Lain orang lain kekuatan tubuh badannya. Ada orang boleh makan cili atau pedas berlebihan tanpa memberi kesan mudharat. Walaupun kesannya bukan jangka masa pendek, tetapi ia tetap memberi impak pada kesihatan. Seperti perkongsian seorang pengguna twitter ini Jia Shamsuri yang berkongsi pengalamannya hampir bergelar pesakit kanser kerana sikapnya yang gemar makan makanan pedas dan juga kerap lambat makan.
Walau bagaimanapun kesan yang diterimanya bukan serta-merta, sebaliknya mengambil masa 10 tahun yang menyebabkan dia berdepan masalah ini dek kerana sikap buruknya itu.
Suka makan lambat dan pedas.
Dulu tidak terasa dan lepas 10 tahun baru ada kesannya.
Memang suka makan pedas, kalau tak ada benda pedas cepat rasa muak.
Perut rasa tak selesa dan sukar untuk bernafas.
Mula-mula ingat sakit biasa.
Sampailah terasa ada benda tak kena. Setiap hari perut macam kembung, alami muntah, seperti ada benda bergerak dalam perut dan juga sukar bernafas bila baring.
Pergi ke hospital dan lakukan prosedur endoscopy untuk lihat apa yang ada dalam badan.
Prosedur itu hanya biasa.
Sebelum buat scope kena puasa selama 6 jam, alhamdulillah bahagian lain semuanya ok setelah buat ultrasound.
Dapat result scope. Rupanya esophagus sudah merah akibat dari asid refluk. Doktor juga beritahu LES sudah longgar dan ada Polyps. Jika dibiarkan boleh sebabkan kanser.
Fahami apa itu GERD.
Ini pula maksud LES.
Maksud BE untuk difahami.
Yang ini pula maksud Polyps dan jika tidak diawasi boleh jadi kanser.
Memang rasa cuak bila doktor cakap boleh sebab kanser. Mujur dapat detect BE lebih awal dan kena jaga pantang makan.
Tak boleh makan berminyak, berempah, pedas dan makan lambat.
Ubat yang perlu dimakan dan tak boleh skip.
Masuk grup GERD dan baru tahu macam-macam kesan mereka yang ada masalah begini.
Paling penting jaga cara pemakanan kerana dari gastrik boleh melarat dan jadi penyebab kanser.
Tak reka-reka cerita untuk banyakkan retweet.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijabi Ini Serik Pakai Contact Lens, Kornea Mata Luka Akibat Beli Di Kedai Biasa
Ramai wanita kini memilih untuk memakai kanta lekap berbanding cermin mata kerana ia mudah dan tampak lebih cantik. Buat hijabi, tentunya tudung akan lebih mudah untuk dibentuk jika tidak memakai cermin mata.
Tetapi, memakai kanta lekap ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Sekiranya ia tidak dijaga dengan baik, mata anda akan mudah terkena jangkitan. Sekiranya anda tetap mahu menggunakan kanta lekap, sebaiknya beli di kedai-kedai optik kerana ia lebih meyakinkan. Elakkan daripada membeli secara online atau membeli kanta lekap tanpa kelulusan.
Inilah yang terjadi kepada seorang gadis bernama Nik Nur Adibah Athirah yang mengalami luka besar pada kornea matanya akibat membeli kanta lekap di kedai biasa. Menurut perkongsiannya di Facebook, dia hanya memakai kanta lekap tersebut dalam dua hingga tiga jam tetapi tiba-tiba rasa sakit dan mata menjadi kabur selepas dia membuang kanta lekap tersebut.
Pada awalnya, dia ingatkan ia hanya perkara biasa dan akan sembuh selepas tidur. Tetapi tidak dan bertambah teruk hingga mata jadi berair. Dia kemudian pergi ke hospital dan doktor mengesahkan kedua-dua belah matanya mempunyai kesan luka.
Ikuti perkongsiannya dan diharapkan ia menjadi iktibar kepada hijabi di luar sana.
Sebelum ni baca kisah orang , kali ni terkena kat diri sendiri. Awal 2018 yg agak menyedihkan.
29/12/17
Pakai lens, dalam 2 – 3 jam lepas tu tiba-tiba rasa sakit, tapi tak dapat nak buang lagi sebab ada kat luar. Sampai rumah lebih kurang pukul 8, buang lens tu dan mata dah jadi kabur. Mula-mula tu ingat biasa, mungkin lepas tidur nanti jadi okey balik.
30/12/2017
Nak pergi kerja mata mata kabur lagi, pakai cermin mata pun kabur lagi. Lebih kurang tengahari, mata sebelah kanan, rasa tak selesa dan sakit, macam ada benda asing masuk dalam mata. Check tengok dan basuh dgn air. Tapi takde apa-apa.
Mata sakit lagi dan jadi berair. Mata sebelah kanan tak dapat nak bukak macam biasa, boleh bukak sikit dan akan berair sakit balik. Petang tu call ma, datang amik kat tempat kerja sebab tak dapat nak balik sendiri, mata kabur + sakit tak dapat nak bukak.
Malam tu, mata jadi lagi sakit kena banyak tutup mata. Azabnya rasa sampai nangis sebab sakit dan tak dapat nak tengok apa-apa . Mata tak boleh kena cahaya atau benda yang silau macam skrin handphone & TV. Titis eyemo pun tak jadi
31/12/2017
Pergi klinik , masukkan ubat dalam mata dan nampak ada kesan garisan tercalar. Pastu buat vision test. Banyak huruf yang tak nampak, penglihatan dah kabur. Masa ni memang tak boleh kena cahaya langsung, jalan sambil tutup mata dan pimpin tangan ma. Tak dapat nak tengok apa-apa. Boleh buka mata kejap-kejap jadi sakit dan berair. Kalau kena cahaya, mata jadi sakit hingga ke kepala.
Doktor di klinik buat surat dan suruh refer ke bahagian kecemasan di hospital. Pergi ke bahagian kecemasan, Doktor check dan nak pergi ke bahagian pakar tapi masa tu dah lewat Doktor pakar dah takde. Dan doktor di bahagian kecemasan mintak refer saya ke Doktor di wad Oftamotologi.
Doktor kat situ check dan titiskan ubat. Nampak ada kesan luka di kornea mata. Luka kat mata kanan dan kiri. Tapi yang bahagian kanan lagi besar luka. Doktor bagi ubat titis dan krim untuk letak kat dalam mata. Dan esok kena datang lagi jumpa doktor mata.
1/1/2018
Mata sebelah kiri pun rasa sakit jugak . Dua-dua mata tak dapat nak bukak lagi. Mata pedih, kabur, berair dan tak boleh kena cahaya lagi. Kat rumah semua lampu dalam rumah saya tutup. Pergi hospital, jalan pun tutup mata lagi. Nasib ada ma tolong pimpin. *terima kasih ma*
Doktor check mata, luka sebelah kanan dah makin kecil tapi tak pulih sepenuhnya lagi. Doktor pesan lepas titis buat kena tutup dulu mata. Tak boleh banyak pergerakan mata sebab tisu-tisu akan tumbuh yang baru. Masa makan pun makan sambil pejam mata. Masa jalan pernah sampai terlanggar pintu.
2/1/2018
Mata masih lagi kabur dah boleh buka sikit-sikit. Sakit dah kurang sikit tapi mata tak boleh kena cahaya lagi.
3/1/2018
Mata dah makin ok , dah boleh kena cahaya tapi masih kabur sikit.
4/1/2018
Ada appointment jumpa doktor. Untuk check mata dan bahagian saraf. Alhamdulillah semua ok. Cuma mata masih merah, doktor cakap nanti kesan merah akan hilang.
- Doktor pesan kalau boleh jangan pakai contact lens, sebab cara jaganya susah & mata mudah terkena jangkitan kalau silap pakai.
- Jangan pakai contact lens yang sembarangan tanpa kelulusan. Kalau nak pakai jugak beli di kedai optimetrist dan dengan penjagaan yang betul tapi sebaiknya pakai cermin mata berbanding contact lens.
- Dah ramai yang kena mcm ni. Boleh mengakibatkan terkena ulser mata dan berkudis dalam mata .
- Sebelum ni saya dah pernah pakai contact lens, tapi tak selalu pakai. Pernah pakai yg beli di optimetrist dan di kedai-kedai biasa . Dan kali ni tak bernasib baik, beli di contact lens di kedai biasa dan terkena macam ni.
- Kalau nak pakai contact lens untuk saja-saja, lebih baik jangan kalau rasa sayangkan mata. Sakit bila hilang nikmat penglihatan.
- Pesanan utk diri sendiri dan orang lain.
Walaupun pengalaman hijabi ini telah lama berlalu, hijabista mahu semua hijabi diluar ambil iktibar supaya tidak membeli contact lens di kedai yang sebarangan patah lagi di atas talian. Semak kesahihan jenama di pasaran dan rujuk pada pakar apabila terjadi perubahan ketara pada mata anda.
Sumber: Facebook Nik Nur Adibah Athirah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hilang 20 Kg Dalam Masa 3 Bulan, Wanita Ini Kongsi Kisah Perjalanannya Menurunkan Berat Badan!
Bukan mudah sebenarnya untuk menurunkan berat badan. Ia merupakan sebuah proses yang melibatkan ketahanan emosi dan fizikal untuk memastikan misi menurunkan berat badan itu berjaya dicapai!
Sama juga seperti cerita perjalanan wanita ini yang berjaya menurunkan sebanyak 20 kg dalam masa tiga bulan. Secara eksklusif bersama Majalah Hijabista, Izzah Syafiqah Mohd Nazib, 25, berkongsi tentang kisah penurunan berat badannya yang dapat memberikan inspirasi kepada anda semua!
Ingin tampil lebih yakin
Menurut Syafiqah, salah satu sebab dia ingin menurunkan berat badan ialah untuk tampil lebih yakin dan ingin membuat sebuah perubahan yang baru terutamanya mengenai imej dirinya. Selama ini dia tidak memandang serius terhadap proses penurunan berat badan ini, tetapi kali ini sudah tiba masanya untuk dia melakukan perubahan yang sebenar.
Bermula dari September 2021, Syafiqah mula menukar rutin kesihatannya dengan lebih serius dan tegas. Hanya memakan masa selama sebulan, berat badannya turun dengan begitu mendadak!
14 hari awal amat menyakitkan!
Tambahnya, untuk 14 hari awal merupakan sebuah proses yang amat menyakitkan! Dia tidak menyentuh makanan-makanan yang tidak berkhasiat yang selalu dimakan olehnya dan mula melakukan pelbagai jenis senaman.
Penurunan berat badan dari 70 kg sehingga 50 kg bukannya mudah. Saya menjaga pemakanan kerana saya percaya apa yang kita makan itulah yang paling penting. Cut sugar 100%. Punca utama kenaikan berat badan ialah gula berlebihan. Saya fokus pada pemakanan yang sihat seperti telur rebus, sup brokoli dan keledek bakar. Bagi senaman pula, peringkat awal saya lakukan jogging untuk keseluruhan badan.
Jenis senaman
Menurun Syafiqah, di awal pagi dia akan membuat senaman ringan seperti squat, lunges dan jumping jack. Apabila nampak penurunan, dia mula memfokuskan kepada senaman untuk bahagian badan tertentu. Untuk hasil yang terbaik, kini dia melakukan aktiviti berbasikal untuk mengecilkan bahagian bawah badan.
Lebih cantik lebih bermotivasi!
Biarpun sudah menurunkan berat badan, namun Syafiqah kini mempunyai misi baru untuk mendapatkan berat badan sebanyak 47 kg! Baginya, biarpun penat dan kadang kala perasaan malas itu hadir tanpa diduga, tetapi apabila dia melihat kejayaan dirinya dengan membandingkan semula berat badannya menerusi gambar-gambar lamanya, dia berasa bangga dan cantik! Lebih yakin dan bermotivasi untuk bertemu orang. Apa yang paling menarik apabila dia mampu untuk menyarungkan semula pakaian-pakaian lamanya.
Baca lagi: Bukan Sekadar Berlari Atau Berbasikal, Ini 5 Pilihan Menarik Senaman Kardio Yang Wajib Anda Cuba!
Perasaan malas sentiasa datang. Apa yang membangkitkan semangat saya semula ialah gambar. Saya suka melihat kemajuan saya melalui gambar yang ditangkap. Saya juga sukakan pujian. Apabila saya mendapat pujian yang positif menambahkan lagi semangat saya untuk meneruskan diet dan senaman.
Anda harus serius untuk berubah
Sebagai seorang yang pernah mengalami masalah berat badan, Syafiqah menasihatkan untuk sentiasa serius jika ingin melakukan perubahan. Kalau sekadar cakap sahaja, pastinya ia tidak akan menjadi.
Anda harus kenali badan anda serta misi yang ingin dicapai. Cari bentuk senaman dan rutin pemakanan yang bertepatan. Jangan ikut orang sekeliling semata kerana lain orang lain prosesnya. Malah, anda juga harus mempunyai mental yang kuat kerana anda akan menghadapi persekitaran yang mencabar seperti kawan-kawan ajak keluar makan dan sebagainya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Keruan Lihat Kecomelan Anak Mira Filzah, Netizen ‘Tagih’ Mahukan Gambar Wan Khair Amir Lagi
Siapa tidak kenal dengan pelakon popular Mira Filzah yang baru sahaja menimang cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir yang kini berusia lima bulan.
Malah, tindakan Mira memuatnaik foto bersama putera sulungnya baru-baru ini, membuatkan peminatnya teruja dan tidak keruan melihat kecomelan Amir yang digelar ‘mini Mira Filzah’.
Comelnya! ‘Mini’ Mira Filzah
Menerusi hantaran tersebut, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memaparkan beberapa keping foto candid mendukung Amir yang sedang tersenyum ceria.
Oleh itu, para peminatnya yang teruja telah menghujani hantaran tersebut dengan pujian dan komen positif, kerana ‘geram’ dengan kecomelan riak wajah Amir.
Sumber gambar: Instagram Mira Filzah
“Subhanallah muka Amir sama mcm mama dia 😍😍😍”.
“Eeeeeeee.. geramnya anak miwaaaa filzahhhh ni.”
“Kenapa la mak dgn anak cute sangat!”.
Artikel Berkaitan: Kongsi Tarikh Lahir Yang Sama, Mira Filzah Selamat Melahirkan Putera Sulungnya!
Terdahulu pada 3 September 2020, mira telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Wan Emir Astar, sebelum dikurniakan cahaya mata dua tahun kemudian pada tanggal 10 mei lalu.
Mengambil pendirian menetapkan privasi dengan tidak mendedahkan wajah putera sulungnya, sehingga anaknya itu berusia lima bulan.
Wajah Amir hanya didedahkan kepada umum pada 2 Oktober lalu, menerusi potret keluarga kecil mereka, usai menjalani majlis Aqiqah Amir.
Berikutan kecomelan ‘Mira Filzah Junior’ ini, akan akaun peribadi putera sulung mereka itu kini sudah mencecah seramai 74,000 pengikut di laman Instagram.
Sumber gambar: Instagram Mira Filzah
Artikel Berkaitan: Genap 7 Hari Dilahirkan, Mira Filzah & Suami Kongsi Nama Anak, Wan Khair Amir!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI