Para wanita kalau berkunjung ke farmasi pasti jadi tidak keruan tambah-tambah lagi apabila tibanya waktu jualan murah. Tapi kadang-kadang tu buntu jugak tak tahu mana satu produk yang nak dibeli.

Jangan risau sis! Kalau nak cantik dan kulit yang sihat, bolehlah ikuti panduan yang dikongsikan oleh Herry Rozular ini. Semuanya boleh dibeli di drugstore sahaja.

Simple Kind To Eyes Revitalising Eye Roll-On
.
.
Mata panda? Lebam macam kena tumbuk je kan? Okay nah cari product ni. Tak mahal bawah 25 if tak silap. Lupa. Tapi if ada masalah eyebag tu boleh la pakai yang ni. Serius mmg best. Sejuk je mata.

Ni pulak hand lotion. Kalau rasa kuku tak cantik tu boleh pakai la yang ni. Ni siap boleh kuatkan kuku lagi. Kalau keliling kuku2 tu mcm skin tak sihat sgt then haa ni la makan dia. Harga bawah RM10. 

Blackhead/whitehead.
Sape je kan suka tengok hidung tu ada blackhead. Nampak kotor sgt. Nah cuba pore pack ni. Guardian pun ada pore pack ni. Cara pakai dia, WAJIB BASAHKAN HIDUNG DULU. Pastu tempek je benda alah ni. Biarkan sampai pelekat tu dah mengeras then cabut je. InsyaAllah mencanak2 blackhead keluar melekat kat pore pack tu.
.
.
Harga of course la lain2. Dulu saya pakai biore tu. Tapi skrg pakai guardian punya sbb nya guardian time tu sale, RM6 je utk 10 sekeping if tak silap. Biore punya dlm RM13 camtuu. Selamat mencubaaa

Haa this one utk orang yang oily skin. Apa ni? Ni sunblock. Percayalah sunblock ni mmg terbaik, pakai mmg tak berminyak pun. Mmg elok utk orang yang oily skin. So lepas ni jangan salah beli dah ya. Beli yang ni. Sebab Biore ni ada banyak jenis. So this one utk oily skin. Harga tak sure tapi dalam bawah RM40 je. Yang best nya boleh pakai kat badan n muka. Jimatsss!

 This one pulak sunblock jugak, and yang ni untuk normal skin. Pun sama, boleh pakai kat badan n muka. So jangan malas2 sapu ye kalau nak keluar tu ? pun sama harga bawah RM40 je.

 Haa yang ni serum. Serum untuk mencerah dari NANO White. If akak ada jeragat ke parut ke boleh la cuba yang ni. If tak silap harga dia bawah RM70. Bleh survey ya nnt. Yang ni PALING BEST !! Lotion untuk skin kering. Mmg dalam masa 4 hari skin akan lembap gila2 wehh. Tak tipuuu. Bau dia tkda la wangi, mcm ubat2 sikit tapi takda la busuk pun. Tp serius if skin kering pakai la. Dulu tgn saya kering, pakai bnda ni alhamdulillah smpai skrg okay dah. Harga bawah RM20.

Haa ni untuk akak2 make up tu kalau nak solat, beli benda ni buat lap make up tu. Simpan dalam beg. Kenapa saya suka brand simple ni? Sbb dia pnya no perfume, chemical. So good for skin !

 Haaa ni untuk yang ada jerawat. Apa ni? Saya panggil “ubat jerawat” hahaha. Nak tdo mlm, cuci muka bersih2 then sapu je nipis2 benda ni kat cik jerawat. InsyaAllah mujarab. Brand cosmoderm ni. Harga bawah RM25. Cuba lah yg ada jerawat tu. Biasa kalau sapu dlm 2 3 hari dah kecut dah.

Ni pulokk hair vitamin. Saya pakai yang kanan tu ha. Best. Tu harga kat situ. Mmg rambut lembut sangat2 lepas pakai.

 Loreal Elseve Extraordinary Oil. Yang ni best jugak, bau dia pehhh wangi gila okay. Yang ni pulak saya pakai kalau nak tido malam. Contohnya la kan, esok tu kalau plan nak shampoo, malam ni saya pakai then tido. So mcm dia merawat masa tido la haa.

Yang ni pulak clay mask. Yang cari clay mask tu boleh cuba yang ni. Ada tiga jenis. Illuminating, hydration and anti pores. Contohnya kalau skin oily, then ambik yang anti pores tu. Kalau dry ambik hydration. Kalau nak glow2 ambik illuminating tu. Tu harga diskaun tau. Yang tak pernah cuba ber-clay mask ni patut cuba. Then nnt berterima kasih la kat saya sbb dia mmg best ?

Selain Cetaphil, yg oily n acne skin tu boleh cuba pakai yang ni. Ni pun okay utk skin berjerawat n berminyak. If cetaphil habis or takda, ambik yang ni. Hrga tak pastii

Ni pulak kalau dry skin, boleh pakai hydrating lotion ni. Kalau oily jgn pakai. Tak sesuai. Makin berminyak nanti skin tu. Yang ni mmg elok utk orang yg dry skin tu.

Khas utk akak2 abang2 oily skin. Beli la benda ni. Tak tipu mmg hilang terus minyak kat muka. Dia jenis mcm kertas tp lagi lembut dari kertas. Ambik then dab dab slow2 kat muka, lepastu sila lah terpesona tgk minyak muka masing2 tu ? harga bawah RM15.

Selain scrub st ives, scrub ni pun not bad okay. If selalu habis st ives tu, boleh la cuba yang ni. Siap ada vitamin E lagi. Vit E tu elok utk halang skin dari berkedut. Harga tak sure. Bawah RM25 rasanya.

kredit: Herry Rozular