Tiada apa yang lebih menenangkan apabila dapat keluar dari kesibukan dan hiruk-pikuk kota. Begitulah yang dirasai oleh pelakon Betty Rahmad yang kini sedang bercuti bersama keluarga tersayang.
Perkongsian yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya itu menarik perhatian warganet apabila Betty berkongsi momen-momen menarik sepanjang aktiviti perkhemahannya. Lebih menariknya lagi, ramai yang teruja melihat barangan perkhemahan Betty yang lengkap seperti di dalam sebuah rumah! Biarpun ia menelan kos yang tinggi, namun bagi Betty dan suami, ia merupakan sebuah pelaburan yang baik dan berbaloi.
Nak list down pun tak mampu guys dah macam bawa rumah haha! Tapi takpe yang penting bersih dan selesa. Nanti adalah yang comment itu ini, takpelah kitaorang yang bawak & kitaorang yang pack kan.
Menurut Betty, ia merupakan sebuah kegembiraan bagi dirinya dan keluarga apabila dapat melakukan aktiviti sedemikian. Dalam hantarannya itu, dia turut berkongsikan momen menarik mendirikan tapak perkhemahan yang dilengkapi dengan ruang tidur, tempat memasak, tandas dan lain-lain lagi bersama suami.
Orang kuat saya tentunya suami saya. Semua dia setup sendiri. Dia pergi sampai balik. Dalam video ni jelah nampak i buat-buat tolong dia pasang khemas sebagai content. Selalu i mampu tolong setup dalam khemah je!
Tambahnya lagi, aktiviti perkhemahan ini merupakan salah satu aktiviti yang menenangkan dan amat berbeza dari bercuti di sebuah hotel bertaraf lima bintang. Ia juga dapat mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.
One thing yang i suka bila camping, rasa macam back to basic life. Tenang. Happy & ready dalam keadaan apa sekalipun. Lain dari bercuti dekat hotel 5 bintang. Syukur dan kagum dengan nikmat Allah.
Sekadar info, Betty dan suami, Ardy Damis mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Sumber gambar: Instagram Betty Rahmad
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.