Lepas Sepit Rambut, Pemakaian Rubber Band Digayakan Neelofa Pada Tudung Pula Viral. Sangat On Point!

Share

Jika sebelum ini viral pemakaian klip rambut digayakan usahawan, Vivy Yusof sebagai tambahan aksesori dalam berhijab. Malah ramai mengandaikan ia bakal jadi trend sempena Syawal ini. Selain klip rambut, rupa-rupanya pemakaian rubber band atau getah rambut digayakan pelakon dan pengacara popular Neelofa juga turut jadi perhatian netzien.

Ratu Trend ini bukan sahaja bijak menggayakan fesyen dalam penampilan, tetapi juga seorang yang sangat kreatif.

Trend Klip Rambut Sempena Rai Syawal Tahun Ini

Justeru sempena untuk merai sambutan Syawal, pelakon ini telah muat turut video tutorial hijab hanya dengan menggunakan getah rambut untuk melilit tudung secara lebih kreatif.

Bukan sahaja cantik, tetapi juga sangat kemas lilitannya. Tanpa menggunakan jarum peniti atau kerongsang, hanya dengan ikatan getah rambut membuatkan gaya berhijab sangat mengagumkan.

Bukan hanya satu gaya dibuat oleh Neelofa, tetapi beberapa stail yang sangat simple dan senang sekali untuk diikuti.

Netizen juga turut bersetuju, apa sahaja yang dipakai oleh pengacara Meletop ini sangat cantik dan sangat on point

.

4tyaaa_ R u serious? Ikat macamtu pun on point. Cuba kalau kita ni pakai, emm bibik nya muka

eriyanie._ Guna getah je dah dapat look mcm tu nanti try buat masa rayalah huhu

su2ieana Lofa pn guna rubber band weh 

di.yyana @_ni.saa kau try pakai pagi raya tayah serabut pin guna getah je sattel 

nofisahanum_ guna getah pun boleh…

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA

Published by
Siti Zurina