Setahun yang lalu pelakon berbakat besar ini mencetus kontroversi cukup menggemparkan. Setiap hari ada sahaja cerita mengenai dirinya keluar di media sosial. Bagi empunyai diri, Izreen Azminda tetap tegar melalui pelbagai episod penuh cerita dalam melayari kehidupan baru sebagai seorang isteri buat kali kedua. Baginya apa yang berlaku ada hikmah tersendiri dan segala yang terjadi ini sudah ditentukan oleh Allah SWT.
Bagi Izreen setahun berdepan saat sukar ini dan mengakui memang cukup terkesan. Apatah lagi dalam situasi dunia digital tanpa sempadan yang membolehkan semua berkata apa sahaja tanpa tapisan. Dan dalam hal ini dia mengakui begitu bersabar menanganinya.
Kata kunci adalah sabar
“Sebenarnya dulu Izreen jenis tak penyabar. Akan tetapi bila benda-benda ini berlaku mengajar Izreen erti kesabaran. Memang Izren tak ada pilihan lain dan hanya perlu bersabar menghadapi segala dugaan. Walaupun sebenarnya Izreen sangat benci perkataan ‘sabar’ itu.
“Itu yang Izreen belajar. Dan sampai sekarang Izreen motivate diri sendiri kerana apa yang berlaku ada hikmahnya. Dari kejadian ini membuat kita lebih mengenali siapa sahabat yang kekal baik dengan kita, siapa yang tikam kita dari belakang dan adakah keluarga akan sentiasa dengan kita. Memang Izreen akui banyak benda Izren belajar,” ujarnya Izreen ketika ditemui sempena majlis pelancaran koleksi raya terbaru Mek Kembang Cotton di Ampang Glass House.
Keluarga & kawan-kawan berdiri teguh beri semangat
Menurut pelakon Eksperimen Cinta ini dia sangat-sangat bersyukur kerana keluarga begitu memberi sokongan dan kata-kata semangat. Malah mereka yang memberi kekuatan untuk Izreen berdepan semua dugaan ini.
“Alhamdulilah keluarga tidak putus-putus sentiasa beri sokongan pada Izreen. Mereka sentiasa ada di belakang Izreen kala sudah dan senang. Begitu juga dengan kawan-kawan. Mereka berdiri teguh di belakang Izreen.
“Biasalah sebagai manusia kita ada membuat salah, tetapi kawan-kawan tidak sesekali tinggalkan Izreen. Apa yang kita buat salah kawan-kawan ada menegur dan mampu beri nasihat. Selebihnya pada Izreen. Apa yang membuat Izreen terharu, kawan-kawan sedikitpun tak pulaukan dan tidak akan tinggalkan Izren.
“Izreen juga turut berterima kasih pada netizen yang tidak semua bersikap negatif. Walaupun Izreen menutup ruang komen, tetapi mereka ada DM beri kata-kata positif dan semangat.
“Benda-benda inilah yang iringi perjalanan Izreen dalam bidang seni sampai sekarang,” tambahnya yang masih aktif di laman sosial Instagram tetapi menutup ruang komen. Tambah Izreen mengakui penangan kuat masih diterima oleh netizen di ruangan sosial media.
Aktif di IG tapi tutup ruang komen
“Kalau di luar tidak ada apa-apa perkara buruk atau orang ludah kita. Jumpa buat macam biasa. Berlainan dengan netizen di medial sosial, agak kuat penangan diterima. Memang Izreen cuba skip dan tengok benda-benda negatif dan kalau dulu memang agak tertekan. Jadi kata kuncinya memang kena banyak bersabar.
“Lebih-lebih lagi bila Izreen mengandung ni, memang tak suka lihat perkara-perkara negatif. Kalau Ude pula, dia tak tutup ruang komen dan buat macam biasa. Mula-mula memang banyak negatifnya tetapi lama-kelamaan penerimaan orang macam biasa,” kata Izreen yang kini sedang hamil anak keduanya enam bulan. Jadi buat masa ini berehat dari menerima sebarang tawaran berlakon.
Ude seorang suami yang baik
“Kandungan kali ini lain berbanding anak sebelumnya. Kalau dulu tujuh bulan masih boleh terima tawaran berlakon. Tetapi kali ini berbeza kerana kandungan Izreen mengalami masalah bleeding dan doktor memang pesan supaya berehat saja. Inysa-Allah lepas ini kalau sesuai dengan watak, skrip pun bagus akan kembali berlakon.
“Izreen memang sangat bersyukur dengan kehidupan yang dilalui kini. Bagi Izreen Ude seorang suami yang baik. Dia tidak pernah tinggal Izreen walau apa yang berlaku. Daripada dia bukan sesiapa dan tak pernah berdepan semua ini, dia tetap setia dan tidak tinggalkan Izren.
“Kami sama-sama hadapi segalanya. Kami berdua juga kini banyak dekatkan diri dengan Allah. Sembahyang berjemaah bersama-sama dan meminta petunjuk dari Allah supaya yang baik beri pada kami dan hindarkan apa-apa yang tidk baik. Palig penting doa ibu bapa sentiasa mengiringi perjalaan hidup kami sekeluarga,” jelasnya tersenyum sebelum mengakhiri perbualan.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM IZREEN AZMINDA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI