Lepas Habis Solat Jangan Bangun Dulu, Amalkan Baca Doa Ini, Kalau Hafal Lagi Baik

Share

Doa yang diibaratkan sebagai senjata orang beriman, boleh digunakan untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain

Jika kita punya hajat apa pun yang baik, maka segeralah meminta pada Allah SWT dengan ikhlas sambil diiringi rasa rendah diri.

Namun selain doa-doa dimurahkan rezeki, memohon kebahagiaan, ada lagi satu doa yang mesti dibaca setiap kali selepas solat.

Orang cakap, hidup kita ni penting. Tapi saat kita nak mati tu lagi penting.

Kita tak boleh nak tetapkan macam Mana cara kita akan mati nanti. Tapi kita boleh tentukan bagaimana cara untuk kita hidup.

Cara mati tu 1 hal. Ujian masa nak mati tu 1 hal lagi.

Hanya kita yang nak mati ni saja akan rasa berat dan hebatnya ujian saat menghadapi sakaratul maut.

Sakitnya sakaratul maut tu dah memang sakit. Yang paling tak tahan, syaitan pun datang berbondong-bondong menggoda kita di saat-saat akhir supaya kita mati bukan sebagai orang Islam dan beriman.

Allah… takutnya saya…

Sebab tu kita kena selalu doa dengan doa ni. Mula hafaz dan baca selalu mulai sekarang.

اَللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الخَاتِمَة وَلَا تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة

‘Allāhummakhtim lanā bihusnil khātimah walā takhtim ‘alainā bisū il khātimah’.

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik, dan janganlah Engkau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk”.

Semoga kita dikurniakan husnul khatimah di penghujung hayat kita. Husnul khatimah ni sangat penting.

Ia penentu kehidupan kita selepas itu. Sebuah kehidupan yang tiada hujung. Sebuah yang kekal abadi.

Sumber kredit: Khairul Anuar Basri

Published by
Norhasliza