Sejak berkahwin, penyanyi Zehra Zamri dilihat semakin jelita dan menawan sekali. Lebih-lebih setelah berhijab. Apa rahsia kecantikan selebriti kecil molek ini yang boleh dikongsi bersama.
Rupa-rupanya amalan turun-temurun dan petua orang lama menjadi panduan buat si cantik manis Zehra Zambri dalam menjaga kecantikan dan kesihatan kulit wajah. Keberkesanan air suam sebagai penawar masalah kulit wajah dan juga menjaga berat badan diakui oleh Zehra yang cukup mengambil berat soal kecantikan bukan sahaja secara luaran tetapi dalaman secara khusus.
Menginjak alam kedewasaan, penyanyi yang popular dengan lagu Semalakama ciptaan Pak Ngah ini akui kulit wajahnya semakin kusam dan memerlukan penjagaan yang sebaiknya.
“Kini, saya ada mengambil kolagen sebagai makanan sampingan memandangkan usia semakin meningkat jadi mencegah itu lebih baik,” kata Zehra lagi.
Tambah Zehra lagi, “Saya bukan jenis yang obses dan berbelanja ribuan ringgit untuk terampil cantik, apa yang afdal ialah produk bersesuaian
dan harga berpatutan.”BACA ARTIKEL INI:
“Saya ada juga cuba aplikasikan cara alami seperti meletakkan timun dan sebagainya dengan harapan agar lingkaran hitam di bawah itu dapat dihilangkan,” ujarnya.
Penyanyi dan penyampai Selamat Pagi Malasia (SPM) Zehra yang kini berusia 30 tahun ini juga turut mengambil makanan tambahan seperti vitamin dan minum berkhasiat
untuk sihat secara totaliti. Zehra selamat bergelar isteri kepada seorang guru Oktober tahun lalu. Pasangan ini yang tidak berkenalan lama mereka berdua kini bercinta selepas kahwin.