Dalam kita seronok meraikan cahaya Aidilfitri kali ini, ada juga di kalangan selebriti yang bersedih kerana kehilangan insan tersayang. Terbaru penyanyi dan juga penyampai radio di Zayan FM, Mawi yang pernah mencetus fenomena suatu ketika dulu, telah kehilangan ibu tersayang, pada Syawal mulia.
Ibunya, Ramlah Sarlan yang meninggal dunia pada usia 73 tahun pada waktu Maghrib bersamaan 15 Syawal di rumah di Felda Taib Andak, Kulai, Johor. Sebelum itu, arwah yang berdepan masalah kesihatan kerana komplikasi beberapa penyakit dimasukkan ke hospital sejak Syawal kelima.
Walaupun Mawi bersedih dengan kehilangan ibunya ini, tetapi dalam masa sama berasa tenang dan bersyukur kerana dapat menjaga arwah dari awal hingga ke akhir hayatnya.
Bukan sahaja Mawi atau nama penuhnya Asmawi Ani, malah isterinya Nora’Asikin Rahmat atau Ekin juga turut terkesan dengan kehilangan ibu mertua yang disayangi ini.
Ketika dihubungi Hijabista baru-baru ini dia menyatakan kesedihannya dengan berita pemergian insan tersayang berkenaan.
“Memang Ekin rasa sedih dengan kehilangan mak. Hubungan kami memang sangat rapat dan baik. Kali terakhir bertemu dengan Mak dua hari sebelum arwah meninggal dunia. Masa itulah kali terakhir kami menjaga Mak di Hospital.
“Mak meninggal ketika kami berdua tiada di sisinya. Dua hari lepas menjaganya di Hospital Kulai, mak menghembuskan nafas terakhirnya,” ujar Ekin terkenang momen manis semasa hayatnya arwah
Ads
Menurut Ekin, dia cukup kagum melihat kelebihan arwah ibu mertuanya itu walaupun sudah berusia tetapi boleh mengajar anak-anak orang kampung mengaji hanya dengan mendengar sahaja.
“Ekin memang respek dengan arwak Mak. Dia boleh ajar anak-anak orang kampung mengaji hanya dengan mendengar sahaja tanpa melihat kitab atau muqaddam.
Ads
“Itu pencapaian yang sangat hebat dan momen paling manis untuk Ekin kenang sampai bila-bila. Mak memang jenis kurang bercakap, tetapi suka tengok gelagat anak-anak dan cucunya.
“Lagi satu apa yang Ekin sedari, arwah juga ketika hayatnya seorang ibu yang sangat-sangat kuat dan tinggi tahap redanya. Biarpun pelbagai dugaan hebat yang datang, Mak tetap tenang menghadapi segalanya,” tambahnya lagi ketika ditanya ajaran arwah yang akan diingati sampai bila-bila.
Untuk pengetahuan, Ekin dan Mawi berkahwin pada tahun 2008 dan diraikan dalam satu majlis penuh gemilang. Pasangan yang sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga ini dikurniakan seorang anak, Cahaya Malaika kini berusia 6 tahun.
Selalunya di hujung-hujung waktu sebelum berbuka puasa kita semakin sibuk di dapur. Ada juga yang mengambil ruang untuk menonton televisyen. Apakah yang sepatutnya perlu kita buat 10 minit sebelum waktu berbuka puasa?
Ayuh kita perbetulkan cara kita berbuka puasa.
1. Displinkan diri kita untuk menunggu-nunggu waktu buka seawal 10 minit bersama-sama famili atau berseorangan. Siapkan juadah berbuka seawal mungkin supaya kita ada masa free dalam 10 minit sebelum berbuka.
2. Bila dah standby 10 minit awal, apa nak kena buat ? Berborak-borak ke? Kita ajak famili sama-sama membuat permohonan kepada Allah SWT. Mintaklah apa jua kepadaNya. Sertakan doa buat ibu dan ayah.
3. Sebelum berdoa, ambil sikit masa untuk ingat dan bersyukur kepada Allah atas segala nikmat makanan, kesihatan dan kewangan yang kita perolehi selama ini. Usah fikir apa yang kita belum dapat tapi bersyukurlah apa yang kita dapat selama ini.
4. Dalam berdoa itu kita mesti ingat yang kita nak kembali kepada fitrah diri manusia yang sebenarnya, sepertimana asal penciptaan kita oleh Allah SWT. Bersih dan suci, sentiasa berusaha untuk tunduk kepada penciptanya dan sentiasa berusaha untuk berbuat baik sesama manusia.
Inilah yang disabda Baginda SAW ;
” Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah)
“Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, nescaya akan diberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang telah lalu”. (HR Bukhari dan Muslim).
Doa Buka Puasa (Seorang)
Doa berbuka puasa berseorang sedikit berbeza dengan doa buka puasa beramai-ramai. Boleh juga dibacakan doa buka puasa semasa berbuka bersama-sama keluarga di rumah.
Maksud: Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
Doa Buka Puasa Beramai-ramai.
Maksud: Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
Bukan semua daripada kita mampu menghadapi dugaan yang Allah turunkan. Tetapi ujian Allah tepat pada umatNya yang mampu memikulnya. Perlunya ada di setiap hati redha dengan ujian Allah dalam kehidupan harian dalam menghadapi segala dugaan.
Malah keredhaan itu haruslah disulami dengan amalan-amalan doa dan zikir yang tidak putus-putus. Bagi anda yang inginkan keredhaan Allah boleh amalkan zikir ini tiga kali pagi dan tiga kali petang, hati akan setiasa mendapat keredhaan dariNYa.
Dilahirkan di Indonesia dalam keluarga yang begitu mementingkan kesihatan dan kecantikan diri terutama menerusi amalan memakan jamu, Pelakon Indonesia yang juga menantu tiri kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Tya Ariffin dilihat tidak mahu mempersiakan semua itu untuk diamalkan.
Semua insan bernama wanita tanpa mengira peringkat umur jangan pernah ada rasa takut untuk mencubanya. Malah dengan usahanya kini lahir lah jutawan-jutawan hasil dari menjual jamu. Ohsem bukan!
Memilih untuk mengembangkan sayapnya dalam bidang perniagaan apabila memilih untuk menjual jamu. Tya menepis spetikal orang jual jamu sekarang tidak seperti jual jamu di lorong-lorong kedai. Buktinya dia sudah membantu ramai sahabat-sahabatnya menjadi jutawan.
Baru-baru ini Adeep Nahar GV9 menzahirkan rasa bangga terhadap isterinya bergelar jutawan Jamu Mutyara menerusi Mutyara Home Centre, usaha yang sama sekali tidak dijangka kejayaan isterinya sampai di peringkat ini.
“Terima kasih kepada Tya Arifin, Asyraf Khalid kerana menjadi guru dan sahabat isteri saya.”
Demikian kata penyanyi dan rapper Adeep Nahar GV9 mengenai kejayaan isterinya, Mazlin Merezukhi yang kini bergelar jutawan dengan menjadi stokis jamu Mutyara menerusi Mutyara Home Centre (MHC).
Adeep, 45, atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Nahar berkata, konsep perniagaan MHC yang diperkenalkan oleh pasangan suami isteri Tya Arifin dan Asyraf Khalid itu adalah inisiatif perniagaan alaf baru yang melahirkan ramai ahli perniagaan berjaya selain dijalankan dari rumah dan menggunakan modal rendah.
“Awalnya isteri beritahu mengenai jamu Mutyara. Saya pun tanya perniagaan ini macam mana. Sebelum menjadi pramugari, isteri pernah menjadi kontraktor. Jadi, dia ada asas dalam perniagaan. Saya tak nak halang dia, sebab dia dah biasa bekerja. Malah, dia yakin untuk buat perniagaan ini.
“Selepas tiga tahun, dia beritahu berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta. Sebagai suami saya bangga dengan usahanya yang bekerja siang dan malam, bertungkus lumus dengan apa yang dibuat. Kepercayaannya terhadap Mutyara, Tya dan Asyraf sangat tinggi.
Mutyara Beauty hadir khas bagi mengubah skeptikal golongan wanita terutamanya yang melihat jamu hanya untuk santapan orang tua semata-mata. Malah. Ia juga dicipta seiring dengan arus pemodenan khusus buat golongan wanita masa kini yang sibuk bekerjaya dan memilih jalan mudah untuk kekal bertenaga serta cantik.
Perniagaan ini yang dahulunya secara kecil-kecilan sambil dibantu suaminya, Ibu kepada si cilik popular, Arif Jiwa Asyraf ini melebarkan sayapnya dengan ada sokongan antara satu sama lain. Begitu juga Adeep Nahar GV9, sentiasa menyokong usaha isterinya walaupun pada awalnya dia juga mempunyai septikal tentang produk yang dijual isterinya.
“Selama tiga tahun saya melihat isteri menjalankan perniagaan ini, dia sangat positif. Daripada nasihat Tya, Asyraf dan gurunya Dr Azizan, mereka semua orang yang sangat positif dalam semua aspek. Saya pun ambil semangat itu,” katanya.
Menurutnya, antara inti kejayaan adalah suami isteri perlu saling menyokong.
“Tidak kiralah dari segi perniagaan apa, walaupun bukan dalam bisnes sama, suami dan isteri perlu saling menjadi tulang belakang. Doa masing-maisng sangat penting. Saya sentiasa mendoakan kejayaan dan kebaikan buat isteri,” katanya.
Bermula sebagai pengguna
Sementara itu, Mazlin yang sudah tiga tahun berniaga jamu Mutyara berkongsi dia bermula sebagai pengguna dan keberkesanan produk ini, membuat dia berkobar-kobar berkongsi dengan orang ramai dan hasratnya disambut baik oleh pasangan suami isteri ini.
“Kali pertama mencuba produk ini, saya cakap pada suami produk ini ‘sesuatu’. Dia macam terkejut, sebab dia tahu saya seorang yang sangat skeptikal dengan produk. Selepas tiga hari minum, alhamdulillah sakit pinggang yang dialami selama tujuh tahun sebelum itu sembuh serta merta.
“Kebetulan, Tya dan Asyraf mencari stokis. Jadi, saya cakap pada suami nak mencuba. Saya yakinkan suami dan nekad kalau nak menjadi usahawan tak nak biasa-biasa. Saya ambil pakej yang paling tinggi. Sebab, kalau nak buat, kena betul-betul. Mereka adakan sesi perjumpaan dan saya beranikan diri pergi sendiri.
“Ketika itu juga mereka memberikan penghargaan kepada usahawan yang menjual jamu Mutyara. Saya pegang ‘award’ itu dan mula berangan. Ternyata, ada yang boleh berjaya dengan perniagaan ini,” katanya.
Menurutnya, usaha yang dimulakan secara zero dan hasil tunjuk ajar daripada Tya, dia menerusi pasukannya dikenali sebagai Team Chantek dinobatkan sebagai jutawan Mutyara pada Ogos tahun lalu selain sudah mempunyai 2,500 ahli di bawahnya.
“Di Mutyara kami macam keluarga. Budaya yang dibawa Tya dan Asyraf adalah nak membantu orang. Nampak kesungguhan mereka ke arah itu. Tidak wujud jurang antara pengasas dan usahawan. Saya berasa sangat dengan mereka. Jadi, bila dapat persekitaran seperti itu, kita berasa gembira dan ‘enjoy’ dengan apa dibuat.
“Diakui ada masa berlaku turun naik dan jualan kurang, tapi itulah kehidupan. Tapi, apa boleh dikatakan saya gembira bersama mereka. Bukan saja saya, tapi usahawan lain pun merasakan perkara sama. Kami diberikan peluang sama rata,” katanya.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Az Zuha Syukur Dilantik Pengelola Jemaah Haji Untuk Tiga Tahun Berturut-Turut Oleh Tabung Haji
Az Zuha Group Travel & Tours ucap rasa syukur setelah diumumkan...