Setiap orang pastinya pernah melalui detik sukar dalam hidup. Seperti perkongsian gadis ini yang pernah mengalami pertambahan berat badan pada tahun 2016. Ketika itu dia mengakui tiada teman lelaki dan hidupnya hanya bertemankan dengan kawan sebilik sahaja. Malah kebanyakan lelaki mendekati dirinya kerana mahu berkawan dengan teman-temannya yang memang cantik.
Sejak itu dia mula menjalani diet menggunakan cara diet Atkins yang ketika itu sangat popular. sebelum itu pernah membuat diet tetapi semuanya tidak tahan lama.
Namun usaha berterusan menyebabkan dia berjaya melenyapkan berat badannya sehingga 13 kg selama tiga minggu.
Jika sebelum ini berat badannya 65 kg dengan ketinggian 151 cm dan kini beratnya hanya 52 kg dan berusaha untuk mendapatka berat ideal 49 kg.
Inilah perkongsiannya bagaimana dia berjaya menghilangkan 13 kg ini tanpa melakukan cara diet yang ekstrim.
Tip untuk kurus
Berat sekitar 65 kg dan tidak ada boyfriend
Kemudian mula cuba cara diet Atkins
Cuba kurangkan karbohidrat dalam pengambilan makanan dan tidak ambik gula.
Ads
Maknanya segala macam nasi, mi, roti dan biskut tak makan.
Hasilnya hilang 13 kg dalam masa 3 minggu.
Hanya makan lauk sahaja, Tak ambil makanan lain sepeti taunu, tempe ataupun buah. Tapi hanya untuk permulaan.
Tak makan buah sebab ada kandungan gula di dalamnya.
Ingat breakfast itu penting, jangan sesekali skip.
Ads
Tengah hari elakkan makan makanan berminyak.
Untuk makan malam pun ambil portion yang sama tetapi minum banyak air. Lepas pukul 6 terus berhenti makan.
Boleh makan banyak kali cuma elakkan yang karbo dan makanan manis.
Malam pula turut minum green tea.
Kadang-kadang makan apple cider vinegar, bagus juga untuk kurus.
Ads
Jangan lupa workout dan selalu bayangkan betapa cantiknya kalau kurus.
Jangan selalu timbang berat badan, buat sekali seminggu saja.
Ada harinya juga cheat day
Pernah ditimpa sakit menyebabkan berat turun tetapi bukan disebablan diet yang diamalkan.
Tak perlu dengar cakap orang dan paling penting jaga kesihatan masing-masing.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bertahun-tahun wanita ini memasang niat untuk berhijab. Walau cuma berkata-kata dalam hati tentang hasrat itu tapi pada masa yang sama perlahan-lahan dia cuba memperbaiki diri. Namun akhirnya waktu itu tiba jua tatkala dia mendapat panggilan menunaikan haji bersama suami.
Sempena Edisi Hijabersary, Hijabista mendekati isteri, ibu kepada dua cahaya mata dan juga usahawan Fouziah Gous untuk berkongsi tentang penghijarahan dirinya yang baru lima bulan.
Hati dah berkata-kata untuk berhijab since day one saya berkahwin. Dalam tempoh lima tahun ini meskipun belum berhijab saya perlahan-lahan cuba mengubah diri terutama dari segi pemakaian.
Bila sudah bergelar isteri saya tak lagi beli pakaian-pakaian seperti skirt dan sebagainya. Tapi saya sendiri sebenarnya bukanlah seorang yang seksi, cuma sukakan fesyen.
Saya sedar saya bukan seorang yang sempurna jadi saya sentiasa berusaha menjadi lebih baik dan mencari yang lebih baik dalam kehidupan. Saya cuba jaga solat saya dan cari persekitaran yang mendorong ke arah kebaikan.
Bila kita amal dan cuba buat perkara yang baik, perlahan-lahan hati kita jadi mudah untuk berubah. Dan bila dapat panggilan haji saya tahu ia adalah waktunya untuk saya berubah.
Jadi saya tekad pulang saja daripada mengerjakan rukun Islam kelima bersama dengan suami saya akan terus bertudung. Alhamdulillah hasrat itu dipermudahkan.
Sebenarnya sebelum itu lagi saya selalu terdetik dalam hati, Dia memberi rezeki yang banyak namun ada satu perasaan yang menyelinap dalam hati saya kenapa saya tidak boleh mengikut kehendak-Nya.
Saya selalu berdoa agar Allah memberi hidayah kepada saya dan berhijab mungkin salah satu daripadanya.
Saya tidak rasa kekok dengan imej baru ini kerana dari dulu saya sudah biasa berhijab terutama ketika di bulan Ramadan dan sewaktu bergelar model dulu. Jadi bila nak mengubah penampilan saya tiada masalah.
Lagi pun hijab pilihan saya ringkas saja. Saya juga akan pastikan selesa dengan hijab yang digayakan. Oleh sebab itu pada kebanyakan masa saya memilih untuk mengenakan tudung bawal atau shawl dengan lilitan mudah.
Suami saya seorang yang tegas. Dia sudah lama mahu saya bertudung, sejak mula kami bergelar suami isteri malah dia sentiasa mendoakan saya ke arah itu.
Tapi saya selalu katakan kepadanya kalau saya bertudung nanti ia bukan sebab dia tapi saya akan buat kerana Allah. Saya tak mahu melakukannya kerana paksaan dan bukan juga untuk impress orang lain.
Saya bersyukur dapat panggilan menunaikan haji pada usia yang yang muda dan tubuh masih sihat dan bertenaga kerana untuk saya mendapatkan gelaran hajjah ini adalah sesuatu yang sangat mencabar.
Ada pelbagai dugaan yang perlu saya lalui. Saya dan suami mengetahui visa haji kami diluluskan hanya dua hari sebelum tarikh berangkat.
Ia agak last minute dan nak dijadikan cerita pada masa yang sama anak saya yang berusia 10 bulan mengalami masalah kesihatan akibat usus tersekat hingga perlu dibedah.
Saya hanya dapat menemaninya seketika saja kemudian terpaksa meninggalkan anak yang baru dibedah dan masih di ICU untuk berangkat ke Makkah. Tetapi pada waktu itu tidak ada sedikit pun perasaan untuk tarik diri.
Cerita tak habis di situ ketika transit, rombongan haji saya kemudian terkandas pula di Manila selama dua hari kerana masalah teknikal hingga menyebabkan kami hanya tiba sehari sebelum wukuf.
Itu belum lagi dengan cabaran terpaksa berjalan berjam-jam lamanya, dugaan di khemah, keadaan cuaca yang berangin dan pelbagai lagi.
Bila dapat menyelesaikan rukun haji ini saya rasa sangat bersyukur hingga mengalirkan air mata kerana menjadi insan terpilih untuk melaluinya. Dan yang pasti semua itu memberi saya pengalaman yang tidak ternilai harganya. Sebab inilah saya katakan gelaran hajjah itu bukan mudah buat saya.
Pengalaman menunaikan haji bersama suami ini telah banyak mengajar saya. Saya dapat rasakan diri saya ini sekecil-kecilnya sehingga kita rasa sudah sampai ke tanah. Bila kita berada di kerajaan Allah, wang ringgit tak bererti lagi.
Dia yang mengatur semuanya. Setinggi mana pun pangkat tapi di sana kita adalah sama. Apabila mengharungi cabaran demi cabaran di sana saya rasa diri saya cukup kerdil dan kini saya tak kisah, saya boleh letak diri serendah-rendahnya.
Dalam pada itu bila dah bergelar hajah ini semangatnya rasa lain macam sikit. Semangat untuk setiap apa yang saya lakukan itu adalah kerana Allah.
Hidayah Allah itu memang tidak disangka-sangka. Hanya insan terpilih olehNya yang berhak menikmati keindahan cahaya Nur dari Allah SWT. Seperti perkongsian wanita mualaf ini di laman sosial facebook, bagaimana dia yang memeluk agama Islam dan diredai oleh keluargaanya yang berbangsa Cina. Jika orang lain menentang keras penghijrahan anak mereka ke agama baru, tetapi bagi Jianghan Naan beruntung kerana keluarga terutama bapanya menyokong tindakannya memilih Islam sebagai agama baru.
Menerusi perkongsian itu, Jianghan Naan memberitahu jawapan ayahnya kepada orang yang bertanya mengapa membenarkan dia masuk Islam memang cukup menyentuh hati.
Minggu lalu, bapa saya bertanya sama ada saya boleh belikan dia sesuatu dari Carousell. Saya pun terus berurusan dan setuju untuk hantar alamat untuk pick-up. Apabila dia sampai, penjual (seorang pakcik Melayu) keliru kerana dia menjangkakan orang Melayu.
“Huh? Awak Cina? Saya fikir awak Melayu! “
“Tidak, ini anak perempuan saya.”
“Tetapi anak perempuan kamu memakai tudung. Awak Cina Muslim? “
“Anak perempuan saya Cina Muslim. Dia menukar agama Islam. “(Dia masih dalam keadaan bingung Muslim dan Islam ?)
“Waaa! Kemudian awak tak kisah dia tukar agama? Tak menghalangnya? “
“Jangan la, saya menyokong!”
“Waaa, awak sangat baik, mengapa awak menyokong?”
Ayah saya begitu terhibur ketika dia menceritakan perbualan itu kepada saya. Dia bertanya kepada saya
“Mengapa semua orang sangat terkejut apabila mereka tahu saya membenarkan awak menukar agama?”
“Aww memang awak lain, kebanyakan ibu bapa tidak membiarkannya. Sebenarnya, kenapa awak biarkan saya menukar? “
Cue mode bercakap sepenuhnya dalam bahasa Mandarin:
“Kerana saya faham kehidupan.Kerana saya memahami erti kebahagiaan.Apakah maksud kehidupan? Untuk mencari kebahagiaan.Orang yang berbeza mencari kebahagiaan dalam pelbagai perkara. Ada dalam kekayaan, ada dalam keluarga, ada dalam agama..Sebagai ibu bapa, apa yang paling kita inginkan? Untuk anak-anak kita bahagia.Setiap agama mengajar dengan baik.Sekiranya anda memberitahu saya bahawa agama ini membuat anda gembira, mengapa saya harus menghalang anda? “
Kadang-kadang saya rasa ayah saya sangat senang. Namun, dia begitu mendalam. Banyak apa yang dikatakannya adalah hampir masuk akal, tak semua macam dia. Sebenarnya ramai sebenarnya mempunyai kepercayaan yang sama.
Tetapi apa yang saya fikir membuat ayah saya berbeza adalah bagaimana dia benar-benar maksudkan apa yang dikatakannya. Jika dia berfikir, dia akan bertindak. Dia melakukan apa sahaja dia katakan.
Dia tidak berjuang dengan apa yang difikirkan oleh masyarakat. Apa yang akan difikirkan oleh saudara-saudara kita, bagaimana teruknya saya apabila tidak lagi boleh makan BBQ kegemaran bersamanya.
Keprihatinnya adalah kebahagiaan saya. Mungkin itulah alasan mengapa saya selalu merasa berat dalam kata-katanya. Sebenarnya dia bermaksud apa yang dia katakan. Mungkin itu sebahagian daripada kebijaksanaan itu. Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Buat masa ini trend #10yearchallenge terus jadi viral. Rata-rata di media sosial ramai yang muat turut gambar perbezaan 10 tahun dahulu berbanding sekarang. Masing-masing ceria melihat perbezaan dulu dan sekarang. Salah satunya adalah pengguna laman sosial facebook yang turut muat turut foto perbezaan bukan 10 tahun dulu tetapi setahun yang lalu.
Menurut pemilik akaun facebook Umi Aniza Amani dia membuat sendiri cabaran setahun membabitkan perubahan fizikalnya.
Dalam tempoh setahun itu dia ternyata berjaya menurunkan berat badan sebanyak 26 kg dalam tempoh Disember 2017 hingga Disember 2018. Dia yang dulunya mempunyai berat badan dari 105 kg turun kepada kepada 79 kg sahaja.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.