Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Duhai Malam, Intan Sarafina mengakui kini sudah berhijab selepas mengalami retak tulang di bahagian jari kelingking kaki kiri akibat terjatuh.

Ekoran daripada kecedaraan yang dialami, Intan,40, terpaksa dimasukkan ke wad pada 17 Januari lalu dan perlu melalui pembedahan berikutan kecederaan yang dialaminya itu.

“Ketika jogging di kawasan rumah saya terpijak lubang dan terus jatuh. Apabila buat pemeriksaan, tulang jari kelima kaki atau jari kelingking bahagian tengah retak. Saya terus dimasukkan ke wad dan perlu menjalani pembedahan.

“Selepas keluar hospital, rasa macam lain sangat. Memang tak boleh nak gambarkan perasaan itu. Saya berasa bersyukur sangat ibarat diberi peluang kedua. Jadi, sejak itu saya nekad untuk pakai tudung.

IKLAN

“Saya bulatkan hati nak berubah menjadi lebih baik dengan berhijab. Alhamdulillah, sekarang saya berasa lebih tenang. Saya berasa bersyukur dengan apa yang menimpa. Ada hikmah di sebalik kejadian berlaku,” ujarnya kepada Harian Metro.

IKLAN

Menurut Intan atau nama sebenarnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya, dia merasakan seperti ada yang kosong dalam hidupnya sebelum ini.

“Niat nak pakai tudung sudah lama, tapi saya simpan dulu. Diakui, sebelum ni memang macam ada sesuatu yang kosong. Tapi, alhamdulillah, sekarang saya lebih gembira dan tenang.

IKLAN

“Sebenarnya Allah nak lindung dari apa yang mungkin lebih buruk. Jadi, saya berasa syukur sangat. Alhamdulillah, sekarang saya dalam proses nak sembuh,” jelas peserta Gegar Vaganza musim ketiga ini.

kredit: Harian Metro

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI