Lepas Eyra Hazali dan Nonny Nadhirah yang berhijrah awal tahun ini, seorang lagi selebriti juga melakukan penghijrahan dengan berhijab. Salah seorang adalah isteri kepada pelawat terkenal, Fad Bocey, Nur Syahirah A. Rahman yang juga ibu kepada tiga cahaya mata termasuk sepasang kembar.
Sebelum ini dia yang lebih mesra dipanggil Sya telah mendapat mimpi kiamat sehingga membuatkan dia mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya.
Sepanjang tempoh itu, Sya tidak mengaktifkan akaun Instagramnya. Sebaliknya memberitahu segala aktiviti terkini dilakukan melalui akaun suaminya Fad Bocey.
Jika sebelum ini Sya memang rajin muat turut foto dia melakukan aktiviti bersama anak-anaknya atau hobinya yang gemar memasak.
Malah aktiviti memasak yang dimuat turut menarik perhatian netizen untuk mengikut apa yang dikongsi graduan TESL (Teaching English as a Second Language) di Management & Science University (MSU).
Sejak memakai hijab, penampilan Sya juga semakin cantik dan sangat memukau.
Buat masa ini pasangan ibu bapa muda ini menjadi hos untuk rancangan Pa&Ma bagi musim ke 4 di saluran Astro Prima & Astro Prima HD setiap Selasa jam 12 tengah hari.
Artis-artis tanah air dikhabarkan telah berkumpul dalam satu majlis ilmu gilang gemilang ‘Grand Maulid’ anjuran Pertubuhan Kasih Neelofa, bagi tujuan meraikan sambutan Maulidur Rasul 1444 hijrah lalu.
Kebanyakan para selebriti yang hadir, dilihat manis mengenakan tudung litup sambil menggayakan busana menutup aurat dan patuh syariah.
Malah, ada diantara mereka tampil mengenakan niqab, sekaligus mengundang pujian dan respon positif dari netizen yang teruja menyaksikan perkembangan baik artis kesayangan mereka.
Bagus Selebriti Muda Sekarang, Cakna Dalami Ilmu Agama
Netizen dilihat meluahkan rasa syukur, gembira dan teruja apabila melihat selebriti ‘Favourite’ mereka kini mula menjadi Role-Model yang baik serta memberi manfaat kepada diri sendiri dan generasi akan datang, khususnya para peminat.
Menerusi hantaran di laman Instagram masing-masing, para selebriti mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih kepada pempengaruh media sosial, hajah Neelofa kerana mengundang mereka bersama-sama memperolehi keberkatan pada majlis tersebut.
Sapa Kata Artis Berudung Dan Berniqab Tak Boleh Bergaya? Cantik2 semua, sejuk mata memandang
Meninjau keruangan komen, Hijabista mendapati hantaran para selebriti berkenaan telah mendapat respon yang amat baik dan sangat positif dari peminat masing-masing.
“MashaAllah cantik-cantik semuanya.. Sejuk mata memandang, siapa kata artis bertudung dan berniqab tak boleh cantik-cantik? Ini Buktinya..”
“Alhamdulillah seronok tengok sama-sama cari keberkatan mengejar saham akhirat.. Inspirasi untuk orang lain positif dan sama-sama rasa nak mendalami ilmu agama.”
“Subhanallah. Seronok dan sejuknya tengok. Cantiknya bidadari syurga.”
Untuk rekod, antara barisan selebriti yang dilihat hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan seperti Bella Astillah, Zulin Aziz, Puteri Sarah Liyana, Kaka Azraf, Sherry Ibrahim, Wawa Zainal dan ramai lagi.
Majlis maulidur rasul berkenaan diisi dengan pengisian ilmu akhirat seperti berselawat secara berjemaah sambil mendengar ceramah daripada Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid yang diundang bagi memberikan sedikit tazkirah kepada mereka yang hadir.
Alhamdulillah.. Hijabista doakan semoga para selebriti kita kekal istiqomah menganjurkan dan menghadiri majlis-majlis ilmu seperti ini lagi di masa akan datang.
Terdapat banyak maklumat penurunan berat badan di laman sesawang tapi anda masih keliru yang mana satu berkesan untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
Sebahagian besar dari apa yang disyorkan adalah dipersoalkan pada tahap terbaik, dan tidak berdasarkan pada sains sebenar. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kaedah semula jadi yang telah terbukti berkesan.
Berikut adalah cara mudah menurunkan berat badan secara semula jadi.
1. Tambahkan protein ke dalam makanan
Diet? protein adalah raja nutrien. Tubuh anda membakar kalori ketika mencerna dan memetabolisme protein yang anda makan, jadi diet protein tinggi dapat meningkatkan metabolisme hingga 80-100 kalori sehari. Diet protein tinggi juga dapat membuat anda merasa lebih kenyang dan mengurangkan selera makan.
2. Makan makanan lengkap
Untuk menjadi lebih sihat adalah dengan mendasarkan diet pada makanan satu-satunya. Dengan melakukan ini, anda menghilangkan sebahagian besar gula tambahan, lemak tambahan dan makanan olahan. Sebilangan besar makanan secara semula jadi sangat mengenyangkan, menjadikannya lebih mudah disimpan dalam had kalori yang sihat. Selain itu, makan makanan keseluruhan juga memberi tubuh anda banyak nutrien penting yang diperlukan agar berfungsi dengan baik.
3. Elakkan makanan yang diproses
Makanan yang diproses biasanya tinggi gula tambahan, lemak dan kalori tambahan. Lebih-lebih lagi, makanan yang diproses membuat anda makan sebanyak mungkin. Ia lebih cenderung menyebabkan ketagihan makan makanan yang tidak diproses.
4. Stok makanan ringan yang sihat
Kajian menunjukkan bahawa makanan yang anda simpan di rumah sangat mempengaruhi berat badan dan tingkah laku makan. Dengan menyediakan makanan sihat, kemungkinan anda atau ahli keluarga lain mengurangkan makan makanan yang tidak sihat. Terdapat juga banyak makanan ringan sihat dan semula jadi yang mudah disiapkan dan dibawa bersama anda dalam perjalanan.
Memakan banyak gula tambahan dikaitkan dengan beberapa penyakit terkemuka di dunia, termasuk penyakit jantung, diabetes dan barah. Rata-rata, kebanyakkan individu makan kira-kira 15 sudu teh gula tambahan setiap hari. Jumlah ini biasanya tersembunyi dalam pelbagai makanan yang diproses, jadi anda mungkin akan memakan banyak gula tanpa menyedarinya.
Oleh kerana gula terdapat banyak nama dalam senarai ramuan, sangat sukar untuk mengetahui berapa banyak gula yang sebenarnya terkandung di dalam produk. Meminimumkan pengambilan gula tambahan adalah cara terbaik untuk memperbaiki diet anda.
6. Minum Air
Sebenarnya ada kebenaran untuk mendakwa bahawa minum air boleh membantu mengurangkan berat badan. Minum 0.5 liter (17 oz) air boleh meningkatkan kalori yang anda bakar sebanyak 24-30% selama satu jam selepas. Minum air sebelum makan juga boleh menyebabkan pengambilan kalori berkurang, terutama bagi individu pertengahan usia dan berusia. Air sangat baik untuk menurunkan berat badan apabila menggantikan minuman lain yang tinggi kalori dan gula.
7. Minum kopi tanpa gula
Kopi adalah minuman sihat yang sarat dengan antioksidan dan sebatian bermanfaat lain. Minum kopi boleh menyokong penurunan berat badan dengan meningkatkan tahap tenaga dan jumlah kalori yang anda bakar. Kopi berkafein dapat meningkatkan metabolisme anda sebanyak 3–11% dan mengurangkan risiko anda menghidap diabetes. Tambahan pula, kopi hitam sangat mesra penurunan berat badan, kerana boleh membuat anda merasa kenyang tetapi hampir tidak mengandungi kalori.
8. Hadkan pengambilan karbohidrat halus
Karbohidrat halus adalah karbohidrat yang telah menghilangkan sebahagian besar nutrien dan seratnya yang bermanfaat. Proses penapisan tidak meninggalkan apa-apa selain karbohidrat yang mudah dicerna, yang dapat meningkatkan risiko makan berlebihan dan. Sumber makanan utama karbohidrat halus adalah tepung putih, roti putih, beras putih, soda, pastri, makanan ringan, gula-gula, pasta, bijirin sarapan pagi, dan gula tambahan.
9. Puasa beselang
Puasa berselang adalah pola makan yang berpusing antara tempoh berpuasa dan makan. Terdapat beberapa cara untuk melakukan puasa berselang, termasuk diet 5: 2, kaedah 16: 8 dan kaedah makan-berhenti-makan. Secara amnya, kaedah ini menjadikan anda makan lebih sedikit kalori secara keseluruhan, tanpa perlu menyekat kalori secara sedar semasa tempoh makan. Ini semestinya menyebabkan penurunan berat badan, serta banyak manfaat kesihatan lain.
10. Minum teh hijau tanpa gula
Teh hijau adalah minuman semula jadi yang sarat dengan antioksidan. Minum teh hijau dikaitkan dengan banyak faedah, seperti peningkatan pembakaran lemak dan penurunan berat badan. Teh hijau dapat meningkatkan pengeluaran tenaga sebanyak 4% dan meningkatkan pembakaran lemak selektif hingga 17%, terutama lemak perut berbahaya. Teh hijau Matcha adalah pelbagai teh hijau serbuk yang mungkin mempunyai manfaat kesihatan yang lebih hebat daripada teh hijau biasa.
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan yang sangat sihat dan mengurangkan berat badan. Selain tinggi air, nutrien dan serat, ia biasanya mempunyai ketumpatan tenaga yang sangat rendah. Ini memungkinkan untuk makan porsi besar tanpa memakan terlalu banyak kalori. Banyak kajian menunjukkan bahawa individu yang makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran cenderung mempunyai berat badan lebih rendah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Umum sedia maklum, jika bergelar selebriti perlu sentiasa tampil cantik, jelita, menawan dan sempurna di khalayak ramai. Ini demikian kerana, sebagai public figure seorang selebriti itu akan sentiasa menjadi sorotan, rujukan mahupun role-model kepada para peminatnya.
Perkara ini juga diakui oleh pelakon jelita, Riena Diana yang masih hijau dalam industri hiburan tanah air. Malah, katanya sebagai selebriti dia juga tidak terkecuali dari mengalami masalah kulit dan perlu sentiasa menitikberatkan penampilan sebelum tampil di khalayak umum.
Riena Diana Atasi Masalah Kulit Kering Dengan Dua Rutin Ini!
Jelas Riena, antara masalah kulit yang sering dihadapinya adalah mempunyai tekstur kulit kering kerana sering terdedah kepada sinaran matahari ketika menjalani pengambaran sebagai pelakon.
Justeru, untuk sentiasa tampil flawless dan mengekalkan kesegaran kulit wajah Riena sempat berkongsikan bersama Hijabista ‘Rahsia’ yang diamalkan agar masalah tersebut dapat diatasi.
“Setiap pagi bila Riena bangun, pertama sekali Riena akan cuci muka terlebih dahulu, lepas cuci muka Riena akan buat skincare routine, dan dua benda terpenting yang Riena amalkan adalah toner dan juga moisturizer.
“Dua benda ni paling penting sebab, sebenarnya kulit saya sangat kering, bila kering susah untuk make-up stay atau tahan lama pada wajah, terutamanya ketika pengambaran. Jadi bila amalkan dua rutin ini, make-up lebih smooth dan tahan lama serta tak merekah.
WAJIB Prep Muka Sebelum Bersolek!
Menurut Riena lagi, antara petua yang diamalkan untuk menjaga kesegaran kulit wajah adalah pastikan sebelum melakukan skin routine pada wajah ambil sedikit masa untuk prep wajah dengan pek ais terlebih dahulu.
“Tapi sebelum pakai dua benda tu (toner dan moisturizer), Riena akan tempek pek ais dulu dekat muka, pek ais tu beli dekat shopee murah-murah je awak.
“Tonyoh je dekat muka sebelum pakai produk penjagaan kulit wajah. Sebab pek ais ni akan buatkan kulit wajah kita lebih segar dan bermaya,” ujarnya.
Ketika ditanya berkenaan bagaimana Riena mengekalkan make-up yang tahan lama pada wajah terutamanya ketika cuaca panas dan sibuk memenuhi jadual ayaya seharian, ini respon beliau.
“Riena kalau pagi atau tak kemana-mana memang tak akan pakai make-up. Melainkan kalau tengahari atau petang sikit nenek saya, akan ajak saya keluar baru lah saya pakai make-up dan tips untuk make-up tahan lama adalah duduk bawah kipas, atau air cond kalau tak memang make-up akan cair tau!,” seloroh Riena.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...