
Tidak perlu berbelanja mahal untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat. Malah hanya dengan bajet tak sampai RM50 juga anda oleh melakukannya sendiri di rumah.
Seperti perkongsian wanita ini Dinda Lara Adam di laman sosial facebook membuat skrub dan masker bagi membuang whitehead dan blackhead hanya dengan menggunakan bahan-bahan dapur dengan modal tak sampai RM20.
Caranya yang sungguh mudah dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Walau bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, berjerawat dan bernanah mungkin ada mengalami rasa pedih sedikit kerana ia membuang segala toksik di muka.

Jika terlalu pedih diingatkan juga untuk pakai selama 5 hingga 10 minit sahaja sebelum membilasnya dengan air bersih.
Amalan skrub dan masker ini boleh dilakukan seminggu sekali atau dua kali sahaja. Hasilnya kulit akan menjadi lebih flawless dan glowing.
CANTIK & MUDAH, MODAL TAK SAMPAI RM20.

Buat sendiri dirumah.Cantik la puas2.
BLACKHEAD
- 1 sudu besar madu
- 1 sudu kecil baking soda
- 1 sudu kecil garam
NOTA: Biarkan selama 10 minit
WHITEHEAD
- 1 sudu besar madu
- 1 sudu kecil jus lemon
- 1 sudu kecil baking soda
NOTA: Biarkan selama 10 minit
COFFEE SCRUB
- 1 sudu besar serbuk kopi
- 1 sudu kecil jus lemon
- 1 sudu kecil madu
NOTA: Biarkan selama 20-25 minit
GLOWING SKIN
- 1 sudu besar plain yogurt
- 1 sudu kecil jus lemon
- 1 sudu kecil madu
- – sudu kecil serbuk kunyit
NOTA: Biarkan selama 30-45 minit
*sesuai untuk semua Jenis kulit.jika anda mempunyai kulit yang sensitif atau berjerawat bernanah, mungkin agak pedih sedikit kerana bahan-bahan ini membuang segala toksik di muka. Jika terlalu pedih cukup pakai selama 5-10 minit sahaja. Boleh juga dilakukan seminggu sekali@2x ye.Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sedihnya, 3 Beradik Mangsa Tragedi Anak Saudara Pelakon Terkenal. Juga saksikan Video Tribute Rizalman Cukup Menyentuh Hati

Masih lagi kita turut merasai kesedihan keluarga mangsa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah yang kehilangan anak-anak tercinta. Walaupun tahu tempat mereka cukup indah dan mulia di sisi Allah, namun perit kehilangan itu sukar dikikis daripada perasaan kita sebagai insan biasa.
Dalam lebih 20 mangsa kebakaran berkenaan, rupa-rupanya ada di antaranya adalah anak kepada kenalan kita juga. Atau mereka yang pernah ada pengalaman menghantar anak di situ sebelum ini. Kehilangan mereka ini pastinya meninggalkan kesan cukup mendalam.
Antaranya adalah anak saudara kepada pelakon popular era 90-an, Mas Anizan sendiri. Tiga adik beradik yang meninggal dunia semalam merupakan anak kepada adiknya yang tinggal di Bangi.
Tiga pelajar berkenaan adalah Muhammad Syafiq Haikal, Muhammad Hafiz Iskandar dan Muhammad Haris Ikhwan. Berita kehilangan ini dikongsi sendiri oleh Mas Anizan menerusi insta storynya dan IG milik anaknya. Malah Mas Anizan juga turut meluahkan rasa sedih atas pemergian tiga anak syurga ini.
Menurut laporan akhbar, ketiga-tiganya yang sudah kehilangan bapa telah ditempatkan belajar di Darul Quran Ittifaqiyyah bermula Januari lalu.
Sementara itu seorang lagi selebriti yang cukup terkesan dengan pemergian para pelajar ini adalah pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim.
Beliau meluahkan kesedihannya di laman instagram miliknya yang mendapat respon daripada netizen. Rata-rata turut menitipkan rasa simpati dan doa Al-Fatihah buat anak-anak syurga ini.
Menurut Rizalman, pusat tahfiz ini merupakan tempat belajar anaknya Umar Nail sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS). Anak-anak tahfiz ini juga telah menjadi sahabat baik Umar, malah beliau sendiri sering mengundang pelajar sekolah berkenaan untuk ke majlis yang dilakukan sama ada di rumah atau pejabat.
Beliau memang cukup terkesan dengan berita itu kerana mereka juga telah menjadi anak angkatnya selama ini. Rizalman turut menzahirkan simpatinya dan memberi semangat kepada ibu bapa anak-anak syurga ini kerana Allah telah memilih mereka untuk menjadi tetamu syurga.
Bagi mengenang pemergian insan yang dikasihinya itu juga, Rizalman telah menyiapkan satu kupasan Video Tribute memperlihatkan bagaimana rindunya pada mereka yang telah pergi menemui Illahi.
Artikel Berkaitan: Sayu Isi Kandungan Surat Terakhir Mangsa Kepada Keluarganya
Keakraban hubungan mereka memang cukup erat kerana Rizalman juga pernah mengambil lokasi madrasah sebelum itu bersama penghuninya untuk berlakon bersama beliau dan Umar dalam cereka pendek bertajuk Pulang.
Video Tribute yang dimuat turun 14 jam lalu telah mendapat respon cukup baik dan ditonton oleh 256, 845 pengikutnya di laman instagram.
SUMBER: MEDIA HIBURAN, VANILLA KISMIS
KREDIT: INSTAGRAM RIZALMAN IBRAHIM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pernah Terima Mahar Al-Fatihah Dari Suami, Kisah Hijrah Tasha Manshahar. “Dulu Pendek tapi lama-lama…”

Pernah Viral penyanyi Tasha Manshahar menerima bacaan surah Al-Fatihah dari suaminya sebagai pemberian mahar. Ramai tersentuh mendengar bacaan ayat suci berkenan dari suaminya Raqib Majid.
Namun siapa sangka, Ibu kepada dua orang cahaya mata ini sebelum memilih untuk hidup berpandukan jalan agama yang diredai Allah, Tasha Manshahar turut menerima hidayah dari-Nya dengan cara tersendiri. Perkongsian di laman sosial, twitter menceritakan kisah penghijrahan penyanyi yang popular dengan lagu Ragu-Ragu dan Bukan Aku ini.
Menurut pemilik akaun menggunakan nama Nurul atau @mayinoss dia mendengar kisah penghijrahan Tasha Manshahar ketika penyanyi itu berkunjung ke IPPM suatu ketika dulu.

Ketika lanjutkan pelajaran di IPGKIK, Tasha Manshahar tidak berhijab.

Namun lama kelamaan Tasha mula berhijab, tetapi tudung digayakan dulu pendek. Mula menyanyi di youtube hingga dikenali ramai.

Sejak itu Tasha diintai syarikat rakaman. Waktu ini menurutnya iman cukup teruji. Maklumlah duit banyak masuk, ditambah dengan elaun belajar.

Tambah Tasha, pergaulan dunia artis dan selebriti antara lelaki dan perempuan tidak begitu terjaga. Begitu juga dengan kewajipan solat, tetapi cuba juga sempurnakan solat walau dalam apa cara sekalipun.

Menyanyi hanya pada waktu hujung minggu dan hari biasa sibuk belajar. Tetapi bila sudah mula menyanyi, Tasha rasa seronok dan mula rasa apa yang dia buat tidak betul.

Tasha mula merasakan suara wanta tidak patut dilontarkan pada umum. Dia mula perlahankan menyanyi dan habiskan sisa kontrak dengan syarikat rakaman.

Bila sudah fokus untuk berundur dari dunia seni, Tasha mula fokus belajar dan tamatkan pengajian. Kemudian dia ditempatkan mengajar di sebuah sekolah di Melaka.

Ramai teruja apabila Tasha ditempatkan di sekolah berkenaan.

Ketika di sekolah inilah, Tasha mulakan penghijrahannya yang kedua. Tudung dipakai makin labuh, kurangkan tabarruj (bermekap tebal) dan selalu tadabbur Al-Quran. Dia juga menghadiri kelas mengaji dan di sinilah pertemuannya dengan suami, Raqib yang juga penyampai radio Zayan FM.

Namun begitu bukan mudah untuk Tasha sesuaikan diri untuk tidak menyanyi. Ini kerana menyanyi itu memang menjadi minatnya sejak dari dulu lagi. Akan tetapi dia memang mahu berhijrah ke arah yang lebih naik.

Makin lama keinginan untuk menyanyi berkurangan.

Ini pula adalah kisah cinta Tasha Manshahar dan suaminya Raqib. Mereka berdua bertemu di kelas mengaji kendalian Raqib.

Pengajaran dari kisah Tasha ini jangan berhenti berdoa pada Allah kerana takdir kita boleh diubah dengan berdoa. Jangan sesekali putus asa dan sentiasa bertawakkal pada-Nya.

Reda itu terletak pada hati dan bergantung pada kekuatan iman. Reda itu bila kita ikhlas menerima, berlapang dada dan bersangka baik dengan Allah.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jadual Padat Dan Sibuk Bekerja, Nabila Razali Pilih Untuk Sentiasa Cergas Dan Sihat. Rahsia Untuk Sentiasa Berseri!

Nama Nabila Razali bukanlah asing dalam industri muzik tanah air. Kekuatan vokal serta melodi lagu yang berbeza (urban) melonjakkan namanya dalam persada seni tanah air. Single Peluang Kedua yang sering kali diputarkan di corong radio menjadi tiket bagi dirinya untuk bertapak lebih kukuh dalam industri ini. Pun begitu, Nabila tidak hanya fokus dalam bidang nyanyian sahaja malah dia juga melebarkan sayap kariernya dalam bidang lakonan.
Pernah membintangi beberapa drama seperti Hikayat Cinta Si Pematah Hati sebagai Wafeen Wardah menjadikan Nabila Razali artis yang versatil. Melangkah lebih tinggi lagi, Nabila juga pernah membintangi sebuah filem bertajuk Keluarga Iskandar The Movie. Walaupun jadualnya padat, namun Nabila masih kekal ceria, aktif dan masih mampu tersenyum di hadapan khalayak Team Hijabista berkongsi rahsia Nabila menjaga kecantikan wajah dan kesihatan.

1. Apakah definisi kesihatan bagi Nabila?
Bagi saya, maksud kesihatan yang baik itu apabila tubuh badan sentiasa mempunyai stamina yang cukup untuk melakuan apa jua aktiviti.
2. Di usia yang muda, bagaimana Nabila mengekalkan momentum untuk melakukan segala aktiviti harian?
Saya mengamalkan pengambilam supplement,vitamin terutamanya vitamin c dan sentiasa minum air sebelum memulakan hari saya. Pengambilan air yang cukup juga menghindari tubuh saya dari dehidrasi.
3. Adakah Nabila mempunyai waktu terluang untuk memanjakan diri? Mungkin ke spa?
Ya. Saya suka pergi ke spa untuk scrub dan massage. Ia membuatkan tubuh saya menjadi segar dan kulit lebih sihat.
4. Mengenai kesihatan kulit, apakah rejim kecantikan yang Nabila amalkan?
Sebagai wanita, kulit antara bahagian yang paling penting bagi saya. Albella Beauty adalah produk kecantikan pilihan saya dan untuk hasil yang terbaik, saya melakukan scrub 3 hari sekali.
5. Bagaimana pula dengan senaman? Adakah Nabila peminat gym?
Oh, saya tidak ke gym tapi saya lakukan senaman ringkas yang tidak memerlukan alatan seperti jogging dan sebagainya bersama rakan-rakan. Selalunya, saya juga akan melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Itu sudah memadai.
6. Selain berjumpadoktor,apakah yang Nabila akan ambil apabila demam panas atau selsema?
Selalunya air honey lemon dan mandi dengan air panas membantu mengurangkan demam atau selsema saya dengan cepat.
7. Bagaimana pula dengan rawatan tradisional?
Bagi saya, rawatan tradisional ada kalanya masih relevan, namun saya lebih suka untuk berhubung dengan doktor sekiranya saya sakit.

8. Kongsikan mengenai amalan diet Nabila.
Diet saya sangat mudah dan ringkas. Saya akan ambil nasi dengan kuantiti yang sedikit berbanding lauk.Apa yang penting,menu saya pasti ada
sayur kerana sayur-sayuran mengandungi banyak khasiat. Oh ya! Saya juga agak cerewet apabila berkaitan dengan daging ayam dan sebagainya kerana saya akan asingkan lemak terdahulu.Saya tidak makan lemak.

9. Kongsikan tip ringkas untuk sentiasa kekal sihat dan cergas.
Pengambilan air yang cukup sangat penting untuk memastikan tubuh badan segar dan sihat.Bahkan kita juga tahu mengenai kebaikan meminum air kosong. Selain itu juga, pemakanan yang seimbang wajib dipraktikkan kerana ia membantu untuk kekal sihat, dan mendapatkan bentuk badan yang ideal.
10. Apakah nasihat Nabila tentang penjagaan kesihatan tubuh badan terutamanya kepada seluruh kaum wanita di negara ini?
Sebagai seorang wanita, kulit adalah antara bahagian paling penting yang harus dijaga dengan betul. Tambahan pula hari ini,keadaan cuaca yang tidak menentu serta pencemaran alam sekitar terutamanya udara yang semakin meluas mendedahkan kita kepada banyak penyakit kulit. Jadi, jagalah kesihatan, kebersihan dan kecantikan kulit untuk mendapat kelembapan yang cukup serta tona kulit yang sekata.
Sumber gambar: Instagram Nabila Razali
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di

