Isi Kandungan
ToggleLemang adalah satu makanan tradisi melayu yang paling popular ketika perayaan Hari Raya Puasa, namun di zaman moden ini lemang boleh di makan bila-bila sahaja. Cuma ada kengkangan bagi mereka untuk membuatnya sendiri.
Kebanyakkan peniaga lemang akan berniaga ketika musim perayaan. Di zaman moden ini, adalah menjadi satu kesukaran untuk kita untuk membuat lemang di tengah bandar metropolitan. Mana nak cari buluh lemang yang sesuaian, mana nak cari daun pisang lagi, kayu kayan untuk bahan api.
Namun melalui beberapa perkongsian dan ada juga chef yang telah mencuba membuat lemang ini tanpa menggunakan buluh. Mana tahu semasa tempoh PKP ni ada yang teringin nak merasa lemang bolehlah buat sendiri. Perkongsian ini akan memudahkan anda membuatnya, manakala si bujang yang tak dapat balik beraya nanti silakan mencuba ya!
LEMANG KUKUS CAWAN
Mudah sangat
BAHAN:
- 1/2 kilo beras pulut
- 1 kilo santan
- 1 sudu makan garam
- Daun pisang
- Cawan kertas.
CARA:
1. Rendam pulut semalaman. Toskan.
- Masukkan santan dalam jug dan letak garam. Kacau.
- Panaskan pengukus. Buat gelung daun pisang, letak dalam cawan kertas.
- Letak.empat sudu makan beras pulut dalam cawan. Curah santan sampai 3/4 cawan.
- Hentak sikit cawan kertas biar pulut padat. Kukus setengah jam. Siap.
Potong bila lemang dah betul-betul sejuk.
SUMBER: Zulena Ismail
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Demi Isteri, Lelaki Ini Nekad Buang 24 Kg Dalam Masa 4 Bulan. Ini Rahsia Dietnya Yang Makan Apa Sahaja, Tapi…
Isi Kandungan
ToggleBukan sahaja kaum wanita, lelaki juga turut mengalami pertambahan berat badan. Dan mereka juga berusaha untuk menurunkan berat badan. Salah satu perkongsian dari lelaki ini. Dia hilang 24 kg dalam masa 4 bulan hanya dengan menggunakan cara biasa, tanpa pengambilan suplemen atau sebarang pembedahan. Hasilnya setelah mendapat berat badan ideal, dia kembali menjadi suami yang sihat kepada isteri tersayang serta abah yang baik untuk anaknya.
Ayuh, kita lihat cara yang dikongsi di laman twitternya Ihsan Junid bagaimana dia hilangkan 24 kg dengan cara lebih sihat.
Gemuk lepas SPM, kemudian kurus dan gemuk balik apabila sudah kahwin dan kerja.
Start tak minum ais, tak makan nasi dan skip makan malam. Juga pergi gym. Lakukan setelah jadi full time sebagai suami dan ayah.
Makan portion yang diperlukan sahaja. Contoh makan nasi lemak dengan ayam goreng, tak makan kulit dan sambal sedikit sahaja.
Diet macam orang biasa. Tak ada supplemen. Tapi pastikan kadar kalori. Nak tahu kuantiti kalori makanan boleh dapatkan di google
Tetap makan nasi hari-hari.
Menu diet, sandwich telur, makanan tak bertumis untuk singkir lemak.
Ada juga masa ‘cheat day’, tapi buat secara sederhana
Seminggu workout session 3-4 kali. Tidur juga kena cukup. Hasilnya badan jadi lebih fit untuk buat apa-apa aktiviti.
Part paling seronok, bila lihat angka menurun.
Inilah nikmatnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pertama Kali Buat IVF Gagal, Farrah Adeeba Tak Akan ULANG Lagi, Walaupun Teringin Nak Rasa Pengalaman HAMIL
Isi Kandungan
ToggleMelihat kelincahan wanita ini bagai tidak menduga dia pernah diduga dengan ujian maha hebat. Siapalah dia mahu menolak qadar dan qadar Tuhan. Walaupun jauh di sudut hati mahu menimang cahayamata sendiri, namun Tuhan masih belum mengurniakan rezeki padanya. Personaliti Farrah Adeeba yang sebelum ini gagal dalam ujian In Vitro Fertilization (IVF) tetap reda dengan apa yang berlaku. Dia kini tidak lagi menoleh ke belakang, kerana apa yang penting dirinya juga merupakan ibu kepada dua cahayamata angkat.
Ketika bertemu dirinya di majlis pelancaran Malaysia International Sport & Fitness Fair (MISFIT) 2018, lalu, wanita ini cukup aktif dalam mengendalikan program CSR kempen #stopperogoldarirumah yang dibawakan dengan kerjasama pelbagai pihak.
TIDAK MAHU RASA MENYESAL
Menurut Farrah Adeeba, dia sebenarnya reda dengan apa yang berlaku sebelum ini. Percubaan untuk menggunakan kaedah IVF dilakukan kerana tidak mahu rasa menyesal jika tak melakukannya. Tetapi hakikat sebenarnya dia memang seorang ibu kepada dua anak lelaki.
“Saya memang seorang ibu kepada dua anak lelaki yang sangat baik. Cuma dalam masa saya berharap jika dapat dikurniakan anak perempuan. Tetapi setelah percubaan pertama itu, saya bagi tau anak lelaki saya, terutama Muhammad yang ibu akan tunggu menantu dan cucu sahaja,” cerita Farah ketika ditanya mengenai percubaannya melakukan rawatan IVF hujung tahun lalu.
MUHAMMAD PALING KECEWA
Bercerita mengenai pengalamannya menjalani rawatan berkenaan, anak sulungnya Muhammad yang merupakan penyokong terkuatnya. Dia mengambil bahagian dalam setiap proses yang dilalui olehnya. Muhammad yang teman berjumpa doktor, ketika membuat suntikan, teman makan ubat dan dia juga yang mengingatkan Farah untuk berjalan perlahan sepanjang tempoh dua minggu berkenaan.
Menulis di laman instagramnya itu Farrah memberitahu Muhammad juga yang merasa sedikit kecewa apabila mendapat tahu keputusan ujian berkenaan negatif.
“Aktiviti fav dia selama 2 weeks wait pulak ialah google cari gambar baby yg montel montel dgn ibu. And i was purposely googling baby girl punya pics. Dia tak tau. Hehehehe. He wanted more brothers. Tapi kadang kadang dia redha dgn wish ibu sebab kesian tgk kita go thru pelbagai proceedure.
“Dia lah antara yg paling frust bila the pregnancy test was negative. When i said Allah nak bagi ibu menantu-menantu & cucu-cucu yg soleh/hah instead, jawapan itu ditolak mentah-mentah. Hahahahahaha… siap membebel penat lah mcm ni, rugi jer, stress jer bla bla bla mcm lah dia yg kena inject bagai for the past 2-3 months. Kita pulak balik balik kena motivate dia.
A post shared by Farrah Adeeba (@farrahadeeba) on
TIDAK AKAN LAKUKAN LAGI
Farah juga memberitahu insya-Allah dia tidak akan melakukannya (rawatan berkenaan) sebaliknya hanya akan fokus dan beri tumpuan kepada mereka berdua sahaja. Apatah lagi dia juga kini sibuk dengan kempen #stopperogoldarirumah yang dijayakan bersama MISFIT 2018.
Walau bagaimanapun bagi mereka yang mahu terus mencuba dapatkan anak melalui kaedah ini Farah memberitahu kita sebagai ibu diberi hati dan perasaan oleh Tuhan dan berapa banyak kanak-kanak lain di luar sana yang memerlukan kasih sayang kita sebagai ibu. Jadi tidak salah pergi dapatkan mereka dan curahkan kasih sayang yang sepatutnya.
Dia juga sebenarnya cukup beruntung kerana mempunyai anak-anak yang begitu menyayagi dirinya sepenuh hati. Anak-anaknya memberitahu mereka sayang dirinya, mencium dan memeluknya setiap hari.
NAK RASA PENGALAMAN MENGANDUNG
Farah merasakan dirinya cukup beruntung kerana dikurniakan dua anak yang tahu menghargai kasih sayang yang diberikan. Ini kerana tidak semua ibu bapa diraikan oleh anak mereka dengan cara begini.
“Anak-anak saya cium dan peluk saya setiap hari. Saya sendiri tidak berkata begitu pada mereka. Dan inilah sebenarnya anugerah tidak ternilai dan berharga yang Allah berikan pada saya.
“Jadi saya tidak rasa kempunan untuk bergelar ibu kerana saya memang sudahpun menjadi ibu kepada anak-anak saya,” cerita Farah yang melakukan rawatan IVF kerana mahu merasai pengalaman mengandung.
Dan percubaan pertama itu sudah membuat dia puas hati dan Farah juga tidak sedih walaupun usahanya kali pertama itu tidak berjaya.
AKUI SEDIKIT BEREMOSI
“Saya memang jadi sedikit emosi pada hari berkenaan. Biasalah macam bila kita ambik exam. dah berusaha pasti kita nak capai kejayaan. Tapi dalam erti kata sebenarnya saya sangat gembira kerana sepanjang tempoh dua minggu (dalam rawatan) saya tak boleh langsung angkat benda berat, lagi-lagi anak saya.
“Jadi apabila rawatan berkenaan gagal, saya gembira dapat peluk dan angkat baby saya semula. Rasulullah juga ada berpesan untuk kita berkata alhamdulillah dalam apa jua situasi. Jadi itulah yang saya ucapkan dengan ujian yang diberi oleh Allah ini,” tambahnya yang berkata, insya-Allah percubaan rawatan berkenaan adalah yang pertama dan terakhir kerana selepas ini mahu beri tumpuan pada anak-anaknya.
Bercerita kempen #stopperogoldarirumah ini Farah menekankan kepada semua golongan masyarakat harus peka dengan persekitaran. Perlu ada sikap ambil peduli untuk terus melaporkan jika melihat sesuatu yang mencurigakan berlaku sama ada adik perempuan, anak murid atau anak mereka sendiri.
Mangsa dalam hal ini perlu tahu jalan keluar dan ibu-ibu juga harus bersuara kerana apa yang kita tahu kes sudah mengandung. malah bapa juga perlu bercakap dalam soal ini yang sudah menjadi satu masalah serius dalam masyarakat kita.
Kempen ini juga sebenarnya akan mengajar di mana semua masyarakat perlu jadi berani pada tempatnya. Dan kita juga mahu kongsi bahawa ada platform yang menyediakan kemudahan ‘on stop centre’ bagi yang berhadapan masalah ini.
Inilah informasi yang kita mahu beritahu pada masyarakat kerana ramai yang tidak tahu mengenainya. Dan akhir sekali paling penting adalah pencegahan kerana ia lebih penting dari merawatnya. Kita juga akan masukkan Al-Quran dan sunnah dalam kempen berkenaan.
A post shared by MISFIT RUN (@misfitrun) on
Misfit 2018 akan melibatkan pemain industri sukan tempatan dan antarabangsa seperti profesional, pengilang, pengimport, pengeksport dan peruncit. Mereka adalah yang terlibat dalam aksesori dan pakaian sukan, kelengkapan dan fasiliti sukan, pendidikan dan sekolah sukan, acara dan pertandingan sukan, makanan sihat dan tenaga, sukan pemulihan dan rehat serta e-sport.
Akan diadakan buat julung kalinya di dua lokasi iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 3 hingga 5 Ogos dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru pada 5 hingga 7 Oktober nanti.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM FARRAH ADEEBA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jurusolek Tetap Beri Solekan Cantik Walaupun Sakit, Bahagiakan Hati Permaisuri Sehari
Rezeki datang dalam pelbagai cara, bila tiba masanya, ia datang dalam keadaan yang sangat tidak di duga. Begitulah perkongsian seorang wanita bekerja sebagai jurusolek ini.
Pasangan pengantin sanggup datang ke wad hospital hanya semata-mata untuk di dandan oleh jurusolek ini. Walaupun sakit tetap cantik solekan yang dilakukan.
Lincah bersolek walaupun sakit
Perkongsian video TikTok oleh seorang wanita yang bekerja sebagai jurusolek mendapat perhatian orang ramai apabila melihatnya lakukan solekan pada seorang pengantin wanita. Bukan di tempat biasa, malah jurusolek itu berada dalam wad hospital!
Normaziana Omar, 37, ditemubual oleh mStar mengatakan dirinya itu tidak dalam keadaan yang sihat, namun dia tetap mendapat permintaan istimewa oleh seorang pengantin untuk didandankan pada hari bahagianya.
Jawabnya lagi, permintaan tersebut harus dia tunaikan meskipun dia tidak boleh keluar dari wad tersebut. Jadi pengantin itu mengambil keputusan untuk pergi ke Pantai Hospital, Manjung, Perak pada 9 Oktober lalu.
“Saya demam dah lebih lapan hari. Lepas pergi check darah dekat hospital, doktor suruh saya masuk wad,
“Jadi banyak job mekap saya terpaksa tola. Ada juga saya pass job dekat MUA (make-up artist) lain sebab masuk hospital,
Artikel berkaitan: Pengantin Lelaki Bangkit Peluk Ibu, Mohon Restu Sebelum Akad Nikah Buat Netizen Sebak
@sygku_anna Bila MUA kau masuk hospital… jangan cakap kau Muakk pulak😂 #muaperak #makeupartist #fyp #fypdongggggggg #fypシ #foryoupage ♬ bunyi asal – Nyap tahuk
“Tapi client saya seorang ini memang nak sangat saya mekapkan dia. Jadinya saya minta dia datang ke hospital dan dia sanggup. Janji saya yang buat solekkannya.” katanya.
Normaziana atau juga dikenali sebagai Anna memberitahu dia dijangkiti oleh demam virus (viral fever) yang disahkan oleh doktor adalah bukan penyakit berjangkit. Jadi dia berani untuk terima permintaan pengantin tersebut.
“Client saya ini sebenarnya tak pernah pun dimekap oleh saya. Cuma kawan-kawan dia sahaja yang pernah saya mekapkan. Jadi dia teringin sangat nak saya solek dia. Sanggup dia datang dari Manjung,
“Malam sebelum itu saya dan beransur pulih jadi kami terus berbincang sebab dia pun faham situasi saya. Saya tak sampai hati nak tolak walaupun tengah tak sihat. Janji client saya itu happy,
“Dah masuk hari ketiga saya dekat hospital. Hari Jumaat itu saya ada tiga job sebenarnya. Dua job lagi saya bagi dekat MUA lain sebab lokasi berbeza.” ujarnya.
Bapa kepada Anna juga bimbang dengan keadaannya apabila tahu dia mengambil permintaan ini. Tetapi, dirinya yang tidak kesampaian, gagah mengambil juga job ini apabila merasakan keadaannya yang semakin pulih.
Sudah berkecimpung lama dalam dunia solekan selama 14 tahun, hasil solekan kepada pengantin itu diterima pujian. Walaupun sakit tetap berikan yang terbaik buat client. Alhamdulillah, hasil kerja yang kita lakukan di hargai orang, beginilah gayanya.
Sumber: mStar
Artikel berkaitan: Realisasikan Impian Ratu Sehari! Helaian Sedia Pakai, Harga Mesra Poket Kualiti Sama Dengan Pengantin Kayangan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI