Biar sekadar alas kaki, kasut memberi impak besar dalam penampilan individu. Ia merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan seharian terutamanya buat wanita. Tak lengkap lah OOTD anda tanpa kasut yang bergaya kan?

Kasut adalah item fesyen penting yang tidak boleh dipilih dengan mudah. Kadang-kadang OOTD dah ‘on-point’, tapi kasut tak bersesuaian pula! Dengan kombinasi yang betul, anda boleh mencipta apa-apa gaya yang anda inginkan, sama ada formal, kasual atau feminin.

4 Jenis Kasut Wanita Yang Wajib Ada

Agar tidak tersalah pilih, Hijabista menyenaraikan 4 jenis kasut ini yang pasti membantu setiap wanita dengan gaya fesyennya. Tambahan itu, ia sangatlah sesuai untuk dipadankan dengan mana-mana pakaian!

#1 Ballet Flats

‘Level Up’ Gaya Fesyen Hijabi Dengan 4 Jenis Kasut Ini. No 2 WAJIB Ada!

Jika anda sukakan kasut yang selesa tetapi masih kelihatan lebih elegan, kasut balet adalah pilihan yang tepat. Kasut ini benar-benar klasik, tetapi ini adalah kekuatannya kerana ia boleh dipakai pada bila-bila masa dan dipadankan dengan banyak pakaian kegemaran yang berbeza. Ballet flat ini semakin popular dan digemari semenjak menjadi koleksi Fall/Winter 2022.

‘Level Up’ Gaya Fesyen Hijabi Dengan 4 Jenis Kasut Ini. No 2 WAJIB Ada!

Kasut jenis ini sesuai dipadankan dengan gabungan blazer, blaus, jeans untuk gaya pejabat. Sementara itu, bagi mereka yang ingin kelihatan kasual, anda boleh menggunakan gabungan t-shirt dan seluar berpotongan. Jika anda ingin menjadikannya ‘statement items’, pilih kasut yang berwarna terang!

Ads

#2 White Sneakers

‘Level Up’ Gaya Fesyen Hijabi Dengan 4 Jenis Kasut Ini. No 2 WAJIB Ada!

Bagi pencinta gaya ‘sporty look’, white sneakers never go wrong. Item fesyen ini digemari kerana warnanya yang neutral, jadi ia boleh digabungkan dengan mana-mana pakaian. Tambahan itu, putih juga mencipta rupa yang bersih(clean look) dan glamor.

Walaupun sneakers cenderung digunakan untuk penampilan sporty, namun ia boleh digabungkan untuk mencipta pelbagai gaya. Sebagai contoh, gabungan white sneakers dengan dengan skirt dan blazer sesuai dipakai untuk ke pejabat. Bukan itu sahaja, padanan white Sneakers dalam pakaian sangat membantu dalam menyerlahkan apa baju atau seluar/kain yang hijabi pakai. 

Artikel berkaitan: Kasut Putih Bukan Untuk Sekolah Sahaja, Anda Juga Akan Tampak Lebih Bergaya Dan Elegan

Ads

#3  Ankle Boots

Ankle Boots adalah fesyen item yang sangat diperlukan untuk hijabi yang ingin ‘level up OOTD anda. Ankle Boots  adalah but yang menutupi keseluruhan tapak kaki hingga ke buku lali. Bahkan kini, anda boleh mencari but ini dengan tumit rata atau rendah. Disebabkan keselesaannya, anda boleh memakai kasut ini setiap hari atau semasa acara istimewa.

Untuk pengetahuan anda, kasut unik ini boleh digunakan dengan pelbagai gaya sepenuhnya dari kasual, santai, hinggalah gaya pejabat. Agar terlihat ‘stylish’, anda boleh gabungkan sweater bersaiz besar, skirt kulit, berserta ‘ankle boots’. Selain itu,and boleh mix and match blouse, flare skirt dan ankle boots untuk ke tempat kerja anda.

#4 Loafers

‘Level Up’ Gaya Fesyen Hijabi Dengan 4 Jenis Kasut Ini. No 2 WAJIB Ada!

Selain ballet flats, loafers juga merupakan kasut klasik, yang sangat mirip dengan moccasins. Kasut jenis ini boleh memberi kesan gaya yang sophisticated dan elegan serta sesuai digandingkan dengan pelbagai pakaian dan OOTD anda.

Ads

Gabungan ruffle blouse dan straight pants sesuai untuk gaya ‘hangout’ yang elegan. Bahkan, jika hijabi ingin mencipta gaya maskulin untuk ke tempat kerja, anda boleh menggabungkan blazer, t-shirt dan seluar jeans bersaiz besar dengan loafer. Gabungan jaket, sweater dan seluar jeans juga sangat sesuai digayakan dengan gaya loafer untuk cuaca sejuk apabila anda melancong ke luar negara!

Artikel berkaitan: 10 Idea Fesyen Berlapis Yang Buat Penampilan Hijabi Setanding Selebriti Popular. No 5 Paling Unik!

Berikut merupakan 4 jenis kasut yang wajib dimiliki oleh hijabi jika anda ingin ‘level up’ lagi gaya fesyen anda. Kalau hari-hari pakai kasut yang sama pun bosan kan! Yang paling penting, jangan ragu untuk meneroka dan memadankan kasut anda dengan kombinasi yang berbeza.

Sumber: Fimela

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI