Beberapa hari lalu viral kes kehilangan seorang ustazah, Nurfarhana Ibrahim yang dikatakan tidak pulang ke rumah setelah habis sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Genting Balik Pulau, Pulau Pinang. Dan semalam Nur Farhana telah ditemui selamat apabila muncul di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, Perak. Dia yang hilang selama empat hari dikatakan hanya makan roti dan minum air mineral serta tidur di beberapa surau dan banyak habiskan masa berjalan kaki.
Kehilangan ustazah berkenaan, Nur Farhana Ibrahim jadi tumpuan kerana suaminya turut memaklumkan isterinya itu pernah menerima rawatan kerana kemurungan lima tahun lalu kerana sering berulang alik dari Alor Setar ke Balik Pulau.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Razali Ibrahim, guru agama berkenaan muncul di IPD kira-kira jam 3.15 petang khamis.
Dalam soal siasat dijalankan, wanita ini dikatakan hanya ‘sedar’ ketika berada di Padang Rengas. Dari situ dia kemudiannya menaiki bas ke Kuala Kangsar, turun depan hospital. Dari hospial dia kemudiannya berjalan kaki menuju ke IPD Kuala Kangsar.
Dia yang ditemui kelihatan letih tetapi ceria dan tidak mengalami apa-apa kecederaan. wanita ini juga tidak sabar untuk balik dan bertemu anaknya.
Tambahnya, ustazah itu juga tidak membawa apa-apa dokumen ketika keluar dari Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau di mana dia mengajar Pendidikan Agama Islam.
Berdasarkan soal siasat, dia hanya berbekalkan wang yang berada di dalam poketnya, di samping senaskhah al-Quran di dalam beg yang dibawa.
Nurfarhana diserahkan kepada ahli keluarga sebaik sahaja suaminya tiba untuk membuat pengesahan kira-kira pukul 5.30 petang.
SUMBER: ASTRO AWANI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Sangka! Kulit Cerah Dalam Masa ‘Sebulan’ Dengan Serum Ini
Memiliki kulit yang sihat dan cerah secara semulajadi merupakan idaman setiap gadis. Ini kerana, kulit yang sihat pastinya bebas dari masalah-masalah yang merunsingkan seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan tidak bermaya.
Sehubungan itu, rawatan yang tepat dan rutin penjagaan kulit yang dilakukan secara konsisten amat diperlukan untuk mendapatkan kulit wajah yang bebas cela. Salah satu rutin yang Hijabista sarankan kepada Hijabi adalah menjadikan ‘Serum’ sebagai satu KEWAJIPAN!
Justeru, disini Hijabista kongsikan satu serum yang begitu banyak manfaat dan katanya mampu mencerahkan kulit Hijabi seawal 30 hari je tau! Haa.. Macam best je kan? Jom semak!
Kepentingan ‘Vitamin C’ Pada Kulit Hijabi!
Ramai masih belum cakna berhubung manfaat vitamin C untuk kulit yang sangat besar, termasuk kemampuannya meratakan tona kulit hingga sekata dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan.
Selain, terkenal dengan manfaat untuk pencerahan kulit, hasil penyelidikan juga menunjukkan bahawa Vitamin C dapat melindungi kulit dari kesan stress serta kerosakan akibat daripada radikal bebas.
Artikel berkaitan: Selain Enak Dimakan, 5 Masker Avocado Ini Bantu Hijabi Tangani Masalah Jerawat!
Oleh itu, untuk mendapatkan tona kulit cerah sekata, adalah penting jika anda konsisten memenuhi keperluan vitamin C kulit anda. Bagaimana caranya? Ini dia! Innisfree telah membantu menyelesaikan masalah hijabi dengan mengeluarkan produk penjagaan kulit wajah terbaharu iaitu Vitamin C Green Tea Enzyme Brightening Serum!
Ini kerana, serum ini diformulasi menggunakan Dwi Vitamin C dan Enzim Teh Hijau dari kepulauan Jeju. Sekaligus membantu mencerahkan dan menghapus sel kulit mati dan memberikan penjagaan menyeluruh kulit wajah agar empat kali lebih cerah dan licin dalam masa 4 minggu. Haa.. Best kan!
Sekadar info, pada 27 Julai lalu, INNISFREE telah mendedahkan logo dan identiti jenamanya yang baharu. Demi menunjukkan hubungan kukuhnya dengan alam semulajadi, Innisfree telah mendirikan The New Isle of INNISFREE di tengah-tengah pusat beli belah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.
Selain itu, vitamin C Green Tea Enzyme Brightening Serum menjadi tumpuan utama sebagai produk pertama yang dilancarkan oleh INNISFREE sejak penjenamaan semulanya yang luar biasa.
Artikel berkaitan: Buat Sendiri Masker ‘Organik’ Ini Di Rumah Sis, Dapat Atasi Pelbagai Masalah Kulit!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Inilah Baru Beauty With Brain, Dr Amalina Terima Anugerah Darzi Academic Clinical Fellowship. Tahniah!
Siapa tidak mengenali Dr Amalina Bakri. Beliau bukan sahaja terkenal kerana kejayaannya bergelar doktor dalam usia muda dan memberi inspiradi buat hijabi di luar sana, tetapi juga sebagai salah seorang personaliti media sosial yang cukup aktif berkongsi ilmu, nasihat dan pandangan. Baru-baru ini Dr Amalina sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya terpilih menerima Darzi Academic Clinical Fellowship Imperial College, London.
Kejayaan itu dikongsi oleh beliau di laman sosial menerusi akuan twitter @dramalinabakri.
Dalam perkongsiannya itu juga, Dr Amalina menyatakan rasa syukur atas anugerah berkenaan, malah berjanji akan meneruskan kerja keras dan membuatkan Malaysia bangga dengan pencapaiannya di masa depan.
Dr Nur Amalina sebelum ini pernah tersenarai antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di United Kingdom dan kerajinannya berkongsi maklumat mengenai kesihatan dan kisah harian di media sosial membuatkan gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menjadi idola generasi muda.
Kejayaan itu juga mendorong Dr Nur Amalina membuat keputusan untuk berehat seketika daripada berkongsi ilmu dan pandangan mengenai kesihatan di laman sosial twitter bagi memberi tumpuan kepada latihan pakar dalam pembedahan umum, matlamat kerjaya dan pengajian Doktor Falsafah (PhD) ketika ini.
Katanya, dunia sudah memasuki 2019 tetapi masih banyak kebencian dan aura negatif yang disebarkan apabila seseorang individu itu mahu membuat kebaikan kepada orang lain.
“Niat saya cuma satu iaitu berkongsi ilmu pengetahuan dan memberikan kesedaran mengenai kesihatan kepada masyarakat di atas kapasiti saya sebagai doktor.
“Mungkin sesetengah rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk mengubah minda mereka ke arah positif dan kemajuan, dan saya harus mengatakan bahawa saya kecewa dengan situasi itu.
“Oleh itu, lebih baik jika saya menumpukan kepada apa yang saya lakukan untuk kebaikan saya sendiri,” katanya di laman sosial twitter baru-baru ini.
Keputusan itu juga dibuat kerana ingin memberi lebih tumpuan kepada Darzi Academic Clinical Fellowship dan tidak menolak bahawa ia turut di dorong oleh rasa terkilan dengan sesetengah pengguna Facebook yang suka memutar belit isu perubatan yang disampaikan di laman sosial twitter.
Ternyata perkongsian menggembirakan ini menerima reaksi positif dari followernya. Rata-rata mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diraih. Tahniah juga dari Hijabista.
SUMBER: Berita Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hati-Hati Memotong Kuku Terlampau Pendek Takut Kena Infeksi Bakteria!
Isi Kandungan
ToggleSebagai wanita penjagaan kuku sangat penting sebab ia merupakan salah satu penjagaan kebersihan diri. Takkan nak biarkan kuku panjang, hitam, kotor dan penuh daki tu. Tahukah anda, amalan kepit kuku ini adalah keperluan dan bukannya atas dasar kemahuan!
Mungkin ada antara kita tidak suka akan kuku panjang kerana rasa rimas dan susah untuk menjaga dan mengekalkan kuku panjang. Akan tetapi ramai juga yang ketip kuku sampai terlalu pendek yang menyebab nampaknya daging di bawah kuku. Selain itu, ada antara kita tidak tahu bahawa punca infeksi bakteria juga boleh terjadi jika ketip kuku terlampau pendek.
Apa penyebab kita memotong kuku?
Penjagaan kebersihan serta kesihatan sangat penting buat diri sendiri. Dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Ini termasuklah dengan kuku kaki dan tangan yang jarang kita ambil bahagian. Untuk pengetahuan, kuku merupakan bahagian yang paling penting kerana ia banyak digunakan untuk menyentuh sesuatu barang dan memegang barang.
Artikel Berkaitan: Sedih Lihat Kuku Tak Lawa & Kusam, Ini Tip Mudah Bagi Jadikannya Cantik Lagi Berkilat!
Kuku yang panjang, kotor dan hitam akan merosakkan penampilan anda dan membuatkan orang sekeliling memikirkan anda jenis yang tidak menjaga kebersihan. Selain itu, kuku kotor juga akan menjejaskan kualiti makanan yang digunakan secara langsung oleh tangan anda! Geli bukan?
Kuku kotor, panjang dan hitam juga akan menyebabkan kuman senang berada di kawasan tangan anda. Selain itu, kuku yang dibiarkan terlalu panjang selalu dikaitkan dengan infeksi kulat kuku. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk kepit kuku. Erti kata lain juga, potong kuku merupakan tuntutan dalam agama juga!
Jangan kepit kuku terlalu pendek
Ada individu yang suka dan kerap memotong kuku sehingga terlalu pendek yang boleh menampakkan daging di bawah kuku. Ia merupakan tabiat yang tidak bagus kerana ia akan membuatkan kuku tampak pucat dan susah untuk menggaru badan juga. Ada lagi bahaya yang lebih besar. Antaranya adalah:
1. Rasa sakit
Tabiat memotong kuku terlalu pendek akan menyebabkan lapisan daging merah yang berada di bawah kuku mudah terlihat. Jadi, ia akan membuatkan hujung jari anda rasa sangat sakit, pedih dan membuatkan anda rasa tidak selesa. Hyponychium merupakan nama daging merah tersebut.
Jika anda ketip kuku terlampau pendek akan menyebabkan saraf pada lapisan kuku menjadi sangat sensitif. Jika ia tersembunyi bawah kuku anda tidak akan rasa sakit tetapi jika ia terkeluar akan menyebabkan rasa sakit itu.
Selain itu, tindakan yang boleh anda lakukan adalah membalut atau menutup lapisan kuku anda dengan menggunakan plaster agar ia tidak terdedah kepada segala bentuk kontak punca kesakitan.
2. Infeksi bakteria
Bagi individu yang mempunyai tabiat kepit kuku sentiasa pendek ini boleh jadi punca infeksi bakteria. Ia dikenali sebagai paronychia dan sangat berbahaya pada anda. ia akan menyebabkan ketidakselesaan pada jari anda, jangkitan ini akan mengakibatkan kuku cepat terkena infeksi dan terus meradang dan membengkak yang menyebabkan rasa sakit yang teruk.
Bagi merawat masalah ini adalah dengan menggunakan ubat antibiotik. Ia juga akan menjadi melarat oleh kerana mengambil tindakan yang lambat. Selain itu, ia suka dipulih apabila anda mempunyai masalah lemah sistem imun.
Artikel Berkaitan: Tak Perlu Ke Spa Untuk Kuku Cantik, Bersih & Berkilat! Hanya Lakukan 10 Tip Mudah & Murah Ini Sahaja!
3. Kondisi kuku cagu
Pasti anda pernah mendengar tentang cagu kan. Kondisi cagu ini kerap berlaku dan dikenali sebagai cengkam kuku juga. Cagu ini berpunca apabila kuku mula tumbuh ke dalam dan menyebabkan ia menekan daging di bawah kuku anda.
Cagu boleh terjadi disebabkan banyak risiko seperti anda potong kuku terlalu pendek, tidak menjaga kebersihatan kuku, trauma, kecederaan atau keadaan kesihatan.
Untuk cagu ini ada beberapa cara untuk melegakannya. Anda juga boleh cuba cara berikut:
- Tutup dengan kain balut
- Rendam dalam air hangat
- Makan ubat tahan sakit jika sakit
- Sapu ubat krim antibiotik yang disyorkan oleh doktor.
- Pakai kasut dan stokin yang sesuai dengan kaki
Konklusinya, jangan sesekali biarkan kuku anda terlampau panjang atau terlalu pendek kerana kedua-duanya mempunyai kesan sampingan tersendiri. Untuk mengelakkan kuku anda tidak sakit atau terkena infeksi, kepitlah dengan berhati-hati. Pastikan untuk memotong kuku tidak terlalu pendek. Biarkan ada sedikit jarak antara sisa kuku putih dan kuku merah jambu agar dapat mengelakkan berlaku masalah berkaitan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI