Hobi menanam pokok-pokok hiasan sememangnya bagus. Ianya sebagai satu terapi untuk ketenangan selain bagus untuk ekosistem. Tanaman hiasan yang ditanam di dalam rumah juga bagus untuk membersikan udara di dalam rumah.
Walau bagaimanapun sebelum menanam pokok-pokok hiasan, ada baiknya anda mempunyai sedikit ilmu.
Berikut perkongsian Eddie Putera yang boleh dijadikan panduan.
Ramai yang sekarang teruja dan terjebak dengan indoor plants. Satu element yang amat best dalam rumah, menyihatkan mental dan meransang kesihatan minda.
Tapi kena ingat, pokok ialah benda hidup. Dan apabila kita sudah commit untuk membela benda hidup, ia jadi tanggungjawab untuk kita pastikan dia sihat dan tidak mati. Sama macam bela kucing atau hamster. Kita dah jadi mami dan papa pokok. Kejam kalau kita beli dan pokok mati.
Ads
SEDIKIT TIP UNTUK JAGA POKOK DI DALAM RUMAH:
1. Cahaya, cahaya dan cahaya. Cahaya jauh lebih penting dari air bagi pokok. Kalau kita abaikan air, masih boleh diselamatkan pokok. Tapi kalau cahaya tak cukup, Sama macam kita minum air tapi tak makan nasi. Make sure pokok dapat cahaya at least 6 jam satu hari. Letak tepi tingkap atau sliding door. Yang paling baik, kita tambah artificial lighting untuk bantu photosintesis. Wa kasi letak rail lights kat ceiling and spot pada setiap pokok.
2. Wa ada 2 batch pokok. Satu batch kat luar, satu kat dalam rumah. Then tukar, gilir gilir setiap 1 bulan atau 6 minggu. Kadang kadang wa biar jer kat luar seminggu dua.. baru bawa masuk balik. Macam kita juga, pokok perlukan tukar tukar angin bercuti dan makan sedap sedap.
Ads
3. Pastikan ada udara mengalir. Kipas atau angin dari luar. Sebab kalau kita jenis yang suka spray daun dengan air untuk buang habuk, air tak boleh lekat pada daun terlalu lama. Akan jadi penyakit. Dan angin yang mengalir akan menyejukkan pokok. Pokok pun macam kita, kalau panas, dia rimas.
4. JANGAN oversiram. Cucuk jari dalam compost. Kalau ada compost melekat kat jari, tak payah siram dulu. Kalau debu jer lekat maknanya air dah kurang. baru siram. Paling afdal, angkat semua masuk toilet, and bukak shower… kasi mandi.. biar air semua keluar kot bawah pasu baru angkat keluar dan anginkan. Wa bikin 7-10 hari satu kali.. TAK PAYAH siram hari hari. Jangan dengar tokey nursery klengtong.
Ads
5. Tak payah baja memahal. Cukup sebulan sekali bawak keluar, letak baja taik ayam/kambik 5 6 ketul dalam pot. Biar satu malam, besok bawak masuk.
6. Alat alat menanam dan trimmimg kena cukup. Tak payah beli memahal. MR. DIY atau kedai RM2 pun ada.
7. Kalau rasa macam banyak kerja, dan menyusahkan, beli jer pokok plastik. Jangan jadi orang yang KEJAM dan pembunuh pokok.
Hijab warna coklat memang membuat anda tampil tenang dan sejuk. Biar tampil maksima tanpa terkesan kusam dan tetap cantik natural, berikut beberapa cadangan warna lipstik yang sesuai apabila anda menyarungkan hijab berwarna colat natural supaya tidak kelihatan pucat dan kusam:
Ingin tampil mature dengan hijab warna coklat? Anda boleh menggilap lipstik warna mauve yang elegan! Dengan tone warna ungu tanah, lipstik warna mauve ini sesuai untuk menyeimbangkan hijab coklat susu anda.
Tak ingin tampil menjolok dengan lipstik warna merah terang, anda boleh memilih warna terracotta ataupun merah bata ini. Sesuai untuk pelbagai warna kulit, lipstik merah bata memberikan kesan edgy untuk keseluruhan tampilan anda bersama hijab warna coklat susu.
Tampil segar dengan lipstik berwarna coral yang sesuai menyeimbangkan hijab coklat susu yang anda pilih. Kesepaduan warna ini buat anda tampak tenang dan sejuk, tetapi tidak memberikan kesan pucat mahupun kusam pada wajah.
Untuk penampilan yang lebih bold, anda boleh memilih lipstik warna burgundi atau maroon. Sesuai untuk solekan majlis di malam hari, gabungan hijab coklat susu dengan lipstik warna burgundi ini buat anda tampil anggun mempesona.
Warna jingga terang juga boleh jadi pilihan warna lipstik yang sesuai digabungkan dengan hijab coklat susu. Gabungan lipstik jingga dan hijab coklat susu ini buat wajah anda semakin segar dan tidak kusam, sehingga penampilan cantik secara semulajadi persis gadis Korea.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa yang sering berjaga lewat malam? Di masa yang aktif ini, sememangnya sulit untuk tidur, ya,? Walau faktanya, tidur memainkan peranan yang sangat penting dalam hidup, tubuh yang kurang istirehat akan merasa kelelahan, menurunkan produktiviti, tahap stres yang meningkat, hingga berakhir dengan keadaan tekanan.
Namun, untuk mendapatkan waktu tidur berkualiti, berapa lama dan sejak pukul berapa kita mesti memejamkan mata?
Tubuh manusia mampu menyesuaikan waktu siang dan malam untuk menentukan pola tidurnya. Jika anda beraktiviti saat matahari bersinar dan beristirehat ketika bulan menghiasi langit nan gelap, tandanya waktu tidur terbaik anda berada di antara jam 10 malam, dan waktu bangun sekitar jam 6 pagi.
Waktu tidur ideal manusia dimulai dari pukul 10 malam, dan bangun pada pukul 6 pagi. Namun, beberapa ahli bahkan menyarankan untuk memulai tidur pada pukul 8 malam. Jika waktu tidur sekitar antara pukul 8 malam hingga 12 malam, anda akan mendapatkan tidur yang nyenyak dan mimpi indah. Istirehat yang cukup di malam hari juga membuat anda tidak akan merasa perlu tidur siang.
Menurut pakar, setiap orang boleh memiliki jam mulai tidur yang berbeza, misalnya tidak selalu sesuai tidur pada jam 10 malam. Anda boleh membuat waktu tidur yang sesuai dengan rutin harian atau kesibukan yang sedang dilakukan, selama mencukupi waktu istirehat yang diperlukan, iaitu untuk orang dewasa adalah 7-9 jam.
Jika senang berjaga malam, atau tidur lewat di atas jam 12 malam, kebiasaan ini akan memberikan kesan buruk pada kesihatan. Bangun awal pagi dari kebiasaaan akan meningkatkan risiko tingkah laku bulimia, depresi, dan seasonal affective disorder (SAD). Salah satu penelitian pada pekerja di Japan menemukan, tidur terlalu lambat memiliki kaitan signifikasi dengan prevalensi yang tinggi pada gejala depresi.
Sebuah penelitian mengungkapkan kalau bangun pagi membantu anda merasa lebih positif dan jadi proaktif. Tubuh segar pastinya akan membuat anda jadi lebih semangat bekerja, ‘kan?
Memiliki pola tidur yang konsisten sangat penting untuk dilakukan kerana dapat memengaruhi kesihatan mental, misalnya selalu tidur pukul 10 malam dan bangun pukul 5 pagi hari. Kajian lain yang meneliti pola tidur pelajar sekolah menemukan dengan jadual istirehat di malam yang teratur memiliki prestasi akademik lebih baik, dibandingkan mereka yang tidur tidak teratur.
Jika waktu pekerjaan atau kegiatan anda boleh mengganggu jadual tidur, bahkan mengurangkan waktu istirehat. Sekiranya terjadi seperti ini, anda perlu menyiasat dengan meluangkan waktu untuk tidur siang singkat pada jam kerja. Jangan takut tidur terlalu cepat atau terlalu petang, yang penting adalah durasi tidur dan menjaga jadual istirehat regular. Setelah semuanya kembali normal, tetapkan kembali waktu tidur anda.
Orang dewasa pada umumnya memerlukan 8 jam lamanya tidur. Namun, angka ini bervariasi untuk setiap orang. Sebagian orang dapat merasa cukup dengan tidur selama 6-7 jam, sementara ada yang memrlukan 8 jam. Pada kategori usia anak-anak dan usia lanjut juga punya perbezaan berbeza.
Waktu tidur ideal bagi seorang muslim adalah sobolehnya tidur terus setelah solat Isyak, akan tetapi apabila ada kegiatan yang lebih mashlahat dan untuk kebaikan, anda boleh melakukan aktiviti yang bermanfaat setelah solat isyak seperti belajar, menerima tetamu, berbual-bual dengan keluarga, tentu hendaknya tidak berjaga sampai larut.
Dalil tidur setelah isyak berdasarkan hadis makruhnya setelah solat Isyak, Dari Abu Barzah radhiallahu ‘anhu
أنَّ رسولَ الله – صلى الله عليه وسلم – كان يكرهُ النَّومَ قَبْلَ العِشَاءِ والحَديثَ بَعْدَهَا
“Bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak menyukai tidur sebelum solat ‘Isya’ dan berbual-bual setelahnya.” [HR. Bukhatri & Muslim]
Syaikh Abdulah Al-Faqih menjelaskan,
فقد كان النبي صلى الله عليه وسلم ينام أول الليل بعد العشاء، إذ كان يكره النوم قبل العشاء والحديث بعدها
“Adalah kebiasaan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidur di awal malam setelah solat Isyak, kerana dimakruhkan tidur sebelum solat Isyak dan berbual-bual setelahnya.” [Fatawa As-Syabakiyyah no. 251950]
Ibnul Qayyim menjelaskan bahawa tidur di awal malam bermanfaat bagi kesihatan, beliau berkata:
وأنفع النوم : ما كان عند شدة الحاجة إليه ، ونوم أول الليل أحمد وأنفع من آخره
“Tidur yang paling bermanfaat adalah tidur ketika sangat mengantuk, tidur di awal malam paling baik dan paling bermanfaat dari lainnya.” [Madarijus Salikin 1/459-460]
Berbual-bual Setelah Isyak
An-Nawawi menjelaskan bahawa hukum asal berbual-bual setelah isyak adalah makruh, akan tetapi apabila ada mashlahat dengan berbual-bual maka tidak diperbolehkan. Beliau berkata:
قال العلماء : والمكروه من الحديث بعد العشاء هو ما كان في الأمور التي لا مصلحة فيها ، أما ما فيه مصلحة وخير فلا كراهة فيه ، وذلك كمدارسة العلم وحكايات الصالحين ومحادثة الضيف والعروس للتأنيس ومحادثة الرجل أهله وأولاده للملاطفة والحاجة ومحادثة المسافرين
“Para ulama berkata: makruh hukumnya berbual-bual setelah Isyak, apabila pada perkara yang tidak ada mashlahatnya. Adapun apabila ada mashlahatnya maka baik dan bukan makruh. Misalnya seperti mempelajari ilmu, menceritakan kisah orang solehh, berbual-bual dengan tamu, acara pernikahan, berbual-bual dan beramah-tamah dengan istri dan anak-anaknya dan perbincangan antar musafir.” [Syarah Muslim, 5/149]
NOTA: Hendaknya berbual-bual setelah Isyak tidak sampai berjaga malam, kerana Allah menjadikan malam sebagai waktu istirahat yang utama.
Allah berfirman,
وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ لِبَاساً
“dan Kami jadikan malam sebagai pakaian. [An Naba’ : 10]
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah menjelaskan,
فإن النبي صلى الله عليه وسلم كان يكره النوم قبل صلاة العشاء والحديث بعدها وإذا أطال الإنسان السهر فإنه لا يعطي بدنه حظه من النوم، ولا يقوم لصلاة الصبح، إلا وهو كسلان تعبان، ثم ينام في أول نهاره عن مصالحة الدينية والدنيوية، والنوم الطويل في أول النهار يؤدي إلى فوات مصالح كثيرة
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membenci tidur sebelum isya dan berbual-bual (tidak bermanfaat) setelahnya. Jika seseorang begadang semalaman dan tidak memberikan hak tidur kepada badannya, bahkan tidak solat subuh kecuali bangn dengan tubuh yang lelah dan malas, kemudian tidur di awal hari, maka ia telah kehilangan mashlahat yang banyak.”[ Liqaa’ Asy syahri 1/333]
Pola kehidupan kita di zaman ini menyebabkan tidak memungkinkan melakukan sunnah ini terus-menerus, iaitu langsung tidur setelah isyak, akan tetapi hendaknya seorang muslim pernah sesekali melakukan sunnah tidur setelah isyak agar lebih mudah bangun solat malam
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap manusia pasti memiliki banyak keinginan. Terkadang kita merasa sulit bahkan tidak mampu untuk mewujudkan keinginan tersebut. Kerana sejatinya adalah setiap sesuatu yang kita miliki adalah pemberian dari Allah SWT. Sekeras apapun usaha kita untuk mewujudkan sebuah keinginan, akan tetapi jika Allah SWT tidak menghendakinya, maka keinginan itupun tidak akan pernah terwujud.
Kita hanyalah makhluk yang tidak memiliki kekuatan dan sesuatu adapapun jika Allah SWT tidak memberikannya. Oleh kerana itu, dalam setiap hidup ini, kita sangat bergantung pada Allah SWT sebagai satu-satunya Tuhan yang patut disembah dan hanya Dia-lah yang mampu memberikan segala keperluan kita.
Salah satu cara meminta kepada Allah SWT untuk mewujudkan keinginan kita adalah dengan berdoa. Selain berdoa, kita juga harus berusaha untuk mewujudkan keinginan tersebut. Doa dan usaha harus seimbang agar keinginan kita lekas terkabul. Jika hanya berdoa tanpa usaha, itu akan sia-sia, dan jika hanya berusaha tanpa berdoa, itu bererti sombong. Perlu diketahui, bahawa berdoa merupakan salah satu perintah Allah kepada hamba-Nya.
Allah SWT berfirman:
“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (QS. Al Mu’min: 60)
Lalu doa-doa apa saja yang dapat menunjang agar keinginan kita tercapai? Sejatinya setiap doa yang kita panjatkan akan dikabulkan oleh Allah SWT. Sebagaimana firman-Nya yang telah disebutkan di atas. Akan tetapi, Allah memiliki kebijakannya tersendiri dalam mengabulkan setiap doa-doa hamba-Nya. Ada yang langsung dikabulkan, ada yang disimpan untuknya di akhirat, atau diganti dengan dicegahnya dari musibah.
Nabi Muhammad Saw. bersabda:
“Tiada seorang berdo’a kepada Allah dengan suatu do’a, kecuali dikabulkanNya, dan dia memperoleh salah satu dari tiga hal, yaitu dipercepat terkabulnya baginya di dunia, disimpan (ditabung) untuknya sampai di akhirat, atau diganti dengan mencegahnya dari musibah (bencana) yang serupa.” (HR. Ath-Thabrani)
Hal tersebut bukan kerana Allah SWT tidak mampu mengabulkan doa yang kita panjatkan dengan seketika. Melainkan Allah memiliki rencana tersendiri. Selain itu, kita juga harus memperhatikan adab-adab yang baik dalam berdoa.
Berikut adalah doa-doa yang boleh dipanjatkan agar Keinginan Tercapai, diantaranya:
Salah satu bacaan surat yang mustajab dijadikan doa agar keinginan tercapai. Surat Al Fatihah merupakan “Ummul Kitab” atau induk dari Al Qur’an. Surat Al Fatihah juga merupakan surat yang wajib dibaca ketika shalat. Ayat ke 5 surat Al Fatihah berbunyi:
“Iyyakana’budu wa iyyakansta’in.”
Ertinya: “Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.”
Inti dari ayat di atas adalah bahwa kita mengakui hanya kepada Allah lah kita meminta pertolongan, dan mengharapkan bantuan untuk dapat menyelesaikan apapun yang tidak sanggup dikerjakan sendiri.
Mengapa membaca surat Al Fatihah dapat mengabulkan suatu permohonan juga ditegaskan dalam hadits.
Nabi Muhammad Saw. bersabda:
Allah berfirman dalam hadist Qudsi: “Aku membagi shalat antara Aku dan hamba-Ku menjadi dua dan untuk hamba-Ku apa yang ia minta.” Maka jika sang hamba membaca (Alhamdulillahirabbil’alamin) Allah berkata: “Hamba-Ku menyukuri aku,” dan jika membaca (Araahman arrahiim) Allah berkata: “Hamba-Ku memuji Aku,” dan jika membaca (Maalikiyaumiddiin) Allah berkata:
“Hamba-Ku pasrah kepada-Ku, dan jika membaca (Iyyakana’budu wa iyyakanasta’iin), Allah berkata: “Ini antara Aku dan hamba-Ku, dan untuk hamba-Ku apa yang ia minta,” dan jika membaca (Ihdinashiratolmustaqiim shiratoladzina an’amta ‘alaihim ghairil maghdhubi’alaihim waladhoollin), Allah berkata: “Ini untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa yang ia pinta.” (HR. Muslim)
Dengan banyak membaca surat Al Fatihah diharapkan doa kita akan cepat terkabul. Sebagaimana inti dari ayat ke 5 surat tersebut.
Surat Al Ikhlas adalah surat ke 112 dalam Al Qur’an. Surat ini hanya terdiri dari empat ayat. Adapun inti dari surat ini adalah tentang mengesakan Allah SWT. Kelebihan dari surat ini adalah seperti membaca sepetiga Al Qur’an, asbab masuk surga, dan asbab terampuninya dosa. Membaca surat Al Ikhlas juga dapat membantu terkabulnya sebuah doa.
Dalam sebuah hadist dikatakan:
“Sesungguhnya Rasullah Saw. mendengar seseorang berkata: “Ya, Allah, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu, bahwa diriku bersaksi sesungguhnya Engkau (adalah) Allah yang tidak ada ilah yang haq disembah kecuali Engkau Yang Maha Esa, Yang bergantung (kepada-Mu) segala sesuatu, Yang tidak beranak dan tidak pula dipernakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan-Nya,” kemudian Rasullah Saw. bersabda: “Sungguh dirimu telah meminta kepada Allah dengan nama-Nya, yang jika Ia diminta dengannya (pasti akan) memberi, dan jika Ia diseur dengannya, (pasti akan) mengabulkannya.” (HR. Abu Daud)
Begitu banyak doa-doa yang diajarkan Nabi Muhammad Saw. kepada kita untuk kehidupan sehari-hari. Mulai dari doa untuk makan, bercermin, masuk kamar mandi, dll. Doa-doa tersebut diajarkan kepada kita agar setiap perbuatan yang akan kita lakukan hendaklah meminta perlindungan kepada Allah SWT. Begitupun ketika kita saat memiliki hajat. Kita dianjurkan untuk melakukan shalat hajat dan berdoa. Adapun doa hajat adalah:
“Laa illaha illallahul haliimul kariimu subhanallahi robbil ‘arsyil “azim. Alhamdulillahi robbil ‘alamin. As ‘aluka muujibaari rohmatika wa ‘azaimaa maghfirotika wal ghoniimata min kulli birri wassalaamta min kulli itsmin laa tada’ lii dzamban illa ghafartahu walaa hamman illa farojhtahu walaa haajatan hiya laka ridhon illa qodhoitahaa yaa arhamar roohimin.”
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Allah Yang Maha Lembut dan Maha Pemyantun. Maha Suci Allah pemelihara Arsy Yang Maha Agung. Segala puji bagi Allah Tuhan seru seklaian malam. Kepada-Mu lah aku memohon sesuatu yang mewajibkan rahmat-Mu dan memperoleh keuntungan pada tiap-tiap dosa. Janganlah Engkau biarkan dosa daripada diriku, melainkan Engkau ampuni dan tidak ada sesuatu kepentingan, melainkan Engkau beri jalan keluar, dan tidak pula sesuatu hajat yang mendapat kerelaan-Mu, melainkan Engkau kabulkan. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih Dan Penyayang.”
Ayat-ayat ini merupakan ayat terakhir dalam surat Al Baqarah. Biasanya ayat-ayat ini dibaca setelah ayat kursi atau sebagai penerus dari ayat kursi ketika hendak memanjatkan hajat atau keinginan.
Dari Abu Mas’ud Al Badri Ra. bahawasanya Nabi Muhammad Saw. bersabda:
“Siapa yang membaca dua ayat terkahir dari surat Al Baqarah pada malam hari, maka ia akan diberi kecukupan.” (HR. Bukhari Muslim)
Kecukupan yang dimaksud dalam hadis tersebut adalah kecukupan bagi dunia dan akhirat. Maka segala keperluan kita di dunia dan akhirat akan dipenuhi jika kita mengamalkannya dengan baik. Tentunya, di samping itu kita juga harus sentiasa taat kepada Allah dengan menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Berzikir ertinya mengingat Allah. Dengan memperbanyak mengingat Allah, maka kita pun akan lebih sering diingat oleh Allah. Selain itu, apabila kita sering mengingat Allah, maka akan lebih mudah terjaga dari perbutan maksiat yang dapat menghambat terkabulnya sebuah doa.
Alasan utama seseorang berdoa kepada Allah SWT adalah agar segala keperluan dan keinginannya terpenuhi. Entah itu masalah ekonomi, konflik sosial, pekerjaan atau lain sebagainya. Membaca istighfar dapat mengeluarkan kita dari segala kesulitan.
Nabi Muhammad Saw. bersabda:
“Barang siapa yang memperbanyak istighfar, niscaya Allah akan melapangkan kesusahannya, memberi jalan keluar pada setiap kesuakarannya, dan memberi rezeki tanpa diguga-duga.” (HR. Abu Daud dan Nasa’i)
Ayat kursi merupakan ayat ke 255 dalam surat Al Baqarah. Disebut sebagai ayat kursi kerana isi dari ayat tersebut menjelaskan tentang kemartabatan Allah SWT dan mencakup nama Allah yang paling agung, yaitu Al Hayyu dan Al Qayyum. Kerana alasan tersebut ayat ini juga diberi sokongan sebagai ayat yang paling agung dalam Al Qur’an. Kesitimewaan tersebut memberikan nilai tambah ketika kita membacanya saat memiliki hajat atau keinginan agar tercapai.
Asmaul Husna adalah sebutan bagi nama-nama Allah. Jumlah dari Asmaul Husna ada 99. Beberapa manfaat dari membaca Asmaul Husna, diantaranya: mendapatkan kebaikan, barakah, perlindungan dari Allah SWT dan dikabulkannya doa.
Allah SWT berfirman:
“Allah mempunyai Asmaul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaul husna itu…” (QS. Al-A’raf 7:180)
Berselawat kepada Nabi Muhammad Saw. merupakan suatu penghormatan kepada beliau. Bahkan Allah SWT dan para malaikat-Nya pun bershalawat kepada Nabi. Suatu perbuatan yang amat tidak terpuji apabila kita mendengar nama Nabi Muhammad Saw. disebut, maka kita tidak bershalawat kepadanya. Selain bershalawat merupakan penghormatan kepada Nabi Muhammad Saw., dengan shalawat juga dapat menjadi asbab terkabulnya doa.
Umar bin Khattab Ra. berkata: “Saya mendengar bahwa doa itu ditahan di antara langit dan bumi, tidak akan dapat naik, sehingga dibacakan shalawat atas Nabi Muhammad Saw.” (HR. Tirmidzi)
Selayaknya sebuah tubuh yang memiliki jantung, Al Qur’an juga memilikinya. Jantung Al Qur’an adalah surat yasin. Keistimewaan dari surat yasin sangatlah banyak, salah satunya adalah diampuni dosa-dosanya. Dengan diampuninya dosa, akan membuat diri kita menjadi lebih bersih. Sehingga dalam berdoa dapat dikabulkan dengan cepat.
Nabi Muhammad Saw. bersabda:
“Barang siapa yang membaca surat yasin di permulaan siang dan mendahulukannya di depan hajatnya, maka hajat itu akan terpenuhi.” (HR. Abasy Syaikhi dari Abi Hurairah Ra.)
Memuji Allah saat hendak berdoa merupakan adab yang baik dan patut untuk dilakukan. Pujian terhadap Allah adalah dengan membaca hamdallah, dan tasbih.
“Alhamdulillahi rabbil ‘alamin.” (Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam). “Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illah wallahu akbar.” (Maha suci Allah, dan segala puji bagi Allah, dan tida Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar).
Pujian-pujian tersebut adalah merupakan rayuan seorang hamba kepada Allah SWT ketika hendak berdoa. Diharapkan dengan memulai memuji Allah, Ia akan lebih memperhatikan doa kita.
Nabi Muhammad Saw. bersabda:
“Jika salah seorang di antara kamu berdoa, hendaknya memulai dengan memuji dan menyanjung Tuhannya, dan bershalawat kepada Nabi, kemudian berdoa apa yang dia kehendaki.” (HR. Abu Daud)
“Allahumma shalli ‘ala saiyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa salim.” (Wahai Tuhan kami, muliakanlah oleh-Mu, akan Nabi Muhammad, keluarga serta para sahabatnya, serta berikanlah kesejahteraan pada mereka sekalian).
Sebelum mengutarakan keinginan kita, sebaiknya mendoakan Nabi Muhammad dan keluarganya serta para sahabatnya terlebih dahulu. Agar kebaikan-kebaikan dan pertolongan (syafaat) yang dibawa oleh Nabi Muhammad dan keluarganya, serta sahabatnya dapat sampai kepada kita sebagai pengikutnya.
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (QS. Al Ahzab: 56)
Utarakan segala keinginan kita kepada Allah dan bermohon kepada-nya. Gunakan bahasa yang baik dalam berdoa. Kita dapat menggunakan bahasa apapun ketika hendak berdoa. Sebagaimana yang kita ketahui, bahawa Allah SWT Maha Mengetahui.
Allah SWT Berfirman:
“Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang gaib di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al Hujurat: 18)
Jika kita tidak mengerti bahasa Arab, kita dapat menggunakan bahasa Indonesia. Apabila kita kurang mengerti dengan bahasa Indonesia, kita dapat menggunakan bahasa daerah, misal.
Ada waktu-waktu mustajab di mana doa-doa akan dikabulkan oleh Allah SWT. Diantaranya adalah ketika turun hujan, ketika azan berkumandang, waktu antara azan dan iqomah, ketika berbuka puasa, dan setelah solat. Berdasarkan pada dalil berikut:
Muhasabah diri dan mengakui keburukan yang ada pada diri kita serta meminta ampun kepada-Nya akan lebih baik ketika berdoa. Maksudnya adalah dengan mengakui kesalahan dan dosa dihadapan Allah SWT membuat kita lebih rendah diri dihadapan-Nya. Berdoalah dengan suara yang lembut, tidak tergesa-gesa dan penuh harapan.
“Wasallahu ‘ala saiyidina Muhammadin wa ‘ala alihi wa salim.” (mudah-mudaha Allah menberikan shalawat pada Nabi Muhammad Saw, keluarga dan para sahabatnya, serta berikanlah kesejahteraan kepada mereka sekalian).
Membaca doa keselamatan dunia akhirat di akhir rangkaian doa sangat lazim dilakukan. Kerana doa ini merupakan doa yang sangat penting bagi kita. Inti dalam doa tersebut adalah kita memohon untuk diselamatkan di dunia dan di akhirat (dari api neraka). Adapun doa tersebut adalah:
“Rabbana atina fiddunnya hasanah wa fil akhirati hasanah wa qina adzabannar.” (Ya Tuhan kami, berikanlah kebijakan di dunia serta kebijakan di akhirat kelak, lidungilah kami dari azab api neraka yang pedih).
Mulailah berdoa dengan memuji Allah dan mengakhirinya juga dengan memuji Allah. Dengan harapan apa yang kita inginkan dapat diridhai oleh Allah SWT.
“Walhamdulillahirabbil ‘alamin.” (Dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam).
Agar keinginan kita lekas tercapai, maka berdoalah dengan khusyuk dan penuh harapan serta lakukan usaha yang keras untuk menggapai keinginan tersebut. Hali itu dilakukan agar Doa agar Keinginan Tercapai. Dengan berdoa, maka kita berserah diri dan memohon kepada Allah SWT untuk setiap keinginan. Sedangkan berusaha merupakan upaya kita untuk mewujudkan kengininan tersebut. Jangan pernah segan untuk berdoa, kerana itu merupakan perintah Allah dan Ia pasti akan mengabulkannya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.