Sekitar tahun 2006, drama dari seberang iaitu Bawang Merah Bawang Putih lakonan Revalina S.Temat dan Nia Ramadhani menjadi fenomena dan kegilaan di negara kita. Rata-rata pelajar sekolah pasti terus terduduk depan tv di rumah kerana tidak mahu ketinggalan menyaksikan sinetron tersebut.
Selepas beberapa belas tahun, kedua-dua pelakon itu akhirnya membuat ‘reunion’ setelah lama tidak bersua. Meskipun kini masing-masing sudah sibuk dengan kehidupan berkeluarga, namun pertemuan mereka sewaktu rakaman program Kopi Dara ini membuatkan ramai netizen yang terkenang kembali sinetron hangat mereka itu.
Tulis Revalina di laman instagramnya :
Tadi syt Ngopi Dara sama @ramadhaniabakrie n @inijedar . Nostalgia jaman dulu syt Bawang Merah Bawang Putih sama nia. Haha jangan lupa nonton yaa
Ramai yang teruja apabila melihat mereka meluangkan bersama. Throwback sangatkan!
.
.
.
.
.