‘Jangan Lokek Belanja Isteri’…20 Barangan Mekap Wajib Beli Untuk Pastikan Si Dia Nampak Cantik

Share

Hidup berumah tangga dalam suasana harmoni adalah momen paling berharga buat pasangan suami isteri. Malah jika boleh kita mahu sentiasa melihat keperluan pasangan ditunaikan dengan sebaiknya. Jika ada sifat saling tolong menolong dan bekerjasama yang menjadi pegangan utama dalam mengukuhkan suatu hubungan itu.

Kalau boleh setiap pasangan juga perlu jaga hati dan jangan sesekali lokek memberikan hadiah sebagai tanda menghargai.

Seperti perkongsian lelaki ini yang membelikan sesuatu cukup rare iaitu barangan mekap buat isteri tersayang.

Menurut Akhtar Syamir tidak salah membelikan barangan mekap untuk isteri supaya dapat menambah keyakinan buat ‘orang rumah’ yang hanya bergelar suri rumah. Dia yang menulis posting ini di laman sosial facebook juga turut memberi nasihat kenapa para suami sekarang perlu membeli barangan mekap buat isteri masing-masing.

Kenapa semua suami perlu mula belikan make up untuk isteri?

Bagi saya, benda nie amat penting untuk menambah keyakinan isteri. Terutamanya isteri suri rumah yang terpaksa mengharapkan suami untuk membelinya.

Boleh je kita sebagai suami memberi alasan yang benda ini semua membazir dan tidak perlu. Jika anda jenis suami sebegitu, silalah tekan butang back dan beredar dari penulisan ini. Kerana ini bukan untuk anda.

Kenapa saya rasa make up ini penting? Kerana saya lihat sendiri perubahan yang terjadi kepada isteri saya secara fizikal dan rohaninya.

Kena selami dan fahami naluri isteri yang sentiasa ingin nampak cantik. Memang kecantikan itu patut ditunjukkan kepada suami sahaja, tetapi kecantikan itu sendiri membuat isteri rasa yang dia membanggakan suaminya. Ini sekaligus menambah keyakinan diri di dalam perhubungan suami isteri.

Cuba anda sekali sekala sebelum keluar bersama isteri, berhenti sebentar dan mengagumi serta memuji kecantikan isteri. Anda tak tahu betapa di dalam hatinya terlompat – lompat kegembiraan disebabkan pujian itu.

Kesan dia boleh nampak dengan serta merta. Isteri akan mula memegang anda dengan lebih erat semasa berjalan, isteri akan selalu tersenyum, isteri akan nampak gembira dan ceria, hubungan dengan anak – anak akan jadi lebih baik, sangat berkurang keadaan tegang di rumah, serta rumah anda akan terasa lebih aman harmoni.

Isteri yang gembira = keluarga yang gembira. Terapkan ayat ini di dalam hati kita. Jagalah isteri anda sebaik mungkin, ambil tahu keperluan rohani si isteri. Terutamanya yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Anda sahaja tempat untuk isteri bergantung harap.

Pusing la macam mana pun, kita juga akan dapat hasilnya. Janganlah berkira, bukan mahal mana pun. Semuanya boleh tahan berbulan – bulan. Mulakan dari sekarang, tanya isteri. Tawarkan diri untuk beli alat solek untuk isteri. Bukan susah pun. Semuanya ada di lazada.

Keyword dia mudah. Bukan perlu beli semua, minta isteri beritahu yang mana dia betul – betul perlukan dahulu. Kemudian cuba beli yang lain pula bila ada kemampuan.

– Blusher
– Concealer
– Foundation
– BB cream
– Matte / nudes lipstick
– Toner
– Foundation
– Eye brow pencil
– Eyeliner
– Eyeshadow
– Moisturizer
– Toner
– Serum
– Mascara
– Make up brush
– Make up remover


– Make up sponge
– Make up box
– Compact powder
– Face mask

Guna Lazada atau Shopee untuk bandingkan harga. Ada je yang murah – murah, tengok review orang yang dah beli supaya lebih yakin.

Kalau tak nak beli kat Lazada atau Shopee pun takpe, boleh juga tengok yang di Watsons ( tengah offer  ) atau drugstore yang lain. Pastinya boleh belek sendiri untuk lebih yakin.

Semoga dengan penulisan ini dapat suami lebih menggembirakan isteri. Jangan segan untuk berkongsi post ini kerana semua suami wajib tahu kepentingan make up dan produk penjagaan muka isteri.

Untuk suami, mudah je. Macam dalam gambar tu. Ada sikat, gel rambut, deodorent dengan minyak wangi dah cukup hensem. Hahaha..

Published by
SH