Sebagai seorang wanita, kita memang perlu menjaga kecantikan wajah. Jika tidak mahu gunakan cara mahal, boleh juga gunakan cara atau petua alami yang menggunakan bahan dapur. Salah satunya adalah menggunakan buah tomato. Tidak susah juga untuk membuat sendiri di rumah kerana cara melakukannya cukup mudah dan juga menjimatkan.
Perkongsian dari seorang gadis manis ini di laman sosial facebook yang menggunakan sebiji tomato dan kemudiannya disejuk bekukan dalam peti sejuk semalaman.
Menurutnya gunakan tomato yang disejuk bekukan ini pada wajah setiap hari ataupun dua kali seminggu.
Dan hasilnya boleh menghilangkan jerawat dan jug parut degil. Bukan itu sahaja, malah menyebabkan wajah jadi glowing.
TIPS UNTUK HILANGKAN JERAWAT DAN PARUT DEGIL!
+ boleh glowingkan kulit wajah.
Bahan :-
1biji buah tomato
Cuci dan simpan dalam peti ais(tempat beku)
Biarkan 1hari , ambik dan potong dua. Gunakan sebelah sahaja.
Ambil dan gosokkan pada kulit muka selama 15minit. Biarkan 1jam kemudian cuci muka seperti biasa.
Buat setiap hari (seelokknya pagi) Kalau malas boleh buat 2kali seminggu .
SELAMAT MENCUBA !
SUMBER: FACEBOOK ASHA ZAKARIA