Lepas Eyra Hazali dan Nonny Nadhirah yang berhijrah awal tahun ini, seorang lagi selebriti juga melakukan penghijrahan dengan berhijab. Salah seorang adalah isteri kepada pelawat terkenal, Fad Bocey, Nur Syahirah A. Rahman yang juga ibu kepada tiga cahaya mata termasuk sepasang kembar.
Sebelum ini dia yang lebih mesra dipanggil Sya telah mendapat mimpi kiamat sehingga membuatkan dia mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya.
Sepanjang tempoh itu, Sya tidak mengaktifkan akaun Instagramnya. Sebaliknya memberitahu segala aktiviti terkini dilakukan melalui akaun suaminya Fad Bocey.
Namun Sya kini telah aktifkan semula akaun Instagramnya yang menggunakan nama akaun @syaheeraarahman
Walau bagaimanapun, Sya mengakui perlu mengambil masa untuk memadam gambar-gambar dirinya tidak bertudung sebelum itu.
Jika sebelum ini Sya memang rajin muat turut foto dia melakukan aktiviti bersama anak-anaknya atau hobinya yang gemar memasak.
Malah aktiviti memasak yang dimuat turut menarik perhatian netizen untuk mengikut apa yang dikongsi graduan TESL (Teaching English as a Second Language) di Management & Science University (MSU).
Sejak memakai hijab, penampilan Sya juga semakin cantik dan sangat memukau.
Buat masa ini pasangan ibu bapa muda ini menjadi hos untuk rancangan Pa&Ma bagi musim ke 4 di saluran Astro Prima & Astro Prima HD setiap Selasa jam 12 tengah hari.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM FAD BOCEY & SYAHEERA RAHMAN