
Mahu kejar syurga di akhirat nanti, pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ingin kumpul pahala dengan membuka pusat tahfiz suatu hari nanti.
Kini dalam perancangan, Wawa, 29, berkata, ia merupakan satu daripada impiannya dengan suami selepas perancangan mereka membina masjid sebelum ini tercapai.
“Kerja kuat dan cari duit bukan sebab nak mewah di dunia semata-mata, tapi sebab nak bantu orang lain. Nak sedekah dan tolong orang. Kita bukan bantu orang itu saja, tapi dalam masa sama bantu diri kita sendiri untuk kehidupan yang abadi di sana.

Wawa juga berharap apa yang dilakukan mereka ini mendapat keberkatan daripadaNya.
“Semoga sebab perniagaan kecil-kecilan kita mampu membawa kita ke syurga. Alhamdulillah, impian nak bina masjid Allah permudahkan. Insya-Allah, selepas ini nak tubuhkan pusat tahfiz. Lokasi belum ada lagi,” jelasnya kepada Harian Metro.
Selain itu, Wawa juga turut berkongsi bahawa rancangan membina masjid di kampung halaman Aeril iaitu di Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor bakal dimulakan pada bulan Disember ini.
“Pelan pembangunan, rekaan, kawasan dan sebagainya sudah ada. Insya Allah, proses pembinaan bakal dimulakan dalam bulan Disember ini. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kejayaan kami.
Apa yang dicapai ini bukan untuk kami saja, tapi Insya-Allah bermanfaat untuk semua yang sudah menyokong perniagaan kami selama ini,” ujar pelakon kelahiran Lahad Datu, Sabah ini.

kredit: Harian Metro
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pemain Bola Sepak Pun Tak Bawa Handphone Masuk Padang, Kenapa Depan Kaabah Kita Bawa, Jagalah Adab Dengan Allah

Telefon pintar sudah menjadi ‘barang’ keperluan penting dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Ia banyak memudahkan urusan harian seperti pekerjaan, pembelajaran, kewangan, membeli-belah dan sebagainya.
Dengan kelajuan capaian internet terutama di bandar besar, ia meningkatkan penggunaan telefon pintar bagi segenap lapisan masyarakat tanpa mengira batasan umur, pekerjaan mahupun taraf sosial.

Kemunculan pelbagai aplikasi dalam talian, laman media sosial, portal jual beli dan perkhidmatan penstriman mula mempengaruhi gaya hidup masyarakat. Keadaan ini menyebabkan masyarakat terlalu ‘taksub’ dengan telefon pintar.
Namun persoalannya, perlukah kita berkepit dengan telefon pintar 24 jam sehingga beramal ibadah pun telefon pintar enggan ditinggalkan. Ini perkongsian Ummi Zakiah yang nyata realiti dalam kehidupan harian masyarakat kita hari ini.

HANDPHONE DAN KAABAH
Syeikh Nuruddin Albanjari dalam satu ceramahnya pernah memberi soalan kepada para jemaahnya.
“Kenapa tidak ada seorang pun pemain bola sepak yang membawa handphone mereka masuk padang ketika bertanding?” Jemaah terdiam, tidak ada satu pun yang menjawab.

Kemudian Syeikh melanjutkan.
“Sebab tidak ada kepentingan. Mereka hanya perlu fokus pada permainan mereka. ”
Jadi kenapa kita perlu membawa handphone ketika masuk ke rumah Allah atau masjid? Adakah padang bola itu lebih mulia daripada masjid? Adakah bermain bola itu perlu lebih fokus atau khusyuk daripada solat?

Mulai sekarang, belajarlah. Belajarlah untuk tidak menyibukkan diri dengan handphone, netbook, dan laptop dalam rumah Allah, kerana tiada urusan yang lebih penting daripada urusan kita dengan Allah.
“Jaga adab kita dengan Allah.”
Syeikh Abdurrahman assudais, Imam Masjidil Haram, di suatu masa ketika mengimamkan solat di depan Kaabah, beliau mendengar suara alunan muzik dari salah satu handphone milik seorang jemaah yang turut bersolat di belakangnya.
Setelah selesai solat beliau bangkit sambil menangis, ia berkata kepada jemaah solat,

“Saya belum pernah mendengar muzik di rumah saya, tetapi hari ini saya mendengar muzik di rumah Allah.”
HIJABISTA: Tinggalkan seketika handphone kesayangan masing-masing. Di rumah Allah, kita tumpukan perhatian untuk melakukan amal ibadah. Janganlah kita ‘biadab’ di hadapan Allah. Allahuakbar…
Sumber kredit: Ummi Zakiah Top image: Photo by haidan from Unsplash
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pintu Syurga Isteri, Ada Je Kat Rumah Tapi Ramai Isteri Tak Nampak

Sungguh, kunci syurga buat seorang isteri adalah dari reda seorang suami. Reda Allah pada isteri terletak bagaimana reda seorang suami terhadap isterinya. Wanita yang bergelar isteri jagalah hubungan dengan Allah dan pastinya Allah akan memberikan rahmat dalam kehidupan suami isteri.
Indahnya janji Allah bagi seorang isteri yang diredai oleh suaminya. Boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya.
Isteri, memiliki pintu syurga di rumahnya.
Pintu itu boleh mengantar dia ke syurga atau melemparkannya menuju ke neraka.
Pintu itu hanya satu, SUAMI..
Isteri yang TAAT kepada suaminya, kelak memiliki kedudukan seperti lelaki yang mati syahid dalam peperangan di jalan Allah Ta’ala.
Setiap isteri melayani suaminya, maka perbuatannya akan meninggikan darajatnya di sisi Allah Ta’ala.
Amal ibadah yang paling utama bagi seorang isteri adalah melayani suami dan anak-anaknya.
Lebih utama dari ibadah sunnah apa pun.
Sebab itu amat rugi sekali wanita yang:
Sibuk dengan zikir, tetapi suaminya terlantar tak dipikir.
Sibuk dengan al-Quran tapi suaminya tak pernah disediakan makan.
Sibuk dengan majlis maulud, tapi dengan suaminya selalu perang mulut.
Berdebat, bicara kasar, menipu, berbohong, menyakitinya, memandangnya dengan pandangan rendah, meninggikan suara …
Laa haula wa laa quwwata illa billaah…
Wahai para isteri …
Tiada guna solatmu…
Tiada guna majlis ilmu yang kau hadiri…
Tiada guna Shaum/ puasamu…
Tiada guna dzikirmu…
Tiada guna hajimu…
Tiada guna bacaan al-Quranmu…
Tiada guna sedekahmu…
Jika kalian tidak taat kepada suami kalian…
Ketaatan isteri pada suami adalah jaminan syurganya.

Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktunya, melaksanakan puasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya, maka ia akan masuk syurga dari pintu mana saja ia kehendaki.” (HR Bukhari Muslim)
Jangan sakiti dia, walaupun terkadang dia memiliki kelemahan di sana-sini.
Dalam riwayat, wanita yang tidak mahu melayani suaminya di malam hari, dilaknat malaikat hingga pagi hari.
“Jika seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, kemudian si isteri tidak mendatanginya, dan suami tidur dalam keadaan marah, maka para malaikat akan melaknatnya sampai pagi.”
(HR Bukhari Muslim)
Selagi ada kesempatan, berubahlah sikap menjadi baik.
Selagi ada kesempatan minta maaflah.
Jadilah isteri yang baik,…
Jika memang yang kau tuju syurga,…
Itulah jalannya….
Carilah redha suamimu,..
Semoga Allah Ta’ala menyelamatkan kita semua dari perbuatan yang boleh mendatangkan murka-Nya.
Baik yang kita sedari, atau tidak kita sedari.

Dalam hadits juga diketemukan,
“Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya.
Sesungguhnya suamimu adalah syurga dan nerakamu.”
(HR. Ahmad).
Semoga masih ada manfaatnya untuk menjalani hidup sebagai Hamba ALLAH SWT sampai jelang akhir hayat.
Allahumma Aamiin.
Selalu ustaz pesan… Perempuan ni nak masuk syurga senang… Solat, puasa, jaga maruah dan taat suami…
Bab solat puasa tu memang tak dinafikan, semua wanita dan isteri mampu buat. Bahkan solat sunat sekalipun.. Kalau tengok solat terawih kan.. Wanita berlumba nak solat kat masjid… Sama juga dengan puasa… Berlumba nak puasa enam.. Tapi ramai wanita kecundang nak buat syarat ketiga dan keempat…
Nampak senang jaga maruah. Maruah kat sini bukan sekadar jaga pandangan, tapi juga termasuk jaga aurat. Tambah zaman Internet sekarang… Semua wanita nak kelihatan cantik menarik kau memang de boom di laman sosial.. Tapi, ingat! Itu salah satu syarat nak ke syurga ye… Jaga maruah, pelihara aurat.
Sama juga syarat keempat… Nampak simple kan… Taat suami.. Tapi bukan mudah.. Kena teguh iman, sabar dan kuatkan hati.. Kena lawan ego, sebab kita isteri kadang ada kehendak sendiri… Tapi kita perlu patuh dengan kehendak suami asalkan tak bertentangan dengan syariat Allah…
Apa pun, kuncinya ada empat, untuk buka satu pintu.. Tak boleh guna satu kunci tapi perlu buka keempat kunci sekali… Faham kan…
Moga diberikan kekuatan untuk istiqamah menjadi isteri solehah di akhir zaman ini.. Insha Allah..
Sumber kredit: Mohd Ibrahim
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ayah Galal, Wanita Berhijab Pertama Jadi Pembaca Berita Di Connecticut, Amerika Syarikat

Kehidupan sebagai seorang wanita Muslim yang berhijab di sebuah negara bukan Islam ada cabarannya tersendiri, terutamanya apabila pihak sekeliling sering menjadikan hijab sebagai satu perkara yang dipertikaikan. Ada yang cuba mengharamkan pemakaiannya dan tidak kurang juga wanita Muslim berhijab diserang gara-gara pilihan mereka untuk menutup aurat.
Namun perkara ini bukanlah halangan buat mereka yang bercita-cita tinggi, kekal dengan iman dan bijak. Seperti yang berlaku kepada wartawan dan penerbit berita bernama Ayah Galal, dia menjadi wanita Muslim berhijab pertama yang tampil di kaca televisyen sebagai pembaca berita di Connecticut, Amerika Syarikat.

Dalam cacatannya yang dimuat naik di laman Instagram, Ayah berkata, ” Hari ini merupakan hari pertama saya membaca berita di @WFSBnews dan ini menandakan kali pertama wanita berhijab sebagai pembaca berita di Connecticut! Saya sangat teruja dengan pencapaian peribadi dan profesional ini.”
Merupakan sorang graduan dari Universiti Quinnipiac, dia mengambil jurusan kewartawanan dan sains politik. Laporan dan penceritaan video beliau telah diiktiraf oleh Persatuan Wartawan Profesional Connecticut dan Anugerah Media Kolej Pinnacle. Ayah juga menerima Anugerah Pencapaian Akademik Persatuan Alumni universitinya kerana memperoleh kedudukan skolastik tertinggi dalam kelasnya.

Kini bekerja sebagai penerbit berita di WTNH News 8 yang merupakan sekutu ABC di New Haven, Connecticut. Sebagai penerbit, Ayah menyelia penulisan, penerbitan dan masa siaran berita. Kebanyakan pengalamannya adalah dalam menghasilkan siaran berita jam 6 petang, 10 malam dan 11 malam untuk News 8.

Dalam temubual bersama CT Insider, dia berkata, “Saya takut disebabkan hijab, tiada stesen berita akan menerima saya untuk jawatan yang memerlukan saya bersiaran ke udara, jadi itulah sebabnya saya pada mulanya mengambil jawatan di belakang tabir, tetapi rakan sekerja saya mendesak saya untuk melakukannya.”
Menyifatkan sokongan rakan-rakan sebagai satu peniup semangat, wanita anggun ini berkongsi tentang hal tersebut,”Sepanjang perjalanan saya, saya mempunyai keraguan tentang bagaimana untuk menembusi industri, terutamanya sebagai seseorang yang memakai hijab, tetapi mujurlah, saya mempunyai rakan sekerja yang sangat menyokong yang telah menggalakkan saya sepanjang perjalanan karier.”
Kredit foto: Instagram Ayah Galal
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di

