Selapas hampir tiga minggu berehat dari bersiaran di konti, semalam sempena sambutan Aidiladha, penyampai radio di stesyen radio Era, Hani atau Intan Farhani Fadzil, 27 tahun kembali bertugas. Hani yang memulakan hari pertamanya dikonti dengan penuh bersemangat dan juga turut mengenakan hijab. Nyata penampilannya itu mengundang pujian dari netizen. Malah rata-rata turut mengucapkan ‘selamat kembali’ padanya.
mariwan_nuoxx_baung cantik hany bertudung..
mariamizabel_ That’s a pretty good one. Actually I think your recent photos are really good. I will be waiting for your next photo
_yaszl Lawanyaaaa
aznida_azwa Yes,my Hani is back.welcomeback hani.lps ni kerja blh dgr suare hani.yup,miss u
faiz_ezzatie Welcome back! We miss you!
Sebelum itu, Hani bercuti selama hampir 3 minggu kerana berdepan masalah ketumbuhan sista pada ovari hingga perlu menjalani pembedahan. Jika tidak dibuang masalah ini akan memudharatkan kesihatannya.
Menurutnya dalam laporan Mstar Online ini adalah pengalaman kali kedua menghadapi csyt (sista), namun kali ini perlu menjalani pembedahan.
“Kali ini saiznya berukuran tujuh sentimeter iaitu sebesar buah tenis. Saya tergerak hati untuk buat pemeriksaan walaupun tidak mengalami sebarang kesakitan.
“Kemudiannya doktor menyaranan saya membuat pembedahan untuk mengelakkan perkara lebih buruk berlaku,” katanya yang ditemui ketika sidang media filem Gol & Gincu Vol 2 yang bakal ditayangkan di pawagan 25 Oktober depan.
Sebelum itu dalam posting terdahulu Hani turut menjelaskan mengenai masalah ketumbuhan ovari yang dialaminya itu.
Ramai tanya about my experience & etc. So let me share it with you ✨?
Before I continue let me highlight that I AM NOT PREGNANT. NOT PREGNANT. TIDAK MENGANDUNG. TIDAK HAMIL. (Sebab ramai suka tanya soalan/say something sebelum membaca)
– I did not get rid of ANY of my ovaries. Ovary saya tidak dibuang sama skali. Masih ada lagi. (Because ada yg dm saya cakap “kesian kak hani kena buang ovari.”
– Alhamdulillah the cyst was not cancerous . (Ada juga yg DM tanya Mcm mana perasaan dapat cancer..sorry takle nak jawab Sbb taktau mana Korang Boleh assume mcm tu)
– the surgery will not effect my fertility. Maknanya in sha Allah I can have babies once I have recovered dgn izin Allah. Tapi tolong ah Jangan jadi makcik bawang & tanya banyak kali Bila nak ada baby. Tak sensitif langsung.
Ok anyways..
– I have felt discomfort for the past few months & brushing it off thinking it was just normal period cramps. – I just checked because my period became irregular (tak on time)
– lain orang lain symptoms. But ovarian cyst sgt common among ladies, tak kira masih sekolah ke, belum kawin ke, dah Kawin ke.. just check okay??? – ramai tanya juga sakit tak surgery.. masa bangun tu nangis gak la Sbb sakit Tapi the next day tu I takyah makan pain killer dah. Coz to me period pain lagi sakit. But again, lain org lain cara.
– punca dia ? Korang Boleh google la ye. But all I know is mostly Sbb hormones and etc. – I was lucky Sbb tergerak hati nak check walaupun tak sakit. Because the doctor cakap my cyst dah ready nak pecah anytime and dah start bleeding. So ladies, better check if anything ok? Don’t wait
Walaupun tiada kenyataan rasmi dari Hani, tetapi dua keping fotonya berhijab dimuat turun memang mendapat pujian netizen. Hijabista ucapkan semoga Hani kekal istiqomah dan dibukakan hati oleh Allah satu hari nanti.
KREDIT FOTO: HAHANY BUNCH