Terdahulu, kecoh di aplikasi Tik Tok apabila seorang lelaki golongan Orang Kurang Upaya (OKU) warganegara Malaysia menyatakan hasrat hatinya untuk berkunjung ke Tanah Suci Mekah Al Mukarammah dengan berjalan kaki.
Lelaki berkenaan menguar-uarkan berkenaan perjalanan solo sejauh 10,161 kilometer (km) dari Bidor ke Mekah, pada tanggal 24 April yang, menerusi hantaran di aplikasi Tik Tok miliknya.
Terbaharu, lelaki yang dikenali sebagai Herry Nizam itu memaklumkan bahawa, segala usahanya telah membuahkan hasil apabila baru-baru ini dia telah pun berjaya menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.
Herry yang secara konsisten merakamkan perjalanan menuju rumah Allah dimana Qiblat pertama umat Islam diturunkan itu telah memeranjatkan orang ramai serta pengikutnya di Tik Tok kerana sampai ke Tanah Suci lebih awal dari jangkamasa yang dianggarkan iaitu tidak sampai sebulan.
Tak Sampai Sebulan Herry Berjaya Jejak Kaki Di Mekah, Terima Bantuan Hamba Allah!
Bagi merungkai kekeliruan yang bersarang di kepala para pengikutnya, Herry menjelaskan bahawa dia sebenarnya telag menerima bantuan seseorang yang mahu mempermudahkan perjalananya dan bermurah hati menyumbangkan tiket penerbangan secara percuma dari Bangkok Ke Mekah.
Jelas Herry lagi, meskipun dia pada awalnya ‘berat hati’ untuk menerima tawaran berkenaan kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa. Namun, setelah mendengar pandangan dari kawan karibnya dan kerana tidak mahu menghampakan insan mulia yang mahu membantu urusanya menunaikan ibadah umrah, akhirnya Herry memutuskan untuk menerima tawaran tersebut.
Ads
Meski menerima kritikan dan kecaman dari segelintir pihak tentang tindakan yang diambil, Herry akui ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkongsi bahawa dia kini telah pun melaksanakan ibadah umrah.
Menerusi perkongsian video berkenaan, memaparkan Herry yang sudah usai mengerjakan ibadah umrah sedang bertahallul dengan menggunting rambutnya bagi memenuhu rukun umrah di Masjidil Haram.
Herry Tak Henti Bersyukur Kerana Akhirnya Permintaanya Dimakbulkan Allah!
Mengulas lanjut, Herry menjelaskan bahawa dia berasa terharu kerana tidak menyangka impiannya untuk menjejakkan kaki ke bumi Mekah dimakbulkan Allah.
Ads
“Sepanjang perjalanan saya menitis air mata. Terima kasih sahabat saya kerana mendoakan saya sampai ke tahap ini. Jadi, apa-apa kita nak buat kita kena yakin Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya,” kata Herry.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata wargamaya turut tersentuh hati mendengar ungkapan syukur yang meniti di bibir Herry. Tidak kurang juga ramai yang memuji keazaman lelaki OKU ini dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
Sesungguhnya benarlah ungkapan ‘Kun Fayakun’ yang bermaksud jika Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka cukup Allah hanya berkata, “Jadilah, maka jadilah ia”.
Semoga Hijabi dapat mencerap segala perkara positif yabg ditonjolkan Herry dan menjadikan ianya sebagai sumber inspirasi dan pengajaran bagi kita lebih bersemangat mengapai matlamat kita sebagai umat Islam.
Sekadar info, media pernah melaporkan, misi sama dilakukan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Adam Muhammad yang menempuh perjalanan sejauh 6,500km dengan berjalan kaki dari rumahnya di Wolverhamppton, England ke Mekah.
Adam yang memulakan perjalanan pada Ogos 2021 mengambil masa selama 11 bulan dan tiba di Tanah Suci Julai 2022 bagi menunaikan haji di usia 52 tahun.
Tular baru-baru ini perkongsian seorang pempengaruh di Tik Tok menunjukkan pelbagai jenis pil suplemen yang diambilnya untuk kekal cantik. Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah kuantiti yang banyak di atas telapak tangannya.
Video itu telah pun menjadi perhatian orang ramai dan banyak yang berkongsi video itu ke sosial media seperti Twitter. Komen dari warganet juga banyak yang berbaur nasihat supaya kurangkan pengambilan pil-pil itu.
Cantik Sekarang Ada ‘Bayaran’ Yang Akan Datang Kelak
Perkongsian pempengaruh itu menunjukkan jenis suplemen yang diambilnya antaranya pil sunblock dan pil hydration buatnya yang kulit kering. Dia juga menunjukkan caranya yang makan sekali gus dan telan semuanya.
Ramai yang mulai sangsi dengan pengambilan suplemen yang banyak dalam satu masa. Ada juga yang sudah sedia maklum penggunaan pil sunblock tidak ada kegunaan dan satu pembaziran.
Menurut Hellodoktor, pengambilan suplemen tambahan mempunyai pro dan kontra tersendiri sama ada membekalkan nutiren ataupun memudaratkan tubuh badan! Ianya berkait rapat dengan kerosakan buah pinggang.
Apa yang penting buat tubuh badan adalah sumber nutrien dari protein, kalori, vitamin, dan mineral yang terdapat pada makanan dan minuman yang kita ambil. Suplemen juga ada untuk memberi booster buat kesihatan badan, mungkin ada sesetengah orang memerlukan lebih booster ikut panduan doktor.
Jadi di sini anda perlu faham konsep pengambilan suplemen bagi mengelakkan apa-apa kesan buruk yang boleh berlaku!
#1 Suplemen punyai pelbagai tujuan
Pelbagai suplemen dikeluarkan yang memberi pelbagai manfaat bagi setiap satunya. Ada juga yang boleh mengurangkan berat badan, bina badan, dan sebagainya.
Penggunaan suplemen yang menawarkan 1 jenis nutrien seperti vitamin atau mineral haruslah dipilih dengan baik dan berhati-hati agar tidak memudaratkan diri!
#2 Tidak semua produk diluluskan oleh KKM
Anda perlu lebih peka dengan pengeluaran suplemen yang terlalu banyak di pasaran. Banyak yang menjual tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Food and Drug Administration (FDA). Bukan sahaja anda telah tertipu malah ia merisikokan lagi kesihatan anda.
#3 Terlebih ambil boleh merisikokan kesihatan
Pengambilan suplemen perlulah pada kadar yang tertentu dan tidak perlu secara berlebihan. Jika terlebih anda boleh memudaratkan kesihatan buah pinggang, itu sangat penting untuk menapis segala toksin di dalam badan.
#4 Setiap individu tidak sama
Semua orang mempunyai keperluan nutrien yang tertentu dan ia sama sekali berbeza. Tidak bermaksud pempengaruh itu makan suplemen itu dan anda patut juga ambil benda yang sama. Perlu lihat pada kesihatan dan keperluan diri sendiri.
#5 Rujuk pada kajian bukan testimoni
Kajian sains adalah lebih penting dari testimoni yang sering di cakna oleh kebanyakan pengeluar produk. Anda perlu lebih bijak dalam menilai sesuatu produk dari segi keberkesanannya yang boleh terjamin bukti yang kukuh.
Mungkin ada suplemen yang selamat untuk anda ambil dalam kehidupan seharian tapi perlu ingat–Guna pada kadar yang betul. Cantik mungkin hari ini tapi tidak juga pada kesihatan akan datang.
Cadar putih memang cantik, nampak cerah dan bersih apabila dibentang atas katil. Begitu juga dengan tuala putih. Masalahnya apabila dicuci, selalu ada kesan karat yang datangnya dari kotoran melalui air paip.
Bagi mengatasi masalah ini, boleh cuba kaedah jimat dengan menggunakan tuala tangan yang kecil. Caranya ialah dengan memasukkannya ke dalam tempat letak sabun. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkn karat ‘terjun’ terus pada kain cucian.
Cara ini berkesan. Tiada lagi kotoran yang melekat pada kain-kain yang dicuci. Sekali-sekala boleh gunakan nila agar kain-kain yang dicuci nampak berseri-seri gitu.
Satu tip penting yang perlu diingat ialah apabila menggunakan nila, jangan letak pelembut kain sekali. Ia akan menyebabkan nila jadi bertompok-tompok dan jadi tidak sekata pada kain cucian.
Beginilah cucian yang terhasil. Nampak bersih dan ‘sejuk’ mata memandang. Cubalah!
Siapa yang tak menyukai selua jeans? Semua hijabi pasti memiliki lebih dari satu pasang seluar jeans dengan pelbagai warna, mulai dari light washed hingga hitam. Namun, bagaimana dengan seluar jeans putih? Bukan semua hijabi berani menggayakan seluar jeans warna putih.
Warnanya yang boleh jadi terlalu terang bagi sebahagian orang dan mudah kotor memang sedikit menakutkan. Namun, bukan bererti seluar jeans berwarna putih tidak sesuai untuk dikenakan untuk aktiviti harian.
Seluar jeans putih boleh jadi menjadi salah satu pilihan unggul kerana warna ini dengan mudah anda dress up atau dress down sesuai dengan aktiviti anda. Jeans bewarna putih juga boleh dianggap lebih sesuai untuk cuaca di Malaysia ketika panas. Ini lima pilihan styling seluar jeans putih untuk aktiviti harian anda.
Casual With A Twist
Seluar warna putih boleh jadi salah satu pilihan anda untuk tampil kasual. Tapi, tampil kasual tidak semestinya nampak membosankan, bukan? Cuba padankan seluar jeans putih anda dengan top berpotongan longgar dengan rekaan ruffle yang bold dan statement. Akan Nampak lebih wow!
Tampil Santai Dengan Kemeja Over Sized
Ketika anda malas untuk bergaya pada hari yang tertentu. Salah satu styling yang boleh tampak anda lebih santai tapi tetap bergaya, padankan seluar jeans putih anda dengan kemeja over sized. Walaupun penampilan anda ini terlihat santai, tapi seluar jeans bewarna putih boleh memberikan gaya yang terkesan lebih polished.
On Point Dengan Padanan Warna Earthy Yang Kontra
Seluar berwarna putih boleh jadi menjadi satu warna yang menjolok mata. Salah satu cara mengatasinya adalah dengan memberikan sedikit padanan kontra pada penampilan anda. Padankan seluar jeans putih anda dengan top turtleneck hitam dan luaran warna earthy yang gelap. Gaya anda akan tampak lebih on point!
Tambah Sentuhan Warna Dengan Hijab Kesayangan
Supaya penampilan tidak membosankan, beri sedikit sentuhan warna, misalnya dengan hijab pilihan anda untuk penampilan yang effortless. Padankan top dan seluar jeans putih anda dan gayakan hijab dengan rona warna yang sedikit berwarna agar Nampak kontra sedikit.
Dress Up Jeans Putih dengan Padanan Blazer yang Bold
Salah satu kekuatan jeans putih adalah keseimbangannya ketika disuaipadankan. Untuk acara istimewa atau sekadar aktiviti siang hari, Anda boleh dress up jeans putih anda dengan mengenakan blazer dengan corak yang bold. Sesuai dengan untuk transformasi day-to-night look yang praktikal.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...