Sejak tampil dengan imej berniqab, pengikut akaun laman sosial Instagram milik Neelofa telah bertambah dengan mendadaknya sehingga dia kini menjadi selebriti Malaysia dengan paling ramai pengikut di akaun Instagram iaitu sebanyak 8 juta pengikut.
Menariknya, model antarabangsa iaitu Bella Hadid yang merupakan adik kepada Gigi Hadid turut menjadi antara pengikut Neelofa di Instagram.
Sebelum ini, Neelofa berada di tempat kedua dengan 7.8 juta pengikut di belakang penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini mempunyai 7.9 juta pengikut akaun Instagram.Berada di tempat ketiga pula ialah pelawak terkenal iaitu Zizan Razak dengan jumlah pengikut seramai 7.6 juta. Zizan kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem bersama pasangan duonya yang tidak asing lagi iaitu Johan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tunjuk Beza Wajah Realiti Dan Di Internet, Faezah Elai Tetap Cantik Walaupun Tudung Penyek
Semua wanita pasti mahu kelihatan jelita setiap masa kan. Tidak kiralah pagi, petang atau malam. Tapi boleh ke kita maintain setiap masa terutama sekali waktu lepas bangun tidur?
Baru-baru ini, pelakon terkenal, Faezah Elai telah memuat naik dua versi wajahnya di instagram yang dikatakan expectation vs reality kebanyakan wanita. Mesti kebanyakan wanita faham situasi ini kan?
Gambar di Instagram lain dengan kehidupan sebenar…
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
How i look every morning when i send my kids to school..
The second photo,how i think i look like every morning.. konon mcm i woke up like this.. kahkahkahkah padahal mcm makcik jual apam balik ???? .
Netizen juga bersetuju dengan Faezah dan mengatakan dia tetap cantik walaupun tak mekap.
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
kredit : instagram @faezahelai
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mendapat 12k ‘Retweet’, Lelaki Ini Dedah Perkara Yang Graduan Patut Buat Sementara Menunggu Kerja
Sememangnya selepas tamat pengajian mestilah misi utama kita adalah untuk mendapatkan pekerjaan bukan? Tetapi kadang kala mungkin rezeki belum menyebelahi kita untuk mendapatkan pekerjaan yang diinginkan.
Jadi sementara hendak menunggu panggilan kerja, hijabi bolehlah menambah ilmu-ilmu penting dahulu sebelum melangkah ke alam pekerjaan seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun twitter @faizuladnan yang telah mendapat hampir 12 ribu retweet di laman Twitter.
Menurutnya, ada 3 ilmu penting yang perlu dipelajari iaitu ilmu ASB, jual beli rumah dan juga perkahwinan.
Senang apabila kita dah tahu perkara ini untuk perancangan di masa hadapan.
Ramai anak muda yang tersasar dalam hal ini kerana memilih kereta berbanding aset iaitu rumah.
Walaupun mungkin dianggap remeh, namun sebenarnya ia sangat diperlukan apabila kita hendak berkahwin kelak. Tanpa asas yang kukuh, pasti susah untuk masa hadapan kita nanti bersama orang tersayang.
Seorang pengguna twitter @AzrulAzsh juga telah berkongsi perkara yang sepatutnya anak muda lakukan pada saat ini namun sebaliknya yang terjadi.
Oleh itu, hijabi semua perlulah menjadikan perkara ini sebagai panduan. Bukan lelaki sahaja yang perlu mengumput harta dan aset tetapi kaum wanita juga perlu tau. Tak salah menuntut ilmu daripada masa terbuang begitu sahaja bukan?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
MAWAR RASHID Buka Tudung “Saya Dah Cuba, Tapi Gagal. Saya Minta Maaf.”
Tiga tahun lalu, pelakon yang juga usahawan kecantikan, Mawar Rashid mengumumkan tentang penghijrahan dirinya yang telah berhijab.
Ketika itu, Mawar terbuka hati untuk menutup aurat selepas mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan.
Keputusannya itu turut mengambil keberkatan sempena tahun baharu Hijrah.
Katanya, dia telah lama menyimpan hasrat untuk berhijab namun hatinya berbolak balik membuatkan dirinya sering menangguhkan hasrat itu.
Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memaklumkan fasa berhijabnya itu dimulakan pada Jumaat, 2 Muharam.
“Muharram 2, 1442. Berkat hari Jumaat, penghijrahan Mawar telah pun bermula.
“Doakan Mawar sentiasa beristiqomah untuk sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. Aamiin,” tulis Mawar.
Ketika itu, perkongsian finalis Dewi Remaja 2014/2015 ini menerima reaksi positif para pengikut serta rakan-rakan artis di Instagram.
KEMBALI TIDAK BERTUDUNG
Terbaharu, isteri kepada usahawan Raf Yaakob ini membuat ‘kejutan’ dengan memuat naik dua gambarnya yang tidak lagi memakai hijab di Instagram peribadi.
Tulis Mawar di ruangan kapsyen: –
“Saya dah cuba. Tapi Gagal. Saya Minta Maaf.”
Menerusi gambar tersebut, ibu tiga anak ini menyarungkan baju berwarna putih dengan gaya rambut yang diikat kemas di bahagian belakang.
Pemilik nama lengkap, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ini turut memuat naik status di Instagram Storynya dengan kata-kata yang mencetuskan tanda tanya.
“Goodbye world. Will be back when I’m mentally ready. Love you guys always.”
Mawar turut menutup ruangan komen pada setiap gambarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminatnya terkejut dengan tindakannya itu namun ada juga yang mendoakan kebaikan buat Mawar agar kembali berhijab.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Mawar Rashid dan kembali menutup aurat dengan sempurna.
Kredit Foto: Instagram Mawar Rashid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI