Dalam kita seronok meraikan cahaya Aidilfitri kali ini, ada juga di kalangan selebriti yang bersedih kerana kehilangan insan tersayang. Terbaru penyanyi dan juga penyampai radio di Zayan FM, Mawi yang pernah mencetus fenomena suatu ketika dulu, telah kehilangan ibu tersayang, pada Syawal mulia.
Ibunya, Ramlah Sarlan yang meninggal dunia pada usia 73 tahun pada waktu Maghrib bersamaan 15 Syawal di rumah di Felda Taib Andak, Kulai, Johor. Sebelum itu, arwah yang berdepan masalah kesihatan kerana komplikasi beberapa penyakit dimasukkan ke hospital sejak Syawal kelima.
Walaupun Mawi bersedih dengan kehilangan ibunya ini, tetapi dalam masa sama berasa tenang dan bersyukur kerana dapat menjaga arwah dari awal hingga ke akhir hayatnya.
Bukan sahaja Mawi atau nama penuhnya Asmawi Ani, malah isterinya Nora’Asikin Rahmat atau Ekin juga turut terkesan dengan kehilangan ibu mertua yang disayangi ini.
Ketika dihubungi Hijabista baru-baru ini dia menyatakan kesedihannya dengan berita pemergian insan tersayang berkenaan.
“Memang Ekin rasa sedih dengan kehilangan mak. Hubungan kami memang sangat rapat dan baik. Kali terakhir bertemu dengan Mak dua hari sebelum arwah meninggal dunia. Masa itulah kali terakhir kami menjaga Mak di Hospital.
“Mak meninggal ketika kami berdua tiada di sisinya. Dua hari lepas menjaganya di Hospital Kulai, mak menghembuskan nafas terakhirnya,” ujar Ekin terkenang momen manis semasa hayatnya arwah
Ads
Menurut Ekin, dia cukup kagum melihat kelebihan arwah ibu mertuanya itu walaupun sudah berusia tetapi boleh mengajar anak-anak orang kampung mengaji hanya dengan mendengar sahaja.
“Ekin memang respek dengan arwak Mak. Dia boleh ajar anak-anak orang kampung mengaji hanya dengan mendengar sahaja tanpa melihat kitab atau muqaddam.
Ads
“Itu pencapaian yang sangat hebat dan momen paling manis untuk Ekin kenang sampai bila-bila. Mak memang jenis kurang bercakap, tetapi suka tengok gelagat anak-anak dan cucunya.
“Lagi satu apa yang Ekin sedari, arwah juga ketika hayatnya seorang ibu yang sangat-sangat kuat dan tinggi tahap redanya. Biarpun pelbagai dugaan hebat yang datang, Mak tetap tenang menghadapi segalanya,” tambahnya lagi ketika ditanya ajaran arwah yang akan diingati sampai bila-bila.
Untuk pengetahuan, Ekin dan Mawi berkahwin pada tahun 2008 dan diraikan dalam satu majlis penuh gemilang. Pasangan yang sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga ini dikurniakan seorang anak, Cahaya Malaika kini berusia 6 tahun.
Perkhabaran atau berita tentang suatu perkara yang kurang pasti sudah tentunya akan menimbulkan banyak spekulasi. Ada juga yang sanggup menuduh tanpa soal selidik adalah suatu perbuatan yang tidak patut diamalkan dalam kehidupan sesama manusia.
Baru-baru ini, ramai yang pelik melihat pelakon Zarina Zainuddin apabila dia kelihatan agak ‘berbeza’ dari sebelumnya. Kini, Zarina tampil memberikan penerangan lebih lanjut tentang apa yang berlaku.
Kecoh di sosial media apabila melihat perkongsian terbaru Zarina Zainuddin mengenai pembukaan booth di sebuah ekspo baru-baru ini. Ramai yang tertanya apabila melihat wajah pelakon tersebut.
Menjadi rentetan warganet adalah hidungnya kelihatan ‘berbeza’ dari sebelumnya. Ada yang bertanyakan adakah itu filter atau Zarina melakukan sesuatu pada wajahnya sehingga nampak berlainan.
Ramai yang meninggalkan komen-komen di bawah hantaran di Instagram bertanyakan perubahan pada wajahnya. Ada juga yang menyatakan bahawa rupanya terdahulu lebih cantik berbanding sekarang.
Lantas pelakon itu juga memuatnaik satu hantaran yang menyatakan rata-rata video yang dibuat menggunakan filter pada telefon pintarnya. Dia juga menafikan sebarang perubahan yang dilakukan pada wajahnya.
Zarina juga membuat satu lagi hantaran yang menerangkan situasi yang dia alami. Dia membuat satu video yang menjelaskan lagi secara terperinci untuk memberi jawapan kepada semua yang tertanya-tanya akibat ‘perubahan’ di mukanya itu.
“Sebenarnya saya ada masalah sinus yang teruk sampai migraine! Sampai tahap saya rasa nak buka tudung sebab selalu sangat sakit kepala,
“Saya pergi berjumpa doktor dan membuat pembedahan untuk keluarkan bendalir yang terdapat di bahagian sini, jadi saya lakukan atas kerana medical reason.” katanya dalam video.
Zarina juga memberikan kenyataan pada ruangan kapsyen menyatakan dia berasa sedih ekoran komen yang diberikan oleh warganet tanpa usul periksa. Dia juga mengharapkan bagi mereka yang ambil berat tentang dirinya untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan dirinya.
Meletakkan impian untuk menjadi kaya, pasti terpahat dalam fikiran kebanyakkan hijabi, malah untuk kelihatan canyik adalah taruhan untuk terus ke hadapan.
Wanita genit dan manis ini, lebih dikenali dengan panggilan mesra Tecer Mass ini membuktikan hijabi tak salah jika berangan pasti mimpi akan menjadi kenyataan.
Bermula sebagai staf sebuah salun yang hanya membantu membuang sampah, pemilik dan pengasas The Beauty Expert Academy Spa atau nama sebenar, Mastura Idris kemudiannya berjaya keluar daripada kepompong kerjayanya untuk melangkah lebih maju ke hadapan. Dia akui perjalanan kariernya bukan semudah yang disangkakan.
“Saya masih ingat, waktu itu majikan di spa berkenaan bertanya sama ada saya berminat untuk belajar kemahiran mencuci muka dan sebagainya. Terus saya ambil peluang tersebut.
“Bermula dari situ saya belajar semua jenis kemahiran sehinggalah majikan saya percaya dan lepaskan saya sedikit demi sedikit untuk menguruskan spa berkenaan,” kongsinya ketika ditemui di premis kecantikannya.
Cuba menjadikan angan-angan jadi kenyataan, mesra dengan panggilan Tecer Mass, beliau kemudiannya memohon untuk berhenti kerja kerana ingin menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tersebut.
“Selepas berhenti kerja, saya ambil kursus kemahiran dan pada masa sama turut bekerja dengan orang lain. Sehinggalah saya berjaya meraih Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
“Waktu itu, perasaan ingin membuka bisnes sendiri membuak-buak, saya terbayang impian sebelum ini untuk membeli rumah hasil titik peluh sendiri menyebabkan saya tekun berusaha.
2012 momen cukup bermakna Tecer Mas berjaya mencapai hasrat memiliki syarikat sendiri, maka tertubuhlah Beauty Expert Academy. Ibu kepada seorang cahaya mata itu mempunyai kelulusan Vocational Trainning Official (VTO), Sijil Kemahiran 1, 2 dan 3 dan juga menjalankan sesi perundingan dan rawatan kecantikan, beliau juga seorang tenaga pengajar dalam bidang estetik.
Selain itu, beliau turut mendapat pengiktirafan sebagai Pakar Kecantikan Malaysia (JPK). Nah, tidak hairanlah apabila wanita bertubuh kecil molek itu turut dilantik sebagai Penasihat Industri Kolej Komuniti Malaysia.
“Satu benda yang saya belajar dengan majikan lama, untuk menjadi bos katanya kena belajar gagal berkali-kali dan boleh uruskan bisnes sendirian tanpa bantuan orang lain.
“Malah, bergelar bos bukan bersandarkan kecantikan dan kekayaan semata-mata. Sebaliknya kena usaha lebih keras dan tidak mudah putus asa. Itulah yang menjadi pemangkin semangat,” kongsi Tecer Mass yang bersyukur berjaya mencapai semua impiannya selama ini.
Pasti setiap kejayaan, penuh pelbagai onak duri yang terpaksa ditempuhi sebelum berjaya. Jika tiada sokongan insan tersayang hampir membuatkan beliau berputus asa.
“Saya pernah jatuh berkali-kali. dengan tiada sebarang pinjaman dengan mana-mana pihak. Lebih mendukacitakan bila mana suami sendiri kurang yakin dengan pilihan saya buat. Beliau meminta saya fokus menjaga anak-anak sahaja. Kata suami, mana mungkin mencantikkan orang boleh buat saya jadi kaya.
“Bila jadi macam itu, bohonglah andai kata saya tidak pernah down. Sudah pelbagai cara dan ikhtiar saya lakukan namun belum menampakkan hasil. Malah, pernah juga ditipu pelanggan membuatkan saya hampir putus asa. Namun, saya bangkit semula,” kongsinya lagi.
Bergantung pada Maha Esa, selain itu perlu berusaha gigih, untuk membuka jalan kejayaan buatnya. Turut menerima pengiktirafan Malaysian Trustworthy Aestheticians & Beauticians 2023 (MTAB) dan Successful People In Malaysia – Britishpedia 2023 dan berkat kesabaran, lebih 18 tahun berkecimpung dalam insdutri kecantikan, Tecer Mass turut miliki ribuan pelajar.
Pusat estetik yang beroperasi di Cheras, Selangor bukan sahaja menawarkan rawatan kecantikan, bahkan setiap pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan perundingan daripada pakar estetik terlatih yang ada di situ.
“Sebelum ini, saya promosikan sendiri. Daripada satu katil dan tanpa ada bantuan staf, saya lakukan semua sendirian. Penat hanya Tuhan yang tahu, basah satu badan dengan peluh. Waktu itu belum ada kemudahan media sosial seperti sekarang untuk membantu promosikan salun.
“Namun, sedikit demi sedikit pelanggan mula datang dan saya terpaksa mengambil staf kerana tidak cukup tangan. Pun begitu, saya seorang yang mementingkan kualiti jadi setiap pekerja di akademi ini memiliki kemahiran yang saya ingini. Saya tak suka lambakan staf, saya juga mahu mereka belajar bekerja keras seperti saya dahulu,” ujarnya.
Perlu berketerampilan menarik berdepan dengan pelanggan, malah, menjadi kepantangannya jika ada staf yang tidak tampil cantik walaupun sekadar memakai lipstik.
“Paling saya utamakan adalah spa kena bersih kerana dari situ datangnya rezeki. Pelanggan datang lihat tempat bersih dan mendapat layanan baik staf membuatkan mereka akan datang lagi mendapatkan rawatan di sini. Itulah yang saya tekankan kepada staf,” ujar beliau yang juga Pemudah cara dan Penceramah di Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Akui tidak meletakkan mana-mana individu sebagai idola memandangkan beliau yang berusaha sendiri mencapai kejayaan tersebut. Untuk menjadi wanita yang hebat dan berjaya, kena yakin dengan keupayaan diri sendiri. Tanpa hiraukan kata-kata negatif orang sekeliling.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jika tahun lalu pada 25 Ramadan menyaksikan Nurul Zahid Ahmad Zahid sah menjadi isteri kepada suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff. Biarpun berstatus isteri kedua, namun dia yang mesra dipanggil Kak Long tidak menyesal dengan keputusan dibuat. Malah kehidupan bermadu yang dilaluinya dalam tempoh setahun ini cukup indah dan mendamaikan.
Hubungannya dengan isteri pertama sangat baik dan seolah-olah seperti kawan baik. Menyaksikan setahun usia perkahwinan, Nurul turut menyatakan kegembiraaannya di laman instagram yang juga ditulis ketika berada di tanah suci mengerjakan umrah bersama keluarga termasuk suami dan juga madunya, Datin Bahazanariah Baharudin atau Datin Nana.
This date. 25th Ramadan. A date to remember. Tarikh yang menjadikan saya seorang isteri sekali lagi setelah kematian suami. Tarikh keramat yang menjadikan saya sebagai isteri ke-2 seorang suami dan ‘adik’ kepada seorang wanita dan isteri.
Apa yang saya tidak tahu, hikmah disebalik kematian, Allah menggantikan saya dan anak2 dua insan mulia yang sudi mengambil saya sebagai sebahagian dari hidup mereka. Begitu jugak anak2 suami dan isterinya yang menerima adik2 tiri sebagai adik mereka dan sebahagian dari hidup mereka. Allah Maha Besar! Sesungguhnya saya tidak menyangka akan menjalani kehidupan sebagai wanita yang bermadu!
Dia Maha Mengetahui disebalik jodoh ini. Perkahwinan ini menjadikan saya wanita yang lebih bertanggungjawab dan ingin mempelajari agama Islam secara lebih mendalam dan istiqomah dalam setiap kejadian. Bukan semua wanita bermadu bernasib baik seperti saya dan Kakak. Saya menjadikan kakak sebagai rujukan terbaik untuk lebih mengenali suami. Saya kira, setelah setahun Kakak telah mengenali saya luar dan dalam.
Alhamdulillah kehidupan bermadu tidak seburuk yang disangka andainya kita meletakkan agama, AlQuran n Sunnah sebagai panduan. Suami berpesan, bukan harta dunia yang kita kejarkan, Al Quran perlu didekati kerana ia menjadi peneman dan sahabat kita dikubur nanti sementara menunggu dibangkitkan semula.
Alhamdulillah dan saya amat bersyukur dengan perkahwinan ini. Semoga kisah kami sama2 dijadikan pengajaran untuk kita melalui pengalaman perkawinan yang manis tidak kira samada perkahwinan berpoligami ataupun tidak, setiap perkahwinan perlu seorang nakhoda yang baik sebagai pemimpin keluarga serta pendamping mereka, isteri yang menjadi penenang jiwa. Inshaa Allah. One year and counting.. I love US, Lillahitaala