Lepas 18 Hari, Anak Sepupu Neelofa Yang Comel Disahkan Sembuh Dari Covid-19

Share

Selepas 18 hari dijangkiti Covid-19, Noor Sameera Mohd Nazlee yang anak sepupu kepada artis terkenal iaitu Neelofa disahkan sudah sembuh sepenuhnya daripada virus itu.

Berita gembira itu dikongsikan oleh ibu Sameera, Noor Cahaya yang merupakan sepupu kepada Neelofa di laman instagramnya. Dia meluahkan rasa syukurnya kerana si comelnya itu sudah bebas daripada covid-19.

Noor Cahaya juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang turut mendoakan kesihatan anaknya itu.

Alhamdulillah 🤲🏻😭 syukur ya Allah after 18 Days finally Noor Sameera is recovered from covid19 and shes home ! Thankyou to everyone, family friends followers who keep checking on her thru msgs and DMs and who keep us in ur prayers n doa.. hanya Allah sahaja Dapat balas jasa baik semua … 🤲🏻 Semoga Allah lindung kita dari wabak penyakit ini dan segala penyakit amin amin .. 🤲🏻❤️

Ramai pengikutnya yang turut meluahkan rasa syukur di atas berita gembira ini. Sebelum ini, Sameera disahkan dijangkiti virus tersebut daripada kontak rapat yang merupakan ahli keluarga yang baru pulang dari luar negara.

Alhamdulillah, kini si comel Sameera sudah boleh pulang ke rumah bersama ibu tercinta selepas 18 hari dirawat di pusat perubatan di Brunei.

Published by
Qistina