Kelahiran Siti Aafiyah memang sangat dinantikan bukan sahaja kedua ibu bapanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa, tetapi juga seluruh peminat penyanyi nombor satu negara ini. Sebelum ini kita tahu betapa Siti melalui pelbagai dugaan dan berusaha membuat rawatan kesuburan sebelum dikurniakan cahaya yang tidak ternilai ini. Malah rupa-rupanya bukan sekali Siti membuat rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF), tetapi lima kali menjalani rawatan berkenaan.
Pendedahan ini dikongsi oleh Siti sendiri melalui satu slot temubual program terbaru #AbitWithEbit untuk stesen TV Alhijrah.
Biarpun program itu belum lagi bersiaran sekadar teaser promo, namun video berkenaan sudah tural di media sosial. Malah pengurus Siti, Rozi juga turut berkongsi teaser berkenaan di laman instagramnya.
Menurut Siti, sepanjang 10 tahun beliau sudah cukup kuat dan satu tempoh yang lama untuk menunggu kehadiran seorang anak. Tetapi ketika itu beliau sangat positif dan fikirkan yang baik-baik sahaja pada Allah.
Dalam tempoh itu sebenarnya cuba bermacam-macam cara serta ikhtiar dibuat untuk mendapatkan anak. Daripada kaedah pergi berurut, buat cara tradisional termasuk juga rawatan moden semuanya sudah dilakukan oleh penyanyi terkenal ini.
Malah Siti juga turut memberitahu beliau sebenarnya sudah membuat rawatan kesuburan IVF sebanyak lima kali tetapi tidak diceritakan kepada orang lain.
Ini adalah untuk mengelak dari menjadi bahan umpatan orang sekeliling nanti. Malah menurutnya juga ada yang menulis berkenaan dirinya yang dikatakan mempunyai duit banyak tetapi tidak mahu berusaha.
Tetapi sebenarnya beliau berusaha untuk mendapatkan anak sepanjang tempoh itu, cuma tidak dihebahkah kepada orang ramai.
Dalam rancangan itu juga Siti meminta maaf kerana dia sedikit emotional ketika ditanya pengacara dalam rancangan berkenaan.
Nyata doanya sepanjang 10 tahun itu akhirnya telah dimakbulkan Tuhan. Siapa sangka selepas 11 tahun menanti, Siti akhirnya selamat melahirkan baby Siti Aafiyah pada1 Rejab lalu di sebuah hospital swasta.
Kini permata hatinya sudah semakin membesar di depan mata dan sebagai ibu, Siti tidak lepaskan peluang untuk merakamkan momen terindah bersama anak yang memang dinantikan selama ini.
Semoga Siti Aafiyah membesar menjadi anak solehah dan menjadi insan berguna buat kedua ibu bapanya.
Sebelum ini kecoh di media sosial apabila bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee yang memuat naik gambar anaknya yang baru berusia tiga tahun dalam penampilan yang sedikit seksi. Foto dimuat turun dalam laman instagram personaliti ini mendapat kecaman netizen kerana beranggapan cara Farah Lee memakaikan anaknya, Maream Esabel tidak mengikut syariat Islam walaupun usianya masih muda. Namun sebagai ibu, Farah Lee kemudiannya menjawab segala kecaman memberitahu sebaliknya.
Jawapan Farah Lee mendapat komen positif dari netizen yang menyokong perbuatan Farah Lee dalam membesarkan anak perempuannya itu. Namun baru-baru ini komen dari seorang wanita di laman twiter turut menyelar sekali lagi perbuatan Farah Lee.
Menurut pengguna yang memakai nama @buyuluda, apa yang diperkatakan ramai adalah mengenai aurat. Malah dia memberikan pendapat bahawa bayi walaupun masih belum keluar sepatutnya sudah memakai tudung. Apatah lagi jika yang sambut doktor itu adalah doktor lelaki.
Malah dia turut menyindir kaum ibu yang sepatutnya pakaian bayi anda tudung dan seluar panjang sejak dalam perut lagi. Kedengaran memang lucu, tetapi ada kebenarannya. Walaupun sekadar pandangan tetapi kita juga perlu take note apa yang telah diperkatakannya.
Pendapatnya turut disokong netizen yang turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh @buyuluda. Apa sekali kata-kata yang dilemparkan ia adalah pandangan peribadi.
Namun penjelasan Ustaz Azhar Idrus mengenai aurat ini adalah anggota yang wajib ditutup dari pandangan manusia yang haram melihat. Dalam hal ini ustaz menjelaskan ada aurat yang tak haram dilihat seperti aurat kanak-kanak (berusia 3 tahun, 4 tahun atau 5 tahun) jika dilihat tidak bernafsu.
Walau bagaimanapun, rasanya menjadi tanggungjawab seorang ibu itu untuk memastikan dan menjaga batas aurat anak kecil mereka agar tidak ada mata-mata jahat yang akan melihat dengan pandangan bernafsu. Maklumlah dalam zaman media sosial ini, bimbang ada pelbagai kemungkinan terjadi sekiranya kita terlalu bebas memaparkan gambar anak dalam mood yang tidak bersesuaian.
Lihat sahaja beberapa selebriti yang mempunyai anak kecil tetapi sudah memakaikan tudung buat si cilik mereka terutama bila keluar bersantai. Mereka tetap comel dalam busana labuh serta hijab yang menutupi mahkota. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya.
Misalnya Oki Setianadewi dan Yatt Hamzah yang mana anak perempuan mereka dipakaikan tudung walaupun usianya masih kecil. Walaupun ada kalanya hijab digayakan senget, tetapi tetap terserlah kecomelannya.
Jom kita lihat beberapa selebriti yang ada anak kecil dalam gaya hijab yang sangat mencuit hati.
Hasad juga berlaku dalam pelbagai punca, berkemungkinan di kalangan wanita kerana kecantikan paras rupa seseorang. Orang berwajah cantik sering menjadi tumpuan sama ada sama jantina mahupun berlawanan jantina. Biasa kita dengar berita orang mendapat akibat buruk kerana menolak cinta.
Ada yang disihir sehingga sakit. Tidak kurang juga ada menjadi mangsa pembunuhan. Usah jadikan dengki sebagai budaya kita kerana ia hanya membuatkan hidup kita tidak bahagia. Sifat cemburu adalah sebahagian naluri manusia di mana ia akan mendorong orang lain turut berusaha untuk berjaya. Kawal perasaan cemburu supaya ia tidak bertukar menjadi hasad.
Manifestasi dengki biasanya datang dalam pelbagai bentuk yang negatif. Tanya pada diri sekuat mana kita sudah berusaha untuk menjadi seperti mereka yang berjaya itu atau kita lebih banyak menghabiskan masa melakukan kerja tidak berfaedah?
Sememangnya ubat mujarab dalam mengubati penyakit hasad adalah bersyukur dan cara menghindarinya adalah baik sekiranya kita mengamalkan surah-surah di dalam al quran sebagai pendinding.
Manusia diciptakan oleh Allah berpotensi melakukan kebaikan dan keburukan. Seperti yang telah Allah firmankan dalam surat as-Syams ayat 8: وَنَفۡسٖ وَمَا سَوَّىٰهَا ٧ فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَىٰهَا ٨
dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Ibnu Katsir mengutip perkataan Ibnu Abbas dalam Tafsir al-Quran al-Adzim bahawa Allah telah menunjukkan perkara baik dan buruk pada diri manusia yang telah diciptakan. Dan telah jelas Allah menampilkan keduanya sehingga manusia berpotensi memilih salah satunya. Bahkan dalam hadis Shohih Muslim dari riwayat ‘Iyadh bin Himar al-Mujasyi’i:
Ertinya: dari Rasulullah Saw. Bersabda: Allah berfirman, “sesungguhnya aku menciptakan hamba-hambaku dalam keadaan lurus (berpegang pada tauhid) kemudian datanglah syetan untuk membelokkan mereka dari agama mereka.
Dalam perkara ini salah satu perbuatan tercela dan termasuk maksiat adalah dengki, baik kepada muslim atau lainnya. Memiliki rasa dengki tidaklah dibenarkan dan memang terkadang tidak boleh dihindari dari hati manusia. Tapi kita boleh memohon pada Allah agar dijauhkan dari rasa dengki dengan cara berdoa yang diambil dari ayat Alquran berupa surat al-Hasyr ayat 10:
“Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang”
Dalam tafsir Ibnu Katsir, doa ini mulanya dipanjatkan oleh orang-orang yang berhak mendapatkan harta rampasan perang kerana termasuk golongan orang-orang fakir. Mereka lalu mendoakan kebaikan untuk saudara-saudaranya dalam keadaan sembunyi dan terang-terangan. Tetapi doa ini juga bisa kita lafalkan demi melindungi hati agar terhindar dari rasa dengki kepada orang lain kerana mendapatkan nikmat yang tidak kita dapatkan atau sebab lainnya. Patutlah kita senantiasa mensyukuri apa yang telah Allah karuniakan kepada kita semua sehingga kita juga terhindar dari rasa iri dan dengki.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa yang tidak mahu mendapatkan berat badan idaman, lagi-lagi yang memiliki berat berlebihan. Pasti akan terdetik rasa cemburu melihat orang lain cantik apabila bergambar dengan OOTD bersaiz S.
Walaupun ada kesedaran tetapi usaha untuk ke arah itu terbantut apabila sukar membendung selera makan melihat pelbagai juadah menyelerakan.
Apatah lagi bagi yang mahu turunkan berat badan kini menggunakan cara diet eat clean atau Intermittent Fasting yang terbukti berkesan. Namun begitu sebenarnya juga terdapat cara lebih mudah untuk mendapatkan berat badan ideal.
Seperti perkongsian wanita ini Alia Amira Rohadi di laman sosial facebook yang berjaya menurunkan berat badan 32 kg hanya dengan mengamalkan 10 tip diet mudah. Pesannya jangan cepat putus asa atau down, kerana yang penting kesungguhan melakukan diet dengan harapan mahu mendapatkan berat ideal yang diimpikan.
Walaupun perkongsian diet ini dilakukan beberapa tahun lalu, tetapi berat gadis ini masih lagi maintain hingga sekarang. Gadis ini juga kelihatan gembira dan tampil anggun dengan tubuh ideal di majlis pertunanganya Mac lalu.
Berat dan wajah terkini.
Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim
(90kg-58kg) 32kg = Loss 10kg in 1 month
Haaa sebelum tu nak cakap dulu, tips diet ini BERGANTUNG kepada metabolisma, kerajinan serta disiplin yang kuat tau!
1. DETOX!
Mula-mula, kena detox dulu badan tu haaa. (Maksudnya pastikan banyak buang air besar)
2. KURANGKAN KUANTITI DALAM HIDANGAN
Pengambilan diet seharian yang saya amalkan ni kalau korang nak tukar or untuk breastfeding mom boleh lebihkan portion protein (better refer pakar / dietition dulu)
Pagi:
Roti 3 keping+ Green Tea
Air suam (wajib ambil mcm2 mana pon)
Sebelum pukul 9 pagi (kalau utk pesakit kencing manis whole grain bread tau?.. Kalau yg memang manis muka dia tu.. Roti gardenia kosong tu jee haa?)
Perubahan yang cukup ketara.
Lunch:
Nasi 2 senduk (sebab orang melayu tulen. Kalau tak makan nasi tak boleh hdup rasa).
Ayam atau ikan
Sayur hijau rebus/ kukus ( Saya tak suka lauk kari so memang tak ambil. Kadang2 kuah kicap je. Student kan, pepaham lah ekonomi macam mana. Kalau duduk rumah request dengan umi nak makan “ikan singgang”
Nii kalau hari2 makn telor goreng nanti jadi sadoo jangan salahkan sis yee???
Dinner:
Buah epal hijau (ini pun pilihan, kalau lunch tak ambil lagi nasi, saya ambil time dinner, tak lebih pukul 8 malam.
(Ehh plisss,, jangan gtal2 nak makan pizza kaa nugget ka malam2 ni acah-acah mat salleh tau)
Turun 32 kg lepas amal 10 tip diet.
3. MESTI MINUM AIR SUAM 2-3 LITER SEHARI
Dalam sehari kena ambil 2-3 liter air suam / day ni wajibalghunoh utk yg nak loss weight 10kg/month.
4. MINUM TEH HIJAU
Saya memang tekankan pengambilan Green Tea.
Bukan kata mnum Green Tea tak jaga makan, tak senam tuptup turun 20kg. Ehh memang idokkk ler..
Ia MEMBANTU meningkatkan metabolisma selain itu dia jgk bantu dalam weightloss.
Seronok dengan perubahan dialami.
Saya peminat Green Tea Ahmad ?blh dptkan di Tesco atau Aeon atau boleh beli dengan Muhammad Harith Syazwan.
5. SENAMAN 30 MINIT
Setiap hari korang WAJIB workout 30min/day.
Untuk perempuan boleh lah nak zumba.
Haaa ni kalau yang keje ofis tu mohon buat lebih, sebab korang kurang bergerak berbnding cikgu atau nurse yang selalu ke hulu hilir ni..
6. TAK PERLU ELAK NASI
Jangan nak acah2 makan oat, makan biskut, roti, dan sebagainya.
Tahu tak, sebenarnya semua ni lagi banyaak bebanan untuk diproses berbanding makan nasi. So, please refer dietition sebelum buat keputusan tau!
7. PANTANG AIS & AIR MANIS
KENA pantang ais, air yang disejukkan, abc, cendol, cool blog, segala mak nenek yang sejuk.
Just minum air suam mengikut liter yang badan korang perlukan (whole day).
8. JANGAN MAKAN ‘FAST FOOD’
Pantang lah segala ‘fast food’ macam KFC, McD, Pizza, Subway semua tu untuk 3 minggu pertama tanpa ada ‘treat day’.
9. SELALU TIMBANG, JAGA EMOSI
Timbang dulu sebelum mulakan misi.
Setiap minggu make sure timbang!
Jaga juga emosi tu biar stabil, sometimes dia akan memberi kesan juga.
Kalau genetik jenis obesiti, korang kenelah lipat gandakan usaha. Sebab potensi utk loss weight 10kg/week tu lebih rendah.
10. AMAL 2-3 GELAS AIR SUAM SELEPAS BANGUN TIDUR
Bangunn je dari tidur sebelum korang pergi toilet, sebelum gosok gigi, terus minum air kosong agak2 dalam 2-3 gelas ( kalau air suam, amaaaat dan sangat digalakkan)
Kalau seminggu korang blh loss cuma 3kg, Janganlah sedih dulu! Kalau 4 minggu dah dapat berapa? Haaa gitu.
Pesannya jangan tak kuat semangat & jadi down.
JANGAN CEPAT MENGALAH!
Satu lagi nak pesan ni, jenis yang tak kuat semangat atau cepat down.. Please, sayang cari kekuatan kamu.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!