadi dia terkejut apabila mengetahui bahawa agama rasmi Malaysia ialah Islam, walaupun agama lain juga boleh diamalkan secara bebas, mengikut perlembagaan Malaysia.
Mengunjungi lokasi seperti Tugu Negara untuk menghormati mereka yang terkorban semasa Malaysia memperjuangkan kemerdekaan, dan Istana Negara di mana raja bersemayam, membantunya mempelajari perkara tentang negara yang tidak dipelajarinya sepanjang tahun dalam pendidikan.
“Setiap negara mempunyai sejarahnya sendiri, dan merupakan pengalaman pembelajaran yang hebat untuk mengetahui tentang budaya ini untuk diri saya sendiri,” katanya, tambahan dia mahu anak-anaknya tidak hanya belajar tentang sejarah dari perspektif Amerika. Werner berharap untuk kembali ke Malaysia dan gembira dia bercakap menentang salah tanggapan tentang negara.
Malaysia dalam indeks negara ‘membangun’ PBB
Mengimbas kembali TikTok viralnya tentang Malaysia, di mana dia mencabar orang yang mungkin merujuk kepada Malaysia dengan istilah yang dipertikaikan, “dunia ketiga,” Werner berkata, “Saya suka membuka perbincangan yang sukar dan saya gembira ia mendapat sambutan yang begitu baik. .”
Menurut senarai klasifikasi negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk 2022, Malaysia secara rasminya adalah “negara membangun,” tetapi ia tidak berada dalam senarai negara “kurang maju” PBB di dunia. Pada tahun 2020, Forbes melaporkan bahawa Malaysia melabur sumber untuk menjadi sebahagian daripada Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, sebuah kolektif negara maju yang sering dirujuk sebagai “kelab negara kaya.”
Dia ingin kembali ke Malaysia untuk perjalanan yang lebih panjang, lalu berkata, “Saya tidak tahu mengapa sesetengah orang masih menggunakan istilah ‘dunia ketiga’, tetapi mereka perlu menyemak diri mereka kerana tempat ini menakjubkan,” katanya.
Pengulas Malaysia berkata mereka gembira kerana video itu menangani salah tanggapan umum tentang budaya mereka.
Ramai pengulas di bawah video Werner memberitahu TikToker bahawa mereka berasal dari Malaysia, atau mempunyai bendera Malaysia di sebelah nama pengguna mereka.
Pengulas-pengulas ini bersetuju bahawa sesetengah orang seolah-olah mempunyai salah tanggapan tentang kehidupan ramai penduduk di Malaysia.
“Malangnya… sesetengah orang masih menganggap bahawa rumah kami di atas pokok lol,” satu komen dengan 138 suka berkata.
Pengulas lain berkata mereka bersetuju adalah salah untuk orang merujuk kepada negara menggunakan istilah “dunia ketiga,” dan mereka berpendapat orang harus melawat negara sebelum membuat pertimbangan mengenainya.
Werner mahu terus mengembara dan mengalami budaya baharu bersama keluarganya, mendokumentasikannya di TikTok.
Sejak meninggalkan Malaysia, Werner telah kembali ke Thailand dan kini menetap di Tbilisi, Georgia, di mana dia merakam kandungan tentang pengalaman dan perjalanannya.
“Saya gembira untuk menyebarkan kegembiraan dan kesedaran tentang budaya yang berbeza,” katanya kepada, sambil menambah, “Saya berharap untuk menggalakkan orang ramai keluar dari kotak mereka, pada dasarnya.” Werner berkata dia mahu kandungannya memberi inspirasi kepada penonton untuk “pergi melihat orang yang berbeza, tempat yang berbeza dan cara hidup yang berbeza.”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: INSIDER & TIKTOK TIFFANY TRAVEL
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Suatu ketika dulu fenomena berhijab melanda hijabi kita. Sejak itu sudah ramai yang mula berhijrah dengan penampilan bertudung. Apatah lagi ketika itu kemunculan butik Muslimah yang mereka pelbagai jenis hijab ibarat seperti cendawan tumbuh. Ada sahaja jenama tudung baru yang muncul sekarang ini sama ada tudung instan, bawal ataupun selendang panjang.
Namun pernah tak kita terfikir, senang atau susah sebenarnya untuk menghasilkan sehelai tudung? Atau adakah mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda atau tidak peniaga tudung ini kerana ada antara tudung yang dijual hingga ratusan ringgit.
Salah satu jenama yang terawal muncul mewarnai dunia hijab ini adalah butik Radiusite. Sudah beroperasi sejak 0 tahun (sejak 2008) dan ia masih kekal utuh di pasaran sekarang. Foundernya Puan A’tikah Ash’ari, 31 tahun, atau dikenali dengan nama Ika sudi berkongsi 4 cara mudah bagi mereka yang berminat untuk membuat bisnes tudung.
Radiusite antara butik online pioneer yang membuat jualan tudung dan memang cukup popular di kalangan penggemarnya hingga mencetus fenomena. Setakat ini mempunyai 419 pengikut di laman instagram.
1.Perlu cari kain
Jika dulu agak susah dan terhad untuk mencari kedai kain yang menjual fabrik cantik, tetapi sekarang sudah banyak pilihan. Salah satunya adalah di Jakel. Pilih fabrik material mana yang berkenan dan bersesuaian dengan bajet. Misalnya dari fabrik sifon, sutere atau crepe.
Sekarang ini tidak susah nak cari tailor kerana segala maklumat ada di hujung cari. Carian mengenai tailor pukal dan ada banyak pilihan yang keluar. Jangan lupa untuk bandingkan harga dan pilih tukang jahit yang menghasilkan jahitan yang baik dan sempurna. Kalau boleh ambil seberapa banyak quotation dan anda boleh pilih perkhidmatan mana paling bagus.
Dalam dunia serba moden ini tidak susah sebenarnya untuk mencari design. Kita boleh lihat contoh yang ada di pasaran, tetapi jangan tiru sepenuhnya. Gunakan sedikit kreativiti untuk mengubah mengikut acuan tersendiri. Terpulang pada cita rasa sama ada mahu mereka tudung jenis panjang, empat segi, instan atau half moon.
Reka label dengan nama yang senang orang untuk mengingat dan kalau boleh cari yang lain daripada yang lain. Kemudian jahit label dan boleh terus di tampal pada tudung. Sudah ada label barulah boleh secara agresif mempromosikan di laman sosial.
Walau bagaimanapun menurut Ika, membuat tudung memang mudah, tetapi untuk kekal agak sukar kerana persaingan yang ada sekarang.
“Macam Radiusite sendiri, kita perlu ada signature brand kita sendiri. Dan lagi satu perlu ikut trend. Misalnya, sekarang ramai orang menggemari instan, jadi kita kena follow. Cuma anda perlu bijak menginovasi produk itu sendiri mengikut kreativiti sendiri.
“Misalnya sekarang tengah popular tudung patch, bunga besar ataupun printed. Semua itu adalah trend dan kita perlu ikut supaya tidak dikata ketinggalan,” jelas Ika sebelum mengakhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...