Pemberian cahaya mata adalah sebuah penantian yang didambakan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Anak menjadi bukti cinta serta menambah erat kasih sayang antara pasangan suami isteri.

Baru-baru ini, pelakon Oktovia Manrose telah berkongsi berita baik di laman Instagram miliknya bahawa dia dan suami, bekas pemain bolasepak Melaka United; Mohamad Khairul Efsan Md Isa, 33 telah selamat menimang cahaya perempuan.

Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman memaklumkan bahawa puteri tercinta telah selamat dilahirkan pada 6 Disember yang lalu, jam 8.40 malam. Dia memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana diberikan seorang lagi zuriat setelah 11 tahun.

“Anugerah terindah amanah dari Allah. Hadiah termahal buat saya dan suami.

“Rahsia Allah dan perancangannya adalah yang terbaik. Sangat tidak sangka, selepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya. Alhamdulillah kami dah ada sepasang.” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WSPO (@oktoviamanrose)

Berjanji mahu besarkan anak ikut syariat Islam

Dalam pada itu, pelakon Bila Cupid Jatuh Cinta ini turut menzahirkan rasa syukur dan berjanji untuk membesarkan cahaya matanya dengan didikan agama Islam yang sempurna.

“Tidak ada keuntungan dunia apalagi akhirat dengan menggadaikan diri kepada hal yang bersifatkan dunia. Tidak ada keuntungan bagi orang tuanya bagi memiliki anak jika tidak taat pada aturan Allah.

“Didik ikut syarat Allah ikut jalan Rasullullah, bukan mengikut hawa nafsu. Anak amanah Allah. Penentu syurga dan neraka.” tambahnya.

Lepas 11 Tahun Menunggu, Oktovia Manrose Lahirkan Anak Kedua. Janji Mahu Lakukan Perkara Ini!
Foto Oktovia bersama suami tercinta

Selain itu, aktres tersebut tidak lupa juga untuk memberikan ucapan sempena ulang tahun pertama perkahwinan dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada suaminya yang sentiasa menjadikannya seorang yang istimewa serta menjadi kekuatan sepanjang melayari bahtera rumah tangga.

Ads

To my love, Thank you for being my partner, And a father to my daughter. You are special to me everyday. You are my strength. (Terima kasih sayang kerana telah menjadi pasangan dan ayah yang baik untuk anak kita. Awak sangat istimewa dan merupakan sumber kekuatan saya).

May we always walk on the same route of life holding the hand! Aamiin. I will always love you with all my heart. Happy 1st year of our relation!” ujarnya.

Artikel berkaitan: Niat Sama-Sama Ingin Berhijrah Buatkan Oktovia Manrose Jatuh Hati Pada Suami

Dibanjiri ucapan artis dan peminat

Meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata rakan artis turut mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya matanya itu.

Lepas 11 Tahun Menunggu, Oktovia Manrose Lahirkan Anak Kedua. Janji Mahu Lakukan Perkara Ini!

Ads

Lepas 11 Tahun Menunggu, Oktovia Manrose Lahirkan Anak Kedua. Janji Mahu Lakukan Perkara Ini!

Peminat juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah serta mendoakan agar puterinya menjadi anak yang solehah kelak.

Lepas 11 Tahun Menunggu, Oktovia Manrose Lahirkan Anak Kedua. Janji Mahu Lakukan Perkara Ini!

“MasyaAllah. Alhamdulillah. Moga membesar jadi anak solehah, penyambung dakwah Rasulullah”

“Congrats via dan suami..Semoga ank2 kt sume membesar dengan sihat dan jadi hamba Allah yang soleh dan solehah..Aminnn..”

Ads

“Semoga Oktovia dan sekeluarga dalam jagaan Allah SWT sentiasa”

“Semoga anak you membesar jadi anak yg baik utk keluarga dan agama. Suka betul tengok you sekarang.”

“MasyaAllah… Semoga membesar dengan sihat & menjadi ank yg solehah. Aamiin”

Artikel berkaitan: Beri Impak Yang Besar Walaupun ‘Last Minute’, Oktovia Manrose Bersyukur Sempat Luangkan Masa Bersama Ustazah Asma’ Harun 

Sekadar info, Oktovia telah diijabkabulkan dengan Khairul Efsan pada 21 Disember 2021. Terdahulu, Oktovia Manrose telahpun mempunyai seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan pertamanya.

Sumber: Instagram Oktovia Manrose 

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI