Lengan Berketul-Ketul! Netizen Geram Lihat Kecomelan Bilal, ‘Copy Paste’ Neelofa Masa Kecil Versi Lelaki

Share

Anak bekas pengacara popular MeleTOP, Bilal membuatkan netizen geram tak keruan, apabila melihat gambar bersama ibunya yang dimuatnaik oleh Neelofa di Instagram baru-baru ini.

Dalam, hantaran sama Neelofa juga berkongsikan ganbarnya ketika masih kecil dan bersetuju bahawa dia dan Bilal saling tak tumpah, dan mempunyai raut wajah serupa sewaktu masih kecil.

Main gym ke Bilal?? Ketul-ketul! Sebijik Ummi.

“Ummi’s mini-me 🙃.”- Tulis Neelofa di ruangan kapsyen Instagram miliknya.

Sehubungan itu, hantaran tersebut telah dihujani dengan pelbagai komen dari para peminat dan rakan selebriti seperti Fouziah Gous, Mira Filzah, Yaya Zahir, Nabila Razali, dan ramai lagi yang bersetuju dengan kapsyen yang ditulis Neelofa.

Artikel berkaitan: Kongsi Wajah Bilal Sepenuhnya, Neelofa Titipkan Doa Semoga Afiyyah Sentiasa Untuknnya…

Malah, rata-ratanya meluahkan rasa teruja dan geram dek kecomelan Bilal yang mirip dan mewarisi wajah ibunya, Neelofa.

“Eh eh Bilal kenapa pakai baju Mommy tu 😛,” tulis Fouziah Ghous

“Gigit dia. Ngap ngappp!,”komen Mira Filzah

“Nak gigit tangan tu 😍😍😍😍😍😍,” kata Yaya Zahir

“Main gym ke Bilal?? Ketul-ketul. Sebijik Ummi, copy paste,” ujar netizen

Untuk Rekod, pada 27 Mac 2021, Neelofa telah mengakhiri zaman bujang bersama jejaka pikihan hatinya, pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Pasangan merpati dua sejoli itu, kemudian dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 sebagai penyeri hidup dan pengikat kasih sayang antara Neelofa dan Haris Ismail.

Sumber: Instagram Neelofa

Artikel berkaitan: Konsultan Kongsi Neelofa Gigih Tuntut Ilmu Parenting; “Bilal Dah Boleh Tidur Tanpa Dukung,”- Neelofa

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir