Isi Kandungan
ToggleTak dinafikan mmang stress jika mengalami masalah kuit yang teruk. Pelbagai cara digunakan untuk mengatasinya dan masih belum pulih. Seperti perkongsian wanita ini yang mengalami masalah kulit wajah hampir 9 bulan tetapi tidak berputus asa dan akhirnya pulih setelah puas mencuba. Dia juga tidak lokek untuk berkongsi rutin penjagaan harian serta produk yang digunakan di laman sosial untuk memastikan kulitnya kembali pulih.
Ini rupanya rutin harian penjagaan yang dilakukan oleh wanita ini yang menggunakan nama akaun @shafifiqa sepanjang 9 bulan merawatnya.
Kulit kembali pulih setelah 9 bulan.
Jenis kulit kering dan sensitif. Ini rutin penjagaan dan produk digunakan.
Ini pula cara untuk hilangkan parut yang berlubang.
Produk disarankan memang terbaik.
Cara untuk hilangkan pores.
Ramai memuji hasilnya.
Artikel Berkaitan: Doktor Gigi Ini Berjaya Atasi Breakout Guna Produk Drugstore
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setelah Peluk Islam, Aktres Perancis Marine El Himer Tak Sangka Jadi Tetamu Allah Di Tanah Suci!
Isi Kandungan
ToggleModel jelita dan bintang realiti televisyen Perancis, Marine El Himer mengumumkan bahawa dia kini telah memeluk agama Islam. Menurutnya, ketika memutuskan berhijrah adalah moments terindah dan paling menggembirakan dalam hidupnya.
Lebih menakjubkan apabila, dua hari setelah menganuti agama Islam, menerusi laman Instagram miliknya, Himer telah berkongsikan gambar dirinya mengenakan hijab sewaktu sedang menjalani ibadah umrah di tanah suci Mekah.
Himer Teruja Jejak Tanah Suci Lepas Peluk Islam!
Menerusi hantaran tersebut dapat dilihat Himer mengambil gambar dirinya sedang menyentuh kaabah yang merupakan Qiblat utama umat Islam di seluruh dunia.
Artikel berkaitan: Nana Mahazan Kongsi Cara Kekal ‘Istiqamah’ Dalam Penghijrahan!
“Inshaallah, tiada kata-kata yang mampu saya gambarkan bertapa teruja, gembira dan penuh emosinya saya ketika menikmati saat indah ini yang merupakan sebuah perjalanan rohani yang diharapkan akan terus membimbing serta menaikkan semangat saya bergelar umat Islam, inshaallah,” tulis Himer pada ruangan kapsyen menerusi hantaran itu.
Teliti Sejarah Islam, Sebelum Terima Hidayah!
Memetik laporan media Perancis, Himer yang dibesarkan oleh bapa tirinya, banyak menghabiskan masa untuk meneliti sejarah Islam sebelum tertarik untuk menganutinya kini.
Jelas Himer, keputusan yang diambilnya untuk memeluk agama Islam bukanlah satu perkara baharu. Malah keputusan yang dilakukannya itu setelah melakukan pelbagai pertimbangan menerusi jiwa raga serta hati nuraninya yang tertarik dengan keindahan Islam.
Para pengikut Himer di laman Instagram meluahkan rasa gembira, bersyukur dan berterima kasih, apabila selebriti kegemaran mereka dan juga pempengaruh media sosial yang mempunyai follower mencecah 1.5 juta itu sudi memeluk Islam.
Untuk rekod, di Perancis, nama Himer mulai melonjak naik dan dikenali ramai menerusi rancangan realiti televisyen yang berjudul “Les Princes et Les Princesses de l’Amour (Putera dan Puteri Cinta).”
Artikel berkaitan: Salur Dana RM 50,000 Bantu Mangsa Banjir Pantai Timur! Nana Mahazan Kagumi Mentaliti ‘Para Jutawan’ Ini!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber: Instagram Marine El Himer
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Emosi Bidadari Saya Terganggu, Tak Boleh Tidur Malam & Trauma Bila Lihat Video Kucing Dibunuh ” – Adam Corrie
Isi Kandungan
ToggleViral baru-baru ini di mana dua orang lelaki melakukan kekejaman terhadap seekor kucing yang sedang bunting dalam mesin pengering layan diri di Taman Gombak Ria. Kejadian tidak berperi kemanusiaan ini mendapat perhatian ramai terutama bagi mereka yang pencinta kucing. Salah satunya adalah pasangan Adam Corrie dan isterinya Fazema Mohd Fuad. Dalam postingnya di laman instagram, Adam Corrie memberitahu isterinya itu alami trauma setelah menonton video yang tular di media sosial.
Menurutnya isteri tersayang yang dipanggil bidadari itu tidak boleh tidur malam, menangis serta trauma apabila melihat video kucing bunting berkenaan dibunuh kejam dengan meletakkannya dalam mesin pengering di sebuah kedai dobi.
Kata Adam lagi, emosi isterinya itu juga sangat tergangggu melihat kejadian yang sangat menyayat hati berkenaan.
Menurutnya di dunia ini bukan kita manusia sahaja yang tinggal tetapi ada makhluk lain yang juga hidup bersama-sama kita.
Dan pesannya juga kita semua perlu tanamkan sifat kasih sayang sesama manusia, bintang, tumbuh-tumbuhan mahupun yang bukan bernyawa seperti harta benda.
Netizen juga turut memberikan komen yang sama. Rata-rata mengutuk tindakan dilakukan dua lelaki tempatan berkenaan.
Tak sanggup & sedih tengok video ini
syikin.amir82 sy tak sanggup tgk video tu. sy baca berita berkenaannya pun rasa hati bagai disiat2. pilu sgt dgn manusia yg xde kesian belas.
elisshahana Moga allah membalas atas perbuatan mereka….. saya pun sungguh sedih melihat video tu……
cik_puannafisyah Saya sma mcm bidadari @adamcorrielee …xblh tngok jdi trauma…baca ni sya dah teringat muka badan kucing tu…Tu bru tngok pic klu video xtau lah mcm mna…
Harap pelaku diberikan balasan setimpal
aazieahmad77 Samala saya pun.. sakit hati betul tgk kezaliman manusia terhadap makhluk kesygan nabi ni.. bukan setakat kucing saja, malah semua haiwan berhak hidup dgn aman atas muka bumi ni… semoga pelaku akan ditangkap dn diberi hukuman seberat2nya.. amin
mommy_aazura sama lah.. sebak sedih pilu… terbayang2 kucing tu minta tlg… YA Allah.. dasat sungguh penderitaan haiwan tu. Semoga Allah balas setimpal dgn perbuatan kejam org yg meganaiya
razmunazakimarykay kesian sngt pd kucing bunting yg terseksa oleh perbuatan manusia topengkan syaiton. Sekeras-kerasnya saya mengecam perbuatan kejam tersebut. Ya Allah berilah hukuman setimpal keatas kekejaman perilaku manusia durjana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jika Mengalami 5 Dari 10 Tanda Ini, Itu Bermakna Kulit Anda Berminyak Tapi Dehidrasi
Isi Kandungan
ToggleSalah pemahaman besar yang sering dialami oleh anda yang kulit berminyak adalah menganggap bahawa berminyak sama dengan kulit terlalu lembap. Kenyataannya ini salah.
Perlu anda tahu bahwa kulit yang berminyak sering kali dehidrasi, sehingga akhirnya kulit memproduksi sebum berlebih untuk melindunginya dari kekeringan yang akhirnya menjadi makin banyak minyak.
Untuk itu anda perlu sedari dengan betul kondisi kulit wajah sebenarnya agar boleh merawatnya dengan tepat. Jadi anda boleh semak, jika anda mengalami 10 tanda ini, bererti kulit anda berminyak tapi dehidrasi.
1. Berminyak tapi kering
Menjelang siang hari, biasanya mulai banyak minyak muncul di area T-zone-lalu berkembang ke seluruh permukaan kulit wajah. Ya, wajah anda sering kali berminyak menjelang siang hari dan seterusnya. Tapi di sisi lain anda juga merasa kulit wajah seperti kaku, kering dan berkedut kekurangan cairan.
2. Mekap sering cakey
Mekap yang cakey tidak hanya terjadi pada yang berkulit kering. Kulit berminyak yang dehidrasi pun akan sering mengalaminya. Ketika memakai mekap wajah anda akan lebih mudah cakey dan tidak mudah diratakan. Lalu pori pun akan mudah tersumbat.
3. Wajah terasa kering dan tegang setelah dicuci
Anda memakai pembersih wajah khusus kulit berminyak? Mungkin akan sering terasa sensasi ini. Ya, setelah mencuci wajah terasa kesat dan kaku. Di satu sisi lain anda terasa wajah jadi bersih bebas sebum, tapi sebenarnya ini menandakan wajah anda kehilangan kelembapan alaminya sehingga mengalami dehidrasi.
4. Selepas exfoliating, mekap di wajah masih terlihat cakey
Untuk membantu makeup agar lebih smooth di wajah anda lakukan rutin exfoliating. Namun ternyata hasilnya masih sama saja. Ini terjadi bukan hanya kerana penumpukan sel kulit mati semata namun kerana kulit wajah anda dehidrasi sehingga mekap sukar disapukan dengan sempurna.
5. Terdapat garis kedutan halus di area bawah mata dan sekitar mulut
Cuba perhatikan area sekitar mata dan mulut, adakah muncul garis halus yang sering membuat mekap jadi crack? Padahal usia anda masih muda, belum sampai 30 tahun? Ini boleh terjadi keranana kulit yang dehidrasi. Ya, kulit yang dehidrasi mendorong kedutan dan garis halus lebih cepat muncul, khususnya di area yang berkerut saat anda terseyum, seperti area sekitar mulut dan mata.
6. Pori wajah kelihatan jelas
Pori wajah anda kelihatan besar dan kasar? Ya ini memang sering terjadi pada kulit yang dehidrasi tapi berminyak. Ketika kulit anda mengalami dehidrasi atau kekurangan cairan dan kelembapan, pori-pori akan secara lansung kelihatan lebih besar dan menonjol.
7. Sukar temu kosmetik yang sesuai
Anda akan kesukaran menemukan skincare atau pun mekap yang benar-benar sesuai untuk kulit. Ketika pilih untuk kulit berminyak, kulit anda cenderung jadi kering namun ketika pilih yang biasa atau untuk kulit kering kulit anda malah jadi makin berminyak.
8. Area T-zone di wajah sangat berminyak
Seperti yang sudah disebutkan sebelumnya, area T-zone pasti akan jadi ‘ladang minyak’ di area wajah anda. Area dahi dan hidung ini memang cenderung lebih banyak memproduksi sebum dibandingkan area lainnya pada wajah.
9. Rambut kelihatan kering dan kulit kepala berminyak
Kulit yang berminyak dan dehidrasi tidak hanya akan terlihat pada kulit wajah tapi juga kulit kepala anda. Kulit kepala akan sangat mudah untuk berminyak. Sehari saja tidak basuh rambut, ia akan berbauu dan kotoran mudah sekali menempel yang akhirnya jadi kelemumur. Namun di sisi lain, helai rambutmu, khususnya di bahgian ujung sangatlah kering.
10. Bibir mudah kering dan merekah Ketika cuaca panas
Selain kulit kepala, bibir juga jadi bahagian yang boleh menunjukan keadaan kulit wajah yang berminyak tapi dehidrasi. Ketika cuaca panas di mana anda umumnya kekurangan cairan, bibirmu biasanya akan jadi ekstra kering sampai mengalami pecah-pecah.
Jika anda 5 antara 10 tanda di atas, bererti kulit wajah anda termasuk jenis berminyak tapi dehidrasi atau oily dehydrated skin. Untuk itu, anda perlu pandai memilih skincare atau pun mekap yang boleh menghidrasi dengan baik namun tidak menyumbat pori.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI