Tak Perlu Buluh! Lemang Versi Cawan Kertas Ini Mudah Dibuat Untuk Santapan Bila-Bila Sahaja

Share

Lemang adalah satu makanan tradisi melayu yang paling popular ketika perayaan Hari Raya Puasa, namun di zaman moden ini lemang boleh di makan bila-bila sahaja. Cuma ada kengkangan bagi mereka untuk membuatnya sendiri.

Kebanyakkan peniaga lemang akan berniaga ketika musim perayaan. Di zaman moden ini, adalah menjadi satu kesukaran untuk kita untuk membuat lemang di tengah bandar metropolitan. Mana nak cari buluh lemang yang sesuaian, mana nak cari daun pisang lagi, kayu kayan untuk bahan api.

Namun melalui beberapa perkongsian dan ada juga chef yang telah mencuba membuat lemang ini tanpa menggunakan buluh. Mana tahu semasa tempoh PKP ni ada yang teringin nak merasa lemang bolehlah buat sendiri. Perkongsian ini akan memudahkan anda membuatnya, manakala si bujang yang tak dapat balik beraya nanti silakan mencuba ya!

LEMANG KUKUS CAWAN

Mudah sangat

BAHAN:

  • 1/2 kilo beras pulut
  • 1 kilo santan
  • 1 sudu makan garam
  • Daun pisang
  • Cawan kertas.

CARA:

1. Rendam pulut semalaman. Toskan.

  1. Masukkan santan dalam jug dan letak garam. Kacau.
  2. Panaskan pengukus. Buat gelung daun pisang, letak dalam cawan kertas.
  3. Letak.empat sudu makan beras pulut dalam cawan. Curah santan sampai 3/4 cawan.
  4. Hentak sikit cawan kertas biar pulut padat. Kukus setengah jam. Siap.

Potong bila lemang dah betul-betul sejuk.

SUMBER: Zulena Ismail

Published by
SH