Uncategorized

Lelaki OKU Jalan Kaki Dari Bidor, Selamat Sampai ke Mekah!

Share

Terdahulu, kecoh di aplikasi Tik Tok apabila seorang lelaki golongan Orang Kurang Upaya (OKU) warganegara Malaysia menyatakan hasrat hatinya untuk berkunjung ke Tanah Suci Mekah Al Mukarammah dengan berjalan kaki.

Lelaki berkenaan menguar-uarkan berkenaan perjalanan solo sejauh 10,161 kilometer (km) dari Bidor ke Mekah, pada tanggal 24 April yang, menerusi hantaran di aplikasi Tik Tok miliknya.

Terbaharu, lelaki yang dikenali sebagai Herry Nizam itu memaklumkan bahawa, segala usahanya telah membuahkan hasil apabila baru-baru ini dia telah pun berjaya menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.

Herry yang secara konsisten merakamkan perjalanan menuju rumah Allah dimana Qiblat pertama umat Islam diturunkan itu telah memeranjatkan orang ramai serta pengikutnya di Tik Tok kerana sampai ke Tanah Suci lebih awal dari jangkamasa yang dianggarkan iaitu tidak sampai sebulan.

Tak Sampai Sebulan Herry Berjaya Jejak Kaki Di Mekah, Terima Bantuan Hamba Allah!

@herrynizam4 @JalilRazak ♬ original sound – Herrynizamshop

Bagi merungkai kekeliruan yang bersarang di kepala para pengikutnya, Herry menjelaskan bahawa dia sebenarnya telag menerima bantuan seseorang yang mahu mempermudahkan perjalananya dan bermurah hati menyumbangkan tiket penerbangan secara percuma dari Bangkok Ke Mekah.

Jelas Herry lagi, meskipun dia pada awalnya ‘berat hati’ untuk menerima tawaran berkenaan kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa. Namun, setelah mendengar pandangan dari kawan karibnya dan kerana tidak mahu menghampakan insan mulia yang mahu membantu urusanya menunaikan ibadah umrah, akhirnya Herry memutuskan untuk menerima tawaran tersebut.

Meski menerima kritikan dan kecaman dari segelintir pihak tentang tindakan yang diambil, Herry akui ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkongsi bahawa dia kini telah pun melaksanakan ibadah umrah.

Menerusi perkongsian video berkenaan, memaparkan Herry yang sudah usai mengerjakan ibadah umrah sedang bertahallul dengan menggunting rambutnya bagi memenuhu rukun umrah di Masjidil Haram.

Herry Tak Henti Bersyukur Kerana Akhirnya Permintaanya Dimakbulkan Allah!

@herrynizam4♬ original sound – Herrynizamshop

Mengulas lanjut, Herry menjelaskan bahawa dia berasa terharu kerana tidak menyangka impiannya untuk menjejakkan kaki ke bumi Mekah dimakbulkan Allah.

“Sepanjang perjalanan saya menitis air mata. Terima kasih sahabat saya kerana mendoakan saya sampai ke tahap ini. Jadi, apa-apa kita nak buat kita kena yakin Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya,” kata Herry.

Hijabista sempat meninjau ruangan komen hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata wargamaya turut tersentuh hati mendengar ungkapan syukur yang meniti di bibir Herry. Tidak kurang juga ramai yang memuji keazaman lelaki OKU ini dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Sesungguhnya benarlah ungkapan ‘Kun Fayakun’ yang bermaksud jika Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka cukup Allah hanya berkata, “Jadilah, maka jadilah ia”.

Semoga Hijabi dapat mencerap segala perkara positif yabg ditonjolkan Herry dan menjadikan ianya sebagai sumber inspirasi dan pengajaran bagi kita lebih bersemangat mengapai matlamat kita sebagai umat Islam.

Artikel berkaitan: Penuhi Hasrat Hati Ke Tanah Suci, Lelaki OKU Tekad Jalan Kaki Ke Mekah!

Sekadar info, media pernah melaporkan, misi sama dilakukan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Adam Muhammad yang menempuh perjalanan sejauh 6,500km dengan berjalan kaki dari rumahnya di Wolverhamppton, England ke Mekah.

Adam yang memulakan perjalanan pada Ogos 2021 mengambil masa selama 11 bulan dan tiba di Tanah Suci Julai 2022 bagi menunaikan haji di usia 52 tahun.

Sumber: @herrynizam4

Artikel berkaitan: Pemuda Muslim Cetus Inspirasi! Berjaya Jalan Kaki Sejauh 3,900 kilometer Menuju Masjidil Aqsa!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir