Lepas Hilang 4 Hari, Akhirnya Ustazah Nur Farhana Ditemui Selamat Hanya Berbekalkan Roti, Air & Al-Quran

Share

Beberapa hari lalu viral kes kehilangan seorang ustazah, Nurfarhana Ibrahim yang dikatakan tidak pulang ke rumah setelah habis sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Genting Balik Pulau, Pulau Pinang. Dan semalam Nur Farhana telah ditemui selamat apabila muncul di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, Perak. Dia yang hilang selama empat hari dikatakan hanya makan roti dan minum air mineral serta tidur di beberapa surau dan banyak habiskan masa berjalan kaki.

Kehilangan ustazah berkenaan, Nur Farhana Ibrahim jadi tumpuan kerana suaminya turut memaklumkan isterinya itu pernah menerima rawatan kerana kemurungan lima tahun lalu kerana sering berulang alik dari Alor Setar ke Balik Pulau.

Ditemui lepas 4 hari hilang.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Razali Ibrahim, guru agama berkenaan muncul di IPD kira-kira jam 3.15 petang khamis.

Dalam soal siasat dijalankan, wanita ini dikatakan hanya ‘sedar’ ketika berada di Padang Rengas. Dari situ dia kemudiannya menaiki bas ke Kuala Kangsar, turun depan hospital. Dari hospial dia kemudiannya berjalan kaki menuju ke IPD Kuala Kangsar.

Dia yang ditemui kelihatan letih tetapi ceria dan tidak mengalami apa-apa kecederaan. wanita ini juga tidak sabar untuk balik dan bertemu anaknya.

Tambahnya, ustazah itu juga tidak membawa apa-apa dokumen ketika keluar dari Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau di mana dia mengajar Pendidikan Agama Islam.

Berdasarkan soal siasat, dia hanya berbekalkan wang yang berada di dalam poketnya, di samping senaskhah al-Quran di dalam beg yang dibawa.

Nurfarhana diserahkan kepada ahli keluarga sebaik sahaja suaminya tiba untuk membuat pengesahan kira-kira pukul 5.30 petang.

SUMBER: ASTRO AWANI

 

Published by
Siti Zurina