Setiap orang pastinya pernah melalui detik sukar dalam hidup. Seperti perkongsian gadis ini yang pernah mengalami pertambahan berat badan pada tahun 2016. Ketika itu dia mengakui tiada teman lelaki dan hidupnya hanya bertemankan dengan kawan sebilik sahaja. Malah kebanyakan lelaki mendekati dirinya kerana mahu berkawan dengan teman-temannya yang memang cantik.
Sejak itu dia mula menjalani diet menggunakan cara diet Atkins yang ketika itu sangat popular. sebelum itu pernah membuat diet tetapi semuanya tidak tahan lama.
Namun usaha berterusan menyebabkan dia berjaya melenyapkan berat badannya sehingga 13 kg selama tiga minggu.
Jika sebelum ini berat badannya 65 kg dengan ketinggian 151 cm dan kini beratnya hanya 52 kg dan berusaha untuk mendapatka berat ideal 49 kg.
Inilah perkongsiannya bagaimana dia berjaya menghilangkan 13 kg ini tanpa melakukan cara diet yang ekstrim.