Pernah tak sis melalui satu situasi di mana kawan sekerja membincangkan tentang diet dan juga tidak mahu untuk makan makanan yang berlemak. Ikutkan pula waktu itu, di tangan sis ada nasi lemak sambal sotong kegemaran sis. Tertelan air liur seketika kerana keliru samada nak makan, tetapi akan naik berat badan, atau sedekahkan sahaja kepada orang lain.
Jangan begitu sis, kesian dengan diri sendiri kerana bakal kempunan pula bila dah sedekahkan kepada orang lain. Sebenarnya, tak semua lemak menyebabkan kemudaratan kepada kita kerana adanya lemak yang boleh memberikan manfaat buat badan kita.
Makanan tinggi lemak bukan selalu menggemukkan
Mungkin bagi setengah orang berpendapat makanan berlemak boleh menyebabkan usaha untuk menurunkan berat badan akan menjadi sia-sia. Namun begitu, tidak semua makanan yang tinggi lemak itu tidak baik untuk badan, malah ia boleh memberikan manfaat kepada tubuh dalam kadar jumlah yang wajar.
Menurut HelloSehat, lemak berfungsi untuk membekalkan tenaga, melindungi organ tubuh, membentuk hormon serta dapat membantu penyerapan zat gizi. Jadi sis perlukan lemak harian dari makanan bagi melancarkan proses dalam tubuh berfungsi dengan baik.
Artikel berkaitan: 9 Rahsia Cantik Wanita Perlu Amalkan Untuk Kekal Sihat, Cergas & Awet Muda. No 4 Jangan Abaikan
Lemak juga ada baik dan jahat, hati-hati semua
Sis perlu tahu bahawa lemak ini mempunyai kategori yang tersendiri dan kesannya yang berbeza antara satu sama lain. Lemak tepu adalah salah satu jenis lemak yang terdapat di dalam badan. Ia terkumpul di dalam badan serta boleh meningkatkan kolestrol ‘jahat’ yang boleh membawa kepada kemudaratan, seperti penyakit jantung.
12. Nasi Lemak (menggunakan santan asli) adalah sangat sihat dan murah. lebih sihat dan jauh lebih murah dari Poke (po.kɛ) Bowl. Makanlah setiap pagi! pic.twitter.com/7yPuxkXI4D
— Dear Leader 🇰🇵 (@santeira) January 20, 2022
Manakala, lemak tak tepu adalah salah satu jenis lemak yang dapat membantu menurunkan kolestrol ‘jahat’, ia mencegah pembentukan plak di saluran darah serta menurunkan risiko penyakit jantung. Jadi apa yang sis tidak perlu risau adalah pengambilan makanan tinggi lemak tak tepu.
Makanan berlemak selamat untuk di makan
Buat sis yang ingin makan nasi lemak sebenarnya lebih baik dari makan poke bowl, murah pun murah, juga membekalkan lemak yang sihat kerana menggunakan santan segar (bukan santan kotak yang di campur bahan pengawet). Ada juga makanan yang berlemak tinggi juga dapat memberikan manfaat buat tubuh kita, iaitu:
1. Ikan
Ikan seperti salmon, kembung, sardin, hering, dan juga tuna merupakan ikan berlemak yang dapat memberikan sumber lemak yang baik. Kandungan asid lemak omega-3 yang termasuk dalam kumpulan lemak tak tepu boleh berikan manfaat buat badan.
Menurut petikan artikel HelloSehat, penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang mengambil asid lemak omega-3 akan menjadi lebih sihat serta kurang risiko untuk mendapat penyakit jantung dan kemurungan berbanding mereka yang tidak makan ikan.
2. Avokado
Buah avokado merupakan satu-satunya makanan yang tinggi lemak dari kumpulan buah. Sebanyak 70% daripada jumlah lemak dalam alpukat adalah lemak tak tepu dalam bentuk asid oleik (asid lemak omega-9).
Manfaatnya lemak dalam avokado ini dapat membantu mengurangkan kesakitan dari penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi) dan turut membantu menurunkan kolestrol ‘jahat’.
3. Bijirin
Bentuk saiz yang kecil ada lemak? Ya, bijirin kaya dengan lemak yang sihat, seperti biji chia dan biji rami, kerana mengandungi tahad asid lemak omega-3 yang jauh lebih tinggi berbanding bijirin biasa.
Tidak juga mengandungi lemak, malah ia dapat memberikan zat protein, serat dan mineral. Cara pengambilannya juga mudah kerana sis boleh campurkan sahaja bijirin ini dalam salad, minuman atau makanan malam.
4. Kacang
Kandungan lemak dalam kacang agak tinggi dan ia di kategorikan sebagai lemak tak tepu yang sihat. Menurut kajian yang dinyatakan oleh Merdeka.com, pengambilan secara sederhana boleh mengelakkan penyakit seperti jantung dan diabetis.
5. Minyak Zaitun
Minyak zaitun merupakan sumber asid lemak omega-3 yang sangat baik. Tambahan pula minyak zaitun extra virgin, ia mengandungi lemak yang dapat mengekalkan kesihatan jantung kerana boleh menurunkan jumlah kolestrol dan tekanan darah. Selain itu, minyak zaitun kaya dengan vitamin E, vitamin K, dan juga antioksidan yang di percayai boleh mengurangkan risiko penyakit akibat kolesterol yang tinggi.
Buat sis yang masih lagi ragu-ragu, sememangnya tidak semua makanan yang mengandungi lemak itu tidak baik. Makanan berlemak boleh di ambil cuma perlu jaga cara dan jumlah makanan supaya dapat memanfaatkan kebaikan yang sedia ada.
Artikel berkaitan: Kekalkan Bentuk Badan Selepas Umur 40an, Helah Senaman Ini Rahsia Dari Pakar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Baim Wong, Paula Verhoeven Menyesal! Tak Pelajari Islam Dan Berhijab Lebih Awal
Model ternama dan juga pelakon Indonesia, Paula Verhoeven beberapa hari lepas mengejutkan para peminat dengan penampilan terbaharunya yang lebih manis dan sopan, sekaligus mengumumkan bahawa dia kini sudah berhijab.
Malah, isteri kepada pelakon sinetron, Baim Wong ini turut mengaku bahawa dia amat menyesal kerana tidak mengambil langkah untuk mempelajari agama dan berhijab lebih awal.
“Hidayah Harus Dijemput, Aku Takut Mati,” – Isteri Baim Wong
“Kalau bisa muter waktu sebenarnya aku nyesel kenapa nggak dari dulu ya aku belajar agama. Waktu kita nggak banyak loh di sini,” ungkap
“Kalau boleh putar kembali masa, aku menyesal kenapa tidak dari dulu aku mempelajari agama. Waktu kita di sini (dunia) tak banyak,” ujar Paula Verhoeven sambil menitiskan air mata penyesalan ketika ditemubual menerusi sebuah video di laman Instagram @nabillasyal
Sehubungan itu, ekoran takut akan kematian, Paula mula terniat untuk mencuba memakai tudung dan menutup aurat selama 40 hari terlebih dahulu.
Setelah itu, hatinya merasa begitu hatinya yakin dan lebih selesa dengan penampilan menggayakan busana muslimah dan fesyen patuh syariah, Paula terus meminta keizinan suami tercinta, Baim Wong menyatakan hasratnya untuk berhijrah dan berhijab.
Baim Wong Tak Pernah Paksa, Syukur Isteri Terima Hidayah Berhijab
Di sisi lain, Baim Wong menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga dan gembira terhadap keputusan bidadari hatinya itu untuk berhijab dan berharap agar isterinya dikurniakan hidayah untuk kekal istiqamah menjalankan tuntutan agama.
“Masyaallah, mudah-mudahan menjadi hidayah buat dia (Paula Verhoeven), amin, insyaallah,” ungkap Baim Wong.
Menurut Baim lagi, dirinya selalu berusaha untuk melaksanakan kewajipan sebagai umat Islam dan muslimat agar mampu menjadi suri teladan dan contoh terbaik buat isteri dan dua puteranya, Kiano Tiger Wong dan Kenzo Eldrago Wong.
Artikel berkaitan: Isteri Baim Wong Kini Manis Bertudung, Gaya Stylish PAULA VERHOEVEN Jadi Inspirasi!
“Saya tidak pernah mengajarkan atau memaksa, lebih ke arah praktikal dengan melakukan. Dia (Paula) melihat, dari mula solat, kemudian mempunyai keinginan untuk berhijab.
“Dia melakukan apa yang disuruh oleh Allah, dia melihat keindahan Islam dengan matanya dan akhirnya dia minta saya titipkan doa buat dirinya,” ujar Baim Wong.
Nona mendoakan agar, penghijrahan yang dilakukan oleh Paula dirahmati Allah dan dikurniakan istiqamah agar tidak berpaling semula kepada kehidupan yang lampau.
Sumber Foto: Instagram Paula Verhoeven & nabillasyal
Artikel berkaitan: Tak Lepas Untuk Kongsikan Umrah Bersama Tercinta, Isteri Baim Wong Titip Rasa Syukur
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Belum KAHWIN Tapi Macam Hamil 7 Bulan Kerana Bawa ‘CYST’ Seberat 5 Kg. Satu Puncanya Makan Ubat KURUS
Ujian Allah itu datang tanpa kita ketahui. Kalau sebelum ini seseorang itu sentiasa sihat dan aktif, tetapi tiba-tiba jatuh sakit hingga tidak mampu berjalan. Walau apa juga dugaan yang diberi, hadapi segalanya hadapi dengan tenang. Jangan sesekali marah dengan Tuhan kerana Dia hanya mahu menguji insan yang disayanginya. Seperti perkongsian gadis ini yang baru sahaja menjalani pembedanan membuat cyst di ovary kanan. Cyst yang dibawa selama ini bukan kecil tetapi seberat 5 kg dengan sebesar 28 cm dan Amalina Che Hasin diibaratkan seperti wanita yang mengandung tujuh bulan.
Walaupun diduga sebegitu oleh Tuhan, tetapi gadis ini bersyukur kerana segala urusannya dipermudahkan Tuhan. Ikuti kisahnya yang tahu mengalami cyst ketika ia sudah membesar tetapi tiada sebarang komplikasi berlaku sepanjang pembedahan.
Dalam perkongsiannya Amalina menasihati jika ada tanda-tanda tidak normal berlaku pada seseorang, cepat-cepat mendapatkan rawatan doktor. Ini kerana cyst ini boleh datang tanpa kita sedari dan boleh muncul kembali walaupun telah membuangkanya.
Setiap wanita kena tahu cyst atau kanser. Dapat tahu derita cyst besarnya kira-kira 28cm dan seperti wanita mengandung
CYST ATAU KANSER ?
WANITA JANGAN AMBIL RINGAN.
PENYAKIT INI DATANG TANPA KITA SEDARI DAN BOLEH MUNCUL KEMBALI.
Alhamdulillah. Harini genap 7 hari lepas major operation untuk buang cyst di ovari kanan. Syukur Ya Allah, pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Lepas pembedahan pun tak ada komplikasi lain, tak bleeding, tak perlu transfer darah. Alhamdulillah, Allah datangkan ujian tapi Dia permudahkan.
Gambar kat bawah ni lah saiz cyst yang dah dikeluarkan. Seberat 5kg, sebesar 28cm. MashaAllah, waktu pertama kali dapat berita, demam seminggu. Emosi sebenarnya okay je, tapi mungkin badan dah semakin lemah. Tak sangka selama ni bawak makhluk sebesar ni dalam perut ? Doctor kata umpama orang mengandung 7 bulan. Syukur, walaupun lambat dapat tanda2 sakit, lambat bertindak pergi check up, walaupun terpaksa jugak operate, semuanya berjalan lancar. (saya jenis terlalu positif, dan takut doktor, dah banyak kali family ajak pergi klinik, tapi selalu berdegil, jadi lepasni kita kena letak sikit rasa negatif dalam diri terutama bab kesihatan, yang mana boleh elak kita elak awal awal) – JANGAN TAKUT DOKTOR
Rupanya sudah lama cyst ini ‘hidup’ lama dalam tubuh badan. Sekitar dua hingga tiga tahun di sebelah ovari kanan. Buang ovari berkenaan dan hanya tinggal ovari sebelah kiri sahaja. Masih dalam keadaan baik dan ada peluang untuk hamil.
Doktor kata, kemungkinan benda ni dah hidup around 2-3 tahun dah dalam badan. Duduknya di sebelah kanan ovari. Tube dan ovari kanan dah dibuang sepenuhnya. Syukur, masih ada rahim dan ovari kiri berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, masih ada cahaya dan berita baik untuk diri ni. Doktor jugak terpaksa buang appendik dan sedikit lapisan lemak sbb berisiko utk ada jangkitan pada ovari sebelah kiri pula. Syukur, saya masih sempat elak dari merebak ke kiri walaupun saiznya dah membesar.
Emak ada tanya punca, tapi doktor pun tajk dapat pastikan kerana masih dalam kajian. Kemungkinan ia bukan cyst biasa tapi kanser.
Umi tanya doktor pakar sendiri masa hari terakhir dekat wad ‘Doktor, apa punca cyst ni boleh datang’ Lepastu doktor kata ‘Kalau saya tahu saya dah share, tapi saya pun taktahu, sebab actually penyakit ni masih dalam kajian’. Oleh sebab tu, kita pun main google je lah. Sebab nak bagi peringatan jugak pada org sekeliling tentang bahayanya penyakit ni. Sebab ada possibility benda ni bukannya cyst biasa, tapi kanser.
Mulanya doktor kata 50-50 ke arah kanser. Tetap kekal positif sehinggalah akan dapat keputusan dari makmal nanti.
Macam kes saya ni, dah run blood test before operation. Doktor kata 50-50 ke arah kanser. Tapi selepas operation baru dapat tahu, sbb cyst ni akan hantar ke makmal untuk diorang pastikan memang kanser atau bukan. Hari terakhir jumpa doktor, doktor kata sekarang dia letak saya dalam 3 possibility :
- Normal cyst
- Ovarian kanser
- Borderline
Tapi ikut pemerhatian doktor, dia tengok cyst ni mcm bukan kanser. Syukur, saya positif je. Sebabnya tanda-tanda kanser pun kurang pada diri saya. Kita anggap dia takde je lah ya Positif positif dan positif. Keputusan keluar pada 23/4 ni atau 4/5 nanti. InshaAllah mudah mudahan result baik baik je.
*Kepada semua kawan2 yang terbaca yang ada mak, kakak, adik, saudara mara, kekasih, rajin rajin lah ajak mereka buat check up, kita bersedia sebelum dia semakin membesar jadi mcm kes saya. Buat ultrasound je dah dapat tahu dia ada ke tak kat situ.
Macam mana saya dapat tahu?
Saya memang bawa motor pergi kerja hari2, jalan pulak tgh buat construction, mmg lubang banyak, terhentak hentak atas motor, terus rasa ngilu, senak dan sakit di bahagian bawah perut kiri dan kanan. Selepas tu saya terus buat check up di klinik swasta. Dah dpt keputusan baru refer ke hospital sbb taknak tunggu lama kalau terus ke hospital, mmg akan ambil masa yg lama. Yg ni bersyukur tunggu 3 minggu je tunggu dari tarikh mula2 refer hospital, dah dpt tarikh operate, sebab cyst dah besar sgt dan boleh pecah.
Cara bagaimana nak kesan.
Update : Sebab ramai tanya apa tanda2 dan punca. Ini saya share berdasarkan pengalaman saya dan jugak apa yg doktor pakar cakap ya. Sbb cyst ni ada banyak jenis, yg aktif, yg tidak, yg biasa, yg kanser, yg satu ketul, yang lebih dari satu ketul, yg fibroid, yg ada semasa preggy. Jadi mungkin tanda2 dia berbeza pada semua org. Untuk saya tanda2 nya :
1. Senggugut yang teruk setiap kali dtg bulan
(Terpaksa mc, makan ubat, bertungku, tak makan sehari atau dua, muntah, demam)
2. Mudah kejang pada kaki
3. Mudah lesu dan letih walaupun tak buat kerja berat
4. Benjolan pada sekitar perut (mcm saya dah terlalu besar, dah penuh satu abdomen, benjolan dah dpt rasa sikit je dari bawah dada, dah ada benjolnya)
5. Sakit pada sekitar bahagian bawah perut, kiri atau kanan (saya sakit kedua dua belah sbb cyst terlalu besar walaupun kedudukannya di ovari kanan)
6. Benjolan pada payudara (saya tak ada, tapi doktor check jugak, sbb cyst boleh timbul jugak di payudara)
Ini pula adalah punca-puncanya. Salah satu ambil suplemen kurus dan putih sepanjang 2 tahun.
Punca2 : (doktor pakar pun kata masih dalam kajian, tapi menurut soalan2 yg di tanya pada saya, kemungkinan ini lah beberapa puncanya)
1. Supplement (saya ada ambil supplement kurus dan putih sepanjang 2 tahun masa study)
2. Pemakanan (ayam, cheese, soya, ikan keli, ikan haruan, daging) – sebenarnya makanan favourite saya rupanya.
3. Keturunan (jika kanser) – mcm saya arwah maklong ada kanser
4. Period yang tidak teratur atau sakit (saya hanya senggugut teruk, tapi period sgt teratur setiap bulan, lain org lain tandanya, jadi kena periksa kalau ada masalah period)
5. Ubat perancang kehamilan (saya tak ambil sebab belum kawin) -ni saya dengar doktor marah patient dekat wad saya duduk tu, dia ada cyst, dia ambil ubat perancang kehamilan, doktor mmg bising sangat2 – ubat utk elak mengandung atau nak mengandung, dua dua bahaya.
Gadis ini juga ingatkan kaum wanita untuk buat ujian ultrasound di mana-mana klinik berhampiran.
Punca dia mmg tak banyak. Sbb tu doktor pun kata masih dalam kajian. Jadi baik kita buat ujian ultrasound je dekat mana2 klinik atau hospital swasta. Saya buat di klinik panel office saya, Poliklinik Desilva, hanya RM50 sahaja kos. Kebetulan doktor yang merawat mmg doktor pakar sakit puan. Kos untuk klinik lain saya tak pasti. Saya belum berkahwin, jadi buat ultrasound je. Utk yg dah berkahwin selalu doktor suggest buat ujian pap smear lebih efektif. Tp ultrasound pun dah memadai utk peringkat awal check up.
Hanya buat di hospital kerajaan kerana kos lebih murah berbanding swasta. Doktornya juga baik-baik & layanan sangat memuaskan walau wad kelas ketiga.
Ada yang bertanya, berapa kos pembedahan saya. Alhamdulillah, saya hanya pergi hospital kerajaan Ampang. Sebab kes ni terlalu emergency, doktor takut cyst pecah, saya tunggu seminggu je untuk operate. Bil saya hanya RM60 sahaja termasuk operation, warded dan ubat2. Kos sebenar RM 1,660. Subsidi, sebab tu murah. Kalau swasta saya dengar pengalaman org lain dan melalui banyak pembacaan, kos anggaran bermula 5k-30k. Bergantung pada kes. Alhamdulillah syukur sekali lagi. Hospital Ampang adalah salah satu hospital terbaik untuk pakar bahagian sakit puan. Syukur hospital sebelah rumah saya je. Doktor yg rawat saya mmg ramai. Ternyata pakar disini memang ramai dan sangat2 baik. Thanks doktor dan nurse. Walaupun wad kelas ketiga, tapi layanan sangat sangat baik.
Tapi untuk permulaan saya nasihatkan jangan terus ke hospital kalau taknak tunggu lama. Buat dulu pemeriksaan di klinik swasta atau klinik pakar sakit puan. Dah dapat keputusan ultrasound, minta copy daripada doktor, doktor akan bagi. Bawak keputusan tu ke hospital berdekatan. InshaAllah, lebih cepat mereka akan refer kita ke bahagian pakar sakit puan.
Pesannya juga tolong sayangi diri dan jangan biar berlarutan. kita perempuan mudah terdedah bermacam jenis penyakit terutama kanser.
Terlalu ramai yg pm saya komen bagitahu saya dan kongsi punya pengalaman atau masalah yg sama. TOLONG, TOLONG, TOLONG sayang diri kita, kalau ada tanda2 kalau ada masalah perempuan, jangan biarkan berlarutan, cepat2 buat check up. Kita perempuan mudah terdedah dengan mcm mcm jenis penyakit terutama kanser. Allah, minta dijauhkan dari kita semua.
Semoga perkongsian saya dapat beri manfaat kepada ramai lagi org kat luar sana. Bagi yang alami masalah yg sama, ada juga yang lebih kritikal berbanding saya, saya doakan awak semua diberi kesihatan yang baik, cepat sembuh dari sakit yg ada. Mudah mudahan ? Terima kasih jugak pada yg mendoakan kesihatan saya. Maaf kalau terlepas pandang, tak balas. Semoga doa kalian mendapat balasan baik dariNya dan mengiringi diri saya. Thanks !
Hijabista sempat menghubungi Amalina untuk bertanyakan perkembangan terkini. Dia sekarang sedang berehat setelah menjalani pembedahan. Amalina juga berharap dengan perkongsian kisah ini akan memberi panduan dan manfaat kepada hijabi di luar sana.
“Alhamdulillah kak share lah. Moga moga perkongsian saya ni dapat beri panduan dan manfaat pada yang lain”.
SUMBER: FACEBOOK AMALINA HASIN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
20 Pempengaruh Paling Legit Di Instagram Didominasi Oleh Selebriti Wanita, Siti Nurhaliza Tetap No.1
Pempengaruh Instagram adalah salah satu strategi pemasaran media sosial terbaik yang boleh anda gunakan di Malaysia. Malah platform ini media sosial ketiga paling digemari oleh rakyat Malaysia, potensi jangkauan iklan di Instagram telah meningkat kepada 15.55 juta orang.
Ini bermakna dengan melancarkan iklan di Instagram, pemasar mungkin mencapai 47.2% daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Ini menjadikan Instagram sebagai platform yang berharga untuk promosi perniagaan, dengan matlamat utama untuk meningkatkan pendedahan jenama dan mempertingkatkan identiti jenama.
1. SITI NURHALIZA
- Pengikut: 8,800,000
- Topik: Muzik, Fesyen, Kecantikan, Gaya Hidup, Amal
Melangkau Neelofa yang berada di senarai teratas tahun lalu, diva Malaysia, Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza adalah penyanyi, penulis lagu, pelakon dan ahli perniagaan terkenal Malaysia dengan peminat yang ramai di media sosial. Disebabkan suaranya yang menakjubkan dan kecantikan yang sempurna, dia telah memenangi pelbagai anugerah di dalam dan di peringkat antarabangsa. Dia telah merakam dan menyanyi dalam pelbagai bahasa, termasuk Malaysia, Jawa, Inggeris dan Mandarin.
Sebagai seorang selebriti popular dan ibu kepada dua orang anak, dia suka menyiarkan tentang detik-detik berharganya bersama keluarga kecilnya. Bukan itu sahaja, dia juga mempengaruhi penontonnya dengan kebaikannya, kerana dia suka bersedekah kepada orang yang memerlukan. Baru-baru ini, Dia telah mencipta rangkaian kosmetiknya sendiri, yang dipanggil Simplysiti Cosmetics, dan jenama selendangnya sendiri, Afiya by Siti Nurhaliza.
2. NEELOFA
- Pengikut: 8,700,000
- Topik: Gaya Hidup, Fesyen, Kecantikan, Hijrah
Neelofa Mohd Noor ialah seorang pelakon, pengacara TV, model komersial dan usahawan Malaysia. Popularitinya meningkat apabila dia menyertai pertandingan ratu cantik, Dewi Remaja, di mana dia memenangi gelaran itu.
Graduan Perdagangan dan Pemasaran Antarabangsa ini turut dinamakan antara “Forbes 30 Bawah 30 Asia” pada 2017. Selain aktif dalam industri hiburan, beliau telah mengembangkan pelbagai usaha perniagaan dan melancarkan Naelofar Hijab dan Kumpulan Nilofa. Dia seorang pengaruh fesyen pengikut Neelofa melonjak naik 8.7 apabila penghijrahannya digemari ramai walaupun sudah berniqab. Gucci ialah salah satu jenama mewah yang telah bekerjasama dengannya dalam kempen pemasaran.
3. ZIZAN RAZAK
- Pengikut: 7,900,000
- Topik: Komedi, Gaya Hidup, Kecantikan, Amal
Zizan dikenali sebagai pelawak, pelakon, personaliti TV, penyanyi rap, penyanyi dan ahli perniagaan Malaysia. Pada suapannya, anda akan melihat bahawa dia suka mengemas kini pengikutnya tentang pengalaman mengembara dan kerja amalnya seperti membantu orang yang memerlukan dan haiwan terbiar.
Dia menyiarkan banyak kandungan promosi pada pelbagai jenis jenama, daripada permainan, makanan, penjagaan kulit, kepada hobinya yang hebat, perlumbaan kereta. Baru-baru ini, Zizan juga meminati kayuhan pada waktu malam.
4. NORA DANISH
- Pengikut: 7,400,000
- Topik: Gaya Hidup, Filem, Kecantikan, Fesyen, travel
Nora Danish ialah seorang pelakon, penyanyi rap, penyanyi, model, personaliti TV dan ahli perniagaan terkenal Malaysia. Dia mula mendapat perhatian apabila membintangi sitkom komedi berjudul Puteri. Nora kini telah meluaskan pandangannya dengan turut mendapat pengikut yang ramai di Instagram.
Ibu yang cantik ini mempengaruhi peminatnya dengan selera fesyennya yang luar biasa, penggambaran gambar yang sempurna dan gaya hidupnya yang mewah. Dia juga suka memuat naik video TikToknya, dan sering berkongsi beberapa godam kecantikan dan pengalaman perjalanan pada suapannya.
5. MIRA FILZAH
- Pengikut: 7,300,000
- Topik: Gaya Hidup, Fesyen, Makanan, Kecantikan
Pelakon, pengacara, model dan usahawan ini telah menarik sejumlah besar pengikut di Instagram kerana wajah, kecerdasan dan kemahirannya. Pada suapannya, anda akan melihat siaran tentang rutin penjagaan kulit hariannya, jenama solekan kegemarannya, pengembaraan perjalanan dan kemas kini rancangan TV. Dia juga memuat naik beberapa kandungan mengenai promosi jenama, daripada industri makanan kepada industri teknologi. Mira juga telah mencipta barisan kosmetiknya sendiri, Mora Essential dan juga jenama selendangnya sendiri, MF Shawls.
6. JANNA NICK
- Pengikut: 6,200,000
- Topik: Filem, Makanan, Fesyen, Kecantikan
Janna Nick ialah seorang pelakon, penyanyi, pengacara, dan pengarah Malaysia yang memulakan kerjayanya dalam drama TV seperti Syurga Nur, Kau Aku Kita, Suami Tanpa Cinta dan My Coffee Prince. Pada 2016, Janna memulakan kerjaya muziknya dengan mengeluarkan single sulungnya, ‘Mungkin Saja’.
Janna gemar berkongsi beberapa siri terbaharunya, dan juga beberapa kandungan promosi pelbagai jenama popular seperti Toyota Yaris, Dior, Tom Ford, Louis Vuitton dan banyak lagi. Selain itu, dia juga gemar memuat naik tutorial memasak yang membuatkan anda mengidamkan makanan yang lazat.
Janna kini mempunyai lebih daripada 6.2 juta pengikut di Instagram, meletakkannya sebagai salah satu pengaruh paling banyak diikuti di platform tersebut.
7. SCHA ALYAYA
- Pengikut: 6,300,000
- Topik: Filem, Fesyen, Kecantikan, Gaya Hidup
Scha Alyahya, ialah model, pelakon dan pengacara TV Malaysia. Netizen mula menyedarinya, apabila dia memegang watak utama Dania dalam siri TV Awan Dania yang mendapat rating tinggi selama tiga musim. Selepas berkahwin dengan Awal Ashaari, pelakon, pengacara TV dan model Malaysia, popularitinya telah meningkat, memperoleh lebih daripada 6 juta pengikut di Instagram.
Sebagai ibu kepada dua orang anak, dia suka berkongsi pembesaran kedua puterinya dan perjalanan keluarga mereka. Dia juga menyiarkan stail dan gaya jenama-jenama antarabagsa di Instagram. Mempunyai peminat yang besar, dia telah menarik jenama mewah seperti Gucci, Valentino, Tom Ford, Louis Vuitton dan Versace untuk bekerjasama dengannya dalam kempen pemasaran influencer mereka. Imejnya yang mewah dan berkelas pastinya sesuai untuk mewakili jenama fesyen mewah ini.
8. HANIS ZALIKHA
- Pengikut: 6,200,000
- Topik: Makanan, Fesyen, Kecantikan, Gaya Hidup
Hanis Zalikha dikenali secara meluas sebagai blogger, model, penyampai TV, dan pelakon Malaysia. Selepas berkahwin dengan Hairul Azreen dan mempunyai dua orang anak, popularitinya melonjak naik. Dia mempunyai rancangan realiti sendiri yang dibintangi oleh dua anaknya, berjudul My Little Heroes Yusuf & Bujibu.
Pada suapannya, dia berkongsi detik-detik berharga keluarganya, daripada kehidupan harian di rumah hingga melancong bersama. Selain itu, anda juga akan menemui beberapa ulasan produk kecantikan dan kanak-kanak. Dia sebelum ini pernah bekerja dengan Cadbury, Anmum dan Oppo dalam kempen pemasaran influencer Instagram mereka. Bukan sahaja terkenal sebagai selebriti, dia juga telah membina perniagaan fesyen dalam taliannya sendiri, bernama Cakenis, dan telah menjadi wajah Toujours Advanced Malaysia.
9. Amyra Rosli
- Pengikut: 6,000,000
- Topik: Filem, Kecantikan, Makanan, Gaya Hidup
Amyra Rosli ialah pelakon popular Malaysia yang juga popular di Indonesia selepas siri TV Ramadhannya disiarkan di MNCTV. Peminatnya terpesona dengan penampilannya yang sempurna, senyuman lebar dan mata yang penuh semangat. Permulaannya sebagai seorang selebriti membantunya mendapat perhatian yang besar di media sosial. Dia kini mempunyai lebih daripada 5.9 juta pengikut di Instagram sahaja.
Dia telah bekerja dengan beberapa jenama popular Malaysia seperti Flavettes, Juzfit, dan The Duck Group. Pengacara NONA terbitan TV3 ini juga telah bekerjasama dengan jenama antarabangsa seperti Garnier dan Soflan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Jenama Tudung Fazura Untuk Semua. Setiap Rekaannya Memiliki Kisah Tersendiri…” – Fazura
10. NUR FAZURA
- Pengikut: 5,700,000
- Topik: Fesyen, Kecantikan, Gaya Hidup
Nur Fazura binti Sharifuddin, atau lebih dikenali sebagai Fazura, ialah seorang pelakon, penyanyi, pengacara televisyen, VJ, dan usahawan Malaysia. Berdiet mengenalinya untuk rancangan TVnya yang berjudul Teens World, dan filemnya Bicara Hati yang memperoleh kejayaan besar dan memperoleh pencalonan anugerah.
Ibu cantik ini telah mempengaruhi pengikutnya dengan ulasan kecantikannya yang kerap, selera fesyen yang mengagumkan dan gaya hidup mewahnya. Dia bukan sahaja popular sebagai seorang selebriti, dia juga telah membina empayarnya sendiri dan mencipta barisan kosmetik dan penjagaan kulitnya sendiri serta kedai fesyen dalam talian.
11. AYDA JEBAT
- Pengikut: 5,400,000
- Topik: Muzik, Gaya Hidup, Keibubapaan
Ayda Jebat ialah nama pentas Nur Suhada binti Jebat. Dia adalah penyanyi, pelakon dan model Malaysia. Debut lakonan pertamanya berjaya, dan sejak itu, dia telah muncul dalam banyak filem, drama televisyen dan filem. Ayda juga mengeluarkan single “Siapa Diriku,” yang merupakan sebahagian daripada runut bunyi “MAID”.
Baru-baru ini, dia mengumumkan kehamilannya dan berkongsi perjalanannya sebagai ibu hamil muda pada suapannya. Anda juga akan menemui siarannya tentang video muziknya dan beberapa gambaran ringkas tentang persembahannya di atas pentas. Dia telah bekerjasama dengan banyak jenama besar, seperti Oppo Malaysia dalam video muziknya “Kasih Dari Hati”. Dia juga pernah bekerja dengan Rexona, Lazada, KitKat dan banyak lagi.
12. FASHA SHAANDA
- Pengikut: 5,300,000
- Topik: Gaya Hidup, Makanan, Kecantikan
Fasha merupakan pelakon popular Malaysia yang pernah muncul dalam filem seperti Black Maria, Bujang Senang, Gong dan Cicak Man. Untuk kemahiran lakonannya yang mengagumkan, dia telah memenangi beberapa anugerah seperti Anugerah Bintang Popular 2005 dan 2011 untuk Chinta, sebuah siri TV Malaysia.
Oleh kerana popularitinya yang semakin meningkat, dia dilantik sebagai duta Maybelline, menggantikan Siti Nurhaliza. Pada suapannya, anda akan melihat dia menyiarkan kemas kini tentang aktiviti dia dan keluarganya. Dia juga menyiarkan ulasan produk makanan dan kecantikan, serta foto dan video yang berkongsi petua penjagaan kulit dan cara memasak.
13. AWAL ASHAARI
- Pengikut: 5,400,000
- Topik: Gaya Hidup, Makanan, Keibubapaan
Jom temui Awal Ashaari, hos TV popular Malaysia, pelakon dan super daddy. Dengan 5.4 juta pengikut di Instagram, kandungan Awal sentiasa mendapat penglibatan yang tinggi dan jangkauan yang luas. Kandungan utamanya ialah kemas kini hariannya sebagai selebriti popular di Malaysia. Dia juga berkongsi detik dia menghabiskan masa bersama keluarga kecilnya, memasak, makan dan membeli-belah.
Selain itu, dia juga menyiarkan foto ketika mengembara di seluruh Malaysia dan luar negara seperti di Manhattan, Rom, Mekah, Itali, Jepun, dan banyak lagi. Selain menyiarkan kandungan promosi untuk jenama, dia juga mempromosikan perniagaannya sendiri, Schambal.
14. UQASHA SENROSE
- Pengikut: 5,300,000
- Topik: Kecantikan, Fesyen, Filem
Nik Zaris Uqasha, atau dikenali sebagai Uqasha Senrose, ialah seorang pelakon dan model dari Malaysia. Dia adalah kakak kepada Nelydia Senrose dan kakak kepada bekas pemenang Dewi Remaja 2015, Raysha Rizrose.
Uqasha popular kerana lakonannya sebagai Melati dalam filemnya, Paku Pontianak (2013) dan sebagai Nurin Areesa dalam adaptasi novel, Tundukkan Playboy Itu bersama Hafidz Roshdi. Kejayaannya telah membawanya bermain dalam filem popular lain. Disebabkan kemahiran lakonannya yang mengagumkan, dia telah menarik sejumlah besar pengikut di media sosial juga. Selain berkongsi beberapa tinjauan filem terbarunya, dia juga suka mempengaruhi penontonnya dengan ulasan kecantikan dan penjagaan kulitnya.
15. ELFIRA LOY
- Pengikut: 5,100,000
- Topik: Filem, Kecantikan, Fesyen
Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri, juga dikenali sebagai Elfira Loy ialah seorang pelakon Malaysia. Peranannya sebagai Qalesya dalam drama hit Qalesya, dan sebagai Amirah dalam Disney’s Waktu Rehat adalah kejayaan besar.
Selain aktif bekerja sebagai pelakon, Elfira Loy juga merupakan model untuk jenama seperti Motosikal Honda, Sunway Lagoon, Mee Sedap, Institut Jantung Negara, RHB Bank, Mamee Slurp dan The New Face Of Maybelline New York (Malaysia). Pada suapannya, dia suka mengemas kini berkongsi tentang aktiviti hariannya, serta godam kecantikan yang berguna untuk 5.1 juta pengikutnya.
16. ROZITA CHE WAN
- Pengikut: 5,100,000
- Topik: Fesyen, Kecantikan
Rozita binti Abu Bakar, lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta, ialah seorang pelakon, bekas pramugari dan bekas ratu cantik yang memenangi Miss Malaysia Intercontinental 1992. Popularitinya terus meningkat selepas muncul dalam siri komedi Kiah Pekasam, yang menjadikannya salah seorang pelakon komedi wanita paling popular.
Dia juga mendapat banyak pengiktirafan untuk lakonannya, kerana dia dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Peminatnya yang besar menjadikan dia antara selebriti wanita paling hangat di media sosial. Dia sering mendapat perhatian umum terutama mengenai hubungan dan perkahwinannya dengan pelakon komedi popular Zain Saidin. Pada suapannya, dia berkongsi beberapa foto, OOTD dan cadangan jenamanya yang paling menakjubkan. Sehingga kini, dia mempunyai 5.1 juta pengikut di Instagram.
17. AERIL ZAFREL
- Pengikut: 5,100,000
- Topik: Filem, Gaya Hidup, Kecantikan
Jom jumpa Aeril Zafrel, pelakon dan model dari Malaysia. Orang ramai mula perasan apabila berlakon dalam beberapa siri TV seperti Kisah Caesara, Senja Permai, Durja Ningsun, Cinta Jannah dan banyak lagi. Populariti TVnya telah meluas di media sosial. Hari ini, dia mempunyai lebih daripada 5.1 juta pengikut di Instagram.
Dia sering memuat naik detik-detik berharganya bersama isteri dan bidadari kecilnya. Dia juga mengembangkan perniagaan kecilnya sendiri seperti rielkies_hq dan wawacosmetics. Dia bukan sahaja kelihatan baik, dia juga terkenal dengan hati yang baik. Dia seorang yang beragama yang suka menyiarkan petikan motivasi Islam di suapannya. Aeril juga suka berkongsi jenama kegemarannya dengan pengikutnya. Beliau sebelum ini pernah bekerja dengan Oreo, Xiaomi, Pu-Tea, dan banyak lagi.
18. EMMA MAEMBONG
- Pengikut: 5,200,000
- Topik: Gaya Hidup, Keibubapaan, Fesyen
Fatimah Rohani, dikenali secara profesional sebagai Emma Maembong, adalah seorang pelakon dan model Malaysia yang cantik berketurunan Scotland. Dia mendapat populariti kerana wataknya sebagai Kau Yang Terindah, Nawwal Husna dalam Projek Memikat Suami, Aryana in Yes Boss, Medina Izwani in Isteri Separuh Masa and Farhah dalam Tersuka Tanpa Sengaja.
Siri siaran yang paling menarik pengikutnya ialah siri transformasi tubuhnya. Dia berjaya menurunkan berat badan dari 66 kg kepada 53 kg selepas mengambil minuman pelangsingan tertentu. Bukan itu sahaja, dia juga gemar memuat naik detik-detik berharga bersama keluarga kecilnya. Dia juga telah bekerjasama dengan jenama mewah seperti Dior untuk menyiarkan kandungan promosi pada suapannya.
19. HAIRUL AZREEN
- Pengikut: 5,000,000
- Topik: Seni Mempertahankan Diri, Makanan, Filem
Hairul Azreen bin Idris ialah seorang atlet Taekwondo, ahli silat dan pelakon Selepas meraih kejayaan besar dalam beberapa filem aksi seperti PASKAL The Movie, Operation X, dan Polis EVO 2 (2018), popularitinya semakin melonjak. Hari ini, dia mempunyai pangkalan peminat besar sebanyak 5 juta pengikut di Instagram.
Pada suapan Instagramnya, dia suka memuat naik kemas kini latihan untuk filemnya bersama lelaki lagak ngeri yang lain. Baru-baru ini, dia menyiarkan beberapa intipan dan sebalik tabir siri TV terbarunya, Ada Hantu. Disebabkan popularitinya yang semakin meningkat, dia telah mencipta kandungan promosi dengan beberapa jenama popular di Malaysia seperti My100plus dan Bubblebee.
20. NELYDIA SENROSE
- Pengikut: 4,600,000
- Topik: Gaya Hidup, Kecantikan, Hiburan
Nik Zaris Nelydia Binti Nik Sen atau juga dikenali sebagai Nelydia Senrose ialah seorang aktres popular Malaysia. Beliau aktif membintangi beberapa siri TV seperti Setia Hujung Nyawa, Bukan Kerana Aku Tak Cinta, dan Lafazkan Kalimah Cintamu. Netizen menyukai kemahiran lakonannya dan visual yang sempurna. Dia telah berjaya mengembangkan peminat besarnya di Instagram dengan 4,600,000 pengikut.
Kemas kini Nelydia antara yang ditunggu-tunggu di Instagram kerana sentiasa memberikan ulasan produk yang berguna. Beberapa jenama besar seperti Lancome, Samsung dan Havaianas Malaysia telah bekerjasama dengannya pada masa lalu. Bukan sahaja aktif sebagai pelakon dan influencer, dia juga mempunyai barisan perhiasannya sendiri, yang dipanggil Nelydia Jewels.
ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh Teratas Di Malaysia Viral Di TikTok, Tak Sangka Mia Sara Antara 20 Yang Terhebat
Instagram adalah salah satu aplikasi paling kegemaran pengguna media sosial di Malaysia. Ini menjadikan platform sebagai saluran penting untuk jenama dan pemasar melancarkan kempen pemasaran dan iklan mereka. Strategi pemasaran terbaik di Instagram sejak akhir-akhir ini ialah pemasaran influencer.
Berdasarkan senarai di atas, 20 influencer Instagram teratas di Malaysia didominasi oleh personaliti TV, pelakon dan penyanyi. Ia juga menunjukkan bahawa niche yang paling biasa bagi pengaruh Instagram ialah fesyen, kecantikan, gaya hidup, perjalanan dan hiburan. Landskap influencer di negara ini juga didominasi oleh wanita.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: AJMARKETING
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI