Jarang sekali melihat anak muda untuk berkumpul dalam majlis ilmu, apatah lagi berkumpul di masjid. ‘Lepak’ yang bermanfaat, Yayasan Murtadha tarik minat golongan remaja riadah sihat di majlis ilmu.
Bagi menarik minat anak muda mendekati masjid, Yayasan Murtadha Berhad menganjurkan program Lepak Geng Utagha di Masjid Darul Murtadha dekat Pusat Dakwah Murtadha.
Program julung kali diadakan itu bertujuan memberi pendedahan kepada golongan muda sekitar Kedah untuk mencorak kehidupan yang positif dengan membabitkan diri dalam aktiviti riadah yang berfaedah.
Septikal orang muda tentang majlis ilmu yang biasa dijalankan di masjid-masjid pastinya ceramah yang membosankan.
Menurut Pengasas Yayasan Murtadha Berhad, Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof berkata, kali ini benar-benar berbeza. Selari dengan matlamatnya adalah memberi pendedahan kepada anak muda dengan kerja kebajikan yang dapat memperkasakan bangsa, agama dan negara.
“Antara program yang boleh disertai seperti pertandingan bola sepak Liga Sepak Penalti dan sukan elektronik dikenali Madad E-Football 23 Mobile.
Sejajar itu, mereka yang menyertai program ini mereka juga berpeluang menambah ilmu agama, bagi mendekatkan anak muda dengan majlis ilmu, peserta diajak untuk turut serta dalam kuliah Dhuha sebelum program bermula.
“Sesi kuliah itu menampilkan barisan tokoh agamawan popular seperti Ustaz Firdaus Firabid, Ustaz Ahmad Yusof, Ustaz Abdullah Khairi dan penampilan khas bekas pemain bola sepak profesional kebangsaan Malaysia, Baddrol Bakhtiar,” katanya.
Tambah Mohammad Yaakub, program itu juga inisiatif Masjid Darul Murtadha iaitu pusat sehenti (one stop centre) yang bukan sahaja berfungsi sebagai rumah ibadat tetapi juga diperluaskan kepada pelbagai aktiviti kemasyarakatan merangkumi aspek kesihatan sesuai kehendak lapisan masyarakat terutamanya golongan muda.
“Di samping itu, ia adalah kesinambungan penubuhan Kelab Budak Masjid yang ditubuhkan bagi mendekatkan anak muda ke masjid.
Usaha Yayasan ini untuk mengeratkan ukhwah ,pelbagai kemudahan yang disediakan dari bentuk wang tunai mahupun kebendaan.
Bukan sahaja melindungi umat Nabi Muhammad malah haiwan kegemaran Rasulullah.
“Menerusi program itu, Yayasan Murtadha Berhad memberikan wang saguhati kepada anak muda yang hadir untuk solat berjemaah di masjid.
“Masjid Darul Murtadha juga mengambil iktibar daripada zaman Rasulullah yang memperluaskan peranan masjid kepada pusat aktiviti masyarakat dalam usaha mengeratkan ukhwah penduduk setempat,” katanya.
Mohamad Yaakub berkata, beberapa lagi usaha untuk dilakukan bagi menarik kehadiran orang ramai ke masjid.
“Antaranya adalah dengan menyediakan hotel kapsul sebagai kemudahan buat musafir untuk berteduh sebelum memulakan perjalanan mereka.
“Kemudahan lain adalah taman permainan kanak-kanak bagi menggalakkan anak-anak dan ibu bapa mengunjungi masjid. Juga pusat penjagaan kucing jalanan di mana ada vetirina khas yang akan datang untuk merawat kucing-kucing terbiar ini.
“Usaha itu seiring dengan hala tuju Masjid Darul Murtadha yang menjadi sebahagian projek pembangunan Murtadha Dakwah Centre meliputi pembangunan rumah warga emas, kompleks tahfiz integrasi dan stadium e-sukan, hub sukan sunnah serta penyediaan khidmat pengurusan jenazah yang dilakukan secara percuma,” katanya.
Dengan wujudnya Yayasan ini tiada lagi alasan anak-anak muda takut untuk jejak ke masjid.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.