Lesti Kejora Tampil ‘Versatil’ Dengan Balutan ‘Modest Hijab’ Meski Kini Bergelar Ibu Muda!

Share

Terdahulu kisah pergolakkan rumahtangganya pernah menggemparkan negara kita. Jadi hijabi pastinya familiar dengan nama penyanyi dangdut tanah seberang iaitu Lesti Kejora kan?

Penyanyi bertubuh genit dengan mata bundar yang jelita serta mesra disapa dengan panggilan ‘Dede’ ini tidak hanya memiliki suara merdu, bahkan penampilanya yang modest mengenakan hijab juga sering menjadi sorotan wargamaya.

Dalam setiap penampilan yang digayakan, Lesti sering menggayakan busana yang berbeza-beza, namun tetap kelihatan versatil dengan mengenakan stail hijab yang berbeza tetapi tetap unik dan kelihatan menarik untuk sebagai pelengkap gayanya.

Stail hijab yang digayakan sering berjaya membuatkan oenampilan Lesti kelihatan semakin anggun dan memukau! Jadi, ada ke antara anda yang teringin menggayakan stail tudung ala Lesti Kejora?

Di sini Hijabista sertakan tiga inspirasi stail hijab kemas dan sopan persis Lesti dan tutorial bagaimana hijabi boleh menggayakanya!

Hijab Turban Moden!

Gaya hijab turban dahulunya pernah menjadi salah satu trend yang menjadi kegilaan ramai! Selain Yuna, Lesti Kejora juga merupakan salah seorang selebriti yang juga gemar menggayakan stail hijab ini.

Lesti tampak lebih muda remaja disaat mengenakan hijab jenis chiffon shawl soft nude yang digayakkan dengan stail turban yang diikat ke belakang.

Dengan style turban tersebut, wajah Lesti kelihatan lebih runcing, kerana gaya ini mendedahkan jawline Lesti yang kelihatan tajam. Jika anda ingin recreate semula hijab turban seperti Lesti, caranya mudah je!

1. Pertama, lipat bahagian hujung shawl menjadi segitiga dan pinkan dibahagian belakang leher.

2. Seterusnya, kemaskan bahagian belakang tudung di belakang leher dengan jarum peniti.

3. Kemudian tarik bahagian shawl yang panjang ke bahagian belakang dan ikat menggunakan getah sama seperti anda mengikat rambut.

4. Setelah itu, ikatan hijab berkenaan boleh dijuntai atau diuraikan di atas bahu atau biarkan sahaja di bahagian belakang.

Hitam Polos Tetap Stylish-Hijab!

Lesti kelihatan sungguh elegan saat mengenakan hijan berona hitam polos, stail hijab yang dikenakan Lesti ini telah berjaya membuatkan dirinya kelihatan semakin anggun! Malah, Lesti tidak hanya menggetengahkan gaya hijab yang kelihatan casual, lebih santai tetapi dalam masa yang sama, menawan! Caranya pun mudah sahaja

1. Siapkan pashmina atau shawl hitam kosong kegemaran anda! Anda juga boleh bereksperimen dengan mencuba menggayakan pashmina bermotif atau corak mengikut kesesuaian gaya anda.

2. Letakkan di atas kepala dengan sebelah sisi panjang dan sebelah sisi lagi pendek. Contohnya, bahagian sisi kanan lebih panjang dibanding bahagian sisi kiri.

Artikel Berkaitan: Terkesan Gempa! Lesti Kejora Menangis Doakan Keselamatan Keluarga Di Cianjur

3. Kemudian, kemaskan pashmina dengan pinkan ia pada bahagian belakang leher dengan kerongsang dan jarum peniti.

4. Setelah itu, sisi yang lebih panjang dililitkan ke atas kepala dan diselitkan pada celahan pashmina di bahagian pipi.

5. Kemaskan pashmina di bahagian dada dan pinkan kedua-dua bahagian bahu dengan kerongsang sekiranya pashmina terlalu labuh hingga jatuh ke bahagian lengan.

Simple Dan Sweet Untuk Hijabi Aktif

Kalau bosan dengan gaya hijab terikat di leher, apakata hijabi cuba stail Lesti yang ini! Hijab dengan gaya ini adalah gaya hijab yang ringkas dan amat sesuai untuk hijabi melakukan aktiviti harian yang aktif dan lasak.

Jenis hijab yang dipilih juga sederhana iaitu rona warna krim polos. Menariknya, stail hijab jenjs ini bukan hanya boleh dipakai dengan outfit casual, tetapi boleh juga dipakai untuk menghadiri acara formal. Untuk menciptakan stail hijab simple dan sweet ini jom ikuti beberapa langkah ini!

1. Pertama, lipat tudung bawal menjadi bentuk segitiga.

2. Pastikan kedua sisi dengan panjang yang berbeza sebelum di pinkan ke dagu. Bahagian kanan perlu lebih panjang berbanding bahagian kiri.

3. Kemudian bahagian yang panjang dililit ke leher pada bahagian belakang dan bawa semula lilitan ke hadapan.

4. Setelah itu, setelah dililit, ikatkan lebihan sisi panjang dengan sisi pendek yang ada di bahagian hadpaan.

5. Siap! Hijab simple ini bakal membuatkan kelihatan hijabi kemas, cantik dan mempersona bak penampilan Lesti Kejora.

Itulah dia beberapa gaya hijab ala Lesti Kejora yang boleh anda tiru dan jadikan sumber inspirasi ketika menggayakan stail hijab!

Sumber: Instagram @lestykejora

Artikel Berkaitan: Masih Trauma Walaupun Sudah Keluar Hospital, Lesti Kejora Ambil Masa Untuk Pulih. 

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Published by
Haifa Nasir